MIMPI SENJA |
- hahaha... Najib kantoi lagi ...Tweet #Merdeka55 dihasilkan bot
- Haramjadah - Hanya kerana rokok ,,, Bapa sanggup lacurkan 4 anaknya ..
- Jelajah Merdeka Rakyat : 'Double Decker' diserang
- LRT Percuma - Paksa - Cabutan Bertuah .... yang meramaikan acara Najib di Bukit Jalil ... kalau tak, mampuih tak dak sapa yang nak pi ...
- Jelajah Merdeka Rakyat - "Double Decker" kini di Macang
- Jelajah Merdeka Rakyat DSAI di Pahang, Kelantan (laporan & Gambar)
- BN hanya tunai 7.25% janji
- Tukar bendera bukan agenda pembangkang - DSAI
hahaha... Najib kantoi lagi ...Tweet #Merdeka55 dihasilkan bot Posted: 31 Aug 2012 11:33 PM PDT Kantoi lagi..!!!!Tweet #Merdeka55 dihasilkan bot - Firma Kajian... Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi. Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan. Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan. Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck. TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa. "Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini. Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya. Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar. Agensi berita itu melaporkan, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berkata, 10,128 orang terlibat menghantar tweet di dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu. p/s: Nak menipu agak2 lah..tak sampai 24 jam dah kantoi.. kah kah kah kah |
Haramjadah - Hanya kerana rokok ,,, Bapa sanggup lacurkan 4 anaknya .. Posted: 31 Aug 2012 07:41 PM PDT 1 September 2012 BATU PAHAT – Akibat ketagihan merokok, seorang bapa tergamak melacurkan anak sendiri semata-mata untuk mendapatkan bekalan rokok. Kegiatan itu terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat menyerbu rumah suspek di Kampung Parit Gantung, dekat sini, sempena Ops Ambang Merdeka, malam semalam. Timbalan Penguat kuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pihaknya menerima aduan penduduk yang memaklumkan mengenai kegiatan tidak bermoral yang sudah lama dilakukan di rumah tersebut oleh si bapa untuk mendapatkan bekalan rokoknya. "Susulan maklumat yang diterima itu, kami lakukan serbuan ke rumah berkenaan. "Keadaan pintu yang tidak berkunci dipercayai bagi memudahkan aktiviti keluar masuk ke rumah itu menyenangkan serbuan dibuat. "Apabila masuk ke rumah itu, kami dapati anak bongsu suspek yang masih bersekolah di tingkatan lima di sebuah sekolah menengah dekat sini, sedang tidur bersama lelaki di ruang tamu rumah," katanya. Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit adalah kenalan suspek. Saiful Ariffin berkata, suspek dipercayai menggunakan empat anaknya yang berusia 17 hingga 25 tahun untuk memperoleh bekalan rokok. "Berdasarkan aduan dan siasatan, kebanyakan lelaki yang mengunjungi rumahnya itu adalah pekerja ladang dan warga Indonesia. "Semasa serbuan dilakukan, tiga lagi anaknya bersama isteri keluar menyambut Hari Kemerdekaan di sekitar bandar ini," katanya. Katanya, pasangan itu akan didakwa di bawah seksyen 27(1) a b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. "Bapa remaja berkenaan turut didakwa dan akan diberi sesi kaunseling," katanya. Dalam pada itu, Saiful Ariffin berkata, dalam ops sama, seorang wanita ditahan dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan dekat sini. Katanya, wanita berusia 49 tahun yang juga ibu kepada tiga anak itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati terdapat dadah jenis syabu di dalam biliknya menginap. Beliau berkata, pihaknya terkejut apabila menemui 'dapur' dan syabu di atas meja ketika melakukan pemeriksaan di dalam bilik wanita terbabit. Menurutnya, ketika siasatan dilakukan, wanita terbabit memberi alasan baru pulang dari Melaka atas urusan kerja dan terpaksa menginap di rumah tumpangan tersebut kerana sudah lewat untuk pulang ke rumahnya di Senggarang. "Pada mulanya dia tidak mengaku dadah itu kepunyaannya, namun segalanya terbongkar selepas pasukan polis narkotik menjalankan pemeriksaan ke atasnya dan mendapati dia positif dadah," katanya. Ops bermula jam 12 tengah malam dan berakhir jam 5 pagi itu turut disertai pegawai polis dari Narkotik Batu Pahat yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Asisten Superintendan Zainal Murad. - SINAR |
Jelajah Merdeka Rakyat : 'Double Decker' diserang Posted: 31 Aug 2012 06:44 PM PDT Gambar: Keadaan bas Merdeka Rakyat yang disimbah cat merah dan pecah cermin. [9.40AM- 1 SEPT 2012] Bas dua tingkat yang dilancarkan semalam di dalam program Jelajah Merdeka Rakyat telah diserang oleh sekumpulan mereka yang tidak dikenali yang menyimbah bahagian hadapan bas tersebut dengan cat merah dan cermin bas telah dipecahkan dengan besi keluli. Serangan berlaku kira-kira jam 5.00 pagi tadi di Kota Baru. Walau bagaimanapun tiada laporan kecederaan berlaku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan selamat. Pelancaran jelajah Merdeka Rakyat dilancarkan semalam di ibu pejabat KEADILAN dan telah tiba di lokasi pertamanya di Bentong Pahang semalam sebelum ke Benta dan Machang. Tak sampai 24 jam selepas bas khas yang dibiayai Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim memulakan siri menjelajah lima negeri, bas tersebut telah disimbah cat merah dan dibaling batu! Menurut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam mesej di Twitter menyatakan: @anwaribrahim Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB jam 5pagi -cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela Bas tersebut yang diletakkan berhadapan Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu telah mengalam kerosakkan di bahagian cermin depan akibat dipecahkan menggunakan batu dan disimbah cat merah seolah-olah along meminta wang hutang dari peminjam. Anwar yang kesal dengan perkara itu mengarahkan pemandunya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu sejurus selepas dimaklumkan mengenai insiden tersebut. Insiden tersebut yang berlaku kira-kira jam 4.30 pagi tadi adalah siri kedua serangan ke atas Anwar dan pasukan rombongannya setelah kereta yang dinaiki Anwar dikemekkan di bahagian pintu dan belakang dalam kejadian hampir serupa di Padang Perdana, beberapa bulan lalu. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu akan mengadakan satu sidang media khas di ibu pejabat parti di Tropicana jam 11 pagi yang akan dikendalikan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli. Manakala satu sidang media yang sama akan diadakan di Kota Bharu pada waktu yang sama menurut Saifuddin dalam mesejnya di Twitter sebentar tadi. Rafizi ketika mengulas kejadian itu di Twitter menyatakan kerabat media dijemput hadir dalam sidang media tersebut dan beliau akan memperincikan serangan yang didakwa dilakukan puak Umno-APCO yang mahu menggagalkan siri jelajah tersebut yang bermula di Bentong, Pahangsemalam. Bas dua tingkat yang dibiayai sepenuhnya oleh Khalid mempunyai 19 tempat duduk dan dilengkapi dengan kemudahan wifi serta tempat mesyuarat selain boleh dijadikan pentas ceramah pelbagai guna yang disiapkan dalam tempoh 15 minit. Polis Kota Bharu mengesahkan satu laporan polis sudah dibuat dan siasatan kejadian berkanaan masih dijalankan. Dalam satu mesej terbaru Anwar di Twitter juga menjelaskan bahawa insiden tersebut tidak harus mengganggu jadual acara jelajah yang tetap akan diteruskan hari ini melalui Kuala Krai dan Jeli sebelum dijangka tiba di Kedah. @anwaribrahim Selesai solat dan zikir di Salor; kini ke kediaman TG NikAAziz-minum pagi;Azizah dan D Sabariah. Serangan samseng tdk hrs ganggu acara Setakat perkembangan jam 7 pagi tadi, belum ada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab di atas insiden yang memalukan dan tidak bermoral tersebut. -jalanpulang Bas Jelajah Merdeka Rakyat Diserang Pada awal pagi tadi sekitar jam 5 pagi, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang kini dalam rangka perjalanan ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis telah diserang berdekatan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan. Menurut kemaskini Twitter oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, cermin bas tersebut telah dipecahkan dan cat merah disimbah pada bas tersebut. Insiden ini disyaki didalangi oleh samseng upahan. Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu sebentar tadi dan pihak polis telah memberi jaminan akan menjalankan siasatan segera berhubung insiden ini. Susulan dari itu, satu sidang media khas juga akan diadakan pada jam 11 pagi ini di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. |
Posted: 31 Aug 2012 08:55 AM PDT [Tukanglawan] Adoi, kalau macam ni takde la merdeka namanya, kata merdeka tapi kehadiran wajib dan kedatangan akan direkodkan, dikira pulak sebagai tugas rasmi, kalau takmo pegi macam mana... ohhhh ini rupanya stail merdeka umno.... tak datang kene hukum. kah..kah..kah.. Satu lagi yang bagusnya umno nei mereka sedang ajar budak-budak baru abis belajar erti kemerdekaan dengan ganjaran, kalau rajin meriahkan tweetup merdeka dapat la T-shirt dan duit...la.. nilai merdeka tu sama macam sehelai t-shirt rupanya. Terdesak sangat la nampaknya, sampai tarik orang datang himpunan dengan hadiah lumayan... rupanya yang datang tu berebut-rebut nak hadiah je rupanya.. umno sedang ajar rakyat jadi patriotik pada hadiah lumayan. kah..kah..kah. Pelik -pelik, Peserta himpunan bersih dan himpunan "janji Bersih" tak pun diumpan dengan T-shirt.. tak wajib datang pun, tapi kenapa ramai?.. Sebab diorang bijak... tak macam penyokongs etia umno.. datang sebab hadiah lumayan. kah..kah..kah |
Jelajah Merdeka Rakyat - "Double Decker" kini di Macang Posted: 31 Aug 2012 06:47 AM PDT [update 11.25PM - 31 AUG 2012- Kini di Tanah Merah] Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat telah dilancarkan pagi tadi di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana Damansara. Dalam ucapan perasmian siri jelajah itu, Ketua Umum KEADILAN, berkata "Jelajah Merdeka Rakyat ini diadakan adalah untuk memberi isi dan makna ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang disambut hari ini," kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Kita ambil keputusan memanfaatkan kesempatan ini untuk menyedarkan rakyat dengan jelajah ke seluruh negara, sehingga Parlimen dibubar," Jelajah 'Merdeka Rakyat' akan ke lima buah negeri sepanjang tiga hari mulai hari ini hingga Ahad iaitu Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan program rasmi di 20 buah lokasi.. Destinasi pertama jelajah hari ini bermula hentian pertama di Masjid Daerah Benta untuk menunaikan solat Jumaat dan jamuan hari raya di Bilik Gerakan Keadilan DUN Benta di Jerantut yang dihadiri ratusan orang. Selepas negeri Pahang, Siri jelajah ini meneruskan perjalanan ke Kelantan, program pertama ialah Sambutan Eidul Fitri di Pejabat Penyelia DUN Nenggiri, Sungai Asap, Gua Musang, Kelantan Malam ini dijadualkan bas jelajah ini akan berhenti singgah untuk 7.00–8.30 mlm Gucil (DUN) Solat & Tazkirah Maghrib Masjid Jauhar, Simpang 3, Lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang, Kelantan lebih kurang jam 7 malam hingga 8.30 malam sebelum menruskan perjalanan ke Macang untuk sambutan Eidul Fitri di Pejabat PKR Cabang Macang, Kweng Hitam, Macang, Kelantan pada jam 9.00 malam. Selepas itu pada malam nanti bertempat di Tanah Merah (P) akan diadakan Ceramah Perdana - Merdeka Rakyat, antara penceramah malam ini ialah 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YB Dato' Saifuddin Nasution 3. YB Dato' Nik Amar Nik Abdullah 4. YB Fatah Mahmud 5. YB Amran Abdul Ghani Padang Majlis Tanah Merah, Kelantan Pagi esok bermula jam 8.30 pagi siri jelajah hari kedua akan bermula di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bahru, Kelantan untuk majlis sarapan pagi.- AIC |
Jelajah Merdeka Rakyat DSAI di Pahang, Kelantan (laporan & Gambar) Posted: 31 Aug 2012 05:02 AM PDT Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat telah dilancarkan pagi tadi di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana Damansara. Dalam ucapan perasmian siri jelajah itu, Ketua Umum KEADILAN, berkata "Jelajah Merdeka Rakyat ini diadakan adalah untuk memberi isi dan makna ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang disambut hari ini," kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Kita ambil keputusan memanfaatkan kesempatan ini untuk menyedarkan rakyat dengan jelajah ke seluruh negara, sehingga Parlimen dibubar," Jelajah 'Merdeka Rakyat' akan ke lima buah negeri sepanjang tiga hari mulai hari ini hingga Ahad iaitu Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan program rasmi di 20 buah lokasi.. Destinasi pertama jelajah hari ini bermula hentian pertama di Masjid Daerah Benta untuk menunaikan solat Jumaat dan jamuan hari raya di Bilik Gerakan Keadilan DUN Benta di Jerantut yang dihadiri ratusan orang. Selepas negeri Pahang, Siri jelajah ini meneruskan perjalanan ke Kelantan, program pertama ialah Sambutan Eidul Fitri di Pejabat Penyelia DUN Nenggiri, Sungai Asap, Gua Musang, Kelantan Malam ini dijadualkan bas jelajah ini akan berhenti singgah untuk 7.00–8.30 mlm Gucil (DUN) Solat & Tazkirah Maghrib Masjid Jauhar, Simpang 3, Lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang, Kelantan lebih kurang jam 7 malam hingga 8.30 malam sebelum menruskan perjalanan ke Macang untuk sambutan Eidul Fitri di Pejabat PKR Cabang Macang, Kweng Hitam, Macang, Kelantan pada jam 9.00 malam. Selepas itu pada malam nanti bertempat di Tanah Merah (P) akan diadakan Ceramah Perdana - Merdeka Rakyat, antara penceramah malam ini ialah 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YB Dato' Saifuddin Nasution 3. YB Dato' Nik Amar Nik Abdullah 4. YB Fatah Mahmud 5. YB Amran Abdul Ghani Padang Majlis Tanah Merah, Kelantan Pagi esok bermula jam 8.30 pagi siri jelajah hari kedua akan bermula di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bahru, Kelantan untuk majlis sarapan pagi.- AIC |
Posted: 31 Aug 2012 04:27 AM PDT 31 AUG 2012 - 7 .25PM KUALA LUMPUR- Kalau separuh dari tanah rizab Melayu tergadai dan hutang negara pula hampir mencecah pada paras siling 55 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tidak ada nilai langsung dakwaan Umno kononnya telah menunaikan janji. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan dakwaan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya menunaikan lebih daripada 87 peratus janji yang dibuat sejak daripada pilihan raya umum pada 1959 ketika di bawah Parti Perikatan sebagai bukti kegagalan Umno. "Kalau Zahid hendak sangat bermain dengan angka, 87 peratus dibahagikan dengan 12 kali pilihan raya, maknanya hanya 7.25 peratus janji kerajaan BN atau Perikatan yang ditunaikan setiap penggal. "Ia bermakna Pakatan Rakyat (PR) lebih banyak menunaikan janji sebab Zahid yang kata kerajaan negeri di bawah PR hanya menunaikan kurang 15 peratus daripada keseluruhan janji yang dibuat dalam satu penggal pilihan raya. "Kurang 15 peratus mungkin 14 peratus dalam satu penggal pilihan raya dan ia jelas lebih banyak dari hanya 7.25 peratus janji yang ditunaikan oleh kerajaan BN atau Perikatan dalam satu penggal pilihan raya . Itu kalau Zahid hendak sangat bermain angka," kata Mahfuz. Di sisi yang lain pula, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, dakwaan Menteri Pertahanan mengenai peratusan janji yang ditunaikan oleh BN itu hanya akan menjadi bahan ejekan dan cemuhan rakyat. "Rakyat yang berbangsa Melayu akan mempersoalkan apa guna dakwaan Zahid yang belum tentu betul itu kalau rekod dalam dalam tahun 1995 sahaja menunjukkan hampir 44 peratus daripada jumlah asal tanah rizab Melayu terlepas dari tangan orang-orang Melayu," kata Mahfuz. Menurut beliau, tanah rizab Melayu berjumlah tiga juta hektar pada tahun 1957 merosot kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu hampir 44 peratus daripada jumlah asal. Bagi rakyat keseluruhannya pula, katanya, tekanan ekonomi yang mereka hadapi sekarang seperti kenaikan harga barang yang semakin di rasai serta kebimbangan negara akan bankrap di bawah pemerintahan BN semakin membimbangkan mereka. "Menteri BN sendiri yang menyatakan negara akan bankrap pada 2019 walaupun kemudiannya ditarik balik tanpa hujah yang meyakinkan. "(Bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) pula berkata Malaaysia akan jadi miskin," kata Mahfuz. Semua itu, katanya, membuktikan BN bukan sahaja tidak menunaikan janji malah akan memusnahkan negara. Perkara itu semakin terbukti apabila apabila hutang negara terus melonjak sehingga kepada paras 54.8 peratus dari KDNK, kata beliau. Sedangkan, kata Mahfuz lagi, IMF dan Bank Dunia menyatakan, apabila hutang negara mula mencecah pada paras siling 55 peratus dari KDNK), negara tersebut akan mula menghadapi masalah kewangan yang serius. -harakahdaily |
Tukar bendera bukan agenda pembangkang - DSAI Posted: 31 Aug 2012 03:08 AM PDT Tukar Bendera: Anwar Nafi Agenda Pembangkang PETALING JAYA: [31 AUG 2012 - 6.05PM] Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menafikan pembangkang mendalangi perbuatan tidak bertanggungjawab berhubung penyebaran risalah menukar Jalur Gamilang di ambang Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-55. Malah Ketua Pembangkang itu dalam nada tegas menempelak pihak yang mengaitkan perbuatan berkenaan dengan gabungan parti pembangkang. "Tiada keputusan seumpama itu dibuat oleh Pakatan Rakyat. Mengapa harus putar belit?" katanya yang dipetik menerusi akaun Twitter. Anwar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang pengikutnya di laman sosial tersebut yang meminta beliau menjelaskan mengapa pembangkang mahu mengubah bendera kebangsaan selepas 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada Khamis malam, sekumpulan individu tidak bertanggungjawab mengedarkan risalah agar memilih bendera mirip kepunyaan republik Singapura dan Indonesia dengan warna merah dan putih namun mengekalkan lambang bulan dan bintang yang bewarna kuning seperti Jalur Gemilang. Risalah berkenaan dipercayai diedarkan peserta 'Janji Demokrasi' anjuran beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu negara. Pada bahagian bawah risalah itu turut dicetak logo kemerdekaan yang digunapakai pembangkang dengan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'. Mengulas lanjut Anwar sebaliknya mendakwa perbuatan berkenaan merupakan maintan politik Umno untuk memburukkan pembangkang. "Ia bukan cadangan Pakatan Rakyat. Waspada dengan mainan Umno mengalih isu rasuah dan kezaliman," katanya menjawab persoalan sama yang dibangkitkan pengikutnya di Twitter. - mStar |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan