Sabtu, 8 September 2012

Generasi Pewaris Khilafah

Generasi Pewaris Khilafah


Maldives Contoh Negara Amal Undang-undang Islam

Posted: 07 Sep 2012 08:28 PM PDT

assalamualaikum 

Sebuah mahkamah di Maldives menjatuhkan hukuman rotan di khalayak ramai ke atas seorang remaja wanita berusia 16 tahun selepas dia mengaku berzina, kata beberapa pegawai semalam.Remaja yang tidak dinamakan itu didapati bersalah selepas dia membuat pengakuan menerusi undang-undang syariah. Pengakuan itu dibuat selepas keluarganya mengadu bahawa dia telah melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki berusia 29 tahun pada Julai lalu.


Lelaki tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun berdasarkan peruntukan undang-undang sivil di sebuah mahkamah di daerah Raa atoll pada Ahad lalu kerana melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur. Seorang pegawai mahkamah berkata, gadis itu boleh menolak untuk melakukan hukuman sebat di khalayak ramai untuk digantikan dengan hukuman tahanan rumah selama lapan bulan di bawah undang-undang tempatan.Mahkamah mengarahkan hukuman rotan itu dilakukan apabila gadis itu berusia 18 tahun.


Artis Luar Hina Islam Apa Pandangan Korang ?

Posted: 07 Sep 2012 08:21 PM PDT

Assalamualaikum ..

Apa pandangan korang pada gambar ini ? Orang duk sibuk hina pemimpin bising yang nie hina islam tak de pun orang nak ambik port kan ?? 



Korang tengok siap letak tatu lagi kat badan dia . Tak de orang nak marah ? aku memang rasa geram sangat dah ni ... kepada pihak yang berkenaan sila ambil tindakan 

sumber -AK 47

Tiada ulasan: