DIALOG RAKYAT |
- Umno buang papan tanda tulisan Jawi
- Ramalan ‘kerajaan lemah’ menunjukkan BN tidak yakin, kata Pakatan
- Iklan jawatan guru J-QAF Ahad ini
- Mayat reput dalam tangki air, 337 penghuni tuntut RM100j
- Seludup dadah: Lebih 100 rakyat M'sia ditahan di Indonesia
- 8 siswa, aktivis disiasat isu demo 'Bersih Kampus'
- Ngeh minta maaf isu tweet tentang filem anti-Islam
- 'Taib Mahmud orang terkaya tak mengejutkan'
- AGM Umno tahun ini, PRU belum tentu tahun depan
- Pilihan Raya Kampus UIA mulai ‘panas’
- Solidariti AMK bersama Pemuda PAS
- Cabaran global: BN laksana tuntutan rakyat
- Laporan polis terhadap pemimpin DAP
- Pemuda Pas : Siasat Posting Samakan Nik Aziz Dengan Khinzir
- Isu Pijak Dan Bakar Gambar Guan Eng, Polis Masih Gagal Bertindak
- 92% Pangsapuri Kos Rendah Terima Air Percuma
- Pemimpin Pakatan mohon ampun pada rakyat Sabah
- Kumpulan Md Isa, Shahidan sedang merebut ‘ehsan’ Najib
- PAS dakwa BN tidak hantar soalan sidang DUN K’tan
- Presiden PAS saman Timbalan Menteri, Sinar Harian
- Mohd Sabu: Hishamuddin menteri tidak bertanggungjawab
- Suaram buat laporan polis terhadap menteri
- Aktivis protes di luar ibupejabat Lynas di Sydney
- CPI: 'Pelan pembangunan bukti krisis pendidikan M'sia'
- Soi Lek takutkan pengundi Cina bangkit isu hudud, kata Kit Siang
Umno buang papan tanda tulisan Jawi Posted: 20 Sep 2012 06:20 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE SEGAMAT- AJK PAS Negeri Johor, Firdaus Masood mengingatkan pengundi Melayu negeri itu supaya memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat kerana Umno sudah tidak mempedulikan nasib orang Melayu dan agama Islam. Ini berikutan katanya, tindakan Majlis Daerah Segamat yang telah menukar semua tanda nama jalan yang pada asalnya tulisan Jawi di sekitar bandar dan taman-taman di daerah Segamat. Menurut beliau, difahamkan kos menukar nama tanda jalan di semua taman dan bandar Segamat itu sebanyak RM50,000. Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Segamat menegaskan, tindakan menukar tulisan jawi itu membuktikan bahawa kerajaan negeri Johor yang dikuasai Umno tidak mempedulikan nasib orang Melayu dan agama Islam. Sepatutnya kata beliau, Umno yang merupakan parti orang Melayu mempertahankan tulisan Jawi bukan membuang tulisan tersebut. "Di mana suara Pemuda Umno dan ahli Umno dalam hal ini. Sepatutnya mereka yang mempertahankan hak orang Melayu Islam," tegasnya. Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS negeri Johor berharap rakyat negeri Johor mesti menilai kembali layanan kerajaan Umno yang telah mentadbir negeri itu selama 55 tahun. Katanya, orang Melayu masih ramai yang hidup terpinggir dan Umno sebenarnya tidak pernah mempedulikan nasib orang Melayu. Beliau yakin orang Melayu Johor akan terus hidup merempat dan tulisan Jawi akan terus hilang jika Johor terus ditadbir oleh Umno. "Saya yakin orang Melayu tidak mempunyai tempat bergantung yang baik jika Umno masih lagi mentadbir Johor pada PRU ke 13 nanti," tegasnya.-harakahdaily |
Ramalan ‘kerajaan lemah’ menunjukkan BN tidak yakin, kata Pakatan Posted: 20 Sep 2012 06:16 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR, – Ahli politik Pakatan Rakyat (PR) berkata bahawa ramalan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir semalam yang menyatakan Barisan Nasional (BN) akan menjadi sebuah kerajaan yang lemah pada pilihan raya akan datang, menunjukkan bahawa gabungan parti pemerintah itu tidak yakin dalam pilihan raya akan datang. Pemimpin PR juga berkata dakwaan Dr Mahathir tentang kerajaan BN memberikan wang kepada rakyat adalah seperti membeli undi, menunjukkan pentadbiran sekarang tidak mempunyai penyelesaian jangka panjang dan idea untuk negara. Semalam, Dr Mahathir berkata, amalan memberi wang kepada rakyat adalah seperti membeli undi, dan menambah bahawa itu adalah keputusan yang mudah bila kerajaan sudah tiada masa dan pilihan raya semakin hampir. Setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, BN selalunya akan "yakin mereka akan dapat menubuhkan kerajaan dengan mudah." Beliau berkata pemberian wang dari pentadbiran Najib dilakukan dengan "harapan rakyat akan memberi semula mandat kepada Najib". "Sama ada membeli undi atau seperti membeli undi, Mahathir mengaku bahawa kerajaan PM Najib tidak diyakini rakyat," kata Saifuddin lagi. Saifuddin menggambarkan itu adalah "satu langkah terdesak dari Najib" dan "tidak mempunyai idea untuk memenangi sokongan rakyat" dan "hanya mahu berbelanja lebih". "Dia tidak mempunyai idea untuk membantu rakyat dalam jangka masa yang panjang," dakwa Saifuddin, dengan menekankan beberapa isu seperti kenaikan kos hidup dan perumahan. "Najib hanya mempunyai satu idea, iaitu memberi wang (kepada orang ramai)," katanya lagi. Kerajaan dijangka untuk mengumumkan pusingan kedua pemberian RM500 tunai kepada penduduk berpendapatan rendah bila Bajet 2013 akan dibentangkan minggu hadapan, dan dilihat bahawa sokongan terhadap Najib dan BN akan meningkat akan datang. Pusingan pertama pemberian di bawah program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) melibatkan lima juta keluarga dan membabitkan wang rakyat berjumlah RM2.6 billion, telah menyebabkan sokongan Najib meningkat kepada 69 peratus, khususnya sokongan dari golongan berpendapatan rendah. Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir yang mengakui kerajaan yang ada sekarang sangat lemah. Beliau berkata, kerajaan BN kini "tidak yakin" untuk mendapat sokongan dengan tidak mempunyai polisi dan pembangunan yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, kerana itu pentadbirannya hanya memberi wang tunai. "Mereka terpaksa membeli undi dengan memberi wang tunai, dengan harapan rakyat akan memberi undi kepada mereka," kata Mahfuz. Beliau turut berkata bahawa Dr Mahathir mengakui bahawa kerajaan "tidak memahami apa yang rakyat mahukan," dengan berkata rakyat mahukan "keadilan, ketelusan dan akauntabiliti dari kerajaan memerintah". Mahfuz turut berkata bekas perdana menteri itu "mengakui bahawa BN tidak akan mampu memenangi semula negeri-negeri yang dimenangi PR", merujuk kepada empat negeri yang dimenangi oleh PR selepas pilihan raya 2008. Liew Chin Tong, setiausaha bahagian antarabangsa DAP, bersetuju dengan berkata "BN tidak yakin untuk menang, sebaliknya peluang hanya 50-50." "Mahathir akhirnya mengakui Najib tidak mahu mengakui bahawa pilihan raya kali ini sangat sengit. "Saya merasakan Najib harus mengakui bahawa BN mungkin untuk kehilangan kuasa, dan dia harus menjanjikan perpindahan kuasa yang lancar dalam pertukaran kerajaan," katanya lagi. Beliau memberi komen dalam kenyataan BN untuk memberi bantuan kewangan kepada rakyat, dengan berkata "ia menunjukkan mereka tidak mempunyai pelan untuk pembangunan berterusan". "Sementara Najib terus berkata rekod sebagai kerajaan sudah ditunjukkan selama 55 tahun, Mahathir pula berkata pentadbiran ini tidak mempunyai rancangan untuk negara ini," katanya lagi. |
Iklan jawatan guru J-QAF Ahad ini Posted: 20 Sep 2012 06:12 AM PDT Pengambilan seramai 3,384 guru J-QAF (Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain) untuk mengisi kekosongan di 2,054 buah sekolah rendah di seluruh negara akan diiklankan selama dua kali mulai Ahad ini. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata calon yang berjaya dalam temuduga akan menjalani latihan dua minggu di Institut Pendidikan Guru dan ditempatkan di sekolah-sekolah mulai 2 Jan depan. "Ini adalah pendekatan jangka pendek yang diputuskan kerajaan untuk mengatasi kekosongan tersebut. Mulai 2 Januari 2013 semua sekolah rendah termasuk di sekolah kebangsaan Jenis Cina dan Tamil akan ada guru J-QAF. "....kerana isu ini sering dibangkitkan di Parlimen, pendekatan ini adalah yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Keibubapaan (Menangani Isu LGBT) di NAZA Automotif di sini, hari ini. Pengajaran J-QAF bermula pada 2005 namun kekurangan guru di sekolah rendah turut menyebabkan pengajarannya di sekolah menengah yang dijadual bermula pada pertengahan tahun ini ditangguhkan. Mohd Puad yang juga pengerusi Jawatankuasa Menangani Masalah Kekurangan Guru-Guru J-QAF berkata keputusan itu seiring dengan kehendak kementerian kerana ia berkaitan pendidikan moral pelajar. Guru-guru ini akan menjalani mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah selama satu setengah tahun bermula dari tarikh mereka mengajar. Ini bermakna sambil mengajar mereka belajar, katanya. Beliau berkata syarat utama ialah calon memiliki ijazah Pendidikan Islam dan umur tidak melebihi 37 tahun. Seminar Keibubapaan itu dianjurkan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad bersama Majlis Permuafakatan PIBG Sekolah-Sekolah Putrajaya, dihadiri lebih 1,000 orang pengetua, guru besar dan ibu bapa. Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail yang juga pengerusi Majlis Permuafakatan PIBG Sekolah-Sekolah Putrajaya turut membentangkan kertas kerja bertajuk 'Liberalisasi: Cabaran Masa Kini."- Bernama |
Mayat reput dalam tangki air, 337 penghuni tuntut RM100j Posted: 20 Sep 2012 06:11 AM PDT MALAYSIA KINI Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di Tawau hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan. Penduduk yang diwakili peguam Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau kira-kira jam 2.45 petang. Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu. Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu. Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang merupakan ejen defendan pertama. Plaintif mendakwa pihak defendan telah melakukan enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa sahaja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ. Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air perumahan itu. Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan. Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan. Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti dengan yang baharu. - Bernama |
Seludup dadah: Lebih 100 rakyat M'sia ditahan di Indonesia Posted: 20 Sep 2012 06:08 AM PDT Lebih 100 rakyat Malaysia ditangkap di Indonesia kerana menyeludup dadah bagi tempoh 2009 hingga sekarang, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim. "Tahun lepas mencatatkan tangkapan tertinggi, namun tahun ini jumlah tangkapan setakat ini adalah kecil iaitu kurang dari 10 orang," katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar Seni di ibunegara hari ini. Beliau ditanya mengenai perkara yang dibincang pada pertemuannya dengan bahagian narkotik Polis Indonesia baru-baru ini. Katanya mereka yang ditangkap bukan sahaja menyeludup masuk dadah dari Malaysia tetapi juga dari negara lain. "Kita juga membincangkan mengenai rakyat Indonesia yang ditangkap di negara ini kerana kes yang sama," katanya.- Bernama |
8 siswa, aktivis disiasat isu demo 'Bersih Kampus' Posted: 20 Sep 2012 06:00 AM PDT Lapan mahasiswa dan aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini hadir ke ibu pejabat polis Dang Wangi untuk disiasat berhubungan perhimpunan menuntut pilihan raya kampus yang bersih Hari Malaysia Ahad lalu. Antara disiasat ialah Koordinator Suaram Ahmad Syukri Ab Razab (aktivis Suaram), Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang dan Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional Edikoup Sediyanto. Kebanyakan mereka memasuki ibu pejabat polis kira-kira jam 2.35 petang dengan ditemani peguam Farhana Abdul Halim. Turut hadir memberikan keterangan ialah akvitis mahasiswa Ekhsan Bukharee Baderul Hisham, Akram Ikrami Taib Azamuddin, Haziq Abdul Aziz, Mohd Syahid Mohd Zaini dan Rohayu Rosli. Menurut Farhana, kesemua anak guamnya disiasat sebagai saksi mengikut Seksyen 4(1)(C) dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012. Peruntukan 4(1)(c) adalah berkaitan penganjuran atau penyertaan perhimpunan secara aman dan tanpa senjata yang tidak meluas kepada suatu protes jalanan. Manakala seksyen 9(5) pula adalah berkaitan dengan tidak memaklumkan perhimpunan itu dijalankan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit. Farhana berkata kesemua anak guamnya tidak menjawab soalan yang dikemukakan seperti yang diarahkan sebelum itu kecuali memberikan butir-butir peribadi yang dikehendaki. "Mereka tidak menjawab soalan, (mereka) jawab di mahkamah jika disabitkan pertuduhan," katanya sambil menambah beliau hanya menemani Rohayu ketika soalsiasat dijalankan. Sesi soalsiat terhadap semua anak guamnya itu selesai kira-kira jam 6.40 petang, tambah Farhana. Dilaporkan kira-kira 800 pelajar menyertai perarakan di ibu kota Kuala Lumpur pada 16 September bagi menuntut pilihan raya kampus yang bersih dan telus. Mereka antaranya menuntut sistem pengundian yang telus, peruntukan dana kepada calon dan penetapan tarikh pilihan raya kampus lebih awal. 'Himpun macam mana yang polis mahu?' Bercakap kepada pemberita sebelum memberi keterangan, Mohd Safwan Anang mempersoalkan mengapa mereka perlu memberi keterangan sedangkan perhimpunan itu aman dan tidak memberi masalah kepada orang awam. "Pada 16 September terbukti ia aman dan polis mengiringi dalam keadaan yang terkawal. "Tidak ada masalah. Kita juga berpegang kepada artikel 10 (perlembagaan persekutuan) mengenai hak berhimpun," katanya. Mohd Safwan berkata beliau difahamkan kesemua mereka akan disiasat dbawah Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan April lalu. Sementara itu, Ahmad Syukri pula mengingatkan gesaan wakil pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Maina Kiai sebelum ini yang dilapor menggesa kerajaan mempromosi cara berhimpun secara aman. "(Perhimpunan itu) tidak ada kesesakan, berjalan cukup baik. Berhimpun cara macam mana lagi yang polis mahu sebenarnya?" katanya. |
Ngeh minta maaf isu tweet tentang filem anti-Islam Posted: 20 Sep 2012 05:58 AM PDT MALAYSIA KINI Ketua DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini memohon maaf dan menarik balik tulisannya di Twitter yang didakwa mempersoal bantahan umat Islam terhadap filem anti-Islam Innocence of Muslims."Saya tarik balik dan meminta maaf kepada orang Islam yang tersinggung dengan twit saya, saya tidak pernah maksudkannya begitu," katanya dalam kenyataan media hari ini. Tulisan Ngeh (atas) yang dipertikaikan itu menyebut: "Khairy mahu umat Islam mengadakan protes terhadap Sam Bacile (pengarah Innocence of Muslims). Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya. "Adakah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini," tulisan anggota parlimen Beruas di Twitter itu dipetik. Ekoran itu, pelbagai pihak termasuk pemimpin BN dan pembangkang dilaporkan menyuarakan perasaan tidak senang mereka terhadap kenyataannya itu. |
'Taib Mahmud orang terkaya tak mengejutkan' Posted: 20 Sep 2012 05:56 AM PDT Dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah orang terkaya di Malaysia nampaknya tidak mengejutkan rakyat Sarawak. Bagaimanapun, apa yang mengejut ramai daripada mereka ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), polis dan pihak berkuasa lain didakwa tidak bertindak terhadapnya walaupun beberapa laporan dakwaan rasuah, salahguna kuasa dan kronisme telah dibuat terhadapnya. Ahli politik dan rakyat biasa yang diwawancara di Kuching sejak dua hari lalu berkata ramai sudah tahu bahawa Taib seorang yang kaya. "Tetapi kami tidak tahu kekayaan sebenarnya kecuali SPRM, polis dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalankan siasatan," kata mereka. Ramai rakyat Sarawak tahu siapa yang memilik syarikat gergasi Cahya Mata Sarawak (CMS) dan anak syarikatnya diberi banyak projek besar dan menguasai bekalan simen untuk projek pembinaan, jalan dan pembaikan jalan serta pembinaan empangan. Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Taib sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion). Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekaligus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia. Usaha mendapatkan komen pejabat ketua menteri berhubung dokumen BMF setakat ini belum berjaya. Tiada pemimpin BN juga mahu memberikan komen berhubung dakwaan itu setakat ini. |
AGM Umno tahun ini, PRU belum tentu tahun depan Posted: 20 Sep 2012 05:54 AM PDT Perhimpunan Tahunan Agung Umno akan berlangsung pada 27 November hingga 1 Disember, kata presiden parti Datuk Seri Najib Razak. Beliau yang juga perdana menteri bagaimanapun berkata, ia boleh ditangguhkan sekiranya pilihan raya diadakan. Najib mesti memanggil pilihan raya sebelum April tahun depan. |
Pilihan Raya Kampus UIA mulai ‘panas’ Posted: 20 Sep 2012 05:49 AM PDT Sesi dialog anjuran Siswa Intelek yang menampilkan lima gerakan mahasiswa di universiti itu mula diganggu. PETALING JAYA: Bahang Pilihan Raya Kampus (PRK) mula terasa apabila sesi Dialog Politik Kampus di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) diganggu. Dialog yang dianjurkan Siswa Intelek itu menampilkan lima gerakan mahasiswa di UIA iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), UIA, Pro-Mahasiswa, dan Sahabatul Mukmin turut dihadiri kira-kira 100 mahasiswa untuk memberi sokongan. "Malangnya, pihak keselamatan hadir dan mengarahkan supaya program dialog itu dihentikan serta-merta atas alasan tidak mempunyai permit. "Program terpaksa dihentikan kerana tidak mempunyai permit, sedangkan program yang sudah lulus permit pun dibatalkan juga oleh UIA," kata wakil Pro-Mahasiswa Mohd Hafizuddin Muhamed Noor. Selain itu, katanya lebih membimbangkan apabila sesi 'public speaking' yang menjadi syarat kepada calon yang bertanding dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dibuka dua kali. Menganggapnya sebagai kes yang pertama dalam sejarah PRK UIA, sesi pertama 'public speaking' kali pertama diadakan pada Jumaat lalu, manakala sesi kedua pula diadakan semalam, iaitu sehari sebelum hari penamaan calon. Katanya, berdasarkan kenyataan Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar UIA Dr Akmal Khuzairy dalam responnya di laman sosial Facebook, sesi kedua dibuka berdasarkan permintaan daripada wakil mahasiswa antarabangsa dan UIA Kuantan. "Apa yang mencurigakan adalah sepanjang sesi kedua ini berlangsung, hanya seorang wakil pelajar antarabangsa UIA kampus Gombak yang hadir untuk berucap dan tiada seorang pun mahasiswa yang terlibat di UIA Kuantan," katanya. Campur tangan Umno Sementara itu, spekulasi juga timbul dengan kewujudan notis pelantikan Datuk Prof Madya Dr Mizan Hitam sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIA, menggantikan Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkuatkuasa serta merta selepas mendapat pengesahan Ahli Majlis Tertinggi Umno. Dr Mizan sebelum ini adalah Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka. Notis yang menggunakan kepala surat resmi Umno itu ditujukan kepada Rektor UIA Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin dan ditandatangani Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. "Pelantikan Datuk Prof Dr Mizan adalah bertujuan untuk menjayakan projek OPS 2020 bersempena dengan Pilihan Raya Kampus 2012 yang dijadualkan berlangsung pada 25 September 2012. "Semoga makluman kepada pihak puan atas pelantikan ini dapat membawa kejayaan dan kegemilangan kepada Pro-Aspirasi untuk memartabatkan Bangsa dan Negara berlandaskan Perlembagaan Umno," notis tersebut dipetik. PRK yang akan berlangsung pada 25 September ini dianggarkan sengit apabila dijadikan sebagai kayu ukur untuk menguji pengaruh golongan pengundi muda dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13). |
Solidariti AMK bersama Pemuda PAS Posted: 20 Sep 2012 05:45 AM PDT Penglibatan Pemuda Umno hanya untuk kepentingan politik dan tidak lebih dari gimik untuk meraih publisiti murahan. PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mengalu-alukan inisiatif Dewan Pemuda PAS Pusat untuk berhimpun di hadapan bangunan kedutaan Amerika Syarikat esok bagi menyuarakan bantahan terhadap filem 'Innocence of Muslims' yang menghina peribadi Rasulullah SAW. Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pihaknya menyokong sepenuhnya inisiatif itu dan akan bersolidariti bersama rakan dari Pemuda PAS dalam perhimpunan yang dijadualkan selepas solat Jumaat petang esok. "Sehubungan dengan tindakan Pergerakan Pemuda Umno yang turut merancang untuk mengadakan perhimpunan sama di Masjid Kampung Baru, AMK berpandangan bahawa tindakan tersebut tidak lebih dari gimik untuk meraih publisiti murahan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Menurutnya, rakyat telah sedia maklum bahawa perjuangan Pemuda Umno berkaitan isu penghinaan ke atas peribadi Rasulullah SAW tidak pernah konsisten, malah bersifat bermuka-muka dan sekadar bertujuan untuk mencari keuntungan politik. "Di mana Pemuda UMNO ketika bekas pemimpin tertinggi parti mereka sendiri memperlekeh amalan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW? "Di mana Pemuda Umno bila mana pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina dan memperlekeh hukum hudud yang termaktub dalam Al-Quran?," soal beliau. Menurut Shamsul, pihaknya akan melancarkan program "Cahaya Muhammad" pada 25 September ini yang bertujuan untuk memberikan penerangan dan penjelasan sebenar tentang keperibadian serta sejarah perjuangan Rasulullah SAW," katanya. |
Cabaran global: BN laksana tuntutan rakyat Posted: 20 Sep 2012 05:36 AM PDT Pandangan Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan lemah dan tidak pasti BN akan menang majoriti itu dipandang dari kaca mata ketika zaman beliau. Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker berkata, kerajaan ketika diperintah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kukuh dan mempunyai kuasa mutlak maka tumpuan kepada pembangunan giat dilakukan. Namun keadaan itu berbeza kini menurut Ti Lian dan sedikit sebanyak proses transformasi itu perlu dilakukan untuk memenuhi hasrat rakyat. "Zaman Tun (Mahathir Mohamad) kerajaan kukuh dan mempunyai kuasa mutlak dua pertiga, maka kita boleh tumpu kepada pembangunan. "Pandangan beliau bahawa kerajaan lemah dan tidak pasti BN akan menang majoriti itu dipandang dari kaca mata ketika zaman beliau. "Jika kerajaan BN tidak hiraukan rakyat, mereka akan memilih untuk menukar kerajaan. Maka tuntutan rakyat perlu diberi pertimbangan dan perhatian sewajarnya," katanya ketika dihubungi FMT. Beliau mengulas mengenai kenyataan Mahathir semalam yang menyifatkan kerajaan BN lemah untuk terus kekal dengan menumpukan kepada pelbagai tuntutan dan tidak memberi tumpuan kepada pembangunan negara atau mendengar apa komuniti perniagaan mahu. Menurut Ti Lian, dengan pelbagai pembangunan sebelum ini ia hanya memberi keuntungan kepada pihak tertentu sehingga menimbulkan rasa tidak selesa ke atas rakyat. Katanya, maka perlu pembangunan fizikal dan kemanusiaan diselaraskan dan keyakinan itu diberi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalankan pelbagai program transformasi kepada rakyat khususnya. Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berpendapat mantan Perdana Menteri memberi mesej tersirat agar rakyat memberi kemenangan mutlak kepada parti itu pada pilihan raya ke-13 kelak. "Bila beliau sebut tentang pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seolah itu politik wang tetapi sebenarnya beliau memberi pandangan bahawa beliau tidak gemar dengan keadaan itu. Beliau lebih suka membina fasiliti untuk rakyat. "Mesej utama beliau sebenarnya untuk menyeru rakyat memberi kemenangan kepada BN. Pada saya beliau mahu rakyat beri kemenangan mutlak kepada BN," katanya yang juga ahli parlimen Kota Belud. |
Laporan polis terhadap pemimpin DAP Posted: 20 Sep 2012 05:34 AM PDT Pemuda Umno Ampang bersama beberapa NGO membuat laporan polis ke atas Ngeh Koo Ham di IPD Ampang Jaya petang tadi. PETALING JAYA: Pemuda Umno Ampang membuat laporan polis terhadap pemimpin DAP, Ngeh Koo Ham ekoran kenyataan yang menghina Islam. Laporan itu diketuai oleh ketuanya, Safarizul Mustafa bersama beberapa NGO iaitu Jakamas, Perkasa dan MAYS di IPD Ampang Jaya petang tadi. "Kami merasa kesal seorang rakyat Malaysia seperti Khoo Ham boleh mengeluarkan kenyataan menghina Islam. "Sepatutnya, sebagai rakyat yang faham akan kedudukan agama Islam di negaranya sendiri, beliau seharusnya sedar kenyataan yang dikeluarkanya boleh menimbulkan kemarahan dan mencabar kesabaran umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. "… lebih menyedihkan lagi di kala manusia hari ini berada di zaman yang bertamadun masih terdapat pemimpin parti yang berfikiran kuno yang lansung tidak mencerminkan kepimpinan yang bertamadun. "Apakah kenyataan yang dibuat oleh Koo Ham sekadar untuk meraih popularati yang kian menghilang di kalangan pemimpin DAP yang kerap menjadi kecaman masyarakat umum ataupun ingin menjadi "pahlawan di dalam reban" menunjuk hebat bukan di tempatnya," ujarnya selepas membuat laporan polis tersebut. `Kenyataan kurang ajar' Beliau menegaskan "kenyataan Koo Ham kurang ajar, umat Islam sanggup mati mempertahankan kesucian Islam dan Koo Ham diminta memohon maaf kepada semua rakyat beragama Islam Malaysia dan seluruh dunia serta menarik balik kenyataan yang dikeluarkanya. "PAS dan PKR juga dicabar mengeluarkan kenyataan mengutuk Koo Ham. "Jika mereka tidak berbuat demikian, apakah mereka bersetuju maruah Rasullullah dan Islam dihina begitu rupa. "Di mana pendirian dua parti ini ke atas kedudukan Islam dalam negara ? "Semua pihak berkuasa juga diminta mengambil tindakan tegas terhadap Koo Ham," ujarnya lagi: Dalam perkembangan terbaru, Ngeh dilapokan telah menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada umat Islam. |
Pemuda Pas : Siasat Posting Samakan Nik Aziz Dengan Khinzir Posted: 20 Sep 2012 05:30 AM PDT SHAH ALAM: Pemuda Pas mengesa kerajaan pusat mengambil tindakan tegas di bawah Seksyen 114A terhadap seorang pengguna laman sosial Facebook yang menghina Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Ini bagi membuktikan yang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serius di dalam menguatkuasakan undang-undang tanpa berat sebelah. Ketua Penerangan sayap itu mendakwa seorang pemilik akaun di laman sosial Facebook, yang memberi nama "Idham bin Zulkifli", menyamakan Nik Aziz dengan seekor babi. "DPPM melihat kenyataan beliau serta posting yang beliau sebarkan terlalu berniat jahat, biadap serta menghina peribadi Nik Abdul Aziz. "Individu ini telah merendahkan darjatnya dengan begitu hina sekali sehingga hilang kewarasan, dan kemanusiaan serta adab-adab dalam penulisan beliau," kata Riduan. Menurut Riduan, Idham telah bertindak memuatnaikan foto Nik Aziz seolah-olah sedang menghirup kuah bersebelahan dengan foto seekor khinzir sedang minum air. Foto bertajuk 'Antara Dua Haiwan ini mana yang lebih sopan?' itu turut disertakan komen oleh Idham, 'nampaknya begitulah. Babi tu lebih sopan dari Nik Aziz." Baru-baru ini kerajaan pusat telah meluluskan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan yang memberi lebih kuasa kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap perkara hasutan di alam cyber termasuk laman facebook. Pindaan tersebut dikecam oleh pemimpin Pakatan Rakyat kerana didakwa bertujuan untuk menyekat kebebasan bersuaran di internet. |
Isu Pijak Dan Bakar Gambar Guan Eng, Polis Masih Gagal Bertindak Posted: 20 Sep 2012 05:27 AM PDT SHAH ALAM: Polis didakwa masih bertindak pilih kasih terhadap keganasan politik kerana gagal mengambil tindakan terhadap individu dan kumpulan yang menghina dan mengancam nyawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Timbalan Ketua Menteri(I) Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata, polis masih tidak ambil tindakan terhadap individu dan kumpulan ekstremis Melayu walaupun terdapat gambar dan video tentang penglibatan mereka. Sikap polis terhadap Guan Eng, nyata berbeza dengan kes gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipijak semasa ketika Perhimpunan Janji Bersih pada 30 Ogos lalu. "Semasa isu gambar Najib dipijak, ada yang menyuarakan perlu adanya campur tangan polis dan Peguan Negara dan difahamkan beberapa orang telah ditahan dan disoalsiasat polis," katanya melalui surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Mansor berkata, tindakan sedemikian tidak berlaku terhadap kumpulan ekstrimist Perkasa yang memijak, mengoyak dan membakar gambar Guan Eng dalam satu insiden pada bulan Mei. Malah, kumpulan terbabit turut melakukan demonstrasi yang lebih ganas dan mereka juga melakukan upacara kematian ke atas beliau di hadapan pintu kediaman Ketua Menteri itu sewaktu demonstrasi pada 10 Mei lalu. "Beliau juga telah dihadiahkan kek berbentuk tahi dan keranda oleh individu yang tidak bertanggungjawab ini," katanya. Dakwanya, walaupun laporan polis dibuat beserta bukti gambar dan video insiden itu, sehingga kini polis masih lagi berdiam diri. Lebih mengejutkan kata Dr Mansor, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah pernah berkata tiada bukti yang cukup untuk mendakwa mereka yang terlibat. Mazlan telah membuat kenyataan itu dalam akhbar The Star bertarikh 8 Sept lalu. Menurut Mansor, jawapan yang diberikan oleh polis tidak boleh diterima kerana saksi, gambar dan pengakuan oleh mereka yang terlibat turut disertakan di dalam laporan polis itu. |
92% Pangsapuri Kos Rendah Terima Air Percuma Posted: 20 Sep 2012 05:23 AM PDT SHAH ALAM : Sejak program pemberian air percuma dilancarkan pada Jun 2008, sehingga kini lebih satu juta penduduk yang menggunakan meter individu menikmati air percuma termasuk penghuni pangsapuri kos rendah. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata, usaha memastikan pemberian air percuma dapat dinikmati penghuni pangsapuri kos rendah dilakukan sejak Jun 2010 lagi dan akan di teruskan selagi Pakatan Rakyat memerintah Selangor. "Usaha tersebut dilakukan kerana kita tidak mahu rakyat miskin di rumah bertingkat kos rendah menjadi mangsa Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang merumitkan proses penukaran meter pukal kepada individu. "Antara lain kita mewujudkan Skim Safwa (Skim Rebet Air Percuma) untuk membolehkan penghuni pangsapuri kos rendah mendapat manfaat air percuma," jelasnya dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Rekabentuk Rumah Mampu Milik Selangor 2012 di sini petang tadi. Sejak skim tersebut dilancarkan pada Julai 2010, sehingga Julai 2012 lebih RM 6 juta dibelanjakan untuk air percuma kepada penghuni pangsapuri kos rendah. Rekod Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) juga melaporkan sebanyak 92 peratus atau 214 kawasan melibatkan 58, 049 unit pangsapuri kos rendah menerima air percuma menerusi Skim Safwa. Manakala baki 18 kawasan atau 6, 666 unit lagi gagal melaksanakan tuntutan rebet air percuma kerana Badan Pengurusan Bersama (JMB) kekurangan tenaga kerja. Katanya lagi, Skim Safwa turut ditambah baik menerusi 'Lapor dan Dapat' di mana setiap pangsapuri yang tercicir boleh terus mendaftar di Unit Pesuruhjaya Bangunan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan membuat tuntutan secara terus kepada Syabas. Bagi penghuni pangsapuri bukan kos rendah pula, mereka perlu memohon daripada Syabas untuk proses migrasi meter pukal kepada meter individu. "Kerajaan Negeri turut menubuhkan pasukan khas bagi membantu proses migrasi ini bagi para penghuni pangsapuri bukan kos rendah untuk membantu melancarkan dan mempercepatkan proses tersebut," ujarnya. Mengulas saman terbaru yang dikemukakan terhadap Kerajaan Negeri berkenaan isu pemberian air percuma, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri menghormati hak rakyat Selangor untuk mendapatkan tindakan undang-undang. "Kita akan kaji perkara ini tetapi kita percaya mereka ini telah diperdaya dengan maklumat palsu atau tidak mendapat maklumat secukupnya mengenai program air percuma ini," ujar beliau. |
Pemimpin Pakatan mohon ampun pada rakyat Sabah Posted: 20 Sep 2012 01:01 AM PDT Presiden PAS memohon ampun bagi pihak pemimpin Semenanjung hingga menyebabkan rakyat Sabah menderita hidup dalam kemiskinan. TUARAN: Dalam apa yang disifatkan sebagai jujur dan tidak dijangka, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon ampun dan maaf kepada rakyat Sabah atas segala perangai buruk para pemimpin dari Semenanjung selama 49 tahun sehingga rakyat Sabah kini menderita miskin walaupun negeri mereka sangat kaya. Pemimpin ulung PAS itu dalam nada suara yang tersekat, berkata demikian ketika berucap pada sambutan memperingati ulangtahun penubuhan Malaysia kali ke-49 di sebuah restoran di Tuaran pada malam Ahad. "Biarlah (saya) bersendirian, saya pemimpin dari Semenanjung, walaupun ada pemimpin Pakatan Rakyat lain di sini, …saya memohon ampun dan maaf atas perangai para pemimpin dari Semenanjung selama 49 tahun ini sehingga Sabah menjadi negeri yang paling di bawah…" katanya disambut keheningan termasuk mereka di atas pentas. Turut mendengar kata-kata beliau itu ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Hadi yang juga bekas Menteri Besar Terengganu, berkata adalah zalim dan tidak adil untuk membiarkan rakyat Sabah terus dibelenggu pelbagai masalah seperti kemiskinan dan kekurangan infrastruktur sedangkan negeri sangat kaya sumber minyak. "Walaupun Pakatan sudah berjanji akan menaikkan royalti minyak dari 5 peratus kepada 20 peratus kepada negeri-negeri yang ada minyak, tetapi dalam Islam diajar kita tidak boleh mengangkut hasil ini keluar dari wilayah itu selagi rakyat di wilayah itu belum selesai masalah mereka," katanya disambut tepukan hadirin. "Mari kita ubah keadaan ini… Jangan biarkan rakyat kita di Sabah terus menderita…" katanya lagi. Hadirin yang dianggar tidak kurang 3,000 orang itu terpaksa bertahan serangan hujan sekejap-sekejap memaksa mereka mencari perlindungan di bawah puluhan khemah yang ada. Sokong Pakatan kerana PAS Seorang pakcik yang turut mendengar ucapan Hadi memberitahu penulis ini, oleh sebab PAS berada dalam Pakatan dia menyokong Pakatan. "Kalau tiada PAS dalam Pakatan, saya mungkin tidak sokong Pakatan," katanya. Para pemerhati berpendapat ucapan Hadi mencerminkan kesedaran beliau dan pimpinan PAS bahawa ada kesilapan di pihak para pemimpin Persekutuan dari Semenanjung selama ini dan itulah yang menyebabkan Sabah sekarang termiskin dari segi pendapatan rakyat. Bagaimanapun, dikhuatiri masih ramai pemimpin dalam Pakatan tidak berpendapat demikian sebaliknya mahu terus melayan Sabah dan Sarawak seperti Umno telah melayannya selama 49 tahun ini. Sebelum itu dalam ucapan mereka, Guan Eng dan Khalid masing-masing menawarkan negeri mereka kepada rakyat Sabah yang ingin mencari pekerjaan. "Saya dengar belia Sabah susah mendapat pekerjaan di sini dan tidak pula boleh bekerja di Singapura, jadi kalau susah dapat di sini, saya membuka pintu Selangor untuk anak-anak Sabah mendapatklan pekerjaan," kata Khalid. Guan Eng juga menyatakan hal yang sama dalam ucapannya memberitahu masih banyak peluang pekerjaan di Pulau Pinang. Dua negeri Pakatan itu adalah antara yang paling banyak kilang di Malaysia dan sudahpun menjadi tumpuan para belia dari Sabah dan Sarawak mendapat pekerjaan. |
Kumpulan Md Isa, Shahidan sedang merebut ‘ehsan’ Najib Posted: 20 Sep 2012 12:54 AM PDT Umno negeri hampir berpecah dua antara kumpulan Mohd Isa dan Shahidan selepas pilihan raya umum 2008. PETALING JAYA: Perlis bakal terlepas ke tangan pembangkang jika kemelut dalaman kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohd Isa Sabu gagal diselesaikan menjelang pilihan raya umum ke 13. Umno negeri hampir berpecah dua antara kumpulan Mohd Isa dan Shahidan selepas pilihan raya umum 2008. Sebahagian besar calon pilihan Shahidan digugurkan dan ramai muka baru diketengahkan. Shahidan yang menjadi Menteri Besar sejak tahun 1990 digantikan dengan Mohd Isa. Beberapa pemimpin Umno negeri terutama dari kumpulan Shahidan telah berulang kali menyatakan kebimbangan ini. Kini kedua-dua kumpulan sedang merebut `ehsan' dari Datuk Seri Najib Tun Razak supaya orang mereka dicalonkan bertanding dalam pilihan raya umum ke 13. Bertemu Najib Mohd Isa disokong dua orang bekas menteri iaitu Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Azmi Khalid, manakala Shahidan disokong oleh Ketua Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin dan bekas Ketua Penerangan negeri, Datuk Hashim Suboh. "Kumpulan Sahidan menemui Najib di Putrajaya dua minggu selepas hari raya, manakala kumpulan Mohd Isa beberapa hari kemudian. "Masing-masing mengatakan mereka yang terbaik. Terpulang kepada Najib untuk memilih mana yang terbaik," kata seorang pemimpin Umno negeri. Manakala PAS negeri telah menyelesaikan pemilihan calonnya manakala pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat juga telah selesai. Parti itu mendakwa perpecahan Umno disedari bukan sahaja Najib tetapi timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terpaksa datang beberapa kali ke Perlis. PAS kini menguasai dua kerui negeri iaitu Simpang Empat dan Sanglang tetapi BN menang 13 kerusi. |
PAS dakwa BN tidak hantar soalan sidang DUN K’tan Posted: 20 Sep 2012 12:50 AM PDT Bagaimanapun, ADUN BN Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar ketika dihubungi melahirkan rasa terkejut kerana beliau menghantar tiga soalan. PETALING JAYA: Sidang DUN Kelantan pada 15 Oktober depan akan menyaksikan tiada satupun soalan dari wakil rakyat BN. Perkara ini dinyatakan oleh Exco kerajaan negeri, Dr.Mohamed Fadzli Hassan dalam sidang media di Kota Baru sebentar tadi. Sidang DUN Kelatan akan diadakan selama tiga hari mulai 15 hingga 17.Oktober depan. Dr Mohamed Fadzli menganggap ini merupakan satu sejarah kepada Kelantan. "Kami tidak menerima soalan bertulis atau lisan dari pembangkang (BN)…mungkin mereka puas hati dengan kerajaan negeri. "Mungkin juga mereka telah kekurangan hujah," katanya lagi. 3 soalan bertulis DUN Kelantan mempunyai 45 kerusi. Dari jumlah itu Pakatan Rakyat mempunyai 38 wakil manakla BN tujuh orang. PAS telah memerintah Kelantan sejak tahun 1990. Sementara itu, ADUN BN Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar ketika dihubungi melahirkan rasa terkejut apabila dikatakan wakil BN tidak mengemukan sebarang soalan. "Saya sendiri menghantar tiga soalan bertulis…kalau kata tidak ada soalan itu tidak betul. "Atau mungkin dia (Dr Mohamed Fazli tidak terima lagi, tetapi bahagian saya, saya hantar tiga soalan," tambahnya. |
Presiden PAS saman Timbalan Menteri, Sinar Harian Posted: 20 Sep 2012 12:44 AM PDT Saman itu merujuk kepada kolum mingguan 'Langit Terbuka' yang ditulis Dr Mashitah Ibrahim bertajuk 'Skandal seks, krisis politik Pakatan'. KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim kerana mengaibkannya dalam akhbar Sinar Harian Mac lalu. Saman itu merujuk kepada kolum mingguan 'Langit Terbuka' yang ditulis Mashitah bertajuk 'Skandal seks, krisis politik Pakatan' dan disiarkan pada Mac lalu. Kes saman difailkan melalui Tetuan Mazwan dan Nasar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi itu menamakan Mashitah sebagai defendan pertama, manakala penerbit Sinar Karangkraf Sdn Bhd sebagai defendan kedua dan pencetak Ultimate Print Sdn Bhd sebagai defendan ketiga. Wakil peguam Nasar Khan berkata, Mashitah dalam artikelnya secara terangan merujuk kepada Hadi dan sengaja mahu menjatuhkan maruah Ahli Parlimen Marang itu. "Kata-kata yang digambarkan sedemikian tidak boleh diterima dan menjatuhkan maruah. "Pihak kami sebelum ini telah dah hantar surat kepada Mashitah supaya dia mohon maaf dan tarik balik kata-katanya namun tiada respon," katanya kepada pemberita di lobi mahkamah di sini. Selain Nasar, Hadi turut diwakili peguam Mazwan Johar. Sementara itu dalam kes yang berlainan, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud turut memfailkan saman fitnah terhadap pengguna laman sosial Facebook yang menuduhnya menghina Raja-Raja Melayu semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara 11April lalu. Siti Mariah melalui Tetuan Abdul Aziz dan Yazmin memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mahu membersihkan namanya daripada tuduhan tersebut. "Saya telah memfailkan saman bagi membersihkan nama atas tuduhan biadap mempersendakan raja-raja melayu semasa pertabalan agong ke-14," katanya yang diwakili peguam Abdul Aziz Hamzah. Pengguna Facebook yang menggunakan akaun nama Dr Rahman Kadir mendakwa, beliau yang ketika itu menjadi salah seorang pasukan pegawai perubatan melihat Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Siti Mariah membuat bising dan mengetawakan beberapa pemimpin negara termasuk Raja-Raja Melayu. Namun ketiga-tiga pemimpin terbabit menafikannya. |
Mohd Sabu: Hishamuddin menteri tidak bertanggungjawab Posted: 20 Sep 2012 12:40 AM PDT Menteri Dalam Negeri itu tidak boleh bercakap sembarangan kerana beliau bertangggungjawab terhadap keselamatan rakyat. JOHOR BARU: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mahu Datuk Seri Hishammuddin Hussein bertanggungjawab terhadap keselamatan rakyat termasuk parti politik. Katanya, Menteri Dalam Negeri itu tidak boleh bercakap sembarangan kerana beliau bertangggungjawab terhadap keselamatan rakyat. "Rakyat, NGO, pembangkang boleh bercakap apa saja tetapi Hishammuddin tidak boleh bercakap sesuka hati. "Menteri junjung perkembagaan, menteri jaga undang-undang, menteri jaga keselamatan. Seolah menteri memberi lesen kepada samseng untuk bertindak," katanya. Tokoh popular PAS itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Hishamuddin kononnya pasukan keselamatan tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka. Bas disimbah cat Bagaimanapun, Menteri Dalam Negari mendakwa kenyataan tersebut telah diputar belit. Pada Jumaat lalu bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rombongan PKR disimbah cat merah ketika sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak, Johor. Mohamad juga menyifatkan kenyataan itu sebagai hari hitam kepada rakyat Malaysia. "…manusia paling tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan," tambah tokoh PAS itu. Mohamad juga berkata, dalam sejarah menyambut merdeka, tahun ini yang paling keliru dengan mendakwa anak-anak muda tidak lagi pemerintah yang ada. |
Suaram buat laporan polis terhadap menteri Posted: 20 Sep 2012 12:34 AM PDT Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob telah dituduh mengganggu penyiasatan dan pendakwaan terhadap cabang perniagaan pemantau hak asasi manusia, Suaram. Dalam laporan polis hari ini, Penyelaras Suaram, R Thevarajan berkata, Ismail telah mendakwa bahawa mereka yang di sebalik Suara Inisiatif Sdn Bhd akan didakwa walaupun Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) masih menjalankan siasatan. Thevarajan, dalam laporannya di ibupejabat daerah Petaling Jaya, juga menuduh Ismail bertindak dengan niat jahat dan mendesak pihak polis mendakwanya atas fitnah jenayah. Keratan akhbar yang menyiarkan kenyataan Ismail itu turut dilampirkan bersama laporan polis. Sementara itu, Suaram menggesa rakyat Malaysia supaya membuat laporan polis yang sama terhadap Ismail. "Kami menggesa rakan-rakan kami di seluruh negara supaya membuat laporan terhadap menteri berkenaan, bagi menekan kerajaan dan menteri tersebut supaya berhenti membuat kenyataan sebelum penyiasatan selesai," kata Pengarah Eksekutif Suaram, E Nalini. "Menteri itu perlu mengikuti prosedur, tidak bertindak seperti seorang hero hanya kerana ini adalah kes berprofil tinggi," tambahnya. |
Aktivis protes di luar ibupejabat Lynas di Sydney Posted: 20 Sep 2012 12:32 AM PDT MALAYSIA KINI Aktivis merancang untuk mengadakan protes di luar ibupejabat Lynas Corporation di Sydney petang ini sebagai membantah loji Lynas di Gebeng, Kuantan.Menurut kumpulan 'Friends of Earth' Australia, bantahan itu akan diadakan pada jam 2.30 petang waktu Malaysia, di luar pejabat syarikat tersebut di Pitt St. Seorang anggota kumpulan tersebut, Tully McIntyre berkata, protes itu adalah untuk menyatakan tentangan terhadap rancangan mengeksport bijih radioaktif dari Mount Weld di Australia ke loji Kuantan apabila ia mula beroperasi.. |
CPI: 'Pelan pembangunan bukti krisis pendidikan M'sia' Posted: 20 Sep 2012 12:31 AM PDT Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025 menunjukkan Malaysia berhadapan krisis sistem pendidikan walaupun ia tidak dinyatakan dengan jelas dalam laporan itu, dakwa Pengarah Pusat Inisiatif Polisi (CPI), Dr Lim Teck Ghee. "Kita ada bukti dan ia dinyatakan di dalam pelan pembangunan ini," dakwanya di forum Pelan Pembangunan Pendidikan Negara dan Masa Hadapan Anak Anda di Kuala Lumpur, malam tadi. "Saya terkejut mereka memberikannya begitu banyak perhatian tetapi tidak melabelkannya sebagai 'krisis'," kata Lim. Memetik laporan itu, Lim berkata, Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) menunjukkan kualiti pendidikan Malaysia merosot sejak tahun 1999 sehinga 2007. Namun, menurutnya, golongan terpinggir seperti Orang Asal, masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak, golongan miskin bandar, kanak-kanak pelarian dan pelajar sekolah vernakular adalah mereka yang paling teruk terkesan dengan krisis itu. Beliau mendakwa bahawa krisis itu berpunca daripada pengagihan sumber pendidikan yang tidak telus dan adil serta tidak dibincangkan secara kritikal. Elit Melayu Dakwa Lim, MRSM mewujudkan kelompok kecil elit Melayu yang mempergunakan sistem pendidikan dan meminggirkan Melayu arus perdana lain yang belajar dalam aliran utama persekolahan. "Kerisauan saya adalah ini merupakan satu bentuk pendidikan elit yang disubsidi negara demi kepentingan orang Melayu. "Orang Melayu perlu mempersoalkannya, bukan kami (kaum-kaum lain). "Orang Melayu perlu buat kajian sama ada pelajar MRSM ini datangnya dari negeri-negeri Melayu yang miskin atau golongan pertengahan dan pertengahan atas Melayu dan keluarga profesional yang menggunakan sistem ini demi kesinambungan manfaat dan keistimewaan untuk golongan Melayu ini," katanya. Kenyataan beliau mengundang pelbagai reaksi daripada pendengar forum. Reaksi hadirin Hussaini Abdul Karim mendakwa peruntukan MRSM yang dipetik Lim untuk dibandingkan dengan sekolah jenis lain tidak tepat kerana MRSM terletak di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Lim bagaimanapun menegaskan bahawa angka tersebut tetap boleh dibuat perbandingan dengan peruntukan yang diberikan Kementerian Pelajaran kepada sekolah-sekolah lain. Lim seterusnya mempersoalkan pelan itu yang menurutnya, tidak menumpukan kepada penghasilan graduan pengajian Islam universiti tempatan yang didakwanya tidak mempunyai tempat sesuai dalam sebuah masyarakat sekular Malaysia. "Biar saya kongsikan perbualan saya bersama (seorang) pemimpin Umno," katanya tanpa menamakan pemimpin Umno yang dimaksudkannya itu. "Menurutnya hampir setiap hari beliau menerima delegasi graduan pengajian Islam dari universiti tempatan yang tiada pekerjaan, tidak dapat diambil bekerja, tidak tahu apa yang perlu dibuat atau harus ke mana. "Mereka ini ibarat bom jangka yang kita perlu bincangkan secara terbuka," katanya sambil menambah, jika tidak dipedulikan, mereka ini menjadi perubah halatuju kurang baik dalam masyarakat. Matapelajaran sejarah "Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan perubahan itu kena pada masanya hanya kerana beberapa kenyataan perkauman yang tidak sensitif dibuat tanpa memahami sejarah sebenar kita. "Boleh anda bayangkan Sejarah dijadikan matapelajaran wajib lulus SPM hanya kerana masalah ini?," katanya. Beliau menggesa agar penafsiran sejarah dalam pelan itu diluaskan meliputi pihak-pihak selain daripada Umno. "Ia adalah ujian litmus buat kerajaan yang mengambil kira sumbangan semua pihak dalam sejarah dan tidak memesongkan sejarah masyarakat itu sendiri," katanya. Bekas exco kerajaan Pulau Pinang dan pensyarah London School of Economics, Datuk Dr Toh Kin Woon pula berpendapat pelan itu masih belum mampu memanfaatkan sepenuhnya pendidikan sebagai alat memajukan diri dari segi sosial. "Oleh itu bagi orang miskin, pendidikan bukanlah alat untuk memajukan diri dari segi sosial tetapi alat mengekalkan status sosial mereka demi manfaat golongan kaya dan berkuasa. Golongan miskin Beliau turut sependapat dengan Lim berkenaan matapelajaran Sejarah yang dijadikan subjek wajib lulus bermula tahun 2014. "Pelan pendidikan tidak perlu dipolitikkan dengan menjadikannya menyebelahi elit pemerintah. "Contohnya, mereka sukatan Sejarah dengan memadamkan sumbangan banyak kumpulan lain yang penting dalam perkembangan sejarah negara ini," katanya. Kumpulan pro-PPSMI, Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE),menerusi pengerusinya Datin Noor Azimah Abdul Rahman menegaskan akan menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pendidikan untuk memastikan agenda mereka turut diberikan perhatian dalam pelan itu. "Kami akan tuntut perkara yang kami mahukan. Kami mungkin akan hantar memorandum kepada perdana menteri sebelum akhir tahun, " katanya yang juga panelis forum tersebut. |
Soi Lek takutkan pengundi Cina bangkit isu hudud, kata Kit Siang Posted: 20 Sep 2012 12:26 AM PDT Presiden MCA itu jelas Lim sejak beberapa bulan kebelakangan ini sangat jelas memainkan sentimen tidak bertanggung jawab dan memecah belahkan dengan menakut-nakutkan pengundi Cina melalui isu yang dipercayai muslihat paling berkesan oleh strategis MCA – isu negara Islam dan perlaksanaan hudud – supaya mereka mengundi MCA. "Pendirian DAP tentang Malaysia sebagai negara sekular sentiasa tetap dan konsisten. "Kami berpegang teguh kepada prinsip asas bahawa negara Islam dan hukum hudud tidak sesuai dan tidak cocok untuk Malaysia yang masyarakatnya majmuk," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini. Jelas Ahli Parlimen Ipoh Timur itu lagi kepimpinan PR juga telah berulang kali menekankan bahawa perlaksanaan hudud bukan sebahagian daripada Kerangka Dasar Bersama PR. "Ini bermakna jika PR memenangi pilihan raya ke-13 dan membentuk kerajaan persekutuan di Putrajaya, untuk lima tahun berikutnya dari 2012/2013 hingga 2017/8, perlaksanaan hudud tidak akan menjadi program atau dasar kerajaan persekutuan PR melainkan ketiga-tiga parti komponen boleh mencapai kesepakatan tentangnya. "Pendirian ini amat jelas, mudah dan tidak berbelit-belit tetapi Presiden MCA dengan politik terdesak, menakut-nakutkan dan tidak bertanggung jawab cuba untuk mewujudkan huru-hara dan ketakutan bagi meraih undi daripada pengundi Cina supaya mengundi MCA pada pilihan raya ke-13," kata Lim merujuk kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) tersebut. Chua, jelas Lim sering mengatakan dengan jumlah ahli Parlimen yang majoritinya beragama Islam, PAS dengan mudah akan meminda Perlembagaan untuk melaksanakan hudud dan negara Islam jika PR memerintah. Jelas Lim, selepas PRU 2008, di semenanjung Malaysia terdapat 107 ahli Parlimen Muslim, dengan 65 ahli Parlimen daripada BN dan 42 ahli Parlimen daripada PR. "Jumlah itu masih jauh daripada majoriti 148 ahli Parlimen yang diperlukan untuk meminda Perlembagaan. "Sekalipun selepas dimasukkan Sabah dan Sarawak. - yang dikira berasingan, kedudukan Malaysia sebagai negara sekular digariskan dengan terperinci dalam Perjanjian 20 Perkara Sabah dan Perjanjian 18 Perkara Sarawak dalam pembentukan Malaysia pada 1963, jumlah keseluruhan ahli Parlimen Muslim masih tidak mencapai majoriti dua pertiga," katanya lagi. "Termasuk Sabah dan Sarawak, 130 ahli Parlimen Muslim daripada 222 ahli Parlimen yang menang PRU 2008 atau 59 peratus, masih kurang 18 ahli Parlimen untuk membentuk dua pertiga – dengan 88 Ahli Parlimen Muslim daripada BN dan 42 ahli Parlimen Muslim daripada PR," tambahnya lagi. Sehubungan itu, Lim menegaskan, tindakan Chua itu adalah satu "penipuan" dan "merepek". "Ia menunjukkan dalam politik terdesak, Chua Soi Lek telah mengenepikan fakta, bilangan dan kebenaran," tegasnya. Tambah pemimpin veteran DAP ini lagi, PR tidak menyembunyikan prinsip asas dan kepercayaan mereka, baik daripada PAS ataupun mana-mana parti politik atau daripada rakyat Malaysia sendiri. "Kami tahu pendirian PAS tentang negara Islam dan hukum hudud seperti mana PAS tahu perbezaan pendirian kami dalam kedua isu itu. "Walaupun DAP, PAS dan PKR mempunyai perbezaan, kepimpinan Pakatan Rakyat juga telah berulang kali menegaskan prinsip iaitu mesti terdapatnya kesepakatan di antara tiga parti komponen PR sebelum boleh dilakukan sebarang perubahan pada dasar PR yang telah dipersetujui," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan