Sabtu, 15 September 2012

Biaqpila

Biaqpila


AS tahan lelaki disyaki terbit filem hina Nabi

Posted: 15 Sep 2012 03:00 PM PDT


Seorang lelaki disyaki menghasilkan filem Innocense of Muslims dibawa keluar dari rumahnya oleh pihak berkuasa AS, semalam.

LOS ANGELES - Seorang lelaki yang disyaki menghasilkan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sehingga mencetuskan kemarahan dan protes mengorbankan hampir 10 orang setakat ini, ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), semalam.

Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula, pernah disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank pada 2010, dan diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan tidak boleh akses kepada Internet.

Nakoula, 55, dilaporkan telah menafikan terbabit dalam pembikinan filem tersebut, yang dinamakan Innocense of Muslims.

Protes ekoran tayangan filem itu merebak ke banyak negara Timur Tengah dan Mesir. Semalam, protes juga diadakan di Malaysia. Hari ini, protes merebak ke Australia.

Nakoula ditahan sejurus selepas tengah malam tadi.

Wakil media menunggu kemunculan lelaki itu selama 48 jam di hadapan rumahnya di selatan California.

Dia muncul dengan mengenakan skarf, kot dan cermin mata bagi mengelakkan wajahnya dirakam oleh media. Berdasarkan rekod hartanah, rumah dia ditahan adalah miliknya.

Jurucakap Jabatan Sherif Los Angeles, Steve Whitmore mengesahkan bahawa Nakoula dibawa ke stesen sherif Cerritos untuk disoal siasat oleh pegawai-pegawai pemantauan persekutuan bagi menentukan sama ada dia telah melanggar syarat hukuman dipantau selama lima tahun yang dikenakan.

Whitmore menambah, Nakoula telah bersetuju untuk ditemu siasat oleh pihak berkuasa sebelum tiba di rumahnya. Oleh itu katanya, keputusan dibuat Nakoula adalah secara sukarela.

"Lelaki itu memberi kerjasama," katanya lagi.

Nakoula ada memberitahu Associated Press bahawa dia bukan pengarah filem itu tetapi hanya pengurus logistik. Pengarah filem itu dikatakan menggunakan nama Sam Bassiel. Laporan terdahulu menunjukkan Nakoula menggunakan sekurang-kurangnya lapan nama yang lain.

SH



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Pelajar 15 Tahun Ditahan Berasmara Di Belakang Sekolah

Posted: 15 Sep 2012 09:24 AM PDT

TV HARAM
Siaran Ikut Dan
thumbnail Pelajar 15 Tahun Ditahan Berasmara Di Belakang Sekolah
Sep 15th 2012, 17:09

Kulim – Polis menahan seorang pelajar perempuan 15 tahun dan masih memakai uniform sekolah ketika berasmara dengan kekasihnya berusia 21 tahun di belakang sebuah sekolah menengah di sini, kira-kira jam 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis menerima aduan dari orang awam sebelum menahan pasangan terlibat.

Ketika pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pelajar perempuan sudah membuka tudung dan berkelakuan sumbang bersama teman lelakinya.

"Lelaki tidak bekerja dan tinggal bersama abangnya di sebuah taman perumahan di sini.

Polis menasihati pasangan itu untuk tidak mengulangi perlakuan yang dilakukan sebelum mengarahkan mereka beredar," katanya.

Tidak berakhir di situ, mereka kemudiannya ke rumah lelaki berkenaan dengan harapan selamat dari gangguan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, perbuatan mereka disedari penduduk dan memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk membuat serbuan.

Ketika serbuan, pasangan perempuan cuba menyembunyikan diri dalam almari baju gagal mengaburi mata pihak berkuasa.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan ditahan untuk dirakamkan keterangan.

Ghuzlan menasihatkan ibu bapa supaya bersikap lebih peka terhadap pergerakan anak-anak mereka dan jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab.

Katanya, semakin ramai pelajar perempuan ditahan kerana berkelakuan sumbang.

"Minggu ini sahaja, empat pelajar sekolah terdiri dari dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan berusia di antara 16 hingga 17 tahun ditahan polis bersama Skim Rondaan Sukarela (SRS) ketika membuat rondaan cegah jenayah.

"Mereka ditahan ketika berkelakuan sumbang di taman permainan di sini kira-kira jam 1 pagi.

"Dari soal siasat, pasangan itu mengaku ingin melakukan hubungan terlarang di taman permainan di mana mereka ditahan," katanya. -SH

Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter
greenboc



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Muhyiddin tak perlu tipu rakyat Kelantan

Posted: 14 Sep 2012 09:55 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Kelantan sudah maju jika di bawah BN, dilihat cuba menipu rakyat negeri itu.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Muhyiddin tidak perlu mengungkap penipuan seperti itu kepada rakyat Kelantan semata-mata mahu mendapat sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Menurutnya, rakyat Kelantan tidak mudah ditipu dengan cakap-cakap politik seperti itu kerana sudah tahu realiti sebenar yang berlaku.

"Sebelum dia sebut nak majukan Kelantan dia kena buktikan dulu BN sudah majukan negeri lain.

"Rakyat Kelantan nak tanya dia, apa sudah jadi di Sabah dan Sarawak. Negeri paling banyak hasil tapi rakyat paling miskin," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui pada Majlis Jamuan Santai Tertutup sempena Aidilfitri anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia di Dewan Datuk Fadzil Noor di KUIZM malam tadi.

Muhyiddin ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Bharu semalam mendakwa, Kelantan sepatutnya sudah menjadi sebuah negeri maju jika ia bersama Barisan Nasional (BN) sejak lebih 22 tahun lalu.

Beliau juga menyatakan bahawa BN mahu memberi ruang yang cukup untuk Kelantan berjaya, jika diperintah BN kelak.

Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh yang juga anak kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, jika BN ikhlas mahu memajukan Kelantan, mereka tidak perlu tunggu memerintah negeri itu kerana kerajaan pusat mempunyai ruang yang besar untuk membantu pembangunan Kelantan jika mahu.

Malangnya, dalam banyak isu, Kelantan sering dinafikan hak mendapat bantuan pusat hanya kerana kerajaan negeri dari parti politik yang berbeza.

Beliau memberi contoh pemberian bayaran royalti terhadap Kelantan yang sehingga kini dinafikan pusat.

Contoh lain termasuk juga isu pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai yang ditarik balik walaupun sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 sehingga kerajaan negeri terpaksa mengusahakan untuk membinanya sendiri.

"Kalau dia kata BN mahu kayakan pemimpin Umno dan kroni, itu kita percaya.

"Tapi kalau nak jadikan rakyat Kelantan harmoni dengan kekayaan yang nak dibawa, itu tak perlu sebut di Kelantan," katanya.

HD

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Mangsa sesat di Lata Bayu maut dipatuk ular

Posted: 14 Sep 2012 07:26 PM PDT


Kumpulan berkenaan dilaporkan sesat di kawasan hutan ini.


Rakan radio amatur turut sama dalam operasi mencari mangsa.



Penduduk setempat memenuhi pekarangan Lata Bayu untuk mendapatkan maklumat kejadian.

BALING - Salah seorang daripada empat lelaki dan seorang perempuan yang sesat dalam hutan berdekatan Pusat Peranginan Lata Bayu, Baling dilaporkan mati akibat dipatuk ular manakala seorang lagi tenat setelah dua hari berada dalam hutan tersebut.

Kejadian itu dimaklumkan salah seorang rakan mangsa menerusi sistem radio amatur yang digunakan kumpulan terbabit.

Kelima-lima mangsa yang dikatakan berasal dari Selangor itu tidak sempat menyampaikan maklumat lengkap mengenai kedudukan dan identiti mereka setelah sistem radio yang digunakan itu tidak dapat berfungsi.

Keadaan itu mengakibatkan komunikasi antara kumpulan berkenaan dengan pengguna radio amatur lain terputus seterusnya menyukarkan operasi mencari dan menyelamat.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, kejadian itu disedari setelah kumpulan berkenaan memancarkan isyarat kecemasan menerusi radio amatur mereka pada jam 10 malam kelmarin.

Menurutnya, isyarat itu diterima pengguna radio amatur seluruh Semenanjung Malaysia sebelum dilaporkan kepada pihak berkuasa di sini, termasuk penduduk kampung.

"Kali terakhir kumpulan itu dihubungi pada jam 7 pagi semalam. Salah seorang rakan kumpulan itu sempat memaklumkan mereka berada di kawasan cerun dan seorang rakan mereka meninggal dunia akibat dipatuk ular dan seorang lagi sedang tenat," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kumpulan radio amatur di sini cuba dapatkan maklumat lengkap mengenai kumpulan itu, tetapi tidak berhasil setelah radio yang digunakan kumpulan itu tidak berfungsi.

"Justeru, kita tidak mengetahui berapa lama mereka berada di dalam hutan berkenaan, termasuk maklumat ahli keluarga mereka.

"Polis juga tidak terima laporan perjalanan ke hutan oleh kumpulan terbabit sebelum ini dan menyukarkan pihak berkuasa mendapatkan maklumat dan menjalankan siasatan," katanya.

Lancar operasi menyelamat

Mat Daud berkata, operasi mencari dan menyelamat melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan awam, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) termasuk penduduk kampung dan pertubuhan sukarelawan dilancarkan pada jam 3 pagi sehingga 7 pagi semalam.

Operasi yang diteruskan pada jam 9 pagi itu tidak menemukan sebarang petanda mahupun jejak kumpulan berkenaan.

Menurutnya, penduduk yang berpengalaman di dalam hutan juga tidak menemukan sebarang jejak walaupun telah mencari sejauh tiga kilometer di dalam hutan tersebut.

"Namun begitu, anggota yang terlibat masih lagi berjaga di pekarangan Lata Bayu sehingga jam 6 petang ini (semalam). Setakat ini, kita masih menunggu maklumat lengkap terutama laporan polis oleh ahli keluarga kumpulan tersebut.

"Laporan berkenaan sedikit sebanyak dapat mengesahkan kejadian itu benar-benar berlaku ataupun hanya penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Terdapat beberapa penduduk yang mendakwa ternampak kelibat salah seorang lelaki yang melambai ke arah mereka ketika operasi menyelamat dilakukan.

Penduduk yang hanya mahu dikenali Mat berkata, terdapat seorang mangsa yang tidak berbaju dan berseluar pendek melambai ke arah kumpulan penyelamat awal pagi semalam.

Menurutnya, dia bersama rakan-rakannya memberikan salam dan melaungkan azan ke arah lelaki berkenaan yang berada 50 meter dari kedudukan mereka.

"Salam kami dibalas, malah lelaki itu turut melaungkan azan. Jadi, saya dan rakan-rakan pun bergerak ke arah lelaki berkenaan kerana yakin lelaki itu adalah salah seorang mangsa yang sesat dalam hutan itu.

"Namun, setelah sampai ke lokasi lelaki tersebut, lelaki itu hilang tanpa sebarang jejak," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kejadian itu tidak melemahkan semangatnya kerana ia merupakan kejadian yang sering berlaku dalam hutan.

"Kita akan meneruskan operasi mencari kerana bimbang sesuatu yang lebih buruk berlaku kepada kumpulan tersebut," katanya.

Mat berkata, kejadian yang pertama kali berlaku di kawasan itu turut menimbulkan beberapa persoalan dalam kalangan penduduk setempat, termasuk pasukan penyelamat.

"Kami tidak ada maklumat lengkap dan sahih mengenai kejadian ini. Ia hanya berdasarkan maklumat menerusi sistem radio. Namun, kita akan terus mencari sehinggalah mendapat kata putus daripada pihak berkuasa," katanya.

SH


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: