Sabtu, 29 September 2012

Addin

Addin


Status Terkini Projek Lebuhraya Rakyat Negeri Kelantan

Posted: 29 Sep 2012 10:31 AM PDT


Kebanyakan Tuan-tuan tanah telah bersetuju untuk menukar tanah masing2 dengan Tanah-tanah Kerajaan di beberapa lokasi yang nilainya sama dengan nilai Tanah kepunyaan mereka setelah dibuat penilaian.

Dengan cara ini Kerajaan Negeri telah dapat mengurangkan banyak kos dari segi Kewangan. Untuk pembinaan pula, Pihak Consultant telah menasihatkan supaya kerja-kerja Pembinaan tidak dimulakan dalam masa terdekat memandangkan sudah masuk Musim Tengkujuh di Pantai Timur.

Sekiranya diteruskan juga akan mengakibatkan banyak masalah iaitu hakisan & pelbagai kesulitan dikawasan-kawasan sekitar pembinaan hasil dari Hujan & kemungkinan limpahan selut akibat Hujan Lebat.

Pihak Consultant telah mencadangkan supaya kerja-kerja pembinaan dimulakan selepas tamat Musim Tengkujuh iaitu awal tahun depan (2013) bagi melancarkan kerja-kerja tanpa gangguan Musim Tengkujuh.

Dijangkakan, Lebuhraya Rakyat akan selesai pembinaannya dalam tempoh 18 - 24 bulan dari tempoh mula pembinaan.

Jumlah Sumbangan & Wakaf yang telah diterima dari Pelbagai Pihak setakat ini keseluruhannya berjumlah lebih kurang RM1.4juta (tidak termasuk jumlah Sumbangan & Wakaf yang diterima ketika Hari pelancaran).

Jazakallah..

Haji Husam Musa
29 September 2012



Iklan






Gambar Sultan Kelantan Mencemar Duli..

Posted: 29 Sep 2012 06:51 AM PDT


Hari ini 29/9/2012 KDYMM Sultan Muhammad ke V dan Tengku Mahkota mencemar duli menziarahi Tok Guru Nik Aziz di kediaman Tok Guru di Pulau Melaka.


 
Baginda bersama Tengku Mahkota tiba sejurus solat Asar dan sempat berjemaah bersama-sama Tok Guru di Masjid Pulau Melaka. ~tintahijau


Iklan




Najib Akan Ponteng Sidang Parlimen Isnin Ini?

Posted: 29 Sep 2012 06:04 AM PDT


Ko orang rase Najib berani datang ke parlimen Isnin ini? Mungkin ya atau mungkin tidak..Anwar sudah cabar Najib untuk datang ke sessi bahas bajet Isnin ini.

Najib yang terkenal dengan sifat pengecutnya mungkin ponteng Isnin ini bagi mengelak berbahas bajet yang dibentangnya sendiri.

Jikalau Najib datang pun,beliau tidak akan berbahas dengan Anwar. Paling tidak pun Najib menggunakan kuasa speaker untuk menggagalkan sessi perbahasan ini. Siapa setuju?

Anwar Cabar Najib Hadiri Sessi Bahas Bajet Isnin Ini

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar perbahasannya berhubung Bajet 2013 yang dibentangkan beliau, Isnin ini.Anwar selaku Ketua Pembangkang akan membahaskan cadangan Bajet 2013 Isnin ini.

"Saya cabar najib untuk turut hadir dan mendengar perbahasan Isnin ini."Jika selama ini Barisan Nasional (BN) hanya tahu mengkritik apa yang pembangkang lakukan, beliau (Najib) mesti berani juga untuk hadir Isnin ini," tegas beliau ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Bajet 2013. ~sinar



Iklan




Pemuda GERAKAN Boikot AGM Esok

Posted: 29 Sep 2012 03:56 AM PDT

Pergerakan Pemuda Gerakan tidak akan menghantar perwakilan ke sesi perbahasan pada persidangan perwakilan nasional parti itu esok. Langkah itu sebagai tanda bantahan terhadap badan induk parti itu yang sebelum ini dilihat telah meminggirkan pergerakan itu, kata Ketuanya Datuk Lim Si Pin. Beliau berkata 'begitu banyak isu' dihadapi pergerakan itu ketika ini, menjadikan amat sukar bagi anggotanya yang berumur lebih 45 tahun, untuk menyertai perwakilan badan induk itu, sekali gus mewujudkan jurang antara barisan pemimpin utama parti dan anggota.

"Saya tidak salahkan mereka, mereka adalah hulubalang, hulubalang duduk bersama-sama perwakilan dalam badan induk. Sesetengah daripada mereka sudah berada di situ selama 30 atau 40 tahun.

"Oleh itu, sudah tiba masanya untuk mereka berundur dan biar orang muda pula memperjuangkan parti ke tahap lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan pergerakan itu
di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Lim berkata persidangan perwakilan nasional mempunyai dua perwakilan sayap Pemuda dari setiap negeri bagi sesi perbahasan.

Oleh yang demikian, beliau berharap dengan tindakan sedemikian diambil, perwakilan badan induk akan mengambil perhatian terhadap masalah itu dan segera menyelesaikannya.

"Ini adalah sebagai cara untuk berkata, sila ambil perhatian, kita perlu fikirkan secara serius mengenai masalah pengganti...jika kita tidak lakukannya, kita akan berdepan jurang besar antara barisan kepimpinan utama dan anggota pelapis," katanya. ~bernama



Iklan




Audit Membuktikan SPR Laksana Penipuan Besar-Besaran

Posted: 29 Sep 2012 01:47 AM PDT

SHAH ALAM 29 September - Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur. "Audit mendapati ada penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi.

"Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,imasukkan."Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12.

Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula," kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin

Menyifatkan ia didalangi Umno lantaran tidak yakin memenangi PRU 13, Anwar memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu.

Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat.

"Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah.

"Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan," katanya.

Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, beliau berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan.

"Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti. Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan. Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga.

"Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar," katanya.

Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan.

"Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya.

"Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka," katanya. ~kd


Iklan




Bekas Penganut Hindu Peluk Islam Di Dataran Johor Bharu

Posted: 29 Sep 2012 12:21 AM PDT

JOHOR BAHRU: Hampir 7000 orang telah membanjiri Dataran Bandaraya Johor Bahru semalam untuk menghadiri ceramah terbuka Dr. Zakir Naik. Beliau yang merupakan seorang doktor perubatan dari Mumbai, India, juga dikenali sebagai seorang pendakwah dan penceramah yang pakar di dalam perbandingan agama.

Membawa tajuk ceramah 'Prophet Muhammad SAW in World's Religious Scriptures', Dr Zakir Naik, 47, telah menghuraikan tentang kewujudan kisah Nabi Muhammad SAW di dalam kitab Hindu, kitab Buddha serta Bible. "Kebolehan beliau memberikan fakta yang tepat dan jelas bersama rujukan muka surat dan bahagian mana di dalam kitab tersebut sangat mengagumkan," kata seorang hadirin apabila ditemu ramah. 


Selain dihadiri pengunjung Muslim, ceramah terbuka anjuran Peace TV dan Saba Islamic Media itu juga telah menarik perhatian pengunjung bukan Muslim. Sesi soal jawab di hujung ceramah yang mengutamakan soalan dari hadirin bukan Muslim telah membuka ruang bagi mereka untuk bertanya tentang keraguan mereka terhadap isu yang berkait dengan Islam.


Sesi soal jawab tersebut berakhir dengan sebak dan tangis hadirin apabila menyaksikan Ragu, seorang lelaki yang beragama Hindu, melafazkan syahadah dan memeluk Islam setelah yakin dengan jawapan oleh Dr. Zakir Naik.

Salah satu soalan yang diajukan kepada Dr. Zakir Naik oleh seorang lelaki beragama Buddha adalah bagaimana seseorang bukan Muslim boleh memahami Islam jika dia tidak dibenarkan memegang Al-Quran. Dr. Zakir menjelaskan bahawa ada segelintir Muslim yang tersalah anggap tentang perkara ini sedangkan Al-Quran itu telah diturunkan untuk semua umat manusia, bukan hanya untuk Muslim. Ini diikuti oleh penyerahan sebuah Al-Quran berserta terjemahan Bahasa Inggeris oleh Dr. Zakir Naik sendiri kepada lelaki tersebut.

Apabila ditanya tentang Peace TV, Dr. Zakir Naik selaku pengasasnya menyatakan harapan beliau untuk berjumpa dengan pihak Astro Malaysia Holdings Berhad untuk membincangkan kolaborasi Peace TV di dalam saluran TV satelit Astro pada masa akan datang. Peace TV, saluran televisyen alternatif yang menyiarkan program bertemakan Islam dan dakwah, telah pun dilancarkan di Mumbai, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Peace TV juga boleh di akses secara atas talian di www.peacetv.tv. ~nusajayakini


Iklan




Najib Tercicir Perkara Yang Tersangat Penting Dalam Bajet PRU13

Posted: 29 Sep 2012 12:11 AM PDT

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam, masih bernada sama tidak membawa manusia pada ketaqwaan pada Allah. Menurutnya, kerajaan masih 'menggula-gulakan' rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa pada Allah. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily di kediamannya di Pulau Melaka pagi tadi untuk mengulas belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam. 

Sambungnya, ketika meneliti pembentangan belanjawan oleh Najib Tun Razak, langsung tidak ada perkara baru khususnya belanjawan kerohanian, selain memberikan rakyat dengan harta kebendaan semata-mata. Tuan Guru seterusnya berkata, jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa taqwa pada Allah. 

"Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat. "Apa yang berlaku itu juga kerana mengasingkan agama dari politik, selagi keduanya diasingkan selagi itulah nyawa manusia atau harta tidak akan selamat," ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS. 

Katanya, semuanya sama sahaja selagi mengabaikan tanggungjawab kerohanian pada rakyat sama ada kerajaan Malaysia atau Timur Tengah, sekiranya membelakangkan tuntutan agama, negara tidak akan aman. Beliau turut mengambil contoh sejarah Rasulullah s.a w  bagaimana keamanan yang dicapai di Madinah sehingga tiada sebarang rompakan atau meminta sedekah berikutan kaum muhajirin Makkah berada di sana. 

Tambah Tuan Guru lagi, biar sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen, Dun, ianya tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia. "Nabi sendiri telah ditawarkan bajet kesenangan dunia iaitu perempuan, pangkat, harta asalkan tinggal Islam, bagaimanapun Rasulullah menolaknya kerana agama suci ini penyelamat manusia di dunia hingga akhirat," ujarnya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya berhubung kemungkinan besar harga gula tidak akan naik memandangkan kerajaan telah mengurangkan harga subsidi sebanyak 20 sen sekilogram. ~harakahdaily


Iklan


MP BN Pun Bosan Dengar Pembentangan Bajet PRU13.. Gambar Sebagai Bukti

Posted: 28 Sep 2012 08:15 PM PDT



Kalau Addin pun bosan dengar pembentangan Bajet PRU13 oleh Najib semalam. Paling lama bertahan setengah jam, lepastu jawapannya berdengkur ler..



Tapi yang pentingnya, tiap-tiap bulan elaun masukkk!! Inilah janji rakyat dicapatikan.


Iklan


Surat Cinta Anwar Pada Dr. Azizah Berharga RM50K

Posted: 28 Sep 2012 05:13 PM PDT

SHAH ALAM 29 Sept: Surat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam penjara kepada Datuk Seri Wan Dr Azizah yang dilelong untuk mengutip dana pilihan raya, menyentuh perasaan banyak pihak.Apatah lagi, Wan Azizah yang naik ke pentas utama kemudian membaca semula surat itu hingga menitiskan air mata."Masa saya serahkan (surat) pun menitis air mata. Maaf ya sebab mengungkap kembali detik-detik ketika Anwar dalam penjara," kata Presiden KEADILAN itu.Antara petikan surat itu yang dibaca penuh perasaan ialah: "Azizah darling, tolong berhati-hati ketika membawa makanan.""Kalau kami bawa makanan, kena sembunyi-sembunyi, kalau kita bagi cekodok, terpenyek, tak apa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melelong surat itu di Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat Stadium Tertutup Melawati di sini, malam tadi.Selain bertanya keadaan anak-anak, Wan Azizah berkata, Anwar  juga memintanya berbincang dengan Khalid Jaafar dan Zunar bagi menangkis serangan propaganda media kawalan Umno.Selepas membacakan surat itu, beliau menyerahkan surat yang disimpan dalam bingkai khas kepada pembelinya dengan nilai RM50,000, Datuk Lajim Ukin."Inilah secebis hidup kami yang dikongsi bersama," katanya.

Pada majlis sama, lukisan kartun Zunar yang menggambarkan kuasa rakyat ke Putrajaya pula menerima bidaan paling tinggi iaitu RM32,000Lelongan itu bermula RM3,000 hingga dibida kepada RM30,000 tetapi pembelinya – atas semangat perjuangan – kemudian menaikkan kepada RM32,000.Pelbagai barangan peribadi milik lapan pimpinan Pakatan turut dilelong, antaranya pen milik Lim Guan Eng bernilai RM23,000 yang dibeli oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu.

Pen itu memiliki nilai sentimental kerana digunakan Setiausaha Agung DAP itu untuk menulis surat kepada isteri dan rakannya, ketika di Penjara Kajang.Ketiga tertinggi ialah lelongan gambar milik Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dengan nilai RM17,000.Selain itu, foto graduasi Senator Negara, Dr Syed Husin Ali di Universiti Malaya pada 1951 dilelong RM15,000.Barangan peribadi milik Mursidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh, dilelong dengan nilai RM12,000.

Ia ialah poster filem berjudul Singh is King dan gambar asli Nik Aziz yang dirakam pada 27 September lalu.Barangan peribadi milik bekas Timbalan Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor turut dilelong iaitu plak dan gambarnya dengan nilai RM11,000.Teddy bear milik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan,Selangor, Teresa Kok pula dilelong RM10,000.Pada majlis itu, hasil lelongan ialah RM182,000 manakala kutipan derma pula RM19,508. ~kd


Iklan


Tiada ulasan: