Sabtu, 29 September 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pemuda GERAKAN dah merajuk, 'pulau' AGM parti esok

Posted: 29 Sep 2012 06:36 AM PDT


Pergerakan Pemuda Gerakan tidak akan menghantar perwakilan ke sesi perbahasan pada persidangan perwakilan nasional parti itu esok.

Langkah itu sebagai tanda bantahan terhadap badan induk parti itu yang sebelum ini dilihat telah meminggirkan pergerakan itu, kata Ketuanya Datuk Lim Si Pin.

Beliau berkata 'begitu banyak isu' dihadapi pergerakan itu ketika ini, menjadikan amat sukar bagi anggotanya yang berumur lebih 45 tahun, untuk menyertai perwakilan badan induk itu, sekali gus mewujudkan jurang antara barisan pemimpin utama parti dan anggota.

"Saya tidak salahkan mereka, mereka adalah hulubalang, hulubalang duduk bersama-sama perwakilan dalam badan induk. Sesetengah daripada mereka sudah berada di situ selama 30 atau 40 tahun. Oleh itu, sudah tiba masanya untuk mereka berundur dan biar orang muda pula memperjuangkan parti ke tahap lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan pergerakan itu di sini hari ini.

Sebelum ini, Lim berkata persidangan perwakilan nasional mempunyai dua perwakilan sayap Pemuda dari setiap negeri bagi sesi perbahasan. Oleh yang demikian, beliau berharap dengan tindakan sedemikian diambil, perwakilan badan induk akan mengambil perhatian terhadap masalah itu dan segera menyelesaikannya.

"Ini adalah sebagai cara untuk berkata, sila ambil perhatian, kita perlu fikirkan secara serius mengenai masalah pengganti...jika kita tidak lakukannya, kita akan berdepan jurang besar antara barisan kepimpinan utama dan anggota pelapis," katanya. - Bernama

Ada tak Najib sebut perkara yang dijanjikan oleh Menteri Pengajian Tinggi ni semalam?

Posted: 28 Sep 2012 09:10 PM PDT

13 September lalu… Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman mengenai nasib graduan itu pada pembentangan Belanjawan 2013.

Seramai 10,000 graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan lepasan Institut Perguruan (IPG) yang kini menganggur dijangka menerima berita gembira mengenai kedudukan mereka daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semalam ketika Najib membentangkan Belanjawan 2013 yang banyak gula-gula untuk rakyat kerana takut ditolak rakyat pada PRU13 ini.. ada tak Najib sentuh perkara di bawah ini?

Sumber : Tinta Asyraf

Kalau tak ada.. 

memang 10,000 graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan lepasan Institut Perguruan (IPG) yang kini menganggur itu  dah terkena.. ditipu hidup-hidup oleh Menteri Pengajian Tinggi…
 
****************************************

RASAH 13 Sept. - Seramai 10,000 graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan lepasan Institut Perguruan (IPG) yang kini menganggur dijangka menerima berita gembira mengenai kedudukan mereka daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman mengenai nasib graduan itu pada pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 September ini.

Beliau berkata, pada masa ini terdapat 3,000 orang lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan 7,000 orang lulusan IPG yang kini menganggur kerana tidak mendapat tawaran untuk menjadi guru.

"Kita berhadapan dengan masalah 10,000 graduan pendidikan yang tidak mendapat tawaran bekerja daripada Kementerian Pelajaran.

"Kerajaan telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan berusaha mencari jalan penyelesaian. "Apa jalan penyelesaian itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan belanjawan tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Politeknik Nilai (PNS) di sini hari ini.

Menurutnya, semua para graduan berkenaan diharap bersabar dan menunggu pengumuman yang akan menentukan masa depan mereka.

Ditanya sama ada mereka yang terlibat akan menerima berita gembira, Khaled berkata: "Mudah-mudahan" ~ Utusan

Surat cinta Anwar kepada Wan Azizah dilelong RM50,000

Posted: 28 Sep 2012 07:54 PM PDT


Dalam lelongan yang dibuat bagi mengumpul danan pilihanraya semalam di Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat Stadium Tertutup Melawati, sekeping surat telah dilelong pada harga RM50,000.


Surat tersebut ialah surat dari Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam penjara kepada Datuk Seri Wan Dr Azizah.

Jika sekeping suratpun ada yang sanggup membayarnya pada harga RM50,000..

Jadi tidak hairanlah jika ada pihak yang sanggup untuk menaja RM96,000 bagi menyewa jet seperti yang dilaporkan oleh Utusan bagi menjimatkan masa perjalanan Anwar dan rakan-rakannya...

*****************************************

SHAH ALAM 29 Sept: Surat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam penjara kepada Datuk Seri Wan Dr Azizah yang dilelong untuk mengutip dana pilihan raya, menyentuh perasaan banyak pihak.

Apatah lagi, Wan Azizah yang naik ke pentas utama kemudian membaca semula surat itu hingga menitiskan air mata.

"Masa saya serahkan (surat) pun menitis air mata. Maaf ya sebab mengungkap kembali detik-detik ketika Anwar dalam penjara," kata Presiden KEADILAN itu.

Antara petikan surat itu yang dibaca penuh perasaan ialah: "Azizah darling, tolong berhati-hati ketika membawa makanan."

"Kalau kami bawa makanan, kena sembunyi-sembunyi, kalau kita bagi cekodok, terpenyek, tak apa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melelong surat itu di Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat Stadium Tertutup Melawati di sini, malam tadi.

Selain bertanya keadaan anak-anak, Wan Azizah berkata, Anwar juga memintanya berbincang dengan Khalid Jaafar dan Zunar bagi menangkis serangan propaganda media kawalan Umno.

Selepas membacakan surat itu, beliau menyerahkan surat yang disimpan dalam bingkai khas kepada pembelinya dengan nilai RM50,000, Datuk Lajim Ukin.

"Inilah secebis hidup kami yang dikongsi bersama," katanya.


Pada majlis sama, lukisan kartun Zunar yang menggambarkan kuasa rakyat ke Putrajaya pula menerima bidaan paling tinggi iaitu RM32,000

Lelongan itu bermula RM3,000 hingga dibida kepada RM30,000 tetapi pembelinya – atas semangat perjuangan – kemudian menaikkan kepada RM32,000.

Pelbagai barangan peribadi milik lapan pimpinan Pakatan turut dilelong, antaranya pen milik Lim Guan Eng bernilai RM23,000 yang dibeli oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu.


Pen itu memiliki nilai sentimental kerana digunakan Setiausaha Agung DAP itu untuk menulis surat kepada isteri dan rakannya, ketika di Penjara Kajang.

Ketiga tertinggi ialah lelongan gambar milik Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dengan nilai RM17,000.


Selain itu, foto graduasi Senator Negara, Dr Syed Husin Ali di Universiti Malaya pada 1951 dilelong RM15,000.

Barangan peribadi milik Mursidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh, dilelong dengan nilai RM12,000.

Ia ialah poster filem berjudul Singh is King dan gambar asli Nik Aziz yang dirakam pada 27 September lalu.


Gambar santai TG Haji Hadi yang memakai terendak nelayan telah dibeli oleh seorang pemuda India, Sri Jalaraman yang juga Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Selangor pada harga RM17,000.

Barangan peribadi milik bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor turut dilelong iaitu plak dan gambarnya dengan nilai RM11,000.

Teddy bear milik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan,Selangor, Teresa Kok pula dilelong RM10,000.

Pada majlis itu, hasil lelongan ialah RM182,000 manakala kutipan derma pula RM19,508.


http://www.keadilandaily.com/?p=37058

Tiada ulasan: