shalehudin |
- Najib mesti JELES gila neh, dia mana besa masuk penjara
- Mentang-mentang la Najib tu LEMBIK... hehe...
- Video yang paling GEMPAQ minggu neh...
- PANAS!!!!!!!!!!!!!!!!! Siap ngan video lagi...
- Pemimpin Umno pernah ka RASA macam neh...
- Ulasan pertama Nik Aziz pasai bajet Najib
- Anwar ulas BAJET Najib secara terperinci [TENGOK]
- TENGOK apa kata Anwar pasai bajet Najib [VIDEO]
Najib mesti JELES gila neh, dia mana besa masuk penjara Posted: 29 Sep 2012 10:16 AM PDT Surat cinta Anwar dilelong RM50,000 (Sri Jalaraman membeli gambar dan terendak Ustaz Hadi dengan harga RM17,000) SHAH ALAM: Lelongan barangan kenangan pemimpin Pakatan Rakyat berjaya mengumpul RM182,000 untuk tabung pilihan raya ke 13 Pakatan Rakyat. Majlis lelongan itu dibuat dalam majlis makan malam perdana Pakatan Rakyat yang diadakan malam ini. 2, 250 orang menyertai majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Stadium Melawati dekat sini. Majlis itu disertai oleh hampir kesemua pemimpin kanan PAS, PKR dan DAP serta para penyokong Pakatan dan dermawan di samping pemimpin pro Pakatan dari Sabah dan Sarawak. (Datuk Lajim membeli surat cinta dari penjara dengan harga RM50,000) Antara yang hadir adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Harga lelongan tertinggi dibayar kepada surat cinta Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah yang ditulis beliau dari penjara. Ia dibayar dengan RM50,000 oleh Datuk Seri Panglima Lajim Ukin yang membeli surat itu. Ia diikuti oleh kartun yang dilukis secara 'live' oleh Kartunis Zunar yang bertajuk 'Kuasa Rakyat' yang dibeli dengan harga RM32,000. Pen yang digunakan Lim Guan Eng ketika dalam penjara dibeli dengan harga RM23,000 oleh Exco Selangor, Ronie Liu. Gambar santai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang serta terendak nelayannya dibeli dengan harga RM17,000. Ia dibeli oleh Ketua Pemuda DHPP Selangor, Sri Jalaraman. Jalaraman ketika ditemui berkata, beliau membelinya kerana penghormatan beliau kepada Presiden PAS itu. (Kartun Zunar telah berjaya dillelong dengan harga RM32,000 untuk tabung pilihan raya Pakatan Rakyat) Selain itu, barangan dan gambar milik Datuk Fadzil Nor, bekas Presiden PAS berjaya dilelong dengan harga RM11,000, gambar asal graduasi Dr Syed Husin Ali (RM15,000), teddy bear Exco Selangor, Teresa Kok (RM10,000), gambar dan tongkat Tuan Guru Datuk Nik Aziz (RM12,000) dan poster filem Karpal Singh (RM12,000). Di samping kutipan melalui lelongan itu, majlis itu berjaya mengutip lebih RM22,000 melalui jualan meja, Sebanyak 255 meja berjaya dijual dalam majlis makan malam ini di mana setiap meja dijual dengan harga RM1,000. Di samping itu, sebanyak RM20,000 berjaya dikutip dalam bentuk derma yang disumbangkan oleh peserta majlis makan malam ini. "Ini bermakna, lebih RM200,000 kita berjaya kutip malam ini," kata pengarah majlis ini, Dr Hatta Ramli kepada Harakahdaily. |
Mentang-mentang la Najib tu LEMBIK... hehe... Posted: 29 Sep 2012 08:38 AM PDT Anwar cabar Najib debat Belanjawan 2013 KUALA LUMPUR 28 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai Belanjawan 2013 yang dibentang hari ini. "Kalau kamu sanggup untuk kritik, maka kamu perlu sanggup untuk berdebat. Tapi kamu tak sanggup untuk respons cabaran. Kamu (Najib) tidak datang ucapan saya (di Dewan Rakyat) pada Isnin jam 11.30 pagi, tapi saya sanggup duduk dengar kritikan. "Separuh dari ucapan (penggulungan) Najib kritik Pakatan Rakyat. Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan," kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.Dalam pada itu, jelas Anwar, belanjawan kali ini tidak meletakkan keutamaan kepada rakyat terbanyak melainkan insentif kepada kroni dan golongan atasan. "Insentif untuk Tun Razak Exchange (TRX), itu insentif kewangan untuk orang kaya. Tak disentuh tentang IPP (Penjana Tenaga Bebas). Harga gula disentuh, tetapi monopoli gula tak disentuh. "Perubahan struktur tidak dilakukan.. ini masalah besar. PTPTN diminta untuk bayar balik, tetapi hutang (kroni) berbilion tak disentuh. Tidak ada tindakan dan cadangan (dalam Belanjawan)," tegasnya.Sementara itu, katanya, tidak ada yang baru dalam belanjawan dibentangkan untuk manfaat golongan berpendapatan sederhana dan pertengahan seperti Skim Rumah Pertamaku. Mengulas lanjut kata Anwar, syarikat perumahan negara sepatutnya menjadi institusi yang meletakkan kebajikan rakyat lebih utama dari keuntungan. "Kalau bermotif untung seperti sekarang, tak mungkin berhasil. Mesti ada badan kerajaan yang tak semesetinya rugi besar, tapi mesti menjana projek yang boleh memenuhi permintaan rakyat. "Sebab itu saya ajak Najib debat tentang belanjawan, tentang isu pentadbiran," tegas Anwar. |
Video yang paling GEMPAQ minggu neh... Posted: 29 Sep 2012 05:10 AM PDT Bermula dari Taman Keramat yang terletak di batu 2, Jln Tuaran sehingga ke Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Inanam (Terminal Bas Inanam) beberapa hari yang lalu dikatakan telah menawarkan imbuhan kepada sesiapa sahaja (kecuali kaum Tiong Hua) yang menukar tempat mengundi ke kawasan Dun Api-Api. Kegiatan yang mengcurigakan tersebut berjaya dirakamkan oleh krew SabahTv di sebuah pusat membeli belah (Likas Square) di Teluk Likas yang dipercayai di bawa pengurusan kroni seorang Timbalan menteri kabinet negeri.- Youtube |
PANAS!!!!!!!!!!!!!!!!! Siap ngan video lagi... Posted: 29 Sep 2012 01:56 AM PDT TERKINI! SAKSI SKANDAL SCORPENE AKAN DPANGGIL TIDAK LAMA LAGI ! Pengarah eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel memaklumkan bahawa tribunal kehakiman Perancis di Paris yang menyiasat skandal komisen pembelian kapal selam kelas Scorpene akan mula memanggil saksi-saksi yang disapina tidak lama lagi! Cynthia berkata demikian ketika ditemui pada majlis khas mempertahankan NGO tersebut dari tekanan bermotif politik oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pendftar Pertubuhan (ROS) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur malam tadi. Beliau turut mendakwa apa kaitan antara Suaram dengan ROS sedangkan NGO tersebut terang-terang berdaftar dengan Pendaftar Syarikat (ROC) melalui syarikatnya, Suara Inisiatf Sdn Bhd. Dakwanya lagi, Suaram sebagai NGO kecil yang bertanggungjawab terhadap masyarakat awam sentiasa menekankan ketelusan dan kebenaran tanpa memihak kepada mana-mana fahaman politik. Dipercayai perdana menteri, Najib yang semakin tertekan dengan perkembangan terbaru ini mengarahkan agensi kerajaan menyerbu pejabat NGO tersebut di Petaling Jaya, Selangor tanpa sebab munasabah. Malah, Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob sendiri turun padang menyiasat aktiviti Suaram seolah-olah telah melanggar undang-undang besar yang sebenarnya hanya mahu melindungi bosnya dari terus diserang. Tindakan tidak bertamadun ini lebih kepada ugutan dan gertakan supaya Suaram menghentikan terus siasatan skandal pertahanan awam terbesar negara ini yang turut melibatkan beberapa pemimpin Umno termasuk bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin. Sapina pertama yang bakal diterima tidak lama lagi akan diserahkan kepada pengurus besar Perimekar Sdn Bhd yang juga rakan baik bekas penasihat Najib, Jasbir Singh Chahl. Antara saksi lain yang diminta oleh Suaram untuk dipanggil termasuklah Najib sendiri, Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi, bapa Altantuya Shaaribuu, Setev Shaaribuu dan bekas pemikir strategi Najib, Razak Baginda. JALAN PULANG |
Pemimpin Umno pernah ka RASA macam neh... Posted: 28 Sep 2012 11:07 PM PDT Inilah jerit perih rakyat bawahan dinegara kita... Inilah rintihan majoriti rakyat marhaen selama ini... Namun... Adakah pemimpin pemimpin Umno Be End pernah merasa? Anak beranak dan keluarga ratusan juta... Kroni dan tauke tauke besar terus menerus dilayan macam anak-anak raja.. Rakyat pula... Terus ditindas tanpa timbang rasa Satu persatu hak dirampas secara paksa Hutang sana sini tiada penghujungnya Si kaya tetap kaya... Si miskin terus papa kedana... |
Ulasan pertama Nik Aziz pasai bajet Najib Posted: 28 Sep 2012 08:55 PM PDT |
Anwar ulas BAJET Najib secara terperinci [TENGOK] Posted: 28 Sep 2012 06:51 PM PDT Ni ka Piem Umno yang disanjung sangat oleh bangsa Umno? Ambil lebih dari setengah jam menghentam Pakatan Rakyat... Tapi bila Anwar ajak berdebat ja... cepat-cepat ambil beg terus belah... Tak pa... Kita tengok plak, hari Isnin jam 11:30 pagi dia berani hadir ke Parlimen atau tidak... Kahkahkah... Boleh jalan la Umno.... |
TENGOK apa kata Anwar pasai bajet Najib [VIDEO] Posted: 28 Sep 2012 05:15 PM PDT Anwar : Belanjawan Negara 2013 Banyak Gimik Politik KUALA LUMPUR, 28 SEPT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan Negara 2013 tidak menyentuh soal ekonomi negara tetapi lebih kepada usaha meraih undi dalam Pilihan raya Umum ke-13. Beliau berkata dua faktor utama belanjawan, iaitu unjuran prestasi ekonomi berdasarkan senario antarabangsa dan keupayaan domestik, tidak disentuh oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan tahun ini. "Belanjawan biasanya memberikan unjuran berdasarkan senario antarabangsa dan keupayaan domestik. "Kedua-dua ini nampak tak disentuh sangat tapi nampak beberapa gimik politik yang agak keterlaluan," katanya dalam reaksi ringkas beliau di pekarangan Parlimen selepas sesi pembentangan Belanjawan Negara 2013.Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat akan memberikan jawapan tentang isu perumahan seperti yang diulas di dalam belanjawan negara. Belanjawan yang dibentangkan oleh Najib, berjumlah RM 251.6 bilion. Defisit negara daripada perbelanjaan belanjawan itu dianggarkan pada paras empat peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2013. Anwar juga mengkritik kenyataan Najib berhubung isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) di mana Najib mengutuk perancangan Pakatan untuk menghapuskan hutang itu. Di dalam ucapannya, Najib memperlekeh perancangan Pakatan kerana hutang tersebut yang bernilai RM 30 bilion. "PTPTN itu suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh Perdana Menteri kerana dia menyentuh RM30 bilion yang disentuh dalam masa 15-16 tahun. "Jadi kita masih pertahankan dasar kita dan beberapa dasar itu (Najib) tidak mengambil kira kedudukan ekonomi dan defisit yang membengkak," kata Anwar. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan