Rabu, 26 September 2012

Addin

Addin


Pakatan Rakyat Tawar Gaji Minimum RM1,100, BN Hanya Tawar Gaji Minimum RM900

Posted: 26 Sep 2012 09:18 AM PDT

KUALA LUMPUR 26 SEPT: Pakatan Rakyat (PR) menawarkan gaji minima RM1,100 kepada kakitangan awam dalam Belanjawan 2013 yang bertemakan 'Ekonomi Rakyat, Negara Berkat'.Selain itu menaikkan bantuan kebajikan kepada RM550 sebulan bagi meringankan beban golongan miskin.Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam taklimat belanjawan yang diadakan hari ini, penetapan gaji minima tersebut akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 penjawat awam.

Kata Anwar, kenaikan tersebut bakal melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion dan mampu memberi kesan kepada kenaikan gaji dari pelbagai sektor lain dengan kenaikan dalam lingkungan dua hingga lapan peratus.

"Meningkatkan Pembayaran Kebajikan daripada RM300 sekarang kepada RM550 sebulan yang boleh membebaskan 84,000 keluarga yang mempunyai pendapatan di bawah paras RM500 sebulan daripada kemiskinan," kata Anwar.

Selain itu semua data dari agensi kerajaan termasuk Risda, Felcra dan lain-lain akan disatukan ke dalam pengkalan data Jabatan Kebajikan bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan one-off sebanyak RM500 kepada golongan yang terjejas akibat kejatuhan harga getah dan lain-lain komoditi.

Dalam belanjawan yang terlebih dahulu diluluskan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu turut menyasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi 2013 sebanyak 5.2 peratus dengan kadar inflasi 3.0 peratus.

Dalam taklimat yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat itu, Anwar turut mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sering gagal mencapai unjuran yang disasarkan.

Taklimat Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 itu turut dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan pemimpin lain dari ketiga-tiga parti pakatan itu. ~selangorku


Hassan Ali Dakwa Anwar Ibrahim Hina Islam Di London

Posted: 26 Sep 2012 08:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Sept ― Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghina Islam dengan kenyataannya mengatakan "umat Islam mempunyai masalah dalam jiwa mereka" dua hari lalu di London.Hasan dalam sidang medianya hari ini mengecam Anwar dan melabel pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu sendiri yang bermasalah dengan kecelaruan emosi di pihak beliau.

"Saya rasa ini satu kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin Islam."Sebenarnya dialah (Anwar) yang sedang mengalami masalah jiwa," kata Hasan (gambar)."Rakyat Malaysia faham tentang tekanan emosi yang sedia beliau hadapi berikutan dengan beberapa kes melibatkan moral beliau," katanya.

Dalam laporan Utusan hari ini, Anwar dikatakan mengakui terdapat masalah dalam jiwa umat Islam seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Britain, The Scotsman.Penulis artikel Eddie Barnes berkata, "Dalam reaksi umat Islam terhadap filem yang menghina Islam, beliau (Anwar) bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam, mereka mudah marah dan beremosi''.

Hasan juga menyamakan kenyataan Anwar tersebut sama seperti yang telah dilakukan oleh ahli parlimen DAP, Ngeh Koo Ham yang menulis di dalam laman mikro Twitter yang mengatakan umat Islam membuang masa menyertai demonstrasi bagi menyuarakan bantahan terhadap filem "Innocence of Muslims" pada minggu lalu.

Pada pendapat saya, kenyataan Anwar ini dilihat sama dari segi nada dan pengertiannya dengan apa yang disebutkan oleh Ngeh," kata Hasan.Hasan turut meluahkan rasa kesal ke atas kenyataan Anwar tersebut dan menggesa para ulama untuk menyatakan pendirian terhadapi isu ini dan mahu orang ramai menilai sejauh mana kenyataan tersebut menjejaskan aqidah dan keimanan seseorang muslim atau tidak.

Jesteru, Hasan menggesa Anwar meminta maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan bertanggungjawab ke atas kenyataannya tersebut. ~tmi

Addin :

Yang jiwa kacau adalah Hassan Ali setelah di buang oleh PAS. Umum mengetahui, dari pendedahan yang dilakukan oleh Khalid Samad bahawa Hassan Ali cukup teringin untuk menjadi MB Selangor. Tetapi hasrat beliau tidak tercapai sehingga saat pemecatan beliau.


Iklan






Menteri BN Nih Buat Onar.. Apa Tindakan Terhadapnya?

Posted: 26 Sep 2012 06:20 AM PDT

Merujuk kepada laporan portal Malaysiakini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius kenyataan dangkal seorang Timbalan Menteri apabila mengatakan Gangnam lebih popular dari lagu kebangsaan Negaraku. Membandingkan lagu Negaraku dan Gangnam adalah keterlaluan dan lagu Negaraku tidak sepatutnya dihina sedemikian rupa.Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, SK Devamany telah menghina lagu Negaraku dengan merendahkan taraf lagu tersebut lebih rendah dari Gangnam. 

Sepatutnya lagu kebangsaan mempunyai kedudukannya yang tersendiri sama seperti bendera kebangsaan.

Sepertimana yang berlaku pada malam ambang kemerdekaan ketika seorang anak muda menunjukkan ekspresi terhadap gambar pemimpin negara yang kemudiannya ditekan hebat, SK Devamany harus juga diburu, digari dan dibicarakan atas akta hasutan kerana menyebabkan kekeliruan orang ramai yang membandingkan lagu Gangnam dan Negaraku yang sebenarnya tidak layak dibuat perbandingan.

SAMM meminta pihak berwajib menjalankan tugas bagi menyiasat apakah motif lagu Negaraku dihina sedemikian. Apakah sebab lagu Negaraku memang dipandang sebelah mata kerana asal usulnya, maka penghinaan sebegini tidak diambil serius? 

SAMM juga menyeru orang ramai, NGO dan NGI bertindak memberi tekanan terhadap SK Devamany.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
25 September 2012


Iklan





Akhirnya.. Jamil Khir Baharom Mengaku Salah Setelah Tembelangnya Pecah

Posted: 26 Sep 2012 04:52 AM PDT

KUALA LUMPUR 26 September: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengaku permohonan kerajaan Malaysia untuk menambah kuota haji ditolak oleh Kerajaan Arab Saudi bukan disebabkan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah April lalu.Menurutnya, permohonan tersebut ditolak disebabkan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan di Kota Suci itu.Ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said yang mahukan penjelasan berkenaan langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan kouta haji tidak terjejas akibat perhimpunan tersebut, Jamil Khir cuba mengaitkan kegagalan permohonan tersebut disebabkan Bersih 3.0.


Seraya itu, beberapa Ahli Parlimen Pembangkang bangun mencelah dan menyanggah kenyataan Jamil Khir."Renovation Datuk Menteri…Mekah tengah buat renovation," sanggah mereka sambil disambut lain-lain Ahli Parlimen yang juga tidak berpuas hati terhadap penjelasan tersebut.

Selepas diasak, beliau akhirnya mengaku perhimpunan Bersih yang berlangsung di negara terbabit tidak menimbulkan persepsi buruk kepada Malaysia."Ia cuma andaian sahaja…Bila berlaku perhimpunan Bersih di Mekah, ia menimbulkan persepsi mengaitkan dengan Bersih 3.0," kata beliau dalam Dewan Rakyat.

Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini.Sebelum ini, isu kuota haji dipolitikkan kerajaan Umno BN kononnya tindakan segelintir rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas menyebabkan kerajaan Arab Saudi menyekat tambahan kuota itu. ~kd




Iklan





Polis!! Tolong Siasat Mamat Nih..

Posted: 25 Sep 2012 11:39 PM PDT


Apabila undang-undang sedia ada dipinda menjadi "lembut"dan terlalu mengambil hati untuk kepentingan undi semasa pilihanraya, apabila penguatkuasaan menjadi longgar, apabila penghakiman asyik kalah disebabkan Pendakwaraya lembik dan apabila Menteri Amaran lebih mengutamakan "Public Relation" dan bergaya seperti artis dengan peminat, maka inilah jadinya.

Penghinaan demi penghinaan terhadap Allah dan Nabi Muhammad SAW dibuat secara terbuka, terang-terangan tanpa sebarang perasaan takut kepada undang-undang.Gambar di atas sudah tersebar luas di laman sosial Facebook.

Diharap pihak Polis Di Raja Malaysia dan SKMM hendaklah menyiasat secara terperinci dan membawa anak muda di atas ke muka pengadilan. Sampai bila Umat Islam ingin dicerca. Apakah perlu menunggu sehingga berlaku pertumpahan darah barulah tindakan drastik akan diambil? ~mynewshub


Iklan





Pelik!! Mahkamah Putuskan BERSIH 2.0 Tak Haram Tapi Soalan Peperiksaan Sekolah Memandai-Mandai Kata Haram..

Posted: 25 Sep 2012 07:26 PM PDT


Propaganda untuk memburuk-burukkan Perhimpunan Aman Bersih, menuntut pilihanraya yang bersih dan adil di ibu negara 28 April lalu turut disebarkan kepada budak sekolah.


Lihat bukti gambar di atas ini. ReJaM© ambil gambar ini dari blog sahabat Amenoworld. Kalau nak dapat 1 markah kena tulis "Tidak wajar", kalau tulis "wajar" dapat telor kah kah kah.   Namun hakikatnya yang perlu anda tahu, dan perlu anda sebarkan kepada orang kampung, ayam itek, lembu dan kambeng ialah, mahkamah telah menetapkan bahawa menteri yang mengharamkan perhimpunan Bersih 2.0 adalah tidak waras!

Rujuk sini [Menteri tak waras]   Bersih 2.0 atau Bersih 3.0, kedua-duanya dianjurkan oleh jawatankuasa yang sama dan orang-orang yang sama.


Pengerusinya masih Dato' Ambiga dan Sasterawan Negara A Samad Said.Pusinglah kot mana pun, hakim dah tetapkan bahawa Perhimpunan Bersih bukan perhimpunan haram, yang haram adalah menteri yang istiharkan Bersih haram kerana dia yang haram jadah! ~milosuam



Iklan





Berita Nih Pasti Tak Di Siarkan Di Utusan, Berita Dan TV3

Posted: 25 Sep 2012 07:18 PM PDT

SHAH ALAM - Keputusan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memihak kepada kumpulan Pro-Mahasiswa.Pro-Mahasiswa memenangai 22 kerusi manakala Pro-Aspirasi pula menguasai 19 kerusi. Dua calon peringkat kerusi fakulti memperolehi undi yang seimbang.Peratusan keluar undi hanya 42.14.Keputusan itu diumumkan oleh Naib Canselor UM Tan Sri Dr Ghauth Jasmon kira-kira pukul 6 petang ini di Akademi Pengajian Melayu.

Ghauth berkata sembilan kerusi umum dan 34 kerusi fakulti dipertandingkan dalam pilihan raya kampus universiti itu tahun ini dan keputusan rasmi akan diumumkan Khamis ini.Dalam pada itu, Kumpulan Pro-Mahasiswa juga menang di UKM dengan memperoleh 19 kerusi manakala Pro-Aspirasi menang di sembilan kerusi.

"Pro-Mahasiswa berjaya mengekalkan penguasaan di UKM sekali lagi," kata seorang pemimpinnya kepada Sinar Harian Online.Dalam pada itu, kumpulan Pro-Aspirasi menang besar dalam pilihan raya kampus di kebanyakan universiti.Antaranya,Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Sains Malaysia.

Di UPM, Pro-Aspirasi memenangi 39 daripada 47 kerusi yang dipertandingkan manakala di UUM pula, 34 kerusi disapu bersih daripada 36 kerusi.Sementara itu, di UPSI, 25 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan milik Pro-Aspirasi, manakala di UPNM, kesemua kerusi dimenanginya.Selain itu, di UMP pula, 22 daripada 24 kerusi dimenangi Pro-Aspirasi dan 33 kerusi dimenangi di UMS. ~sinar



Iklan





Tiada ulasan: