Rabu, 26 September 2012

shalehudin

shalehudin


Gambar Nik Aziz sedang berehat di hospital...

Posted: 26 Sep 2012 09:40 AM PDT

Ini adalah gambar terbaru Nik Aziz yang kini masih dirawat di hospital...
Nik Aziz perlu berehat, PRU13 dah makin dekat.... :-))


HOT: Rosmah termimpi nampak anak bulan

Posted: 26 Sep 2012 09:00 AM PDT

Jangkaan BN menang PRU ke-13 susut di peringkat nasional dan menguasai Putrajaya.

Kajian: Jangkaan BN menang PRU13 susut

Jangkaan BN menang PRU ke-13 susut dalam kajian parti manakah dijangka akan menang di negeri Selangor.

Jangkaan BN menang PRU ke-13 susut dalam kajian parti manakah dijangka akan menang di negeri Kedah.

[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Peratusan jangkaan Barisan Nasional (BN) akan menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merosot berbanding kedudukan awal tahun, demikian menurut hasil kajian terbaru diumumkan oleh pusat penyelidikan Universiti Malaya (UM), hari ini.

Sebaliknya, jangkaan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan mencapai misinya menguasai Putrajaya dan menggantikan BN di pusat meningkat.

Peratusan pengundi yang tidak pasti berhubung soalan yang membawa kepada jangkaan itu - "dengan andaian anda tidak memihak kepada mana-mana parti politik, parti manakah yang anda jangka akan menang di peringkat nasional dalam PRU13 dan menguasai Putrajaya", mengalami penurunan daripada 30 peratus kepada 26 peratus.

Kedudukan itu 26 peratus itu dilihat menggambarkan pendirian pengundi-pengundi atas pagar, yang akan memainkan peranan penting dalam PRU13.

Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (Umcedel) ini menunjukkan hanya 44 peratus mengatakan BN dijangka menang di peringkat nasional berbanding jangkaan 49 peratus Mac lalu. Dalam pada itu, peratusan keyakinan PR akan menang meningkat daripada 21 peratus kepada 30 peratus - satu tahap kenaikan yang besar.

Penemuam ini adalah berdasarkan kajian perbandingan yang dijalankan pada Mac-April dan September 2012. Kajian awal dijalankan antara 31 Mac dan 15 April lalu manakala yang terbaru dari 1 hingga 16 September.

Dalam pada itu, kajian yang sama menunjukkan bahawa bilangan responden yang yakin PR akan mengekalkan kuasa di Selangor meningkat besar daripada 38 peratus pada Mac kepada 50 peratus pada bulan ini.

Bagaimanapun jangkaan bahawa BN akan menang pula merosot daripada 28 peratus kepada 16 peratus. Jangkaan di kalangan responden yang tidak pasti kekal 34 peratus pada Mac dan September.

Senario yang sama ditunjukkan oleh data membabitkan Kedah.

Paras jangkaan PR akan menang di Kedah naik daripada 37 peratus kepada 48 peratus manakala di pihak BN pula menurun daripada 40 peratus kepada 32 peratus. Jangkaan di kalangan responden tidak pasti menurun sedikit daripada 23 peratus kepada 20 peratus.

Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dikuasai oleh PR pada Pilihan Raya Umum 2008. Pas memerintah Kelantan sejak 1990.

Kajian Mac-April menggunakan 2,282 responden manakala kajian terbaru membabitkan 1,536 responden.

Daripada 1,526 responden, seramai 1,041 melibatkan orang Melayu, Cina (385) dan India (110).

Dalam kenyataan hasil kajian yang dikeluarkan hari ini, Umcedel berkata, pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.- SH


Patut tak balik India, DIA tertinggai keretapi rupanya...

Posted: 26 Sep 2012 08:30 AM PDT

Bukankah Melayu hilang kuasa angkara Umno?

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan Tun Mahathir Mohamad ketinggalan keretapi dan masih memutar pita rakaman lama untuk mempengaruhi pengundi di dalam Pilihan raya Umum (PRU) akan datang.
"Beliau cuba membawa budaya takut di dalam masyarakat supaya jangan tolak Umno kerana nanti Melayu hilang kuasa. 
"Bukankah Melayu hilang kuasa semua angkara Umno?" tanya beliau dalam satu kenyataan.
Beliau juga mempersoalkan kenapa Mahathir menjadi Perdana Menteri tidak menambah kerusi Parlimen di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah ketika persempadanan semula 2004.
"Kenapa baru sekarang bercakap Melayu hilang kuasa?" tanya beliau lagi.
Katanya, Umno telah terbukti merosakkan Melayu setelah berkuasa selama 55 tahun.

Jelasnya, PAS mempunyai data dan fakta kemusnahan Melayu angkara tangan Umno yang mana tanah rezab Melayu daripada 3 juta hektar (1957) hilang seluas 1.3 juta (1995) hektar.
"Kenapa Tun menuding jari kepada Pakatan Rakyat, sedangkan Pakatan Rakyat tidak pernah memerintah kerajaan pusat. 
"Beri Pakatan Rakyat memerintah dahulu, jika sama perangai macam Umno bolehlah rakyat memilih Umno kembali di dalam PRU14," katanya.
Beliau juga bertanya kenapa Tun begitu takut sangat dengan perubahan kerajaan.
"Beliau tidak perlu takut jika beliau tidak bersalah ketika 22 tahun memerintah," kata Idris.
Tambahnya lagi, jika Tun mengeluh kerana Melayu berpecah kepada tiga kelompok, ia angkara siapa.
"Umnolah bapa perpecahan buktinya kelahiran Parti Negara, Parti Semangat 46, Team A dan Team B sehingga Umno diharamkan oleh mahkamah," katanya lagi.
Katanya lagi, jangan menganggap Umno parti Melayu pertama, sedangkan sebelum Umno ditubuhkan 1946, sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 1945 oleh Ibrahim Yaakob, Dr Burhanudin al-Helmi dan Ahmad Boestamam.

Justeru, ujarnya kenapa perlunya Umno, sedangkan sudah ada parti Melayu sebelumnya.

Idris menambah, Tun Mahathir juga cuba hendak memutar belitkan sejarah kononnya PAS ditubuhkan kerana pimpinannya tidak puas hati dengan kepimpinan Tunku yang tidak memberi PAS bertanding 10 kerusi di dalam pilihanraya 1955.
"Sedangkan PAS ditubuhkan oleh orang agama di dalam Umno kerana tidak puas hati dengan pimpinan Umno yang tidak ambil peduli teguran ulama terutama di dalam isu judi," katanya.
Katanya, pembohongan Tun bukan perkara luar biasa kerana sewaktu beliau menjadi Presiden Umno beliau menuduh PAS ditubuhkan oleh penjajah.
"Fakta sebenarnya Umno adalah restu penjajah. Buktinya ketika semua parti politik di Tanah Melayu diharamkan pada tahun 1948, hanya Umno sahaja yang dibenarkan hidup," katanya lagi.- Harakahdaily


Kesalahan berat DIA neh pasai berkawan ngan Anwar

Posted: 26 Sep 2012 05:05 AM PDT

Ahli Perniagaan Mengaku Sediakan Jet Pada Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Sept — Ahli perniagaan Datuk Mohd Taufik Omar mengakui syarikatnya menyediakan jet eksekutif kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berkata ia tidak menjadi kesalahan besar kerana mereka hanya menjalankan urusan perniagaan.

Menurut laporan The Star hari ini, Mohd Taufik menafikan dia adalah pemilik jet tersebut dan enggan mendedahkan jumlah wang yang dibayar bagi khidmat menyediakan jet itu.

"Syarikat saya hanya menguruskan jet peribadi."Oleh kerana ia jet peribadi, maka ia harus menjadi perkara rahsia," katanya dalam The Star.
Mohd Taufik merupakan presiden Persatuan Judo Malaysia, juga pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Kenangan Nilam Sdn Bhd, Asiana Inspirasi Sdn Bhd, KN Capital Sdn Bhd dan T Corp Labuan.

Beliau juga pengarah dalam syarikat Health Solutions (SE Asia) Sdn Bhd, CltlTower Sdn Bhd, Aliran Modern Sdn Bhd dan Vasseti Bhd.

Anwar, sebelum ini, dilaporkan menaiki jet eksekutif bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang lain dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan, Sabah pada tarikh tersebut.

Menurut pendedahan blog yang memetik kenyataan akaun Twitter naib presiden PKR Tian Chua beberapa hari lalu, jet eksekutif itu dinaiki Anwar bersama-sama para pemimpin pembangkang lain ke Labuan dan Kota Kinabalu, dipercayai bagi menyambut perayaan Hari Malaysia.

Malah, kehadiran Anwar ke Labuan juga turut menyaksikan kemasukan bekas bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin ke dalam PKR.- TMI


[Video] 2 betina Islam kongsi sebilik ngan jantan Afrika

Posted: 26 Sep 2012 02:26 AM PDT

Aku pun konfius ngan tajuk artikel aku neh...
Islam ka betina-betina neh...


Korang saksilah video neh betapa bangangnya minah neh..
Sanggup jadi lauk Mat Black Afrika. Hebat betul mat black yang datang negara ni. Bukan sorang, tapi sekali ngap sampai dua...

Mat Black neh datang kat Malaysia bukan nak study sangat tapi diorang cuma nak sekolahkan minah-minah bodoh macam neh...

Sebab utama minah-minah bangang neh tergoda ngan Mat Black adalah kerana diumpan dengan duit... last-last jadi keldai dadah dan dah tentunya dah lunya jadi keldai sex...


Kita tengok Umno BERTELOR atau tidak...

Posted: 25 Sep 2012 11:00 PM PDT

Hina lagu Negaraku, Timbalan Menteri SK Devamany harus dibicara

Merujuk kepada laporan portal Malaysiakini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius kenyataan dangkal seorang Timbalan Menteri apabila mengatakan Gangnam lebih popular dari lagu kebangsaan Negaraku. Membandingkan lagu Negaraku dan Gangnam adalah keterlaluan dan lagu Negaraku tidak sepatutnya dihina sedemikian rupa.

Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, SK Devamany telah menghina lagu Negaraku dengan merendahkan taraf lagu tersebut lebih rendah dari Gangnam. Sepatutnya lagu kebangsaan mempunyai kedudukannya yang tersendiri sama seperti bendera kebangsaan.

Sepertimana yang berlaku pada malam ambang kemerdekaan ketika seorang anak muda menunjukkan ekspresi terhadap gambar pemimpin negara yang kemudiannya ditekan hebat, SK Devamany harus juga diburu, digari dan dibicarakan atas akta hasutan kerana menyebabkan kekeliruan orang ramai yang membandingkan lagu Gangnam dan Negaraku yang sebenarnya tidak layak dibuat perbandingan.

SAMM meminta pihak berwajib menjalankan tugas bagi menyiasat apakah motif lagu Negaraku dihina sedemikian. Apakah sebab lagu Negaraku memang dipandang sebelah mata kerana asal usulnya, maka penghinaan sebegini tidak diambil serius? SAMM juga menyeru orang ramai, NGO dan NGI bertindak memberi tekanan terhadap SK Devamany.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

25 September 2012


BERAT dakwaan Anwar neh... [BACA]

Posted: 25 Sep 2012 10:30 PM PDT

Malaysia catat pertumbuhan negatif selama 24 tahun- Anwar

KUALA LUMPUR 24 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejak 1988 hingga 2011, belanjawan negara mencatat pertumbuhan negatif pada kadar 2.89 peratus daripada Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Anwar dalam soalan tambahannya kepada Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim Siang Chai menyatakan, rekod positif dicatat hanya pada tahun 1997, iaitu pada kadar 2.4 peratus.

"Gambaran ini membimbangkan. Profil kredit meningkat. Amaran ini harus diambil secara serius. Kalau kita lihat Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), unjuran tahun demi tahun tidak sampai sasaran," katanya.
Anwar turut merujuk amaran perunding kewangan antarabangsa, Standard & Poor agar Malaysia menurunkan kadar kredit.
"Kewangan awam negara rendah secara relatif kepada persekitaran yang pelbagai. Malaysia kini setanding atau lebih tinggi kadar hutang seperti krisis yang melanda Itali," kata Anwar memetik Fitch Ratings.
Tambah Anwar, jawapan Timbalan Menteri Kewangan tidak menjelaskan tentang kadar hutang negara yang kini berjumlah RM437 bilion, melainkan penegasan bahawa paras hutang negara kononnya masih selamat, iaitu pada kadar 53% berbanding KDNK, dua peratus dibawah paras berbahaya (55%)

Manakala menurut Donald, kerajaan turut mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk menerangkan kepada rakyat berkenaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)
"Credit Suisse menyatakan sasaran Malaysia tidak tercapai. World Economic Forum menyatakan imbangan belanja kerajaan jatuh ke tangga 96 dari 110 (negara).
"Langkah-langkah yang diambil diumumkan, tetapi bagaimana diukur keberkesanannya. Sebagai contoh melalui penilaian LKAN atau laporan Transperency International.
"Kita (Parlimen) tidak usul supaya diumumkan pemotongan perbelanjaan kerajaan, (dan) menekankan subsidi kepada golongan miskin.
"Apakah unjuran yang disebut Timbalan Menteri Kewangan akan dapat dicapai berdasar kepada kenyataan Perdana Menteri?
"Yang (hanya) ditekankan tentang pembaziran atau disebut leakage (kebocoran). Ini menuntut kita mengambil langkah serius mulai sekarang," tegasnya.
Majlis Presiden dan pimpinan Pakatan Rakyat kini sedang bermesyuarat bagi membincangkan butiran Belanjawan Alternatif 2013 yang akan dibentangkan dalam masa terdekat.- KD


TERHOT: MUFTI nikah kahwin beraksi... Wakaka...

Posted: 25 Sep 2012 07:23 PM PDT

Wallawoiii...
Tak sangka aku kat negara kita ada rupanya Mufti nikah kahwin...

Wakaka...

Apa taknya, Mufti ni lebih berminat membincangkan soal hukum nikah kahwin berbanding penghinaan terhadap Islam dan hukum hakam Islam oleh pemimpin-pemimpin Melayu....

Bukan main cepat Mufti Harussani melompat dan meminta pelakon tempatan supaya merujuk perkahwinan mereka ke pejabat agama kerana perkahwinan pasangan artis tersebut dikatakan bercerai kerana dialog yang diucapkan dalam sebuah filem...

Dia pun pakai dengaq cakap orang ja kot, tak tengok pun filem tuh... hehe...
TETAPI KENAPA AGAKNYA SANG MUFTI INI MENDIAMKAN DIRI APABILA ADA PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU ISLAM DENGAN JELAS MENGHINA HUKUM ISLAM DAN HADIS-HADIS NABI...?


Tiada ulasan: