Rabu, 26 September 2012

PERAKITE

PERAKITE


Kes khalwat jenayah syariah paling tinggi di negeri Najib

Posted: 26 Sep 2012 04:54 AM PDT


Sebanyak 1,797 kesalahan jenayah syariah dicatat di Pahang dalam tempoh hampir sembilan bulan pertama 2012.

Kes khalwat mencatat jumlah paling tinggi dengan  948 kes, diikuti berjudi (677 kes), tidak menghormati bulan Ramadan (62), kesalahan meminum minuman memabukkan (39), perbuatan tidak sopan di tempat awam (11) dan kesalahan lain (60). 


Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan, MUIP akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membanteras gejala sosial . 

Beliau memberitahu pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemahaman Undang-undang Kesalahan dan Tatacara Jenayah Syariah Pahang di sini,  pihaknya sedang melantik pegawai-pegawai masjid  sebagai penguatkuasa dalam usaha memantapkan lagi penguatkuasaan kesalahan jenayah syariah.



Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Kanan Penyelaras Undang-undang Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yahya Mohd Zin berkata bengkel selama tiga hari bermula hari ini itu bertujuan mempertingkatkan lagi pengetahuan undang-undang jenayah syariah di kalangan umat Islam dan penguatkuasa agama. 

"Menerusi bengkel ini, kita nak bagi penjelasan kepada semua pihak termasuklah pegawai masjid, imam, siak makna tentang hal berkaitan penguatkuasaan. 

"Dari segi undang-undangnya dari tahap mana dan apa yang perlu dibuat apabila sudah ada tangkapan dan apa yang perlu buat selepas itu mengikut enakmen kesalahan syariah dan enakmen tatacara jenayah syariah di Pahang," katanya. 



Ahsan Ali semakin meraban

Posted: 26 Sep 2012 03:43 AM PDT

Presiden JATI Datuk Hasan Ali yang semakin tidak fofular turut meraban cuba mencuri perhatian dengan bersekongkol pandangan Nasharuddin Mat Isa menyokong supaya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menolak hudud. 

Kih kih kih.. apabila kawan sebantal Umno iaitu parti mewakili kaum Cina iaitu MCA menghentam rapat hal hudud jika Umno mau laksanakannya, Ahsan Ahli dan Nasaruding  senyap je.. 


Hassan yang dipecat dari PAS tetiba kata gesaan itu penting tetapi tidak pula mengutuk MCA....perghhh

Lim semalam didakwa berkata kononnya Nasharuddin bersikap seperti  ejen Umno apabila mengambil pendirian yang berubah-ubah dalam isu pelaksanaan hukum hudud.

Sedangkan, Nasha tidak ada masalah dengan pendirian DAP tentang hudud sewaktu beliau memegang timbalan presiden PAS, kata Lim.

Lim juga mencabar Nasharuddin agar mendapatkan penjelasan dari Umno berhubung pendirian mereka tentang pelaksanaan hukum hudud.

Terdahulu, Nasharuddin dalam sidang medianya Lim memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa DAP menolak hudud.



Tiada ulasan: