Addin |
- "Saya Benar-Benar Takut Kalah Pilihanraya" - Najib
- Memalukan!! NST Belum Padam Lagi Gambar Edit Najib
- Najib Heret Suaram Ke Mahkamah Kerana Balas Dendam Kes Scorpene?
- Patutlah Menteri Umno BN Hidup Senang Lenang...
- Pemenang Cabutan Bertuah Program Kementerian Kena Tipu Hadiah Blackberry Palsu
- Takut Terkantoi!! SPR Gagal Dedah Senarai Daftar Pemilih Terkini..
- Masjid Jadi Kedai Arak
- (Video) JKK Naik Pentas Bersama Ustaz Azhar Idrus
- Ahli Keluarga Pembuat Filem Hina Nabi Tinggalkan Rumah Cari Perlindungan
- (Gambar) Budaya Samseng Politik Menular Di Kawasan Najib
"Saya Benar-Benar Takut Kalah Pilihanraya" - Najib Posted: 18 Sep 2012 09:04 AM PDT KUALA LUMPUR 18 September: Kenyataan Datuk Seri Najib Razak mengatakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) sebagai penentu survival politik bangsa Melayu kerana beliau sangat takut kehilangan kuasanya sebagai Perdana Menteri. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Najib itu bertujuan menimbulkan ketakutan kononnya orang Melayu akan kehilangan kuasa apabila Umno BN tewas dalam pilihan raya nanti."Umno sebenarnya yang takut kehilangan kuasa, sebab itu mereka menakut-nakutkan Melayu. Pendekatan ini dibuat secara halus untuk menanam kebencian bangsa Melayu kepada bangsa lain. "Apabila perkara ini terjadi, Umno BN berharap orang-orang Melayu akan mengubah pendirian dan kembali menyokong mereka kononnya disebabkan survival Melayu," katanya pada sidang media di pejabat Agung PAS di sini hari ini. Kelmarin, pada majlis penutup Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pekan, Najib berkata, PRU 13 bukan sebarang pilihan raya, kerana ia penentu survival bangsa Melayu. Presiden Umno itu berkata, orang Melayu perlu sedar bahawa hanya Umno yang menjadi parti teras dalam Barisan Nasional (BN) yang akan dapat meneruskan perjuangan bangsa dan agama. Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, Najib hanya berselindung di sebalik survival Melayu bagi memastikan rejim Umno BN kekal berkuasa. Katanya, selama 55 tahun Umno BN memerintah, bangsa Melayu masih mundur berbanding bangsa-bangsa lain di negara ini. "Kalau benar mereka memperjuangkan Melayu, bangsa Melayu sudah maju. Tetapi hakikatnya Melayu masih terkebelakang. Ekuiti dan pemilikan hartanah orang-orang Melayu masih lemah. "Ini disebabkan Melayu tidak pernah mengubah pemerintahan. Sebaliknya yang senang lenang adalah pemimpin dan juga kroni Umno," katanya. Justeru beliau berharap, rakyat tidak terpedaya dengan penipuan halus Umno BN dan bersedia memerdekakan diri daripada rejim yang kini semakin tenat. ~kd Addin: Najib betul-betul takut kalah pilihanraya, jelas kelihatan dalam ucapannya di Persidangan Perwakilan Umno Pekan. Jikalau kalah pasti tembelang pemompin Umno BN bakal pecah.. |
Memalukan!! NST Belum Padam Lagi Gambar Edit Najib Posted: 18 Sep 2012 06:19 AM PDT Sudahlah gambar edit, gambar terang-terang menipu pembaca NST tetapi masih belum dipadam sehingga ke hari ini. Tinjaun mendapati gambar tersebut masih belum di padam setakat ini... Yang peliknya.. adakah NST tak perasan yang pembaca sudah tahu yang mereka penipu.. edit gambar Najib untuk menampakkan audien ramai. Tetapi di zaman ICT nih agak mustahil mereka tidak tahu.. Namun sebelum NST padam gambar edit nih, ko orang boleh layarinya di sini dan di sini. |
Najib Heret Suaram Ke Mahkamah Kerana Balas Dendam Kes Scorpene? Posted: 18 Sep 2012 05:03 AM PDT KUALA LUMPUR 18 September - Pendakwaan ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) jelas menunjukkan Perdana Menteri mahu balas dendam ekoran skandal pembelian Scorpene yang dibongkar oleh organisasi hak asasi manusia itu, kata N Surendran. Naib Presiden KEADILAN itu berkata, adalah menjadi kebiasaan bagi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menerima bantuan asing. Ia langsung bukan merupakan kesalahan di bawah undang-undang. Mendakwa Suaram atas alasan menerima dana dari luar adalah alasan paling dangkal pernah saya dengar hanya untuk menutup pendedahan kes Scorpene," tempelak Surendran. "Menerima dana untuk niat yang baik adalah sesuatu yang patut digalakkan bukan dikecam, malah kerajaan Malaysia sendiri banyak menyalur dan menerima dana dari luar," katanya ketika dihubungi. Surendran berkata, kesempatan ini diambil Datuk Seri Najib Razak dengan menekan Suaram melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). "Dalam kes ini, Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya apabila menggunakan SSM untuk menyiasat Suaram," kata beliau lagi. Pagi tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan Suaram akan didakwa minggu ini berikutan penerimaan dana sebanyak RM570,000 dari Open Society Institute kepunyaan George Soros. Jika mendapat bantuan dana adalah kesalahan, maka mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih teruk kerana pernah membayar pelobi Zionis sebanyak AS$1.2 juta bagi mengatur pertemuannya dengan Presiden George W Bush. Kerajaan Barisan Nasional juga membayar RM77 juta setahun membiayai APCO yang bertanggungjawab menghasilkan slogan 1Malaysia. Najib juga menggunakan khidmat pegawai Israel, Paul Stadlen (bekas pegawai APCO) sebagai pegawai media di Jabatan Perdana Menteri. Semua pembiayaan dana di atas tidak dikenakan apa-apa tindakan, justeru ia jelas membuktikan, siasatan dan dakwaan terhadap Suaram bukan atas sebarang kesalahan tetapi hanya untuk menutup kebenaran tentang skandal Scorpene yang semakin mendapat perhatian umum. ~keadilandaily |
Patutlah Menteri Umno BN Hidup Senang Lenang... Posted: 18 Sep 2012 03:00 AM PDT Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri... 1. Gaji Pokok RM18,000 2. Elaun Keraian RM10,500.00 3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah 4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - 5. Elaun parking RM 5,700.00 Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja Lain-lain kemudahan 1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit. 2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia (sebenarnya duit rakyat) 3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00 6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit, satu driver, minyak percuma. Kalau pakai pemandu kementerian, dapatlah duit percuma. 7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut. 8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00 9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan. ~malique |
Pemenang Cabutan Bertuah Program Kementerian Kena Tipu Hadiah Blackberry Palsu Posted: 18 Sep 2012 12:05 AM PDT Seorang kerani kesal dan merasa tertipu apabila mendapati hadiah cabutan bertuah berupa seunit telefon pintar Blackberry, yang diterima dalam sebuah program yang diadakan di Padang Astaka, Taman Bandar Chukai, di sini, bukanlah telefon asli sebaliknya buatan China. Mohd Zulkifli Draman, 25, yang menetap di Mak Chili berkata, walaupun dia tidak membayar apa-apa untuk menyertai acara cabutan bertuah itu tetapi sebagai pengunjung yang dijanjikan dengan hadiah lumayan, dia terkilan seolah-olah ditipu oleh pihak pengurusan acara program berkenaan. Katanya, dia menerima hadiah berkenaan kira-kira jam 10 malam, Sabtu lalu, hari pertama program itu berlangsung dan apabila tiba di rumah sejam kemudian, dia terkejut kerana mendapati Blackberry yang diterima pelik kerana bersaiz agak besar serta mempunyai nombor siri berlainan dengan yang tertera di kotak selain tidak mempunyai ruang untuk kad memori. "Jadi keesokannya, saya bawa telefon itu untuk diperiksa di kedai telefon di Kompleks Beli-Belah Centre Point Kemaman dan pemilik kedai telefon memaklumkan bahawa saya individu keempat datang bertanyakan telefon seperti itu. "Malah, pemilik kedai itu mendakwa tidak pernah melihat model telefon bimbit itu sepanjang 20 tahun berniaga," katanya. Berasa tertipu dengan penganjur berkenaan, Mohd Zulkifli kemudiannya membuat laporan polis kira-kira jam 7.21 petang di Balai Polis Chukai, sebelum pergi semula ke lokasi penganjuran program bagi mendapatkan penjelasan pihak pengurusan acara. Pun begitu, Mohd Zulkifli, mendakwa apa yang dikesalkan pihak pengurusan acara itu hanya melayannya acuh tidak acuh sambil memberitahu mereka juga turut ditipu. "Apa yang saya terkilan pengurus acara mengumumkan bahawa hadiah adalah telefon Blackberry. Jika mereka tahu telefon itu bukanlah original jangan umumkan kepada awam bahawa pengunjung bertuah akan mendapat telefon model itu. "Saya melihat kes ini seperti sudah dirancang dan saya membuat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan kerana sebagai sebuah program yang dianjurkan oleh salah sebuah kementerian seharusnya perkara sebegini tidak berlaku. Program berkenaan berlangsung pada 8 dan 9 September lalu," katanya. Katanya, pada bahagian belakang telefon berkenaan tertera perkataan CDMA by Qualcomm dan ia membuktikan bahawa telefon berkenaan bukanlah yang asli. "Sebaliknya jenama Blackberry tertera pada bahagian hadapan telefon untuk mengaburi mata orang ramai," katanya lagi. ~mp |
Takut Terkantoi!! SPR Gagal Dedah Senarai Daftar Pemilih Terkini.. Posted: 17 Sep 2012 11:20 PM PDT KUALA LUMPUR 18 September: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mendedahkan senarai daftar pemilih terkini menyebabkan kesukaran terhadap proses semakan bagi mengenalpasti nama pengundi baru yang diragui dalam usaha menyelesaikan masalah daftar pemilih. Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Selangor, Borhan Aman Shah (gambar) berkata, keengganan SPR berbuat demikian menunjukkan badan itu tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri kerana masih belum mendedahkan senarai daftar pemilih. Oleh itu, beliau mengingatkan SPR supaya berhenti menuduh Kerajaan Selangor enggan bekerjasama menyelesaikan isu daftar pemilih. "Jangan hanya tahu tuduh kerajaan negeri, persoalan pokoknya kenapa SPR tidak dedahkan nama-nama tersebut. "Apa yang penting SPR kena dedahkan untuk memudahkan kami membuat semakan supaya tidak timbul nama bertindih dan sebagainya. Takkan SPR mahu dedah nama dua minggu sebelum pilihan raya?," katanya ketika dihubungi. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mendakwa kononnya Kerajaan Selangor tidak pernah membuat aduan dan menunjukkan hasil siasatan mereka berhubung senarai nama pengundi baru yang meragukan kepada badan itu. Selangor bantu SPR Borhan menjelaskan, proses pendemokrasian oleh kerajaan Selangor belum lagi selesai sepenuhnya, jadi tidak perlu SPR menuduh melulu kerana pihaknya akan membuat aduan sebaik kerja-kerja tersebut selesai. "Apa yang dibuat oleh Kerajaan Selangor adalah proses pendemokrasian untuk bantu SPR berhubung pengundi baru yang meragukan dan nama pengundi bertindih. "Sekarang ini kita masih dalam pengumpulan, prosesnya belum siap 100 peratus lagi. Tujuan kita adalah untuk dapatkan data terlebih dulu bagi proses pengasingan. Kalau semuanya selesai, baru kita ada bukti untuk lapor kepada SPR," jelas beliau. Borhan berkata, walaupun senarai daftar pemilih akan disemak mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), namun SPR tidak boleh menafikan kewujudan pengundi hantu. "Pengundi hantu banyak takrifannya, kalau dulu orang yang sudah mati tapi ada orang lain tolong mengundi bagi pihaknya dipanggil pengundi hantu, tapi jika seseorang itu mengundi dua kali juga dipanggil pengundi hantu. "SPR tolonglah jadi badan berkecuali, dan pastikan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-13 ini dibuat dengan bebas dan telus," ujarnya. Peningkatan mendadak di Selangor Kerajaan Selangor sebelum ini mendedahkan, peningkatan mendadak daftar pemilih negeri itu untuk Suku Ketiga 2011 berjumlah 316,788 berbanding daftar pemilih induk 2008. Berikutan itu, Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) KEADILAN melancarkan Sistem Menang Pilihan Raya (Sismep) 3.0 di seluruh negara bermula Mei lalu. Sismep merupakan sistem yang direka dan berfungsi mengesan pengundi hantu melalui perbezaan senarai pengundi yang berdaftar dan kawasan mengundi dari tahun 2004 hingga 2011. Sistem itu terbukti berkesan dalam beberapa pilihan raya sebelum ini. Rekod Daftar Pemilih Terkini Suku Tahun Ketiga 2011 Kerajaan Selangor menunjukkan pertambahan pengundi baru di Sabak Bernam ialah 5,711, Sungai Besar (6,049), Hulu Selangor (15,481), Tanjong Karang (4,307), Kuala Selangor (10,083), Selayang (16,189), Gombak (15,467), Ampang (9,467), Pandan (13,175), Hulu Langat (23,334), Serdang (23,748), Puchong (19,772), Kelana Jaya (13,714). Manakala di Petaling Jaya Selatan berlaku pertambahan sebanyak 4,143, Petaling Jaya Utara (5,603), Subang (27,765), Shah Alam (15,417), Kapar (21,606), Klang (11,702), Kota Raja (22,256), Kuala Langat (17,172) dan Sepang (14,627). ~kd |
Posted: 17 Sep 2012 08:49 PM PDT Sheikh Raed Salah. Nama yang paling digeruni rejim Israel. Aktivis dan ahli politik Palestin ini pernah menjadikan dirinya sebagai perisai manusia untuk menghalang orang Yahudi memasuki dan mencemari kesucian Masjid Al-Aqsa. Beliau juga pernah dipenjarakan dua tahun oleh Israel kerana keberaniannya berjuang mempertahan tanah air. Sheikh Raed yang berada di Malaysia sejak 4 September lalu, menceritakan situasi sebenar dan penderitaan luar biasa orang Palestin yang bermula sejak 1948, selepas penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin. Ikuti sesi soal jawab bersama tokoh hebat ini ketika majlis ramah mesra yang dianjurkan pertubuhan Aman Palestin di Shah Alam, awal bulan ini. Bagaimana keadaan di Palestin dulu dan sekarang? Sejak 1940-an, Israel memusnahkan 1,200 masjid dan tempat bersejarah Islam. Kini, hanya 50 masjid masih ada di Tebing Barat. Tetapi Israel mengubah masjid tersebut menjadi kedai arak, pub dan kandang haiwan. Ada juga yang dijadikan tempat tari menari, synagogue (tempat ibadat Yahudi) dan muzium yang diletakkan patung Yahudi. Mereka mencabuli kesucian masjid kita! Selain itu, Israel membongkar kubur orang Islam, membuang tulang ke dalam laut kemudian mendirikan rumah serta jalan raya. Di Tel Aviv, ada taman dan hotel yang cantik, semuanya dibina di atas kubur orang Islam. Kalau ini bukan kezaliman, maka apa lagi? Baru-baru ini kami membuat demonstrasi selepas Universiti Tel Aviv mengumumkan akan membina bangunan tambahan di atas kubur orang Islam. Saya tanya kepada mereka, tamadun apa yang benarkan kita aniaya orang mati? Berapa banyak tanah yang masih dimiliki orang Palestin? Kini, hanya tiga peratus tanah Palestin dimiliki orang Islam, selebihnya dirampas Yahudi dengan bantuan Britain (yang menjajah Palestin sebelum 1948). Ribuan orang Islam Palestin hidup di antara langit dan bumi. Israel mencabut pokok zaitun kami, dan gunakan pesawat untuk bakar kebun kami. Kalau anda nak tahu, ada sebuah kampung di Naqab, Tebing Barat, yang telah dihancurkan 40 kali oleh Yahudi. Setiap kali dimusnahkan, kami bina semula. Itulah pendirian orang Palestin, kami tidak akan menyerah kalah. Bagaimana keadaan Masjid Al-Aqsa sekarang? Sejak akhir kurun ke-18 lagi, (Perdana Menteri pertama Israel) David Ben Gurion berkata, tiada nilai bagi Israel tanpa Baitulmaqdis, dan tiada nilai bagi Baitulmaqdis tanpa Masjid Al-Aqsa. Kini Israel mahu umumkan pembahagian Al-Aqsa, satu kepada Palestin, satu kepada Yahudi. Apabila mereka dapat bahagian mereka dengan sokongan dunia antarabangsa, mereka akan runtuhkan Al-Aqsa. Saya mahu sampaikan tiga mesej penting kepada orang Islam seluruh dunia mengenai Al-Aqsa: i. Isu Al-Aqsa adalah isu al-Quran. Jika kita baca al-Quran, kita tahu Al-Aqsa perlu dipertahankan. ii. Isu ini bukan hanya milik Palestin, tetapi semua orang Islam. Tentu kita tidak benarkan orang menceroboh masuk rumah kita, jadi begitulah kita perlu pertahan Al-Aqsa. iii. Kita tahu Israel ada semua kekuatan tetapi mereka akan kalah. Sejarah menunjukkan setiap penjajahan ke atas Al-Aqsa gagal. Yang kekal adalah orang Palestin, pemilik sebenar tanah itu. Israel memberitahu dunia Masjid Al-Aqsa dibina di atas tapak kuil paling suci ajaran Yahudi. Apa pendapat anda? Mengenai dakwaan itu, Israel sendiri telah mengorek terowong selama 40 tahun untuk buktikan kewujudan kuil itu yang kononnya berada di tapak Al-Aqsa, tetapi sampai sekarang mereka tidak temui sebarang bukti. Ya, cita-cita akhir mereka adalah untuk membina kuil itu (dianggap tempat beribadat paling suci dalam ajaran Yahudi) selepas meruntuhkan Al-Aqsa. Matlamat ini tidak pernah berubah. Apabila wakil Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pergi melawat Al-Aqsa, Unesco melaporkan Israel menggali jaringan terowong di bawah Al-Aqsa menggunakan bahan kimia. Tujuan utama adalah untuk runtuhkan Al-Aqsa. Anda pernah ditahan di penjara Israel. Boleh kongsi pengalaman? Pada masa ini, Israel sedang penjarakan lebih 500,000 orang Palestin. Ada yang syahid semasa dalam tahanan, ada yang mati ketika disiasat atau akibat sakit. Ada wanita hamil ditahan sehingga melahirkan anak di dalam penjara. Kanak-kanak yang umurnya kurang 10 tahun juga dipenjarakan. Mana ada penjara di dunia yang menahan kanak-kanak? Hanya Israel yang buat begitu. Lelaki yang dipenjarakan seumur hidup tidak mungkin dapat berjumpa keluarganya. Mereka hanya akan jumpa anak mereka, apabila anak itu juga dipenjarakan kerana menentang kezaliman Israel. Revolusi dunia Arab tahun lalu, apa kesannya kepada Palestin? Apabila orang Arab mendapat pemerintahan yang sah, dipilih oleh rakyat sendiri, ia akan membantu membebaskan Palestin dan Al-Aqsa. Israel sebolehnya mahu semua diktator ini kekal di bumi Arab supaya mereka boleh mengawal orang Arab daripada memberi bantuan kepada Palestin. Tetapi kini rakyat Arab telah bebas, dan mereka ini akan mainkan peranan membantu Palestin. Pembebasan Kaherah dan Damsyik adalah jalan kepada pembebasan Palestin. Bagaimana layanan kerajaan Mesir terhadap Palestin sekarang? Mohamed Morsi adalah presiden pertama dipilih rakyat dalam sejarah Mesir. Beliau berdepan banyak masalah besar, seperti kemiskinan, pengangguran dan tekanan daripada tentera. Morsi juga terpaksa berdepan dengan perjanjian lalu yang ditandatangani presiden sebelum ini. Saya percaya beliau boleh lakukan perubahan bukan saja untuk Mesir tetapi dunia Arab kerana dia mempunyai akhlak yang baik serta bijaksana. Ini tentu sekali akan memberi kesan positif kepada Palestin, terutama wilayah Gaza. Namun buat masa ini, kita perlu beri peluang kepada beliau untuk menyelesaikan lebih banyak masalah besar di negaranya sendiri. Pendapat mengenai peranan dunia Islam dalam membantu Palestin. Saya banyak kali ke ibu pejabat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan cerita mengenai keadaan Palestin, Baitulmaqdis dan Al-Aqsa. Memang OIC mahu menolong dan janji akan tunai kewajipan untuk bantu Al-Aqsa. Cuma masalahnya, kita belum sampai tahap kesatuan Islam secara rasmi. Semua orang Islam cintakan Al-Aqsa dan mahu bantu, tetapi tiada dasar politik tetap di peringkat antarabangsa dalam kalangan negara Islam untuk sokong isu Palestin. Tidakkah penyatuan orang Palestin sendiri menjadi kunci kepada penyelesaian konflik ini? Ya, semua rakyat Palestin mahu Baitulmaqdis, termasuk Al-Aqsa, menjadi ibu negara. Tetapi Israel dan Amerika Syarikat (AS) telah berikan kesan buruk kepada rakyat Palestin. Mereka ingin gagalkan penyatuan Hamas dan Fatah (dua kumpulan Islam utama di Gaza dan Tebing Barat). Israel beri kata dua kepada Fatah, "sama ada kamu buat perjanjian dengan Hamas, atau kita hentikan perjanjian damai". AS dan Eropah pula kata "kamu berdamai dengan Hamas, kami hentikan bantuan". Ini meletakkan kami dalam keadaan sukar. Apa yang pasti, penyatuan rakyat Palestin hanya akan tercapai apabila Fatah berani menolak tekanan Israel dan AS. Nasihat anda kepada orang Malaysia. Saya merasa tenang dan timbul perasaan harapan apabila tiba di Malaysia. Saya mahu kejayaan Malaysia dibawa kepada negara Islam lain dan dijadikan contoh. Hanya penyatuan umat Islam dapat memberi kekuatan kepada Palestin. Berpeganglah kepada tali ALLAH SWT dan jangan berpecah-belah. Apabila kita berpecah-belah, kehebatan umat Islam akan hilang dan agenda Zionis akan berleluasa di negara Islam. ~sinarharian |
(Video) JKK Naik Pentas Bersama Ustaz Azhar Idrus Posted: 17 Sep 2012 07:44 PM PDT Lelaki berusia 38 tahun ini ada satu sifat dalam dirinya yang bukan sekadar kelakar tetapi pelik sebenarnya.Sesiapa sahaja yang menyebut perkataan JKK di hadapannya, ia akan diikuti oleh bunyi yang pelik. Kalau sebut jawatankuasa kampung ke apa tidak ada respon, tapi kalau sebut JKK, pasti ada bunyi pelik yang keluar dari mulutnya. Lelaki berkenaan ada memberikan penjelasan mengapa ia berlaku kepada Ustaz Azhar Idrus dalam klip di bawah. Namun, penulis rasa penjelasan itu belum lengkap. Mungkin ada penjelasan dari segi perubatan kenapa lelaki ini yang dikenali sebagai JKK bertindak demikian. Suatu yang pasti lelaki itu melatah, cuma tak perlu sentuh tapi sebut aje JKK dia dah melatah. Apa pun, tindak-balas lelaki itu nampaknya spontan dan mampu membuat sesiapa sahaja ketawa. ~metro |
Ahli Keluarga Pembuat Filem Hina Nabi Tinggalkan Rumah Cari Perlindungan Posted: 17 Sep 2012 06:10 PM PDT CALIFORNIA - Keluarga pengarah filem anti-Islam telah meninggalkan rumah mereka di California pada tengah malam semalam. Jurucakap Polis Los Angeles berkata ahli kerluarga Nakoula Basseley Nakoula telah meninggalkan rumah mereka sekitar pukul 3.45 pagi Isnin (17/9/2012). Balai Polis setempat telah memberikan mereka tumpangan sementara kepada mereka setelah mereka berkumpul dengan Nakoula sebelum dibawa ke lokasi yang dirahsiakan. Nakoula berpakaian yang menutupi penampilannya ketika meninggalkan rumahnya akhir minggu lalu. Pihak berkuasa telah mengesahkan Nakoula sebagai individu yang bertanggungjawab di sebalik filem "Innocence of Muslims", sebuah filem yang merendahkan agama Islam dan menghina Rasulullah yang menimbulkan kemarahan kaum Muslimin di seluruh dunia. Kemarahan kaum Muslimin di Libya yang ditunjukkan melalui aksi tunjuk perasaan di pejabat Kedutaan AS di Benghazi, berakhir dengan terbunuhnya Duta Besar AS di Libya. Negara-negara kaum Muslimin yang lain juga menunjukkan aksi tunjuk perasaan di pejabat Kedutaan AS di negara mereka untuk menunjukkan bahwa mereka tidak menerima penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. |
(Gambar) Budaya Samseng Politik Menular Di Kawasan Najib Posted: 17 Sep 2012 06:03 PM PDT PEKAN, 17 Sept - Sebuah kereta milik Yang Di Pertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf telah dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali lewat malam tadi. Kereta beliau dari jenis Kia Spektra itu telah dibaling dengan batu-bata menyebabkan cermin belakangnya pecah. Menurut sumber, sebelum ini kejadian yang sama telah menimpa kenderaan anak saudara beliau turut dipecahkan cermin ketika ia diletakkan di hadapan rumahnya. Dua kejadian yang berlaku ini menimbulkan satu persoalan, apakah ia bermotifkan politik atau sekadar perbuatan khianat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. (Gambar) Ustaz Abu Kassim menunjukkan cermin belakang keretanya yang dipecahkan. Nampaknya kini budaya samseng dalam berpolitik sudah semakin menular dan berada ditahap yang paling serius. Kejadian yang menimpa YDP PAS Pekan itu kemungkinan besar adalah untuk menakut-nakutkan beliau dan keluarganya, tambahan pula Pilihanraya Umum Ke-13 kian hampir sekarang ini. Apapun, mujurlah tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini. Manakala itu, menurut Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Pahang (MTRP), Syed Ali Al-Habshe beliau percaya perbuatan itu adalah tindakan khianat oleh seteru politik pemimpin PAS terbabit. "Harap.. jangan amalkan budaya politik ganas dan kejadian ini mungkin disebabkan oleh tindakan ektrimis pihak lawan. Marilah kita sama-sama solat hajat minta Allah memberikan petunjuk kepada pihak terbabit. Pihak polis juga diharap dapat bertindak secara adil menyiasat kes ini", katanya. ~pdo |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan