Selasa, 18 September 2012

shalehudin

shalehudin


Kena baling AIR KOPI pun mau kecoh ka? Kahkahkah...

Posted: 18 Sep 2012 09:13 AM PDT

Bangunan DAP disimbah cat.. Gerakan pula dakwa bangunannya disimbah AIR KOPI..

Suatu masa dulu Mahathir pernah berkata kini hanya tinggal orang-orang yang bodoh bersama UMNO kerana yang cerdik pandai menyertai PAS/Pakatan Rakyat.

Dan ada orang yang berkata, jika kita berkawan dengan orang-orang yang bijak dan pandai sedikit sebanyak kita juga akan terpengaruh menjadi bijak begitulah juga sebaliknya..

Oleh kerana telah menjadi sahabat kepada sebuah parti yang dipenuhi oleh orang-orang bodoh, GERAKAN yang sudah berpuluh tahun menjadi sekutu UMNO dalam Barisan Nasional, ahli-ahlinya kini turut dilanda sindrom 'bodoh' yang di bawa oleh UMNO.

Setelah tiga bangunan DAP menjadi mangsa disimbah dengan cat merah oleh puak yang tidak bertamaddun, untuk mengelakkan dari Barisan Nasional Pulau Pinang terus menjadi pihak yang dipersalahkan GERAKAN juga mendakwa turut menjadi mangsa vandalisma seperti itu.

Tetapi apa yang menimpa GERAKAN adalah lebih dahsyat lagi jika dibandingkan dengan vandalisma yang dilakukan terhadap bangunan milik DAP.

Dimana menurut Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan pintu hadapan Pusat Khidmat Parti Gerakan Pulau Tikus di sini dibaling beberapa BIJI TELUR dan disimbah AIR KOPI awal pagi tadi.

Ha..ha..ha.. korang percaya ke apa kata Teng Hock Nan tu?

Nampak murah sangat la… tak ada budget ke?

Sekali baca macam tengok siaran ulangan 'Lori Pemuda BN dilempar cat saja..'..- ASD


GAMBAR HOT: CIA biaya jet peribadi Anwar, bukan sebiji tapi dua...

Posted: 18 Sep 2012 08:40 AM PDT

Anwar Guna Jet Peribadi Ke Sabah, Sarawak?

Khabarnya Anwar Ibrahim ketika turun ke Sabah dan Sarawak kemudian balik ke Kuala Lumpur dua hari lepas menggunakan jet peribadi. Jet itu dibekalkan oleh seseorang untuknya bagi memudah dan meringkaskan perjalanan beliau untuk menghadiri beberapa majlis parti di Sabah dan Sarawak.

Tidak mungkin untuk Anwar menyewa sendiri jet berkenaan? Sudah pasti ada individu atau tokoh korporat yang menyediakan jet itu untuk Anwar. Siapa?

Soal naik jet peribadi ini perkara biasa bagi Anwar. Tetapi kenapa isu ini dibangkitkan ialah dalam situasi hari ini. Anwar sebagai ketua pembangkang Malaysia tidak mendpat kemudahan jet peribadi untuk berulang alik ke mana saja bagi berkempen seperti mana Najib Razak.

Najib sebagai PM mendapat kemudahan itu dan ini menjadikan pergerakannya cepat. Apa yang mungkin berlaku penyediaan jet kepada Anwar itu oleh mereka yang simpati dengan perjuangan Anwar. Mereka tidak tergamak untuk melihat Anwar naik turun AirAsia atau kapal terbang Mas yang meletihkan.

Mereka juga pastilah orang yang menyokong dan mengharapkan Anwar akan jadi PM.

Dari sudut lain kemurahan hati mereka yang menyediakan jet berkenaan mungkin kerana dia sudah merasai bahawa selepas ini Anwar akan jadi PM. Dengan perkembangan di Sabah dan Sarawak boleh meruntuhkan UBN dan kerajaan akan datang dari Pakatan Rakyat.

Dan memang sepatutnya juga Pakatan Rakyat menyediakan jet peribadi untuk Anwar kerana cara itu juga sebagai membalas atas keseriusan Anwar dalam berjuang untuk meruntuhkan BN demi rakyat. Saya rasa tidak ada masalah kalau Pakatan Rakyat untuk menyewa jet bagi Anwar dan juga pemimpin yang lain.

Khabarnya kepulangan Anwar dengan jet peribadi jenis F Jet itu turut sama dinaiki oleh pemimpin Pas. Saya hendak tanya dalam tempoh berada dalam penerbangan itu apakah yang penumpang jet itu bincangkan atau sebaik duduk di seat terus tidur kerana keletihan kerana itulah pertama kali merasai terbang dengan jet peribadi?- MSO


BERANI BETOI Tok Haji Pendang ni gertak Najib... [BACA]

Posted: 18 Sep 2012 05:20 AM PDT



Segerakan P/Raya Kerana Kami Telah Jemu Menunggu...

SDR PENGARANG,
AKHBAR The Star pada edisi 4 September telah memaparkan satu berita muka depan yang sangat menarik iaitu mengenai kalendar pilihan raya umum akan datang dengan mengemukakan beberapa tarikh yang difikirkan paling sesuai untuk diadakan.

Maka antara lain, tarikh yang difikirkan sesuai itu ialah pada 3, 5, 11, 14, 23 atau 25 November.

Setiap tarikh berkenaan mempunyai beberapa sebab tertentu kenapa ia dipilih dan dikatakan sesuai untuk diadakan pilihan raya umum.

Dan bulan November dipilih atas beberapa sebab. Pertama ia adalah satu-satunya bulan yang masih tinggal pada tahun ini yang paling sesuai untuk diadakan pilihan raya umum.

Bulan ini adalah bulan pembentangan bajet. Bulan depan (Okt) adalah bulan orang Islam mengerjakan haji.

Bulan Disember adalah yang paling tidak sesuai kerana musim tengkujuh tiba dan ini memberi masalah kepada persediaan logistik dan juga persediaan untuk mengadakan satu pilihan raya umum.

Maknanya, jika tidak diadakan pada tahun ini, maka kita semua terpaksa melupakan pilihan raya umum sehinggalah menjelang tahun hadapan.

Tahun hadapan pula, kerajaan yang ada sekarang hanya sah berkuasa secara teknikalnya sehingga 28 April kerana menjelang tarikh itu, genaplah lima tahun pemerintahannya - iaitu suatu tempoh maksimum sesuatu kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat untuk berkuasa dan memerintah.

Selepas tarikh itu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya umum.

Ini bermakna, paling maksimum pun pilihan raya perlu diadakan menjelang Jun 2013.

Namun begitu, ini belum lagi lah pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya negara kita.

Tahun hadapan dengan ekonomi global dijangka menjadi lebih tidak menentu, apakah kerajaan Barisan Nasional (BN) bersedia mengambil risiko tersebut.

Bagi saya, jalan yang paling selamat ialah adakan pilihan raya tahun ini.

Dan sepertimana akhbar The Star, saya sebagai rakyat jelata juga mahukan perihal pilihan raya ini diselesaikan dengan segera tanpa tangguh-tangguh lagi iaitu menjelang bulan November nanti.

Satu-satunya penghalang ialah peperiksaan SPM dan STPM yang dijadualkan berlangsung pada 5 dan 19 November depan.

Bagaimanapun sejarah telah pun membuktikan bahawa pilihan raya pernah dilangsungkan pada musim peperiksaan berkenaan iaitu pada tahun 1999. Jadi segerakanlah pilihan raya umum kerana kami telah jemu menunggu...

HAJI MARSID
Pendang, Kedah


Ada kot orang yang CERDIK dalam majlis Fatwa yang boleh baca surat neh...

Posted: 18 Sep 2012 01:55 AM PDT

Surat terbuka buat Majlis Fatwa

Oleh ABU MUHAMMAD

Sebagai warga Malaysia yang beragama Islam, saya menganggap Majlis Fatwa dalam sebuah negara Islam adalah sangat penting, berperanan menjelaskan hukum-hakam Allah SWT tentang permasalahan masyarakat umumnya dan umat Islam khususnya, serta menjelaskan penyelesaiannya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

Ia bagi menghindarkan sebarang kekeliruan dan salah faham yang boleh mengakibatkan perselisihan dan pertikaian pendapat di antara sesama mereka yang sangat buruk kesannya.

Tetapi, dengan terus-terang, dan terlebih dahulu memohon maaf sebanyak-banyaknya, saya terkejut dan kecewa membaca berita fatwa mengharamkan demonstrasi Bersih 3.0, yang menuntut pilihan raya adil dan bebas.

Setiap warga, bahkan kebanyakan masyarakat antarabangsa, mengetahui bahawa siri demonstrasi Bersih semata-mata menuntut supaya kerajaan Malaysia tidak mencabuli atau memperkosa hak mereka yang sah, sama ada mengikut Perlembagaan atau pun mengikut ajaran Islam.

Jika hak untuk memilih pemimpin yang mereka percayai tidak dihalang dengan pelbagai macam cara yang keji dan zalim, mereka tidak akan keluar bersusah payah berdemonstrasi dan memikul risiko berdepan keganasan polis, yang disalahguna kerajaan.

Semua mengetahui tuntutan lapan perkara mereka:

1. Pembersihan senarai pengundi berdaftar.
2. Mereformasi undi pos.
3. Penggunaan dakwat kekal.
4. Tempoh berkempen minimum 21 hari.
5. Akses media yang bebas dan adil.
6. Pengukuhan institusi awam.
7. Hentikan rasuah.
8. Hentikan politik kotor.

Dalam Bersih 3.0 terdapat tiga tuntutan tambahan:

1. Suruhanjaya Pilihan Raya mesti meletak jawatan, terutama sekali atas kegagalannya melaksanakan tanggungjawab dan telah kehilangan kepercayaan umum.
2. Proses pilihan raya mesti dibersihkan sebelum PRU13.
3. Menjemput pemerhati antarabangsa untuk meneliti proses PRU13.

Tidak satu pun daripada perkara yang mereka tuntut itu yang bukan hak mereka sebagai warganegara, dan ia diakui Perlembagaan dan agama. Semua itu bukan hanya tuntutan peserta siri demonstrasi tetapi juga tuntutan seluruh rakyat. Hanya orang yang buta hati yang tidak mahu memahaminya.

1. Memasukkan orang yang tidak berhak mengundi, seperti orang mati, tidak wujud dan warga asing yang diberi Mykad sebagai pengundi adalah perbuatan khianat yang membahayakan keselamatan negara dan bangsa, yang jelas dilarang agama.

Perbuatan tersebut, selain membahayakan, juga merupakan perbuatan merompak atau merampas hak setiap warga Malaysia untuk menentukan nasib dan memilih orang yang dipercayai bagi mewakili mereka, sama ada di Parlimen atau di Dun.

Wakil rakyat yang terpilih dengan cara penipuan itu jelas terpilih secara haram. Maka seluruh gaji dan elaun juga hukumnya haram. Apa yang dimakan oleh mereka dan anak isteri adalah daripada hasil haram.

Orang yang terpilih secara haram itu tidak boleh dianggap wakil rakyat Malaysia, tetapi adalah wakil pendatang asing. Dengan memaksakan rakyat menerima senarai pengundi yang penuh dengan warga asing, bererti kerajaan Umno dan talibarutnya ingin memaksakan ke atas seluruh rakyat Malaysia menerima kerajaan haram yang dianggotai menteri-menteri yang bukan terdiri daripada wakil-wakil pilihan rakyat yang sah. Ia penjajahan versi baru, rekaan Umno-Bn.

2. Mengenai undi pos, semua mengetahui bahawa selama puluhan tahun ia dimanipulasi untuk memenangkan calon Umno-Bn. Tidak sedikit calon Umno-Bn yang menang dengan sebab undi pos. Pertambahan undi pos yang terlalu besar dan menjolok mata menunjukkan ketidakwajaran(baca: kezaliman) yang tidak boleh diterima.

3.Tuntutan menggunakan dakwat kekal kerana kewujudan pemilih yang mengundi lebih daripada satu kali.

4.Tempoh berkempen yang dituntut adalah wajar, kerana kebanyakan negara, seperti India, Indonesia, Thailand dan lain-lain menetapkan tempoh berkempen yang lebih lama. Tempoh berkempen yang ditetapkan kerajaan terlalu singkat dan zalim. Umno-BN dari sekarang sudah mulai berkempen melalui media arus perdana, yang sebenarnya milik semua rakyat, sedangkan partai pembangkang tidak diberi kesempatan sama sekali.

5.Justeru, tuntutan akses media yang bebas dan adil bagi media arus perdana merupakan tuntutan yang adil. Semua parti yang bertanding berhak menuntutnya, kerana ia bukan milik Umno-BN secara khusus.

6.Tuntutan pengukuhan institusi awam agar ia tidak dimanipulasi sebagai jentera kempen Umno-BN adalah tuntutan yang adil dan wajar kerana institusi awam adalah milik kerajaan, dan gaji semua kakitangannya dibayar rakyat, dan bukan Umno-BN.

7.Rasuah adalah perbuatan keji yang dikutuk agama. Rasulullah s.a.w., maksudnya: "Allah melaknat orang yang memberi dan menerima rasuah, dan juga yang menjadi perantara antara keduanya." Rasulullah juga bersabda, maksudnya: "Orang yang menerima dan memberi rasuah akan dimasukkan ke dalam neraka."

8. Setiap manusia yang berakal dan beragama mengutuk politik kotor yang dilakukan secara terang-terangan tanpa adanya perasaan malu.

9.Tuntutan agar SPR meletakkan jawatan adalah tuntutan yang wajar dan adil. Pengerusi, Timbalan dan seluruh kakitangan SPR, begitu juga Jabatan Pendaftaran Negara, polis dan seluruh kaki tangan kerajaan sepatutnya tidak mengkhianati rakyat. Rakyatlah sebenarnya yang membayar gaji dan pelbagai imbuhan serta elaun mereka, bukannya Umno-BN. Semua yang mereka terima hanya halal hukumnya, jika mereka tidak mengkhianati rakyat yang membayarnya.

10. Tanpa pembersihan daftar pengundi daripada nama pengundi haram, PRU13 akan berubah menjadi "Pemaksaan atau Penipuan Raya Umno-BN", bukan pilihan raya umum lagi.

11.Kewujudan pemerhati antarabangsa akan menjadi bukti ketelusan pilihan raya, sebaliknya penolakan kewujudan mereka menjadi bukti keazaman untuk Umno-BN terus menipu.

Jika perkara semacam itu tidak tersembunyi bagi kebanyakan orang awam, seperti saya, tentunya mustahil kalau ia tersembunyi atau tidak disedari oleh semua anggota Majlis Fatwa, yang di antara syarat keanggotaannya adalah kepakaran khusus dalam bidang agama, terutama dalam bidang hukum-hakam syariat.

Kalaulah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau beberapa mantan Ketua Polis Negara turut mengutuk demonstrasi, kami tidak merasa terkejut atau hairan, mengingati mereka tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama.

Seharusnya Dr Mahathir, yang sudah berumur lebih lapan puluh tahun, yakni di penghujung umur, memahami dan beriman bahawa semua manusia pada hari kiamat nanti akan dihisab seluruh amalannya.

Juga memahami bahawa setiap orang bukan hanya akan memikul dosa orang lain yang menirunya, seperti dilakukannya sendiri, tetapi juga akan memikul dosa orang lain yang menirunya, seperti fitnah liwat atau zina yang direka untuk menjatuhkan lawan politik, menyalahgunakan polis, kehakiman dan mahkamah untuk kepentingan politik peribadi dan untuk menzalimi lawan politik, memasukkan warga asing sebagai pengundi di Sabah dan lain-lain, yang kini semua rekaan beliau itu diikuti oleh muridnya PM Dato' Seri Najib Razak, dan mungkin oleh orang lain selepasnya.

Ini berdasarkan maksud sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan Muslim, Tirmidzi, Nasa'le, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad bin Hanbal:
"Sesiapa yang memulakan jalan atau perbuatan yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan juga pahala orang-orang yang mengikutinya (beramal dengannya) selepasnya, tanpa dikurangi daripada pahala mereka sedikitpun juga. Dan sesiapa yang memulakan jalan atau perbuatan yang buruk, atau jahat dalam Islam, maka baginya dosanya dan juga dosa orang-orang yang mengikutinya (beramal dengannya) selepasnya, tanpa dikurangi daripadanya dosa-dosa mereka sedikit pun juga."
Kalaulah beliau betul-betul beriman kepada adanya kehidupan akhirat yang berkekalan dan adanya hisab dan balasan amalan, tentulah beliau tidak akan mendukung segala tindakan Najib, yang bererti kerja menambahkan senarai dosa atau beban sendiri.

Tentunya beliau tidak akan menyibukkan diri kecuali dalam usaha mencari jalan membersihkan diri dengan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah SWT, dan kerja-kerja lain untuk mengurangi dosa dan menambahkan amal kebajikan sebelum tiba ajal.

Allah SWT telah memberi peluang untuk itu kepada beliau dengan dipanjangkan umurnya. Semoga beliau menyedari dan tidak menyia-nyiakan peluang tersebut.

Dengan penuh kerendahan hati saya menulis surat terbuka ini kerana terdorong perasaan kewajiban melaksanakan amar makruf dan nahi munkar, disamping keinginan yang sangat besar untuk melihat perubahan keadaan negara tercinta ke arah perkembangan yang jauh lebih baik melalui proses pilihan raya adil, bebas dan bersih daripada segala penipuan dan politik kotor.

Sebagai salah seorang daripada jutaan warganegara yang beragama Islam, saya memahami bahawa mengikuti ajaran Islam, di antara syarat kepimpinan yang diperlukan untuk seseorang diangkat sebagai Imam, Ketua Negara atau Perdana Menteri adalah -- selain memiliki sifat-sifat jujur, amanah, warak, memahami hukum-hakam syariat dan lain-lain -- tidak terlibat atau diragukan terlibat dalam sebarang jenayah rasuah, korupsi, pembunuhan dan lain-lain.

Walaupun kita tidak boleh menuduh seseorang tanpa bukti, tetapi bolehkah kita mendukung seseorang yang diragukan ratusan ribu rakyat, dan bahkan oleh sebahagian masyarakat antarabangsa, bahawa PM Malaysia terbabit dengan hal itu?

Bolehkah kita mempercayakan nasib bangsa dan anak cucu kita, bahawa mereka akan hidup aman dan sejahtera, bebas daripada segala macam penindasan di bawah kerajaan pimpinannya?

Bolehkah kita memejamkan mata dan telinga daripada melihat dan mendengar apa yang berlaku di sekeliling kita?

Mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam apa yang difirmankan Allah SWT, dalam surah Al-Isra, ayat 72, maksudnya:
"Dan sesiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, maka di akhirat nanti ia akan buta dan tersesat jauh dari jalan kebenaran."
Saya juga ingin menyampaikan peringatan Allah SWT (surah Hud ayat 113), maksudnya:
"Dan janganlah kamu memihak kepada orang-orang yang zalim yang menghakibatkan kamu disentuh oleh api neraka, sedangkan tidak ada bagi kamu sebarang penolong selain Allah, sehingga kamu tidak akan mendapat sebarang pertolongan."
Imam Muslim, Tirmidzi, Abu Daud, Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad bin Hanbal meriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Sesiapa sahaja di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia merubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lidahnya; dan jika tidak mampu juga, maka dengan hatinya. Dan yang demikian adalah selemah-lemahnya iman."
Akhirul kalam, saya memohon kemaafan sebanyak-banyaknya kepada tuan-tuan Ashabul Fadhail atas segala kekurangan, kesilapan dan keterlanjuran saya menulis surat terbuka ini. Tujuan saya hanyalah untuk mencapai keredaan Allah SWT dan terhindar daripada tergolong ke dalam golongan yang memiliki selemah-lemah iman, atau yang lebih buruk lagi, na'udzubillah min dzalik.

Wassalam.

-----

Penulis merupakan bekas profesor madya berkelulusan PhD pengajian Islam


HOT: Depa Sanggup Tuang Solat Jumaat KERANA...

Posted: 17 Sep 2012 11:51 PM PDT

Samseng UMNO sanggup tak solat Jumaat tapi kantoi saksi nampak no plat motor

Tangkak 14 September: Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi disimbah cat merah oleh samseng Umno hari ini ketika rombongan menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak, Johor di sini.

Menurut saksi yang sempat melihat kejadian itu, suspek dipercayai menunggang motosikal bernombor plat MAL 7425.

Saksi segera memanggil polis yang mengawal di luar masjid lantas. Ekoran itu, polis bertindak mengejar samseng berkenaan. -KD



- Kalau Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) bertindak Tegas & Adil spt mana yg berlaku pd Hari Kemerdekaan tempoh hari! Adakah perkara ini akan berulang? Puak2 Jahiliyah ni tak solat rupanya! Nauzubillah!!! - Kedah La


AWAS!! Baca kalau berani...

Posted: 17 Sep 2012 08:42 PM PDT

Khas buat makcik dan pakcik Felda serta mak mak penakan kat hujung kampung. Tepuk dada tanya selera samaada berani atau tidak untuk berubah. Semua tu terletak pada diri anda sendiri....


Yang pasti, segala penerangan atau segala macam hal yang berkaitan untuk anda membuat keputusan dan penilaian telah diberikan...

Tak tau la nak kata apa kalau masih ada rasa was-was dan takut mati kebuluran tanpa Be End... Jangan menyesal dikemudian hari sudah..


Gambar EDIT Najib tersebar lagi, pembodek bawak rebah... [TENGOK]

Posted: 17 Sep 2012 05:51 PM PDT

Tu diaa...
Ni la yang kita kata pembodek bawak rebah neh...
Gambar nie jelas menunjukkan pembodek Najib saja nak malukan Najib lagi...
Pembodek Najib sengaja menggambarkan Najib memang pakar dalam bidang Photoshop gambar...

Gambar ni di katakan ada 15 ribu orang bersama Najib di Rumah Terbuka Raya Pekan. Tapi hampa tengok sendiri laa... Buat malu Malaysia ja ada Piem yang kaki kelentong...



[GAMBAR] Wanita Terputus Dua Digilis Kereta Api

Posted: 17 Sep 2012 12:00 PM PDT

Motosikal mangsa tersepit di bawah kereta api sebelum diheret sejauh kirakira 200 meter.

Satu kemalangan ngeri telah berlaku yang melibatkan kereta api dan dua orang penunggang motorsikal. Kejadian ini mengakibatkan seorang wanita maut digilis dengan kereta api berkenaan.

Acapkali kita mendengar kes kejadian digilis kereta api berlaku. Namun kepekaan kita terhadap isu ini agak kurang. Terbaru satu kejadian telah berlaku di Sungai Petani, Kedah. Ia bermula dengan tindakan berani dua beradik perempuan melintasi laluan kereta api yang sudah pun ditutup dengan palang automatik mengundang padah apabila seorang daripadanya maut dan seorang lagi cedera parahdilanggar kereta api.

Kejadian ngeri jam 12.45 tengah malam itu menyebabkan penunggang motosikal, Nalinidevi Kanabal, 18, maut di lokasi kejadian manakala kakaknya, Rani Kanabal, 20, cedera parah pada bahagian kepala, tangan dan kaki.

Kejadian dikatakan berlaku apabila dua beradik yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang dekat Taman Ria Jaya di sini, sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah mereka di Taman Kelisa Ria.

Menurut sumber, mangsa baru selesai melakukan upacara keagamaan dekat sebuah rumah kenalan di Pekan Baru Sungai Petani bersama dua lagi rakan.

Rani yang cedera parah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
"Mangsa yang tiba di pagar lintasan kereta api sedang dalam perjalanan dari arah pusat bandar menuju ke Pekan Lama Sungai Petani melintas laluan pagar yang diturunkan. 
"Belum sempat melintasi landasan, mangsa dilanggar sebuah kereta api yang mengangkut muatan simen dari Perlis menuju ke Kuala Lumpur," katanya.
Motosikal mereka dipercayai tersangkut pada rel semasa dilanggar dan diseret lebih 200 meter menyebabkan perjalanan kereta api tergendala seketika.

Cebisan mayat mangsa turut kelihatan di atas landasan dengan keadaan kaki, tangan dan anggota lain yang putus antara satu sama lain. Rani yang mengalami kecederaan parah dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Ong Aik Chang mengesahkan kejadian itu. Beliau menasihati orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan tidak tergesa-gesa untuk melintas landasan kereta api.

Sekiranya rumah kita berhampiran dengan landasan kereta api, hendaklah kita sentiasa berhati-hati. Malang memang tidak berbau. Kita juga diminta supaya sentiasa peka dengan segala isyarat yang diberikan oleh pegawat stesen kereta api. Elakkan melintas tanpa melihat keadaan kiri dan kanan. Samalah juga seperti mana kita mahu melintas di jalan raya.


Tiada ulasan: