Selasa, 18 September 2012

PERAKITE

PERAKITE


Tindakan ke atas Suaram adalah balas dendam pendedahan skandal Scorpene

Posted: 18 Sep 2012 05:31 AM PDT



Tindakan terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram) jelas menunjukkan Perdana Menteri mahu membalas dendam ekoran skandal pembelian Scorpene yang dibongkar oleh organisasi hak asasi manusia itu, kata N Surendran.

Naib Presiden KEADILAN itu berkata, adalah menjadi kebiasaan bagi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menerima bantuan asing. Ia langsung bukan merupakan kesalahan di bawah undang-undang.

Mendakwa Suaram atas alasan menerima dana dari luar adalah alasan paling dangkal pernah saya dengar hanya untuk menutup pendedahan kes Scorpene," tempelak Surendran.

"Menerima dana untuk niat yang baik adalah sesuatu yang patut digalakkan bukan dikecam, malah kerajaan Malaysia sendiri banyak menyalur dan menerima dana dari luar," katanya ketika dihubungi.

Surendran berkata, kesempatan ini diambil Datuk Seri Najib Razak dengan menekan Suaram melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Dalam kes ini, Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya apabila menggunakan SSM untuk menyiasat Suaram," kata beliau lagi.

Pagi tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan Suaram akan didakwa minggu ini berikutan penerimaan dana sebanyak RM570,000 dari Open Society Institute kepunyaan George Soros.

Jika mendapat bantuan dana adalah kesalahan, maka mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih teruk kerana pernah membayar pelobi Zionis sebanyak AS$1.2 juta bagi mengatur pertemuannya dengan Presiden George W Bush.

Kerajaan Barisan Nasional juga membayar RM77 juta setahun membiayai APCO yang bertanggungjawab menghasilkan slogan 1Malaysia.

Najib juga menggunakan khidmat pegawai Israel, Paul Stadlen (bekas pegawai APCO) sebagai pegawai media di Jabatan Perdana Menteri.

Semua pembiayaan dana di atas tidak dikenakan apa-apa tindakan, justeru ia jelas membuktikan, siasatan dan dakwaan terhadap Suaram bukan atas sebarang kesalahan tetapi hanya untuk menutup kebenaran tentang skandal Scorpene yang semakin mendapat perhatian umum. ~keadilandaily

Tee meninggal dunia selepas lima tahun..

Posted: 18 Sep 2012 05:26 AM PDT


Tee Hui Yi yang berjaya dalam dua pembedahan transplan jantung meninggal dunia di Hospital Batu Pahat pada Selasa. Mendiang berusia 19 tahun.
Tee dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada pada pukul 10 pagi namun doktor mengesahkan dia meninggal dunia setengah jam selepas tiba di hospital.
Ayah Tee, Ah Soon, 57, berkata doctor tidak memaklumkan punca sebenar kematian anaknya kepada pihak keluarga.
"Dia sihat sebelum ini namun dia mengadu sakit badan malam tadi. Tee muntah beberapa kali (pada waktu pagi) sebelum badannya lemah dan dia tidak bergerak," kata Ah Soo sambil menambah dia cuba menyembuhkan semula tetapi tidak dapat mengubah apa-apa.
Tee terpaksa berhenti sekolah ketika di menuntut di Darjah Empat selepas tahap kesihatannya merosot. Dia terpaksa menggunakan jantung mekanikal ketika menunggu pembedahan transplan jantung.
Dia telah menjalani pembedahan transplan jantung pertama di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 4 Oktober, 2007 namun badannya tidak dapat berfungsi dengan baik dengan organ berkenaan.
Hui Yee menjalani satu lagi pembedahan transplan jantung kali kedua keesokan harinya. Dia telah dibenatkan keluar daripada IJN pada 22 Disember selepas 15 bulan berada di hospital. Mayat Tee kini berada di rumah mayat Cina Jalan Fatimah di sini untung diberi penghormatan terakhir dan majlis pengkebumian akan berlangsung Khamis ini.

Lelaki dilarang jual pakain dalam wanita

Posted: 17 Sep 2012 09:07 PM PDT


Riyadh: Kementerian Buruh Arab Saudi mengarahkan sekurang-kurangnya

Kira-kira 100 kedai pakaian dalam di Riyadh, Arab Saudi diarah ditutup kerana mengambil pekerja lelaki. 

Pegawai kementerian Buruh negara itu berkata, langkah itu bertujuan mewujudkan keadaan lebih selamat bagi wanita yang bekerja. 

Pada awal tahun ini, kementerian berkenaan melarang jurujual lelaki bekerja di kedai pakaian dalam wanita diikuti perintah bahawa hanya wanita boleh menjual alat kosmetik di kedai mekap. 

Pada Jun 2011, pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah mengumumkan peraturan bahawa hanya wanita tempatan boleh bekerja di kedai pakaian. 

Ia bertujuan mengurangkan kadar pengangguran yang tinggi di kalangan wanita Arab Saudi yang dianggarkan 30 peratus. 

Pihak berkuasa Arab Saudi melarang pergaulan di kalangan wanita dan lelaki bukan muhrim yang dianggap antara faktor menyebabkan ramai wanita tidak diambil bekerja di banyak sektor. 

Tiada ulasan: