Addin |
- Gambar Terlampau Ali Rustam And The Geng
- Rupanya Zambry Kadir Tak Tahu MCA Gopeng Dalam Krisis
- Kantoi!! NST Edit Gambar Najib Supaya Nampak Audien Lebih Ramai
- Bukti Umno BN Peralat Murid Untuk Rembat Projek
- Gambar Ribuan Hadir Geramah Tuan Guru Nik Aziz Di Tg. Keling, Melaka
- Pelakon Filem Hina Nabi Telan Pil Tidur Kerana Teruk Di Kecam
Gambar Terlampau Ali Rustam And The Geng Posted: 17 Sep 2012 09:46 AM PDT |
Rupanya Zambry Kadir Tak Tahu MCA Gopeng Dalam Krisis Posted: 17 Sep 2012 08:27 AM PDT Peh, konfiden tersangat-sangat beb.Macam dah yakin sangat nampaknya dapat rampas semula, tapi benarkah begitu?Dengan nada separa angkuh bercampur separa yakin, Barisan Nasional (BN) negeri Perak mengekalkan tradisi apabila memutuskan kerusi Parlimen Gopeng kekal ditandingi oleh MCA sebagai calon BN pada pilihanraya umum ke-13 nanti, kata Pengerusinya, Zambry Kadir.Beliau berkata Gopeng yang mempunyai majoriti pengundi masyarakat Cina itu akan diwakili oleh calon BN dari MCA dan yakin calon yang dikemukakan parti tersebut mengambil kira semua faktor. "MCA akan mewakili BN dan saya yakin kali ini MCA akan meletakkan calon yang berwibawa, kerusi ini kita akan pastikan kembali kepada BN pada pilihan raya akan datang. (Kerusi) itu adalah kita (BN) punya tradisi, saya tidak mahu membuat spekulasi, kita mahu teruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Gopeng.Zambry yang juga Menteri Besar Haram Perak berkata beliau sentiasa mengikuti perkembangan bahagian Gopeng dan berpuas hati dengan perpaduan antara anggota Umno serta komponen BN lain kerana apa yang lebih penting adalah persiapan bagi memenangi pilihanraya umum kelak. "Kita mahu pastikan semua calon bebas daripada sebarang masalah, kita tidak akan calonkan mereka yang bermasalah, saya yakin apa yang dikemukakan presiden parti akan mengambil kira semua faktor termasuk latar belakang serta kesediaan rakyat untuk menerima calon," katanya.Beliau berkata pada dasarnya adalah penting untuk melihat sama ada rakyat menyokong atau tidak calon berkenaan kerana rakyat mempunyai pandangan dari sudut yang berbeza-beza terhadap seseorang calon.Semua anggota Umno bahagian Gopeng juga telah memberi janji bukan hanya kepadanya malah kepada Najib Altantuya sebagai presiden parti dan mereka faham bahawa keutamaan BN adalah untuk memenangi pilihan raya umum akan datang, katanya."Sabotaj dalaman tidak akan timbul, jika ada sudah tentu parti akan ambil tindakan yang sewajarnya," katanya. Pada pilihan raya umum lepas, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Lee Boon Chye mengalahkan calon BN Ling Hee Leong yang juga anak bekas presiden MCA, Ling Liong Sik dengan majoriti besar 7,368 undi.Terdahulu, dalam ucapannya Zambry berkata selain bekerja keras untuk merampas semula kerusi Parlimen Gopeng, BN juga perlu mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat."Siapa yang terpilih menjadi calon nanti, kita perlu sokong atas nama parti BN dan bagi yang tidak terpilih mereka harus berlapang dada...jangan berlaku pertempuran sesama kita dalam parti sebaliknya medan pertempuran kita ialah dengan Pakatan Rakyat," katanya.Bagaimanapun, penganalisis politik yang mengulas komen Zambry menyifatkan ianya tidak lebih daripada menutup krisis dalaman MCA Gopeng yang dikatakan sangat parah. Presiden MCA, Chua Soi Lek tidak mahu anak Liong Sik dicalonkan semula kerana ia akan menimbulkan masalah terhadap anaknya sendiri, Chua Tee Yong walaupun tidak bertanding di parlimen tersebut kerana mahu mengekalkan kerusi parlimen Labis, Johor yang pernah disandangnya.Tetapi berita yang kurang enak didengar menyatakan timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Heng Sai Kee akan diletakkan sebagai calon kununnya bagi menafikan peluang Hee Leong.Bagaimanapun Sai Kee bukan dalam pasukan Soi Lek tetapi berada dalam kumpulan bekas presiden MCA, Ong Tee Keat yang juga musuh ketat Soi Lek!Tambah memburukkan keadaan, Sai Kee dikatakan sedang melobi beberapa pemimpin kanan BN menggunakan sejumlah wang (baca: rasuah) supaya mencalonkan dirinya tanpa mendapat restu Soi Lek sendiri. Sebab itu hari ini Soi Lek menafikan adanya cubaan melobi dari Sai Kee sebagai reaksi balas terhadap tndakannya yang direstui puak Tee Keat yang masih berkuku dalam MCA.Persoalannya, bagaimanakah Zambry boleh mengaku mempunyai peluang merampas kembali parlimen itu sedangkan rakyat negeri ini masih terkesan dengan rampasan kuasa yang diketuai timbalan perdana menteri sendiri ketika itu, Najib Altantuya pada 4 Februari 2009?Apakah justifikasi kenyataan Zambry yang sebenarnya mahu menutup mulut pesaing terdekatnya yang juga Exco Haram Hamidah Osman yang berkemungkinan kalah di DUN Sungai Rapat yang diwakilinya? Sudah menjadi rahsia umum pertentangan antara dua pemimpin Umno ini tercetus sejak Hamidah dinafikan peluang di saat akhir menjadi menteri besar setelah Najib Altantuya gagal memintas Abdullah Badawi yang mahukan Zambry dilantik menteri besar tanpa melalui proses undang-undang yang sah yang melibatkan Sultan Perak yang kununnya pakar undang-undang, Sultan Azlan Shah.Sebenarnya kata penganalisis itu lagi, Zambry cuma bermimpi di siang hari melihat Gopeng kembali ke tangan BN kerana ia kini sudah menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat melalui Dr Lee Boon Chye dan jentera pilihanraya yang sangat efisen walau dikekang dengan sumber kewangan yang sangat terhad! |
Kantoi!! NST Edit Gambar Najib Supaya Nampak Audien Lebih Ramai Posted: 17 Sep 2012 07:11 AM PDT Nampaknya syaitan yang dikenali buat onar lagi.Semasa merasmikan persidangan tahunan Umno-APCO Pekan yang ketua bahagiannya kebetulan perdana menteri Najib, akhbar pencacai dari Kumpulan Media Prima, The New Straits Times didapati mengedit sekeping gambar yang dimuatkan di dalam laman webnya pada 16 September 2012 (semalam). Gambar yang diedit ini kemudian dimuatkan dalam laman web akhbar berkenaan sebagai tajuk berita utama. Dengan tajuk utamanya "Najib: United front crucial for Umno's success in polls", ternyata NST terang-terang membohongi pembaca akhbarnya! Jika diperhatikan betul-betul gambar di atas, nyata dua imej yang sama diletakkan sebelah-menyebelah bagi menunjukkan kehadiran yang ramai sebagai latar belakang pergerakan Najib yang bersalaman dengan ahli sebenar semasa menuju ke dewan tempat persidangan diadakan, dan dengan tujuan yang sama menutup ruang kosong tersebut. Dengan angkuhnya, Najib berkata: "Tanpa mendabik dada dan angkuh, kita perlu bersyukur, rasa rendah diri bahawa kejayaan yangg dicapai selama ini adalah dengan izin Allah," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno yang kununnya dihadiri 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan. (Imej lebih jelas sebagai perbandingan dengan gambar yang dimuatkan di laman web NST) Dengan nada marah bercampur geram, Najib menempelak Pakatan Rakyat kununnya Pekan tidak membangun selama dia menjadi ahli parlimen selepas kematian bapanya yang juga perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein.Tetapi dia lupa akhbar pengampu nombor satunya telah mengedit gambar persidangan tersebut tanpa pengetahuannya. Nampaknya sekali lagi NST berjaya memalukan Najib dengan tindakan bodoh yang sememangnya mudah dihidu penyokong Pakatan Rakyat sebagaimana yang dilakukan sebelum ini oleh agensi berita nasional, Bernama yang turut mengedit gambar pengunjung rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Ogos lalu. ~jalanpulang |
Bukti Umno BN Peralat Murid Untuk Rembat Projek Posted: 17 Sep 2012 02:37 AM PDT KUALA LUMPUR 17 September: Kerajaan Umno BN memperalat murid sekolah melalui program pendidikan sebagai topeng untuk merembat wang rakyat, kata bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmud.Wayang Muhyiddin untuk mendapat perhatian murid sekolahIa berikutan pengumuman program 1BestariNet oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini. 1BestariNet adalah projek pemasangan rangkaian sistem internet 4G di 10,000 sekolah seluruh negara."Murid-murid diperalat atas nama program pendidikan. Untuk nampak halal, pihak tertentu menggunakan saluran ini bagi mengaut kekayaan. Kalau satu sekolah membabitkan RM1,000, bayangkan kalau 10,000 sekolah berapa banyak belanja diguna untuk program ini? Perkara ini dirancang. Mereka (kerajaan) sendiri buka tender, kemudian pilih pembekal dan kontraktor di kalangan kawan-kawan mereka sendiri. Semua ini wayang," katanya."Kita ada pengalaman dalam PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris). Hanya setahun lepas guna, (komputer riba) rosak," katanya ketika dihubungi. Beliau merujuk perkara ketujuh dari sembilan anjakan yang dirangka melalui Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.Perkara itu mengandungi komitmen kerajaan bahawa semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang kononnya menyediakan landasan untuk pelaksanaan pembelajaran secara interaktif. Muhyiddin sebelum ini turut berkata, Kementerian Pelajaran akan mengadakan hari terbuka untuk membolehkan masyarakat meneliti, mendapatkan penjelasan dan memberi maklum balas kandungan laporan tersebut.Justeru, Nordin menyeru bekas guru-guru sekolah, pensyarah maktab perguruan dan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) meneliti laporan tersebut."Kita takut hal (kerugian) ini berulang. Apa yang dirancang Kementerian Pelajaran hari ini, signifikan dengan apa yang pernah berlaku pada dasar PPSMI," tegasnya. ~kd |
Gambar Ribuan Hadir Geramah Tuan Guru Nik Aziz Di Tg. Keling, Melaka Posted: 17 Sep 2012 12:53 AM PDT Gambar-gambar nih Addin ambil semasa ceramah Tuan Guru Nik Aziz di Kg. Bkt Gedung,Tg. Keling, Melaka. Ribuan yang hadir.. bukan orang Melaka sahaja bahkan ramai yang hadir dari Johor dan juga N. Sembilan. |
Pelakon Filem Hina Nabi Telan Pil Tidur Kerana Teruk Di Kecam Posted: 16 Sep 2012 09:05 PM PDT Aktress filem mencetuskan amarah masyarakat Islam dunia, terpaksa menelan pil tidur apabila merasa dikecam dan tidak selamat selepas protes dan pembunuhan berlaku berikutan tersiarnya klip video Innocence of Muslims di YouTube sejak seminggu lalu. Anna Gurji, 21, mendakwa melakonkan watak isteri muda kepada seorang lelaki bernama George, tetapi pengarahnya Nakoula Basseley atau dikenali sebagai Sam Bacile, bertindak menukarnya kepada Muhammad. "Saya tidak tahu George ditukar kepada Muhammad. Kini saya hanya berkurung di rumah. Saya bimbang masyarakat dunia memusuhi saya kerana filem itu. "Saya penganut Kristian Katolik, jadi mereka terfikir saya juga menentang Islam.Saya berasa dikhianati Bacile. Saya telah dikenali seluruh dunia dan jujur saya akui berasa malu apabila menonton watak itu," katanya kepadaThe Mail Online. Gurji berkata, selain beliau barisan pelakon filem itu turut diperbodohkan Bacile yang kononnya tajuk filem berkenaan adalah Desert Warrior atau Innocence of Bin Laden selain langsung tidak berkaitan dengan isu keagamaan. "Saya diberi watak sebagai Hilary. Menurut Bacile, filem itu mengisahkan sebuah komet jatuh di kawasan Timur Tengah, dan perebutan komet berlaku sehingga cetus peperangan untuk merebutnya. "Filem itu sepatutnya mempunyai banyak kesan khas kerana kami berlakon di hadapan layar hijau. Kos penggambaran rendah, saya hanya dibayar $75 (RM227.73) sehari. "Saya tidak tahu bagaimana Bacile boleh menukar jalan cerita itu. Mungkin saya bodoh tetapi tiada sesiapa menceritakan hal sebenar. Tiada seorang pun daripada barisan pelakon terfikir filem ini mempunyai agenda rahsia," katanya mengakui filem itu dirakamkan di California. Bahana Innocence of Muslims Rusuhan dan protes yang tercetus sejak 11 September lalu dilihat sebagai pengulangan memori insiden serangan di Menara Berkembar di New York, Amerika Syarikat (AS) sekali gus mengilhamkan pengikut anti-Islam dengan menuduh Islam adalah ganas dan jahat. Jika filem Innocence of Muslims tidak disiarkan, pastinya bangunan Kedutaan AS di Libya tidak dibakar sehingga meragut empat nyawa. Rentetan itu, pastinya lebih 20 Kedutaan AS di seluruh dunia tidak diserang masyarakat Islam yang berang dengan tindakan Bacile. Seterusnya, Presiden AS, Barack Obama tentu tidak akan menghantar tenteranya ke Libya dengan satu tujuan iaitu untuk membalas dendam ke atas kematian rakyatnya. Namun, Obama menggunakan alasan mahu bekerjasama bagi menangkap pembunuh dutanya, Christopher Stevens. Jelas sekali, filem berkenaan telah mencetuskan protes secara besar-besaran dari Maghribi sehingga ke Malaysia. Setakat ini, tujuh terbunuh, ribuan cedera dan rusuhan menular ke Sydney, Australia, semalam. Semalam, AS terpaksa memanggil balik dutanya di Sudan dan Tunisia selepas mendapat amaran, Al-Qaeda bakal menyerang kerajaan Obama di Arab dan Barat. Si penghina Nabi disiasat Masuk hari kelima, protes filem pendek Innocence of Muslims, lelaki Kristian Koptik, Bacile yang berperanan sebagai penerbit dan pengarah filem itu menyerah diri untuk disoal siasat pegawai persekutuan di balai polis Cerritos, Los Angeles, kelmarin. Bagaimanapun, Bacile, 55, hanya disoal siasat mengenai penglibatan jenayah kewangan yang berpotensi untuk dipenjarakan semula selepas menjalani hukuman penjara selama 21 bulan kerana kesalahan penipuan bank pada tahun 2010. Jurucakap polis memberitahu, pihak berkuasa tidak melakukan siasatan ke atas projek filem berkenaan dan jika sekalipun ia pencetus keganasan kerana AS tidak mengiktirafnya sebagai jenayah berikutan ia termasuk di dalam akta kebebasan bersuara. ~sinarharian |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan