Isnin, 17 September 2012

shalehudin

shalehudin


Aku tak percaya berita burukkan PEKIDA neh... hehe...

Posted: 17 Sep 2012 09:18 AM PDT

Benarkah PEKIDA terlibat dgn Pelacuran???


CATATAN ANUAR MOHD NOR

Video ini diambil di kawasan sekitar PUDU. Ini adalah di sebelah pasar – di bawah jejantas. Saya merakam beberapa orang pelacur dari Cina dan pembabitan industri memperdagangkan manusia.

Namun setelah saya ke sana saya beredar ke kawasan berhampiran dengan Kelab Sosial Champion di kawasan luar PUDU – di jalan utama, saya berusaha untuk menangkap gambar tetapi telah ditahan oleh beberapa gangster India yang mengamok dan bertindak hampir ganas.

Bersama saya adalah beberapa rakan dan salah seorang dari rakan saya itu diistilahkan BERBAJU atau dalam lain perkataan adalah anggota PEKIDA. Dalam usaha beliau mententeramkan keadaan beliau turut kerana mendapati ada beberapa mereka yang dikatakan BERBAJU juga di sana dan turut menjaga kawasan itu.

Bila rakan saya bertanya – kat sini BERBAJU apa, mereka menjawab kat sini banyak BAJU – menandakan bahawa banyak kumpulan PEKIDA yang melindungi kawasan ini.

Saya juga tahu beberapa orang yang BERBAJU juga terlibat dalam kerja-kerja melindungi kawasan khususnya kawasan pelacuran, mesin kuda dan judi haram.

Adakah ini sebenarnya – anggota PEKIDA – melindungi kawasan panas dengan aktiviti haram.

Katakan saya SALAH – saya lebih rela salah dari mengetahui PEKIDA turut terbabit dalam aktiviti melindungi aktiviti memperdagangkan manusia atau dengan lain perkataan pelacuran. Setelah keadaan reda antara saya dengan gangster India maka mereka bercerita – mengenai pelindungan dan tindakan polis yang tidak akan mengacau tempat ini di samping kehadiran anggota PEKIDA yang mempunyai kabel besar dengan polis.

Betul ke – sekiranya tidak AL HAMDULILAH tetapi sekiranya benar – maka apa sebenarnya berlaku? Adakah bukan sudah ada aktiviti memperdagangkan kuasa dijalankan.

GAMBAR Noh Omar jadi MERAH bila mengamuk

Posted: 17 Sep 2012 08:53 AM PDT

Puak Umno yang tiba - tiba mengamuk meragut banner -banner yang dibawa penternak burung Walit



SAMM bersama YB Ng Sue Lim iring penternak burung walit bertemu menteri pertanian

Antara lebih 400 orang penternak burung walit yang hadir dari seluruh negara

Pada 15 September 2012, sekitar jam 11 pagi di Pekan Tanjong Karang, che'GuBard, Komrad Azhar (Penyelaras bersama SAMM Selangor) dan komrad- komrad SAMM Sg.Besar (team Utara Selangor) telah hadir di Pekan Tanjong Karang bersama YB Sue Lim serta lebih 400 penternak burung walit dari seluruh negara untuk menghantar memorandum bagi mengenengahkan isu yang berpanjangan dalam industri burung walit khususnya mengenai isu penghantaran / penjualan produk ke negara China.

Pagi yang sama juga secara tiba - tiba dibuat rumah terbuka hujung Syawal depan Pejabat Umno Tanjong Karang. Menurut salah seorang 'Tok Sidang' yang turut hadir majlis itu diadakan saat akhir mungkin kerana itu cara untuk mengumpulkan ramai orang Umno 'berkubu' depan pejabat sendiri dan juga akan diceritakan selepas itu kononya penternak burung walit yang hadir (kebetulan ramai orang cina) bertindak biadap serang majlis hari raya orang melayu. Sudah menbaca taktik ini kami hanya berkumpul di seberang jalan besar. Hanya wakil 6 orang dan hampir 10 pengiring sahaja dibenarkan melintas jalan rapat ke pejabat Umno.

Kehadiran kami disambut Noh Omar sendiri. Kami dijemput duduk. Saya duduk betul - betul di sebelah Noh Omar. Sebaik sahaja saya duduk dia terus tanya saya dan Yahya Shaari (PKR) dengan nada berbisik menyindir "kau orang ni tahu ke isu burung walit ni?"

Katanya lagi dari beribu sarang hanya ratus je daftar. Menurut dia PBT di Selangor pun nak saman dan minta kami agar tolong jangan saman. Cukup terkejut dengan seorang menteri apabila beliau berkata "kau tahu kenapa cina - cina ni tak nak daftar rumah burung....luar rumah burung tapi ada yang simpan dadah,senjata...macam-macam lagi itu sebab tak nak daftar dan bagi kita masuk 'check'.."

Rupanya isu rumah burung ini juga dalam kepala pemikiran Menteri turut dipandang dari aspek pemikiran perkauman yang tajam.

Majlis dimulakan seorang moderator bercakap keliling semua penyokong Umno bersorak, polis kelihatan bertindak profesional menjaga sekitar meja rundingan berlaku.Wakil penternak memulakan dengan membaca memorandum menjelaskan masalah. Kesian saya lihat wakil penternak itu memang diakui mutu bahasa kebangsaannya lemah sedikit tetapi ia bukan alasan penyokong yang ramai mengelilingi meja rundingan bawah khemah depan pejabat Umno itu menjerit menyindir. Ada yang dengan selamba bercakap "apalah cina ni nak cakap banyak ...cakap melayu pun gagap"

Selepas itu pembesar suara diambil alih oleh Noh Omar menjawab persoalan. Kami membiarkan dia bercakap lebih 30 minit. Bukan sekadar bercakap mengenai isu tetapi dia turut guna kesempatan itu hambur tuduhan dan sindir pakatan rakyat. Malah secara terang - terang dia marah penternak kerana jumpa DAP.

Bagi che'GuBard mudah penternak burung walit ada masalah yang lama tak selesai, mereka datang jumpa kami maka kami bawa mereka berjumpa Menteri Pertanian selepas dengar masalah mereka. Ini tidak salah sepatutnya menteri ucap terima kasih bukan tunjuk ego sombong. Kami bukan golongan datang mengamuk depan pejabat orang seperti mana mereka datang serang pejabat PKR. Kami bukan geng baling cat lari. Datang secara bertamadun untuk bincang selesai masalah rakyat. Oleh sebab itu kami beri Noh bercakap lebih 30 minit. Kemudian seorang wakil penternak bangun nak bercakap ramai mula bersorak, untuk tenangkan keadaan kami bincang YB Ng Sue Lim akan bercakap menjawab sindiran dan tuduhan liar Noh Omar dan che'GuBard akan bangun menggulung.

30 minit bagi peluang Noh Omar bercakap bila saya nak bangun bercakap dia terus mengamuk tak tentu pasal

Namun bila YB Ng Sue Lim bercakap keadaan mula kecoh bukan sekadar penyokong Umno, Noh sendiri mula berdiri dan marah- marah. che'GuBard mula bangun nak bercakap, tolak menolak berlaku. Terus Ketua Polis Daerah muncul rampas microphone kami dan minta bersurai lalu iring kami ke seberang jalan.

Beberapa orang Umno juga berlari ke arah seberang jalan merentap beberapa banner yang dibawa dan lari semula ke khemah Umno.

Kemudian Noh tidak diam sahaja terus pula guna akaun twitternya menyerang dengan mengatakan kami penakut dan sebagainya. Hanya mampu tersenyum dan kesian dengan cara politik 'anak jantan ala Umno' bercakap di gelanggang sendiri lebih 30 minit merapu, bila orang mula nak menjawab dia terus meroyan.

Isunya tidak akan selesai selagi kita punya menteri yang ego dan sombong seperti ini.- Kedah.kini


PANAS: Bekas CID KL dah pecah lobang daaa...

Posted: 17 Sep 2012 05:00 AM PDT

Bekas polis kanan: Mahathir boleh disiasat kerana subahat

EKSKLUSIF Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad, yang memainkan peranan penting dalam dalam pemecatan timbalannya pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin boleh disiasat kerana bersubahat dengan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan atas dakwaan mereka dan menyembunyikan fakta material.

Melainkan, Mahathir boleh menunjukkan bukti bahawa beliau mengambil langkah perlu untuk menghalang Gani dan Musa daripada berbuat demikian, kata bekas ketua CID Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, yang bertanggungjawab ke atas siasatan kes mata lebam Anwar.

Mat Zain berkata, beliau menyatakan demikian berdasarkan pengakuan Musa dalam satu wawancara dengan Malaysiakini bahawa bekas ketua polis itu mengambil sampel darah Anwar daripada siasatan mata lebam Mat Zain untuk ujian DNA bagi satu kes lain – melibatkan dakwaan liwat.

Musa merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat tersebut.

Mahathir dalam memoirnya A Doctor in the House (bab 53, halaman 684) menulis bahawa beliau yakin bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Musa dan ketua polis negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Perkara itu, dan juga soalsiasat ke atas mangsa yang didakwa, menyebabkan Anwar dipecat dan kemudiannya ditahan.

Anwar kemudiannya didakwa atas tuduhan liwat, yang digelar Liwat I, melibatkan pemandu Azizan Abu Bakar.

Mat Zain juga mempersoalkan keperluan Musa untuk "mencuri" sampel darah Anwar daripada Hospital Kuala Lumpur untuk menjalankan ujian DNA, sedangkan Musa – yang merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat dan penyalahgunaan kuasa – didakwa telah menyiapkan siasatannya untuk dua kes tersebut.

Katanya lagi, pengakuan Musa kepad Malaysiakini juga mengesahkan pengakuan Dr Zahari Noor dari HKL semasa perbicaraan Anwar pada Disember 1998, bahawa Musa dan ASP Mohd Rodwan Mohd Yusof pada 15 Oktober 1998 secara paksa mengambil sampel darah Anwar yang disimpan di HKL – yang bertujuan untuk ujian HIV tetapi secara salah digunakan Musa untuk ujian DNA.
"Ini menimbulkan persoalan sama ada Musa benar-benar telah menyiapkan siasatan dalam dakwaan liwat dan mempunyai bukti kukuh untuk membuktikan Anwar bersalah, atau ada tangan ghaib yang menghasut atau memaksa beliau mereka bukti DNA pada tilam, yang menyebabkan Musa mengambilnya (DNA Anwar) dari HKL. Jika tidak, apa tujuannya?," kata Mat Zain.- Malaysiakini


Apa kaitan SIMBOL neh ngan Umno?

Posted: 17 Sep 2012 01:57 AM PDT

Kenapa Pemimpin Umno Tunjuk Tanda Simbolik Yahudi?

Kenapalah pemimpin-pemimpin UMNO menunjukkan tanda simbolik Jewish Magi?


Dimana mereka belajar? Apa perlunya menggunakan simbolik yahudi itu? Mereka melakukan perkara-perkara yang dilakukan oleh yahudi, yang sememangnya jelas memusuhi Islam?

Apakah orang Islam dibolehkan melakukan perkara-perkara yang menjadi amalan orang-orang bukan Islam?


KJ pun tau orang tak suka kat dia... kahkahkah...

Posted: 16 Sep 2012 11:45 PM PDT

Khairy Jamaluddin akan digugurkan menjadi calon PRU-13

Sekurang-kurang lima ahli parlimen Umno muda Umno akan digugurkan dari menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. Mereka ialah Khairy Jamaluddin (Rembau), Azalina Othman Saad (Penggerang), Saifuddin Abdullah (Temerloh), Noraini Ahmad (Parit Sulung) dan Fuad Zarkasi (Batu Pahat).

Menurut sumber yang rapat dengan presiden Umno mereka digugurkan kerana sikap politik mereka yang liberal atau pun gentleman yang tidak bertempat. Telatah mereka dalam mendedahkan idealisme juga tidak memberi keuntungan kepada Umno dan ada kalanya kontras dengan dasar diputuskan.

Khairy Jamaluddin, Saifuddin dan Fuad yang dilihat cuba membawa pembaharuan politik orang muda sejajar kehendak Najib melakukan transformasi politik tetapi tidak memberi kelabaan kepada Umno. "Mereka juga degil dan hendak menunjukkan pandai," kata sumber berkenaan.

Manakala dua bekas ketua Umno, Azalina dan Noraini bakal digugurkan kerana mereka tidak memberi sumbangan kepada parti dan lebih bersikap mendiamkan diri selepas tidak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

Pengguran Azalina dan Noraini juga dikatakan ada sangkut paut dengan Rosmah Mansor.


PETANDA Umno dah dungu dan buntu... [TENGOK]

Posted: 16 Sep 2012 07:56 PM PDT

Perangai samseng Umno menjadi-jadi

Samseng Umno pecahkan cermin kereta Anwar

JOHOR: Bimbang dengan karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin kebangkitan rakyat melawan kezaliman, sebilangan samseng Umno bertindak liar membaling batu dan menendang kereta Ketua Pembangkang itu.

Cermin kereta itu retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek ketika mengadakan ceramah di kawasan Parlimen Sembrong.

Perangai samseng Umno menjadi-jadi

Samseng Umno membawa bendera parti mereka dan Barisan Nasional (BN) turut melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak melontar kata-kata kesat.

Kejadian itu berleluasa tanpa sebarang tindakan walaupun ia berlaku berhampiran beberapa anggota polis.

Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal penyokong Pakatan berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib.

Kejadian berkenaan menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan yang mengecam perbuatan tidak bertamadun itu, sebaliknya penyokong Umno memfitnah, kononnya cermin kereta 'dipecahkan sendiri'.
"Saya saksi di tempat kejadian," kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui twitternya, sekali gus menyanggah tohmahan itu.
Pimpinan KEADILAN Johor dijangka membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.- KD


VIDEO JKK Naik Pentas Bersama Ustaz Azhar Idrus tersebar

Posted: 16 Sep 2012 05:41 PM PDT

Lawak...
Mengalahkan lawak dari raja lawak...

Sapa tak kenal jkk yang selalu gelak mengekek masa ceramah Ustaz Azhar Idrus? Nilah dia orang yang melatah bila disebut jkk... Konfom sorang je kot kelaku yang macam ni...


Tiada ulasan: