Isnin, 17 September 2012

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Tiada Kerajaan Yang Kekal Kecuali Kerajaan Allah..

Posted: 17 Sep 2012 09:38 AM PDT

                Tiada kerajaan yang kekal..bila masanya sampai ia akan tumbang,ianya akan tetap tumbang dan runtuh tidak terawal atau terlewat seperti yang dijanjikan oleh Allah.Begitulah kupasan kupasan yang dibentangkan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Perak Ustaz Norazli di dalam ucapannya dalam siri Ceramah Bersama Kita Menuju Ke Putrajaya malam ini di Perkarangan Rumah Cikgu Shaari (Alang).Beliau menambah lagi bahawasanya Allah akan memilih dikalangan orang orang yang soleh untuk memimpin.Ini boleh dilihat dengan naiknya Dr Morsi sebagai Presiden Mesir dan Perdana Menteri Palestin yang mana mereka ini adalah kalangan hafalan Al-Quran dan soleh.


                    Jika janji Allah pemerintahan Umno/BN di Malaysia akan berakhir pada PRU 13,tak kira apa cara atau kaedah penipuan yang dilakukan oleh umno untuk memenangi pilihanraya,Pakatan Rakyat tetap akan memenangi PRU ini.Biarlah berjuta rakyat Myanmar atau Filipina digunakan,namun perancangan Allah mengatasi perancangan manusia.Oleh itu kepada pemimpin dan ahli ahli Umno,cukuplah segala tipu helah dan usaha kamu untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.Sesunguhnya Tuhan akan memberi kemenangan kepada Islam sekiranya pendokong pendokong nya terus berusaha dan berjihad untuk mendapat keredhaan dan keampunan dari Tuhannya.

Tiada ulasan: