Sabtu, 15 September 2012

Addin

Addin


Kantoi!! Hisham Cakap Malaysiakini Putar Belit Tapi Rakaman Ini Membuktikan Sebaliknya

Posted: 15 Sep 2012 09:23 AM PDT

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mendakwa kenyataannya berhubung keselamatan program pembangkang semalam telah diputar belit.

Menulis di dalam Twitter, Hishammuddin menegaskan, keselamatan rakyat tetap diutamakan tanpa favoritisme atau pilih kasih.

"Malaysiakini spin - saya kata kedudukan pembangkang di Johor tak terjamin. Mereka spin: Saya kata keselamatan pembangkang tak boleh saya jamin," tulisnya di laman blog mikro itu pagi tadi.

Malaysiakini semalam melaporkan Hishammuddin sebagai berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

Merujuk kepada insiden khianat terbaru terhadap bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tangkak, Hishammuddin berkata, penerimaan terhadap PKR akan ditentukan orang Johor itu sendiri

Sementara itu, Bernama melaporkan Hishammuddin sebagai menjelaskan kenyataan beliau itu mengulas kepada kedudukan sokongan kepada pembangkang di Johor menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Saya kata kedudukan pembangkang di Johor tak terjamin, penduduk Johor sendiri yang tentukan, merujuk kepada sokongan terhadap pembangkang terletak di tangan penduduk Johor sendiri.

"Namun apa yang saya kesali portal itu 'spin' kata keselamatan pembangkang yang mengadakan 'road-tour' di Johor saya tidak boleh jamin... ini berniat jahat," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Hulu Terengganu 2012 di Kuala Berang di Hulu Terengganu.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan, Hishammuddin berkata beliau akan berbincang dengan kementeriannya dan Peguam Negara terlebih dahulu, lapor agensi berita nasional itu lagi.

Katanya fitnah dan politik berasaskan kebencian seperti diperlihatkan melalui putar belit kenyataannya itu sememangnya diamalkan pembangkang sejak dahulu lagi.

"Pembangkang 'memperkudakan' media alternatif ini untuk mempengaruhi rakyat. Saya harap media arus perdana memainkan peranan di barisan depan bagi menerangkan apa fakta sebenarnya.

"Rakyat harus sedar dan matang dalam melihat sesuatu isu itu, perlu kaji sedalamnya dan lihat segala sudut sebelum meletakkan pendirian mereka terhadap sesuatu isu," beliau dipetik sebagai berkata.

Berikut transkrip kenyataan Hishammuddin kepada Malaysiakini semalam untuk penilaian pembaca:

Wartawan: Johor kubu kuat Umno dan nampaknya rakyat Johor tolak PKR dengan insiden bas disimbah cat. Apa sebab penolakan terhadap PKR?

Hishammuddin: Itu kena tanya orang Johor sendiri.

Ada apa-apa mesej untuk orang Johor?

Tak ada. Orang Johor semuanya seperti biasa sahaja.

Kali ini kali ketiga (insiden simbah cat), adakah Datuk Seri boleh bagi jaminan... (dipotong)

Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri.

Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Tanya orang Johorlah.

Maknanya mereka pergi dengan tahu penuh risiko? They know the risks of where they are going...

This is politics. Politics is all about the risks.

If they take the risks, calculated. Kalau calculated tak berjalan, maknanya tiada tempatlah dia. Akhirnya orang Johor yang akan menentukan. Tetapi jelas apa yang berlaku.


* Rakaman penuh kenyataan itu boleh didengar di akaun Soundcloud Malaysiakini  

~mkini




Rupanya Sebab Nih Bekas Bendahari Umno Sabah Sertai PKR..

Posted: 15 Sep 2012 07:48 AM PDT


LABUAN 15 Sept - Amalan rasuah dan penipuan pimpinan Umno Sabah ketika penduduk negeri itu khususnya Labuan masih mundur, punca Tan Sri Ibrahim Menudin keluar Umno dan menyertai KEADILAN.

"Saya antara orang yang bawa Umno masuk Sabah tapi kini saya tinggalkan Umno yang dicemari rasuah. Memandangkan ekonomi negara merosot tapi rasuah meningkat. Saya harus bangkit sumbangkan tenaga untuk baiki keadaan.

"Kita tidak mahu lagi rakyat Labuan dan Sabah diperbodohkan BN. Labuan sebagai pusat kewangan kini dalam keadaan menyedihkan sepanjang kekuasaan mereka," katanya tokoh korporat itu.

Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah itu berkata demikian ketika berucap dan mengisytihar menyertai KEADILAN di Kampung Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah petang tadi.

Ibrahim menyifatkan Umno Sabah mengabai tanggungjawab mereka terhadap penduduk Labuan hingga mengakibatkan rakyat berterusan hidup dalam kepayahan.

"Contohnya, hospital di Labuan amat menyedihkan. Kos membina berpuluh-puluh juta tapi tiada doktor. Orang Labuan terpaksa pergi ke Kota Kinabalu untuk dapatkan rawatan.

"BN juga tak mahu bina jambatan kerana tidak kos tidak efektif. Kalau jambatan dibuat, kos hidup Labuan boleh turun; orang Brunei, orang Sabah & Sarawak senang datang, barulah ekonomi Labuan maju," katanya.

Hadir sama, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan pimpilan lain.

Tindakan Ibrahim itu sekaligus mengikut jejak langkah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin serta Naib Presiden Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Datuk Maijol Mahap. ~keadilandaily



Panas!! Najib Bakal Gugurkan Khairy Jamaluddin, Saifudin Abdullah Calon PRU13

Posted: 15 Sep 2012 07:00 AM PDT

Sekurang-kurang lima ahli parlimen Umno muda Umno akan digugurkan dari menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. Mereka ialah Khairy Jamaluddin (Rembau), Azalina Othman Saad (Penggerang), Saifuddin Abdullah (Temerloh), Noraini Ahmad (Parit Sulung) dan Fuad Zarkasi (Batu Pahat).

Menurut sumber yang rapat dengan presiden Umno mereka digugurkan kerana sikap politik mereka yang liberal atau pun gentleman yang tidak bertempat. Telatah mereka dalam mendedahkan idealisme juga tidak memberi keuntungan kepada Umno dan ada kalanya kontras dengan dasar diputuskan.

Khairy Jamaluddin, Saifuddin dan Fuad yang dilihat cuba membawa pembaharuan politik orang muda sejajar kehendak Najib melakukan transformasi politik tetapi tidak memberi kelabaan kepada Umno. "Mereka juga degil dan hendak menunjukkan pandai," kata sumber berkenaan.

Manakala dua bekas ketua Umno, Azalina dan Noraini bakal digugurkan kerana mereka tidak memberi sumbangan kepada parti dan lebih bersikap mendiamkan diri selepas tidak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

Pengguran Azalina dan Noraini juga dikatakan ada sangkut paut dengan Rosmah Mansor. Tunggu ulasan selanjut. ~mso


Bekas Bendahari Umno Sabah Sertai PKR

Posted: 15 Sep 2012 03:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin (gambar) hari ini sah menyertai PKR. Perkara itu disahkan kepada The Malaysian Insider oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dihubungi hari ini. "Sepertinya macam itu ... tapi kita akan maklumkan lagi," kata Azmin. Ibrahim yang memegang jawatan tersebut telah digantikan oleh Ketua Menteri Sabah sekarang, Datuk Seri Musa Aman adalah merupakan Pengerusi bukan eksekutif Suria Capital Holdings yang dimiliki kerajaan. Azmin dalam laman Twitternya sebelum ini turut menyatakan akan ada berita penting yang akan dimaklumkan. "Baru tiba di Labuan. Dalam perjalanan ke Bilik Gerakan KEADILAN Parlimen Labuan. Jam 3 petang ada pengumuman penting," kata Azmin dalam Twitternya pagi tadi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang dalam Twitternya turut berkata kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sabah hari ini turut disambut oleh Ibrahim di Lapangan Terbang Labuan dan mereka turut makan tengahari bersama di The Waterfront Labuan.

Ibrahim merupakan pemimpin keempat meninggalkan Barisan Nasional (BN) di Sabah mengikut jejak langkah Naib Presiden Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Datuk Maijol Mahap, Timbalan Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran, dan Datuk Seri Lajim Ukin yang merupakan timbalan menteri pusat.

Kerusi di Sabah dan Sarawak dijangka menjadi kubu pertahanan BN menjelang pilihan raya umum akan datang, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, menyumbang 57 kerusi, atau 25 peratus daripada 222 kerusi Parlimen.

Pada pilihan raya 2008, BN tewas majoriti dua pertiga Parlimen dengan tewas lima negeri termasuk Kelantan di Semenanjung.

Peti undi BN datang dari Sabah dan Sarawak, termasuk Labuan, apabila parti pemerintah itu memenangi 55 kerusi Parlimen kecuali dua di tangan pembangkang sebelum ini.

Bagaimanapun, BN kini hanya memiliki 53 kerusi Parlimen dan pembangkang pula memiliki empat kerusi. ~themalaysianinsider


Patutlah Bas Jelajah Merdeka Rakyat Di Serang Sakan Oleh Samseng Umno..

Posted: 15 Sep 2012 01:18 AM PDT


Malam tadi, ribuan rakyat pelbagai kaum mengikuti ceramah DS Anwar Ibrahim. Ternyata, semakin ramai rakyat Johor mahu menolak Umno BN.

Patutlah bas Jelajah Merdeka Rakyat diserang sakan oleh samseng Umno. Bertujuan untuk menyekat kebangkitan rakyat. 

Namun kebangkitan rakyat ibarat air yang di empang.. makin di tahan makin kuat kuasanya. Kuasa rakyat adalah kuasa keramat!!






~fb keadilandaily


Biadap!! Penerbit Filem Tak Menyesal Hina Islam

Posted: 15 Sep 2012 12:02 AM PDT


Nakoula Mengaku Bocorkan Selingan Di Internet

Amman – Penerbit filem menghina Islam yang mencetuskan bantahan di seluruh dunia Arab dan beberapa negara Islam lain berkata, beliau tidak menyesal menghasilkan filem itu.

"Tidak, saya tidak menyesal. Saya sedih dengan pembunuhan duta tetapi saya tidak menyesal menghasilkannya," kata Nakoula Basseley Nakoula, penganut Kristian Koptik Mesir, berusia 55 tahun yang menetap di California, memberitahu Radio Sawa yang berbahasa Arab.

Beliau merujuk kepada pembunuhan duta Amerika Syarikat ke Libya, Chris Stevens dan tiga lagi pegawai lain dalam serangan ke atas konsulat Amerika di Benghazi yang dilaporkan dilancarkan penduduk tempatan yang marah dengan penghasilan filem Innocence of Muslims.

"Saya yang membocorkan selingan selama 14 minit dan menyiarkannya di internet dan saya memikirkan untuk menerbitkan filem penuh. Tiada siapa dapat memanipulasi filem saya," katanya.

Rasa bersalah

Ditanya jika beliau berasa bersalah dengan keganasan yang disasarkan ke atas warga Amerika, Nakoula berkata: "Ya! saya rasa bersalah. Amerika tiada kena mengena dengan subjek ini dan berdepan akibat filem yang tiada kena mengena dengan mereka."

Selepas Mesir, Yaman dan Libya, bantahan merebak ke seluruh Asia Barat dan negara lain termasuk Bangladesh, Iran, Iraq, Israel dan Semenanjung Gaza, Kuwait, Sudan dan Tunisia.
Kira-kira 5,000 penunjuk perasaan menyerbu kedutaan Britain dan Jerman di Khartoum, Sudan sebelum membakarnya dan menyebabkan kerosakan teruk.

Mereka juga menyekat jalan bagi menghalang anggota bomba daripada memasuki kawasan berkenaan untuk memadamkan api, menyebabkan pasukan keselamatan terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Bakar bendera Amerika

Beribu-ribu lagi penduduk Islam Kashmir membakar bendera Amerika sambil menggelarkan Presiden Barack Obama sebagai 'pengganas', manakala seorang ulama kerajaan mendesak warga Amerika, segera meninggalkan wilayah berkenaan.

Di Bangladesh, lebih 5,000 penduduk berarak di jalan raya Dhaka selepas solat Jumaat, membakar bendera Amerika dan Israel sambil menggesa penerbit filem dibunuh.

"Saya menerbitkan buku pada tahun 1994 mengenai Islam dan ia mengagumkan pihak tertentu yang bertanya sama ada saya boleh menghasilkan filem berdasarkan buku itu dan ini apa yang saya buat," katanya. ~AFP

Addin :

Biadap!! Manusia seperti wajib di ajar.. teruskan demo sampai pihak bertanggungjawab tarik balik filem tersebut serta memohon maaf..


Pelakon Khairil Anwar Bakal Sertai PAS?

Posted: 14 Sep 2012 11:47 PM PDT


Gambar Khairil Anwar bersama Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia sedang berlegar-legar dalam Facebook. Difahamkan gambar ini diambil semasa jamuan eidulfitri DPPM.

Kesahehan gambar ini telah dapat gua pastikan dan ianya autentik. Cuma gua khawatir, gambar ini telah diedit oleh pakar-pakar photoshop umno. Hahaha..Sehingga kini, Khairil Anwar belum membuat sebarang pengumuman mengenai berita penyertaannya dalam PAS ini.

Berita penuh menyusul...Umpama Siti Nurhaliza dan Lee Chong Wei bergambar dengan Nurul Izzah..takkan boleh klaim siti dan LCW join PKR pulak..hahaha..nantikan! ~seekers

Anwar Tempelak Hishamuddin

Posted: 14 Sep 2012 10:33 PM PDT

SKUDAI 15 Sept: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keengganan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein memberi jaminan keselamatan terhadap kempen Jelajah Merdeka Rakyat, sebagai angkuh."Hishamuddin tak faham tugas menteri. Itu kita panggil keangkuhan dalam berkuasa. Dia tak sedar sedang berlaku gegaran hebat di Johor."Ini menunjukkan Menteri Dalam Negeri gagal mendisiplinkan penyokong Umno, sanggup guna apa saja untuk kekalkan kuasa."Kita pun ada penyokong.

Tapi, kita suruh penyokong sabar, usah layan provokasi. Mereka baling cat merah, (kalau) kita baling cat biru, bila nak habis?" katanya.Ketua Umum KEADILAN itu membidas kenyataan sepupu Perdana Menteri yang menyatakan kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan program anjuran pembangkang.Semalam, bas Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah untuk kali ke-3, selain paku ditabur dan kereta kakitangan KEADILAN dicalar.Sekumpulan samseng pula membuat kacau pada majlis pelancaran DUN Tangkak, malah kehadiran Anwar untuk menziarahi keluarga kakitangan KEADILAN yang kematian ibu, juga diganggu.



Pada ceramah itu, Anwar mengulangi keyakinannya untuk menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 termasuk menawan Johor."Saya yakin Pakatan akan menang kali ini, Insya-Allah. Dan kita akan ubah Johor agar menjadi lebih baik."Umno sibuk sangat nak rampas Selangor, tengok-tengok Sabah bocor. Sekarang nak jaga Sarawak, nanti Johor pula terlepas."Mahathir pernah cakap, sekali BN kalah pilihan raya, mereka tak akan bangun lagi. Itu maknanya apa? Mahathir akui kewibawaan pemerintahan Pakatan Rakyat."

"Jadi usah angkuh sangat," katanya pada Majlis Makan Malam Merdeka Rakyat yang dihadiri kira-kira 8,000 orang anjuran KEADILAN Johor.Sebanyak 800 meja dijual sekaligus mengutip RM19,257 hasil jualan dan derma orang ramai.Turut berucap, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Fuziah Salleh.Hadir sama, Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng; Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution; Naib Presiden KEADILAN, N Surendran; Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau. ~kd

Rafizi Ramli Sekolahkan Mukhriz Mahathir..

Posted: 14 Sep 2012 07:04 PM PDT

Saya mengalu-alukan maklum balas Datuk Mukhriz Mahathir berkenaan cadangan #turunkanhargakereta memandangkan beliaulah yang bertanggungjawab menggubal dasar automotif negara.Beliau juga dijangka akan memenangi persaingan Ketua Pemuda Umno yang akan datang, jadi pandangan beliau mengenai isu-isu yang ada kesan besar kepada orang muda bakal memberi gambaran nasib orang muda kelak jika BN menang pilihanraya akan datang.

Dalam banyak-banyak kepayahan ekonomi yang dialami orang muda, satu daripada isu paling hangat adalah harga kereta yang terlalu mahal.Datuk Mukhriz bertanya satu soalan mudah kepada saya: bagaimana mungkin harga kereta boleh turun jika permit import kereta (AP) dilelong kepada pembida yang menawarkan harga tertinggi?Soalan itu begitu mudah hinggakan mula-mula saya mengesyaki beliau ada muslihat politik besar untuk memerangkap saya, bukannya kerana beliau mahu memahami kaedah menurunkan harga kereta yang kami cadangkan.

Bila beliau terus sahaja mengulangi soalan ini dalam sidang media dan di laman Twitter, maka saya mula menyedari bahawa beliau betul-betul tidak faham.Oleh itu, saya berlapang dada akan cuba menerangkan kaedahnya kepada seorang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab menggubal dasar automotif negara.Untuk memahami apa langkah yang wajar diambil untuk menurunkan harga kereta, kita perlu memahami terlebih dahulu apakah komponen-komponen kos yang dibayar oleh rakyat apabila dia membeli sebuah kereta.

Bagi kereta yang dikilang oleh syarikat automotif nasional atau kereta jenama asing yang dipasang di Malaysia, ada 2 kos komponen yang dibayar rakyat: kos kereta (termasuklah keuntungan kepada pengilang/syarikat automotif) dan cukai yang dikenakan kerajaan. Di bawah sistem cukai sekarang, cukai adalah separuh dari harga kereta yang dibayar rakyat – maknanya jika anda membeli kereta pada harga RM50,000, sebanyak RM25,000 daripada harga tersebut adalah bayaran cukai kepada kerajaan.Kereta yang diimport dari luar negara juga mempunyai struktur kos yang sama, tetapi harganya lebih tinggi kerana ada dua komponen kos tambahan.

Setiap kereta yang diimport dikenakan cukai import 30 peratus dan harga jualan kereta import melonjak gara-gara lesen AP yang diperlukan untuk mengimport.Sebelum ini, lesen AP diberikan kepada individu/syarikat tertentu yang rapat dengan pemerintah. Oleh kerana tekanan dari rakyat yang berterusan, akhirnya sejak tahun 2009 kerajaan BN mula mengutip bayaran RM10,000 bagi setiap AP.Namun, kos lesen AP telah dimanuipulasi dan digunakan untuk mengaut untung berlebihan yang mengakibatkan harga kereta import melambung tinggi. Untuk memahami perkara ini, saya mengambil contoh pengalaman Tony Pua membeli sebuah kereta import.

Beliau membayar hanya RM100,000 untuk mengimport kereta Nissan Juke menggunakan lesen AP yang beliau perolehi sebagai seorang ahli parlimen. RM45,000 adalah harga sebenar kereta dan bayaran penghantaran melalui kapal. Baki RM55,000 adalah bayaran kepada kerajaan akibat duti eksais pada kadar 85 peratus, cukai jualan 10 peratus dan duti import sebanyak 30 peratus.Tony Pua bernasib baik kerana beliau hanya perlu membayar RM100,000 untuk kereta itu. Jika beliau membeli kereta yang sama dari pengedar kereta tempatan, harganya ialah RM160,000.

Beza harga sebanyak RM60,000 adalah kesan sistem AP yang tidak telus hingga menyebabkan harga kereta naik melambung kerana pemegang lesen AP boleh sahaja mengaut keuntungan atas angin berlipat kali ganda.Walau bagaimana pun, sebab sebenar yang menyebabkan harga kereta terlalu mahal dan menghambakan rakyat Malaysia dengan cukai kereta adalah cukai melampaui batas yang dikenakan ke atas kereta. Lagipun, hanya 10 peratus dari kereta yang dijual setiap tahun diimport menggunakan AP; bakinya adalah kereta yang dikilang/dipasang di Malaysia yang tidak dipengaruhi sistem AP tetapi terbeban dengan cukai yang tinggi.

Jesteru, satu-satunya cara untuk menghapuskan herotan harga kereta dan menghentikan kesengsaraan rakyat ialah dengan membatalkan cukai ini secara berperingkat agar harga kereta Malaysia berpatutan jika dibandingkan dengan harga di negara lain. Oleh kerana duti eksais dikenakan ke atas semua kereta, sudah tentu pembatalannya akan memberi kesan besar kepada harga semua kereta baik yang dipasang di Malaysia atau diimport.Untuk memahami perkara ini dengan lebih mudah, kita perlu kembali kepada contoh Tony Pua membeli keretanya. Jika dia mengimport keretanya selepas dasar pembatalan cukai kereta dilaksanakan, beliau hanya perlu membayar sejumlah RM50,000 iaitu kos kereta, penghantaran dan cukai jualan sebanyak 10 peratus.

Maka, beliau boleh menganggar berapa harga tertinggi yang beliau sanggup bayar kepada kerajaan untuk mendapatkan AP membawa masuk kereta itu. Oleh kerana Nissan Juke adalah sebuah kereta kecil yang tidak memakan minyak yang besar, kami mencadangkan bidaan untuk AP itu bermula pada harga RM10,000 sahaja (berbanding bidaan untuk AP membawa masuk sebuah Lamborghini yang memakan minyak besar misalnya, harga bidaan bermula dari RM30,000).Sudah tentu Tony Pua akan membuat bidaan dengan mengambil kira kos keseluruhan yang perlu ditanggung dalam membeli keretanya itu.

Jika belia sanggup membayar setakat RM90,000 bagi kereta tersebut, bidaannya bagi mendapatkan AP boleh mencecah RM40,000 memandangkan kos kereta hanyalah RM50,000 apabila cukai sudah dibatalkan. Inilah bahagian yang Datuk Mukhriz nampaknya tidak faham hingga beliau mengeluarkan kenyataan yang memalukan beliau dan kementerian. Melalui sistem bidaan terbuka untuk AP, kerajaan akan mendapat hasil yang meningkat kerana bayaran AP dibuat terus kepada kerajaan, bukannya tersekat di tangan orang tengah.

Hasil ini akan digunakan untuk menampung kos menghapuskan cukai kereta yang menyebabkan harga kereta terlalu tinggi di Malaysia.Apabila cukai kereta dihapuskan, secara automatik harga kereta akan jatuh sekurang-kurangnya 50 peratus walaupun harga AP ditentukan secara bidaan terbuka, kerana sekarang pun setiap AP dijual pada harga RM40,000 hingga RM60,000 (sama dengan harga AP bila dibuat secara bidaan terbuka). Bezanya, sekarang ini hasil dari AP masuk poket orang yang berkepentingan dan menidakkan hak rakyat untuk membeli kereta pada harga yang rendah jika hasil itu digunakan untuk menghapuskan cukai kereta.

Ringkasnya, penurunan cukai kereta akan menghapuskan satu komponen kos paling besar yang menyebabkan harga kereta di Malaysia terlalu tinggi.Saya harap penerangan ini boleh difahami dengan mudah oleh Mukhriz kerana jika perkara semudah ini pun beliau tidak memahami, apatah lagi perkara-perkara yang lebih rumit yang melibatkan industri dan perdagangan antarabangsa.

* Rafizi Ramli adalah Pengarah Strategi PKR. Beliau pernah mengaudit beberapa syarikat kereta.
~sinarharian


Selepas Kenyataan Hishamudin, Samseng Umno Makin Menggiler.. Saksikan!!

Posted: 14 Sep 2012 05:00 PM PDT

Rombongan PKR ke Johor hari ini yang dipimpin oleh Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim menjadi sasaran lagi di Skudai, Johor Bharu petang semalam yang boleh mengakibatkan kemalangan ke atas bas jelajah "Merdeka Rakyat" yang digunakan untuk kempen parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution memberitahu Malaysiakini semasa majlis makan malam 800 meja di di Skudai bahawa serangan itu berlaku sejurus sebelum rombongan mereka sampai ke majlis tersebut, yang merupakan kawasan letak kereta di sebelah pusat membeli-belah Sutera Mall."Dalam perjalanan kami ke sini, kami mendengar bunyi letupan kuat apabila kami melalui di bawah jambatan pejalan kaki.

"Kami mendapati seketul batu dilemparkan ke salah sebuah kereta dalam rombongan kami."Kemudian kami temui paku di atas jalan raya. Jadi kita berhenti di tepi jalan manakala kakitangan keselamatan kami membersihkan jalan raya sebelum kami boleh meneruskan perjalanan kami, "katanya.

Naib Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, semasa ucapannya di majlis makan malam itu, mendakwa mereka ternampak sebuah kereta di hadapan rombongan mereka hilang kawalan dan berpusing ke arah yang bertentangan."Kami dapati jalan penuh paku," kata Fuziah sambil mendakwa pelakunya mahu bas mereka ditimpa kemalangan.

"Alhamdulillah, kita berjaya mengatasi semua cabaran ini," katanya kepada kira-kira 6,000 hadirin berbilang kaum.Kereta yang berjaya sampai ke destinasi majlis makan malam itu, kemek dan calar pada bahagian bonetnya.Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Fuziah berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1km dari tempat majlis makan malam itu di sebatang jalan raya yang gelap, tetapi dia tidak tahu namanya. ~ mkini




Tiada ulasan: