Sabtu, 15 September 2012

shalehudin

shalehudin


MAI TENGOK: Sapa yang berani sangat buat filem kisah kematian Teoh Beng Hock neh...

Posted: 15 Sep 2012 09:26 AM PDT

Kematian Beng Hock ke layar perak pula

Selepas demonstrasi, serahan memorandum, ucapan di pentas ceramah dan persembahan teater, kisah kematian tragis setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor Teoh Beng Hock kini dibawa ke layar perak pula.

DAP Serdang malam tadi menayangkan filem dokumentari berkaitan bertajuk Jatuh di Dewan Perhimpunan Cina Selangor - Kuala Lumpur malam tadi.

Filem itu diarahkan oleh graduan Pengajian Cina Universiti Putra Malaysia Siew Ki, 26, cuba mendokumentasikan kisah kematian mendiang Teoh yang dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat.

Siasatan suruhanjaya diraja kematian Teoh mendapati mendiang membunuh diri akibat soal siasat agresif dan berterusan oleh pegawai SPRM.

Siew Ki berkata beliau mendapat idea untuk mengarahkan filem yang berdurasi 36 minit itu, sewaktu makan di pusat khidmat exco Selangor Ean Yong Hian Wah - bekas majikan Teoh - di Serdang pada suatu hari.

"Semasa saya makan dekat pusat khidmat itu saya teringat tentang Teoh Beng Hock. (Saya kata) kenapa (kes Teoh) tidak didokumentasikan. Ia penting untuk mengingati (kisah) atau menghantar mesej (kepada rakyat).

"Lalu saya cuba berhubung dengan YB Ean. Dalam masa dua hari, beliau memberi respon dan bersetuju menyediakan contact. Beliau menolong saya seratus peratus. Saya menghargainya," kata Siew Ki (kanan).

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 150 hadirin memenuhi ruang dewan tersebut termasuk ahli keluarga mendiang Teoh, bagi menyaksikan tayangan prebiu filem dokumentari itu.

Bercakap selepas tayangan itu, Siew Ki berkata filem dokumentari pertamanya itu dibantu oleh beberapa orang rakannya memandangkan beliau tiada pengalaman mengarah filem sebelum ini.

Filem itu mengambil masa selama empat bulan untuk disiapkan termasuk pascaproduksi.

Suara latar ibu

"Sebab saya mengarahkan dokumentari ini adalah untuk menyebarkan berita dan menerangkan keseluruhan cerita kepada pihak yang masih tidak faham khususnya di kampung-kampung yang masih bergantung kepada media arus perdana.

"Ada banyak perkara yang masih tidak diketahui, jadi amat penting untuk saya dedahkan semuanya berkaitan kes ini," katanya.

Jatuh bermula dengan babak menunjukkan bangunan Plaza Masalam di Shah Alam - pejabat lama SPRM Selangor. Teoh ditemui mati di situ pada 16 Julai 2009 di tingkat lima selepas memberi keterangan di tingkat 14.

Kemudian suara latar ibu mendiang yang 'off-screen' kedengaran, menceritakan perwatakan dan sifat penyayang Teoh kepada ahli keluarganya sejak kecil sehingga dewasa sebelum ibunya muncul dan ditemubual oleh Siew.

Kemudian, babak seterusnya diselangi dengan gambar kenangan Teoh sejak kecil sehingga dewasa dan berkarier yang juga diiringi dengan suara latar daripada temubual dengan ibunya.

Dalam filem itu juga, Siew turut menemubual beberapa individu yang terlibat secara langsung bertanggungjawab membela kematian Teoh termasuk ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang menjadi peguam kepada keluarga Teoh.

Gobind menceritakan dari aspek perundangan membela kematian Teoh sejak awal sehingga berakhirnya prosiding suruhanjaya diraja yang menyiasat punca kematian mendiang.

Selain itu, Siew turut menemubual pakar patologi forensik Thailand Dr Pornthip Rojanasunand yang hadir memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja untuk mengetahui punca kematian mendiang Teoh. Temubual itu dijalankan di Thailand pada bulan Jun lalu.

Ean turut ditemubual dalam filem itu, menceritakan mengenai detik mula dan kisah setiausaha politiknya dipanggil oleh SPRM pada tarikh tersebut sehingga mendiang ditemui mati di bangunan tersebut.

Di samping itu, Siew turut menyelitkan gambar Teoh, foto perhimpunan solidariti kepada keluarga mangsa serta keratan laporan Malaysiakini dan akhbar berbahasa Inggeris mengenai berita berkaitan prosiding inkues dan RCI yang berlangsung.

Lagu sentuh emosi keluarga Teoh

Siew turut menyelitkan 'footage' mengenai sidang media pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan penubuhan RCI bagi menyiasat kematian itu yang diambil daripada Malaysiakini.tv.

Siew juga memaparkan 'footage' prosiding inkues yang mana ketua pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa menunjukkan aksi mencekik leher sendiri, sehingga mengundang gelak ketawa para hadirin.

Malah, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim turut ditemubual dan menggesa SPRM bersikap "telus dan bertanggungjawab supaya tragedi itu diperbetulkan" dan menjadikan kes Teoh asas supaya tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Filem itu juga menemubual pemerhati politik dan aktivis Hishamuddin Rais yang memberi pandangannya terhadap kes tersebut yang didakwanya sebagai kes "pembunuhan" dan menyifatkan proses siasatan SPRM yang lama terhadap Teoh sebagai "penyeksaan".

Bagaimanapun, Siew menjelaskan beliau tidak menemubual pegawai SPRM kerana "mahu mendokumentasikan kebenaran yang dipercayainya bahawa Teoh bukan mati kerana bunuh diri".

"Lagipun banyak media yang berpihak kepada MACC (yang boleh menyiarkan pandang mereka)," katanya sambil menambah beliau mempunyai tempoh masa yang terhad dalam filem tersebut.

Filem itu juga menyediakan sarikata dalam tiga bahasa - Inggeris, Melayu dan Cina serta suara latar perempuan dalam bahasa Melayu.

Di akhir sekali, Siew yang memaparkan sedutan temubual Gobind yang berkata:

"To the officers not only the MACC officers but all officers who deal with suspects and witnesses, that if this is done, if this is happened, you will have to pay for it".

Mengakhiri filem ini, para hadirin dihiburkan dengan lagu tema bertajuk 'Teoh Beng Hock' yang dinyanyikan oleh Zamri Mat Jidan atau lebih dikenali sebagai Nik Jidan. Lirik ditulis oleh Hishamuddin Rais.

Nik turut mendendangkan lagu yang sama dengan petikan gitar kepada hadirin sehingga mengundang tangisan keluarga mendiang.- Malaysiakini


TERKINI: AS tahan lelaki suspek hina NABI

Posted: 15 Sep 2012 09:08 AM PDT

Seorang lelaki disyaki menghasilkan filem Innocense of Muslims dibawa keluar dari rumahnya oleh pihak berkuasa AS, semalam. – Foto ihsan

AS tahan lelaki disyaki terbit filem hina Nabi

[DIKEMAS KINI] LOS ANGELES - Seorang lelaki yang disyaki menghasilkan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sehingga mencetuskan kemarahan dan protes mengorbankan hampir 10 orang setakat ini, ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), semalam.

Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula, pernah disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank pada 2010, dan diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan tidak boleh akses kepada Internet.

Nakoula, 55, dilaporkan telah menafikan terbabit dalam pembikinan filem tersebut, yang dinamakan Innocense of Muslims.

Protes ekoran tayangan filem itu merebak ke banyak negara Timur Tengah dan Mesir. Semalam, protes juga diadakan di Malaysia. Hari ini, protes merebak ke Australia.

Nakoula ditahan sejurus selepas tengah malam tadi.

Wakil media menunggu kemunculan lelaki itu selama 48 jam di hadapan rumahnya di selatan California.

Dia muncul dengan mengenakan skarf, kot dan cermin mata bagi mengelakkan wajahnya dirakam oleh media. Berdasarkan rekod hartanah, rumah dia ditahan adalah miliknya.

Jurucakap Jabatan Sherif Los Angeles, Steve Whitmore mengesahkan bahawa Nakoula dibawa ke stesen sherif Cerritos untuk disoal siasat oleh pegawai-pegawai pemantauan persekutuan bagi menentukan sama ada dia telah melanggar syarat hukuman dipantau selama lima tahun yang dikenakan.

Whitmore menambah, Nakoula telah bersetuju untuk ditemu siasat oleh pihak berkuasa sebelum tiba di rumahnya. Oleh itu katanya, keputusan dibuat Nakoula adalah secara sukarela.

"Lelaki itu memberi kerjasama," katanya lagi.

Nakoula ada memberitahu Associated Press bahawa dia bukan pengarah filem itu tetapi hanya pengurus logistik. Pengarah filem itu dikatakan menggunakan nama Sam Bassiel. Laporan terdahulu menunjukkan Nakoula menggunakan sekurang-kurangnya lapan nama yang lain.- SH


Baiknya Hishamuddin.... kahkahkah...

Posted: 15 Sep 2012 07:30 AM PDT

Hishammuddin sahkan penahanan individu pijak gambar Nik Aziz, Guan Eng

KUALA LIPIS: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penahanan beberapa individu yang didakwa memijak dan membuang air kecil ke atas gambar Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Katanya, penahanan itu dilakukan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bagi melengkapkan siasatan berhubung laporan polis yang diterima terhadap tindakan melampau sekumpulan pemuda itu.
"Tangkapan ke atas mereka terbabit sudah dibuat, siasatan dan kertas siasatan pula dalam bidang kuasa PDRM. 
"Jadi, biar mereka siasat perkara itu dan tidak ada sesiapa akan terlepas dari tindakan undang-undang, tidak kiralah siapa mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Lipis di sini, hari ini. 
Beliau berkata apabila siasatan kes itu selesai nanti, terpulang kepada pejabat Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak mereka yang terbabit.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih ditahan, Hishammuddin berkata, sebahagian sudah dibebaskan sebelum Aidilfitri lalu.
"Baki tahanan itu masih dalam pertimbangan (untuk dibebaskan) di mana mereka ini kita kena pastikan dulu benar-benar tidak lagi mengancam keselamatan negara. 
"Kita sudah perkenalkan akta baharu bagi menggantikan ISA jadi kita kena ambil kira semua benda," katanya. - BERNAMA


Sebab Najib perlu diturunkan

Posted: 15 Sep 2012 07:16 AM PDT

Jerit sana sini...
Rakyat juga terabai...
Jerit sana sini...
Habis tanah rizab melayu tergadai...

Last-last, Melayu telah jatuh jadi kelas kedua dalam negara sendiri. Lebih menyedihkan jatuh disebabkan oleh parti yang mengangkat ketuanan Melayu sebagai perjuangan mereka....

Tu pun masih ada lagi Melayu2 bangang yang menjilat parti busuk sampai ke usus neh...


PENTING: Untuk bacaan bangsa Umno SAHAJA...

Posted: 15 Sep 2012 05:10 AM PDT

Hampa nak lempar cat? Sudahh...
Hampa nak baling batu? Sudahh...
Hampa nak buang paku? Sudahh...

Hampa buat la apa pun...
Hampa ingat boleh sekat DS Anwar untuk bertemu rakyat?
Tak dak cabutan bertuah...
Tak dak bas percuma...
Tak dak makan percuma...
Tak dak konsert artis k pop...

Rakyat tetap menunggu bakal PM Malaysia neh...
Mengapa DS Anwar berani sehingga ke tahap memaksa Pengawal beliau keluarkan pistol?
Tidak lain tidak bukan, kerana beliau merasa berada di pihak yang benar. Berani kerana benar.
Hampa tanya tengok pasai apa Najib takut?

Hampa jawab la sendiri...

Kahkahkah...

Aku punya paksa diri nak bagi TERKEJUT...

Posted: 15 Sep 2012 12:54 AM PDT


Aku punya paksa diri aku la nak bagi terkejut ngan stetmen bangang neh... Tapi nak buat camana, aku sikit pun tak terkejut... tak payah cakap pun kami dah tau...

Kahkahkah...

Awat selama neh hampa jaga sangat keselamatan rakyat?


Muka Hishamuddin terkejut tengok gambar neh...

Posted: 14 Sep 2012 10:57 PM PDT

Gambar Ini Adalah Sebagai Jawapan Kepada Dato Seri Hishamuddin, Menteri Dalam Negeri...

Sapa Kata Rakyat Johor Tak Suka DS Anwar Ibrahim?
Gambar Ini Sebagai Bukti Bahawa Rakyat Johor Semakin "Sayang" Dengan Pemimpin Pakatan Rakyat Dan Bakal Membuat Perubahan Besar Pada PRU13 Nanti... 

Tak Lena Tidurlah Nampak Gayanya Pemimpin Pemimpin UMNO Johor Terutamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin & MB Johor, Abdul Ghani Othman...

Untuk Parlimen Sembrong, Ini Kali Lah !!!

Kahkahkah....


Kahkahkah...


TERKINI: Misteri empat lelaki hilang di Lata Bayu

Posted: 14 Sep 2012 06:17 PM PDT

Kumpulan berkenaan dilaporkan sesat di kawasan hutan ini.

Mangsa sesat maut dipatuk ular

BALING - Salah seorang daripada empat lelaki dan seorang perempuan yang sesat dalam hutan berdekatan Pusat Peranginan Lata Bayu, Baling dilaporkan mati akibat dipatuk ular manakala seorang lagi tenat setelah dua hari berada dalam hutan tersebut.

Kejadian itu dimaklumkan salah seorang rakan mangsa menerusi sistem radio amatur yang digunakan kumpulan terbabit.

Kelima-lima mangsa yang dikatakan berasal dari Selangor itu tidak sempat menyampaikan maklumat lengkap mengenai kedudukan dan identiti mereka setelah sistem radio yang digunakan itu tidak dapat berfungsi.

Keadaan itu mengakibatkan komunikasi antara kumpulan berkenaan dengan pengguna radio amatur lain terputus seterusnya menyukarkan operasi mencari dan menyelamat.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, kejadian itu disedari setelah kumpulan berkenaan memancarkan isyarat kecemasan menerusi radio amatur mereka pada jam 10 malam kelmarin.

Penduduk setempat memenuhi pekarangan Lata Bayu untuk mendapatkan maklumat kejadian.

Rakan radio amatur turut sama dalam operasi mencari mangsa.

Menurutnya, isyarat itu diterima pengguna radio amatur seluruh Semenanjung Malaysia sebelum dilaporkan kepada pihak berkuasa di sini, termasuk penduduk kampung.
"Kali terakhir kumpulan itu dihubungi pada jam 7 pagi semalam. Salah seorang rakan kumpulan itu sempat memaklumkan mereka berada di kawasan cerun dan seorang rakan mereka meninggal dunia akibat dipatuk ular dan seorang lagi sedang tenat," katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, kumpulan radio amatur di sini cuba dapatkan maklumat lengkap mengenai kumpulan itu, tetapi tidak berhasil setelah radio yang digunakan kumpulan itu tidak berfungsi.
"Justeru, kita tidak mengetahui berapa lama mereka berada di dalam hutan berkenaan, termasuk maklumat ahli keluarga mereka. 
"Polis juga tidak terima laporan perjalanan ke hutan oleh kumpulan terbabit sebelum ini dan menyukarkan pihak berkuasa mendapatkan maklumat dan menjalankan siasatan," katanya.
Lancar operasi menyelamat

Mat Daud berkata, operasi mencari dan menyelamat melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan awam, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) termasuk penduduk kampung dan pertubuhan sukarelawan dilancarkan pada jam 3 pagi sehingga 7 pagi semalam.

Operasi yang diteruskan pada jam 9 pagi itu tidak menemukan sebarang petanda mahupun jejak kumpulan berkenaan.

Menurutnya, penduduk yang berpengalaman di dalam hutan juga tidak menemukan sebarang jejak walaupun telah mencari sejauh tiga kilometer di dalam hutan tersebut.
"Namun begitu, anggota yang terlibat masih lagi berjaga di pekarangan Lata Bayu sehingga jam 6 petang ini (semalam). Setakat ini, kita masih menunggu maklumat lengkap terutama laporan polis oleh ahli keluarga kumpulan tersebut. 
"Laporan berkenaan sedikit sebanyak dapat mengesahkan kejadian itu benar-benar berlaku ataupun hanya penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Terdapat beberapa penduduk yang mendakwa ternampak kelibat salah seorang lelaki yang melambai ke arah mereka ketika operasi menyelamat dilakukan.

Penduduk yang hanya mahu dikenali Mat berkata, terdapat seorang mangsa yang tidak berbaju dan berseluar pendek melambai ke arah kumpulan penyelamat awal pagi semalam.

Menurutnya, dia bersama rakan-rakannya memberikan salam dan melaungkan azan ke arah lelaki berkenaan yang berada 50 meter dari kedudukan mereka.
"Salam kami dibalas, malah lelaki itu turut melaungkan azan. Jadi, saya dan rakan-rakan pun bergerak ke arah lelaki berkenaan kerana yakin lelaki itu adalah salah seorang mangsa yang sesat dalam hutan itu. 
"Namun, setelah sampai ke lokasi lelaki tersebut, lelaki itu hilang tanpa sebarang jejak," katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, kejadian itu tidak melemahkan semangatnya kerana ia merupakan kejadian yang sering berlaku dalam hutan.
"Kita akan meneruskan operasi mencari kerana bimbang sesuatu yang lebih buruk berlaku kepada kumpulan tersebut," katanya.
Mat berkata, kejadian yang pertama kali berlaku di kawasan itu turut menimbulkan beberapa persoalan dalam kalangan penduduk setempat, termasuk pasukan penyelamat.
"Kami tidak ada maklumat lengkap dan sahih mengenai kejadian ini. Ia hanya berdasarkan maklumat menerusi sistem radio. Namun, kita akan terus mencari sehinggalah mendapat kata putus daripada pihak berkuasa," katanya.


Mampuih la Umno, Chegu Bard tunggu dokumen ja... [BACA]

Posted: 14 Sep 2012 05:00 PM PDT

Panas !!! Korupsi...Siapa MR. 40 % ....Akan Didedah

Korupsi di M'sia sudah membarah : SAMM akan membuat pendedahan kesemua dokumen yang diperolehi dalam masa tiga hari dari hari ini.

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat pendedahan berlakunya penyelewengan melibatkan Jabatan Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan media hari ini Penyelaras SAMM Kebangsaan Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan mendedahkan identiti seorang yang bekerja sebagai orang tengah dalam hal geran bantuan Perdana Menteri.

Badrul Hisham yang juga ketua PKR bahagian Rembau berkata pada 12 September (semalam) beliau menerima satu set dokumen di rumahnya di Nibong Tebal, Pulau Pinang.Menurutnya, SAMM akan membuat pendedahan kesemua dokumen yang diperolehi dalam masa tiga hari dari hari ini.

Dokumen ini membuktikan bagaimana geran bantuan Perdana Menteri kepada sebuah badan kebajikan telah diselewengkan dan sebanyak RM200,000 terpaksa dibayar kepada orang tengah sebagai 'komisyen'.

Menurutnya lagi, set dokumen itu mengandungi surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM500,000.

Surat-surat yang lain disertakan ialah surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada Kementerian Kewangan.Juga diperolehi ialah minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama seorang pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) yang membantu mendapatkan geran bantuan daripada Perdana Menteri.

Dokumen itu adalah bukti yang kukuh di mana pemimpin BN tersebut menjadi orang tengah kepada sebuah pertubuhan di mana mendapat geran bantuan RM500,000 tetapi diputuskan pembayaran 'komisyen' sebanyak 40% kepada syarikat milik pemimpin yang dinyatakan.
"Set dokumen tersebut turut melampirkan penyata kira-kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini.
Ini termasuk beberapa dokumen yang boleh membuktikan operasi pembayaran komisyen ini diketahui oleh pihak yang menguruskan pembayaran dari pejabat Perdana Menteri itu sendiri," kata Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai CheguBard.

Usaha tutup korupsi Scorpene

Sementara itu, CheguBard mendakwa siasatan yang dilakukan terhadap sebuah NGO, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ialah satu usaha untuk menutup isu pendedahan korupsi kapal selam Scorpene termasuk penjualan maklumat ketenteraan kepada pihak asing.
"Tiba-tiba untuk menutup isu pendedahan korupsi kapal selam yang didedahkan termasuk penjualan maklumat ketenteraan kepada pihak asing, Suaram diserang di media utama negara sebagai alat asing semata-mata kerana menerima dana dari luar.
"Nampak sangat kerajaan BN menjadi panik dan ketandusan isu berdepan Suaram," jelas beliau.
 Beliau berkata, bukannya suatu perkara yang asing organisasi bukan kerajaan di seluruh dunia mendapat bantuan dana dari luar khususnya dari negara kaya dan maju.

Bantuan dan dana katanya, juga datang dari badan korporat, yayasan besar dunia dan perbagai bentuk lagi secara langsung mahupun tidak langsung.
Jelas beliau, "ini bukanlah satu kesalahan atau pelik cuma cara hipokrasi kerajaan BN seolah-olah menjadikan perkara ini asing dan amat salah, khususnya dalam negara yang mengamalkan konsep kapitalisme (pasaran terbuka).
"Yang salah ialah usaha menjual syarikat berkepentingan negara kepada pihak asing. Rakyat seharusnya tidak melupakan penjualan kepentingan Bernas, Telekom dan banyak syarikat negara kepada pihak asing. 
"Lebih dashyat ialah mereka yang rapat dengan Perdana Menteri yang terlibat menjual rahsia ketenteraan negara dalam proses pembelian Scorpene, ini juga didiamkan," ujar beliau.- Kedah.kini


Tiada ulasan: