Telok Bakong Online |
Posted: 15 Sep 2012 01:23 AM PDT Labuan: TS Ibrahim Menudin: "dari awal saya antara org2 yg membawa Umno masuk Sabah, tapi hari ini saya tinggalkan Umno yg dicemari rasuah." Bekas bendahari Umno-APCO Sabah yang juga Pengerusi Sabah Port Sdn. Bhd. Ibrahim Menudin mengisytiharkan secara rasmi menyertai PKR. Pengumuman tersebut dibuat di hadapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta ribuan hadirin yang berada di tapak ceramah di Markas Pakatan Rakyat, Kampung Tanjung Aru, Labuan sebentar tadi. . Perkara itu disahkan sendiri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang menyaksikan majlis yang kini sedang berlangsung. "Sepertinya macam itu ... tapi kita akan maklumkan lagi," kata Azmin. Ibrahim yang memegang jawatan tersebut telah digantikan oleh Ketua Menteri Sabah sekarang, Musa Aman adalah merupakan Pengerusi bukan eksekutif Suria Capital Holding yang menguasai Sabah Port yang dimiliki kerajaan. "Baru tiba di Labuan. Dalam perjalanan ke Bilik Gerakan KEADILAN Parlimen Labuan. Jam 3 petang ada pengumuman penting," jelas mesej Azmin dalam Twitternya pagi tadi. Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam Twitternya turut berkata kehadiran Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Sabah dan Labuan hari ini turut disambut oleh Ibrahim di Lapangan Terbang Labuan dan mereka turut makan tengahari bersama di The Waterfront Labuan. Ibrahim merupakan pemimpin keempat meninggalkan Barisan Nasional (BN) di Sabah, mengikut jejak langkah Naib Presiden United Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Maijol Mahap, Timbalan Presiden Upko, Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran serta ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin yang merupakan timbalan menteri pusat. Kerusi di Sabah dan Sarawak dijangka menjadi kubu pertahanan BN menjelang pilihanraya umum akan datang, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, menyumbang 57 kerusi, atau 25 peratus daripada 222 kerusi Parlimen. Pada pilihan raya 2008, BN tewas majoriti dua pertiga Parlimen dengan tewas lima negeri termasuk Kelantan di Semenanjung. Peti undi BN datang dari Sabah dan Sarawak, termasuk Labuan, apabila parti pemerintah itu memenangi 55 kerusi Parlimen kecuali dua di tangan pembangkang sebelum ini. Bagaimanapun, BN kini hanya memiliki 53 kerusi Parlimen dan pembangkang pula kini memiliki empat kerusi termasuk Kota Kinabalu dan Bandar Kuching. Ibrahim dalam ucapannya mengatakan bahawa beliau antara pengasas terawal yang membawa Umno-APCO ke Sabah tetapi hari ini beliau tidak rasa terkilan meninggalkan parti yang sudah teruk dicemari rasuah.-Jalan Pulang Anwar Cuba Dihalang Di SabahKetibaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ke Wilayah Persekutuan Labuan sebentar tadi disambut dengan cara paling 'berhemah' atas arahan Perdana Menteri, Najib .Dengan memperalatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), rombongan Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang luar biasa yang belum pernah berlaku sebelum ini di pulau bebas cukai itu. Menurut Naib Presiden PKR, Tian Chua, konvoi Anwar terpaksa menempuh kesesakan sejauh lebih dua kilometer gara-gara polis membuat beberapa sekatan jalan raya menghala ke tapak ceramah di Markas Pakatan Rakyat di Jalan Kerupang, Kampung Tanjung Aru. Anwar yang tiba dari Kuala Lumpur jam 1240 tengah hari tadi disambut meriah penyokong Pakatan Rakyat serta kakitangan lapangan terbang sebelum dibawa menaiki kenderaan ke tapak ceramah. Perjalanan yang kebiasaannya cuma memakan masa kurang setengah jam kini terpaksa menempuh sekatan polis dan akibatnya kenderaan biasa pun tersangkut selama lebih sejam. Turut terperangkap dalam kesesakan lalulintas itu ialah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Naib Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw dan ahli parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli. Dipercayai ia kali kedua cubaan Najib menghalang kemasukan Anwar ke Labuan setelah cubaan pertama berjaya dengan helah keadaan cuaca buruk di Labuan memaksa penerbangan Anwar dilebcongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinalbalu pada awal Julai lalu. Ia juga dipercayai bagi menghalang ribuan penduduk tempatan hadir ke ceramah terbesar dalam sejarah pulau yang mempunyai keluasan seluas 98 kilometer persegi itu sejak diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan kedua selepas Kuala Lumpur pada 16 April 1984. |
Serangan Ganas Kepada Jelajah PKR Di Johor Posted: 14 Sep 2012 07:43 PM PDT Rombongan PKR ke Johor hari ini yang dipimpin oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran lagi di Skudai petang ini yang boleh mengakibatkan kemalangan ke atas bas yang digunakan untuk kempen parti itu. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memberitahu Malaysiakini semasa majlis makan malam 800 meja di di Skudai bahawa serangan itu berlaku sejurus sebelum rombongan mereka sampai ke majlis tersebut, yang merupakan kawasan letak kereta di sebelah Sutera Mall. "Dalam perjalanan kami ke sini, kami mendengar bunyi letupan kuat apabila kami melalui di bawah jambatan pejalan kaki. "Kami mendapati seketul batu dilemparkan ke salah sebuah kereta dalam rombongan kami. "Kemudian kami temui paku di atas jalan raya. Jadi kita berhenti di tepi jalan manakala kakitangan keselamatan kami membersihkan jalan raya sebelum kami boleh meneruskan perjalanan kami, "katanya. Naib Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, semasa ucapannya di majlis makan malam itu, mendakwa mereka ternampak sebuah kereta di hadapan rombongan mereka hilang kawalan dan berpusing ke arah yang bertentangan. "Kami dapati jalan penuh paku," kata Fuziah sambil mendakwa pelakunya mahu bas mereka ditimpa kemalangan. "Alhamdulillah, kita berjaya mengatasi semua cabaran ini," katanya kepada kira-kira 6,000 hadirin berbilang kaum. Kereta yang berjaya sampai ke destinasi majlis makan malam itu, kemek dan calar pada bahagian bonetnya. Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Fuziah berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1km dari tempat majlis makan malam itu di sebatang jalan raya yang gelap, tetapi dia tidak tahu namanya.-Malaysia Kini |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan