Addin |
- (Gambar) Sambutan 'Dingin' Orang Ramai Di Himpunan Hijau Ke Putrajaya Negeri Kelantan
- Gempar!! RM200,000 Dari Geran Bantuan Pertubuhan Kebajikan Diseleweng Pemimpin BN
- Lokasi Himpunan Bantahan Filem Hina Nabi "Innocence of Muslims" Esok
- Umno Hina Anwar Tapi Dunia Iktiraf Anwar.. Ini Buktinya
- Dr. Asri Puji Tindakan Ning Baizura Tarik Diri Persembahan Syarikat Arak Guinness
- Akhirnya.. Polis Mengakui Bersalah Belasah Peserta BERSIH 3.0
- Memalukan!! Blogger Umno Aku Janji Di Mahkamah Tinggi Untuk Tidak Fitnah Pemimpin Pakatan Rakyat
- Apa!! Yahudi APCO Penderma Filem Hina Islam?
- Kenapa Pemimpin Umno Tunjuk Tanda Simbolik Yahudi?
- Petanda Pilihanraya Sudah Terlalu Dekat.. Bacalah!!
(Gambar) Sambutan 'Dingin' Orang Ramai Di Himpunan Hijau Ke Putrajaya Negeri Kelantan Posted: 13 Sep 2012 09:16 AM PDT |
Gempar!! RM200,000 Dari Geran Bantuan Pertubuhan Kebajikan Diseleweng Pemimpin BN Posted: 13 Sep 2012 07:56 AM PDT Setelah berbagai penyelewengan yang melibatkan Najib dan pentadbirannya terdedah kini kita akan melihat satu lagi salahguna dana kerajaan oleh pentadbiran Najib.. Insyaallah.. Yang menarik kali ini ialah, sifat haram jadah benar-benar jelas kelihatan dalam pemimpin-pemimpin UMNO/BN dimana RM200,000 dari RM500,000 Geran Bantuan untuk sebuah Pertubuhan Kebajikan diseleweng oleh beberapa pemimpin BN. Aku ulang.. Geran Bantuan untuk sebuah Pertubuhan Kebajikan.. Jika sebelum ini kita sering mendengar jumlah komisyen yang perlu dibayar hanyalah sekitar 10 hingga 30%.. kini jimlah tersebut telah meningkat menjadi 40%.. KORUPSI SUDAH MEMBARAH ; GERAN BANTUAN PERDANA MENTERI LIBAT BAYARAN 'KOMISYEN' RM200,000 KEPADA ORANG TENGAH Che'Gubard semalam 12 September 2012 telah mendapat satu set dokumen yang membuktikan bahawa bagaimana geran bantuan Perdana Menteri kepada sebuah badan kebajikan telah diselewengkan sebanyak RM200,000 yang terpaksa dibayar kepada orang tengah sebagai 'komisyen'. Set dokumen ini mengandungi :
Semua dokumen tersebut telah temui di rumah che'GuBard di N.Tebal, P.Pinang. Persoalanya dalam negara ini korupsi sudah amat teruk umpama sel barah yang merosak dalam tubuh. Untuk mendapatkan peruntukan geran bantuan kebajikan juga sudah terlibat 'komisyen' yang sangat tinggi. Berapa banyak wang rakyat hangus kerana membayar komisyen ini. Persoalannya :
Bukan sahaja pembelian kapal selam tetapi geran bantuan kebajikan juga sudah perlu bayar komisyen. Malaysia sudah terlalu parah nampaknya.Kesemua dokumen tersebut telah dibuat carian dan disahkan salinan dari dokumen asal yang betul, kini hanya memerlukan beberapa carian lagi sebelum pendedahan penuh. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat pendedahan kesemua dokumen yang diperolehi dalam masa tiga hari dari hari ini. Sekian. che'GuBard Penyelaras SAMM Kebangsaan ~asd |
Lokasi Himpunan Bantahan Filem Hina Nabi "Innocence of Muslims" Esok Posted: 13 Sep 2012 07:21 AM PDT KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan himpunan munajat dan bantahan di seluruh negara esok berhubung penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Rasulullah SAW. Himpunan tersebut akan diadakan sejurus solat Jumaat di setiap negeri di seluruh Malaysia. Berikut adalah senarai lokasi himpunan setiap negeri yang telah disahkan: a] Pahang - Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan b] Selangor dan Wilayah - Masjid Amaniah, Batu Caves c] Perak - Masjid Negeri Ipoh d] Sabah - Masjid TM Sepanggar Kota Kinabalu e] Penang - Masjid Permatang Janggus f] Sarawak - Masjid Bintulu g] Terengganu - Masjid Rusila h] Melaka, Kedah, N9, Johor sedang menentukan lokasi utk himpunan tersebut . Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Pusat menjemput semua umat Islam yang perihatin untuk menyertai himpunantersebut esok.~harakahdaily |
Umno Hina Anwar Tapi Dunia Iktiraf Anwar.. Ini Buktinya Posted: 13 Sep 2012 07:02 AM PDT KUALA LUMPUR 13 September: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima anugerah AMSS (UK) Lifetime Achievement Award 2010 (Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2010) daripada Association of Muslim Social Scientists United Kingdom (AMSS UK).Anugerah itu diumumkan AMSS UK dalam satu kenyataan pada 5 Oktober 2010 dan ia akan disampaikan Pengerusi AMSS UK, Dr Anas S Al-Shaikh-Ali pada 4 Oktober ini di universiti terkemuka, Paris Sorbonne University. Memetik laman rasmi AMKSS UK di sini, ia diberikan atas jasa dan sumbangan besar Anwar dalam bidang politik dan pemikiran ekonomi, mempromosikan tata kelola yang baik dan komitmen beliau pada prinsip keadilan dan toleransi.Bersempena dengan anugerah itu, Anwar akan menyampaikan syarahan bertajuk 'Adakah Kebangkitan Arab (Arab Spring) berpotensi untuk menjadi Kebangkitan Muslim?'. Syarahan dianjurkan The Institute of International and Strategic Relations (IRIS France), The Advanced Studies Research Centre (Belgium) dengan kerjasama AMSS UK.AMSS UK adalah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan (non-profit organization) berpangkalan di London dan komited kepada isu-isu tempatan dan global melalui penyelidikan, persidangan dan penerbitan. Antara tokoh penerima anugerah itu adalah Edward Said (ahli akademik, penulis 'Orientalism'), Mustafa Ceric (Mufti Besar Bosnia-Herzegovina), Seyyed Hossein Nasr (ahli falsafah Islam) dan Martin Lings (sarjana, penulis 'Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources'). Dalam satu program berbeza, Anwar dijadual menyampaikan syarahan bertajuk 'Islam dan Kepelbagaian Budaya: Pengalaman Asia Tenggara' di University of Westminster, London pada 21 September ini jam 5.30 petang.Syarahan itu dianjurkan Program Islam dan Demokrasi, Pusat Kajian Demokrasi, University of Westminster dengan kerjasama AMSS UK. ~kd |
Dr. Asri Puji Tindakan Ning Baizura Tarik Diri Persembahan Syarikat Arak Guinness Posted: 13 Sep 2012 03:00 AM PDT Tindakan penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura menarik diri daripada menjayakan acara persembahan 'Guinness Arthur's Day' yang bakal berlangsung 28 September ini di Souled Out, Mont Kiara, mendapat pujian daripada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Dr Mohd Asri yang juga merupakan Pensyarah Bahagian Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia mengucapkan tahniah di atas penarikan dirinya daripada program terbabit dengan berkata, "saya ucapkan tahniah kepada Ning." "Ini adalah sikap yang baik," katanya. Asri turut menjelaskan, "sekiranya sebarang persembahan yang diadakan dipercayai mempunyai kaitan dengan kempen mempromosi minuman keras sama ada secara langsung atau tidak langsung, ia adalah haram." Beliau mengulas mengenai pembabitan artis beragama Islam yang terlibat dalam persembahan meraikan ulang tahun syarikat minuman keras terkemuka itu. Selain itu, Asri menyeru semua artis untuk memperbaiki diri dengan mendekati asas-asas agama dengan sebaiknya. "Maksud saya di sini bukanlah untuk menggesa mereka menjadi pendakwah sebaliknya untuk memastikan mereka mempunyai asas agama yang kukuh untuk tidak melanggar batas agama walaupun mereka terlibat dalam bidang hiburan," katanya. Ketika diminta mengulas mengenai seorang lagi penyanyi yang terlibat dalam konsert itu, Mizz Nina, Asri berkata, "saya percaya dia (Mizz Nina) sebagai seorang Muslim, unsur baik ada dalam diri dia dan saya berharap dia menarik diri." Ning, 37, dikatakan menarik diri daripada persembahan itu selepas penyalahgunaan gambarnya pada poster promosi acara itu. Penyanyi itu dukacita di atas penyalahgunaan gambarnya pada poster promosi mengenai penglibatannya dalam persembahan acara 'Guinness Arthur's Day' yang akan berlangsung di Bukit Kiara. Ning berkata dia tidak terlibat langsung dalam promosi jenama arak itu dan gambarnya telah digunakan tanpa mendapat persetujuan daripada pihaknya. Pihaknya turut menjelaskan bahawa Ning telah ditempah oleh pihak pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada tarikh itu dan bukannya didampingi oleh Guinness Anchor Berhad. Pengurusan penyanyi itu turut berkata, pihaknya sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana syarikat yang mempromosikan minuman keras. ~sinarharian |
Akhirnya.. Polis Mengakui Bersalah Belasah Peserta BERSIH 3.0 Posted: 13 Sep 2012 01:39 AM PDT KUALA LUMPUR 13 September - Seorang pegawai kanan polis akhirnya mengaku bersalah terhadap tindakan ganas pasukan itu ke atas orang awam dan wartawan yang bertugas pada perhimpunan Bersih. Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa memohon maaf atas dan beralasan bahawa polis adalah manusia biasa yang tidak terlepas melakukan kesilapan. "Dalam taklimat kepada pegawai polis, saya sudah memberitahu mengenai kebebasan wartawan. Kalau nak ambil tindakan terhadap wartawan, perlu pastikan mereka ada pas media atau sebaliknya. "Saya pesan kepada mereka (polis), apa juga kejadian yang melibatkan wartawan akan memberi imej buruk kepada polis. "Tapi malangnya perkara ini tetap berlaku. Sebab kita ini manusia…Saya minta maaf, mungkin saya terlalu emosional, tapi sampai ke hari ini, saya tertanya-tanya kenapa perkara ini boleh berlaku. "Selepas fikir-fikir balik, barulah saya sedar yang anggota polis itu juga manusia biasa," katanya di hadapan panel Pendengaran Awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini. Panel itu diketuai Naib Pengerusi Suhakam, Dr Khaw Lake Thee dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. Polis perlu hormati kebebasan media Khairi juga tidak bersetuju dengan pandangan pegawai polis lain untuk memberikan taklimat kepada wartawan ketika membuat liputan mana-mana perhimpunan kerana peranan media sudah wujud sebelum negara merdeka. "Kita perlu faham hak kebebasan membuat liputan. Kita tidak perlu takut dengan laporan negatif media. Media kadang-kadang mempunyai pandangan berbeza terhadap sesuatu keadaan. Jadi kita perlu hormati hak kebebasan media," tegasnya. Menurut Khairi lagi, bukan sahaja wartawan, kebebasan orang ramai untuk berhimpun juga perlu dihormati kerana ia sudah termaktub dalam Artikel 10, Perlembagaan Negara. Katanya, polis hanya berhak untuk mengawal keadaan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. "Kita tak perlu sekat hak yang dijamin dalam perlembagaan. Jelas Artikel 10 (dalam perlembagaan) menyebut hak untuk berpersatuan dan berhimpun. Apa yang penting kita kawal keadaan," katanya. Cederakan petugas media, orang awam tindakan hina Khairi yang sudah berkhidmat 38 tahun dalam pasukan polis turut mengecam tindakan segelintir anggota pasukan itu yang bertindak kejam terhadap peserta perhimpunan walaupun di luar kawasan larangan yang diwartakan mahkamah. Berikut adalah soal-balas daripada panel Suhakam: Panel : Beberapa saksi menyatakan mereka ditangkap dan dipukul dalam hotel. Adakah ia ada kaitan dengan tindakan polis? Khairi : Saya tidak mendapat laporan adanya tangkapan dalam hotel. Laporan mengenai kereta polis yang pecah di hotel kami ada terima laporan. Panel : Tapi orang yang ditangkap itu dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol), kalau di Pulapol mesti ada laporan yang dibuat. Khairi : Saya setuju, tapi saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak. Boleh jadi ia hanya dakwaan semata-mata. Panel : Bukankah kalau mereka sudah bersurai dan masuk ke dalam hotel tidak perlu ada tangkapan? Khairi : Saya setuju 100 peratus. Sepatutnya tidak berlaku apa-apa tangkapan. Saya akan semak balik sama ada benar atau tidak. Panel : Pihak kami terima aduan adanya kekasaran dan kecederaan ke atas orang awam ketika tangkapan dibuat. Boleh anda beritahu mengapa kecederaan boleh berlaku? Khairi : Ketika memberi taklimat saya telah memberitahu, jangan ada apa-apa kecederaan kepada orang yang ditangkap. Kita mesti akur dengan peruntukan Seksyen 15 Kanun Prosedur Jenayah. Melainkan ada berlaku pergerakan jenayah, kita hanya menangkapnya setakat mana yang kita mampu. Apabila berlaku kecederaan kepada orang yang kena tangkap, perkara ini hendaklah dilaporkan sebab-sebabnya supaya anggota yang terlibat dapat bertanggungjawab. Panel : Tapi mengapa orang yang ditangkap cedera ketika dalam tahanan? Khairi : Itu adalah perbuatan yang paling hina dan langsung tidak boleh diterima! Keadilandaily |
Memalukan!! Blogger Umno Aku Janji Di Mahkamah Tinggi Untuk Tidak Fitnah Pemimpin Pakatan Rakyat Posted: 13 Sep 2012 12:25 AM PDT Keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh ini membuktikan bahawa kononnya Nga Kor Ming telah menyalahgunakan kuasanya untuk mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh memberi kontrak jahit baju Ahli Majlis MBI bernilai RM600 kepada syarikat kepunyaan isteri beliau adalah fitnah Blogger UMNO.. Atas persetujuan blogger UMNO Sekupang Dua, yang mempunyai nama sebenar Ahmad Suffian Yahya (gambar), menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengeluarkan perintah bahawa kes fitnah tersebut telah diselesaikan. Peguamcara Ahli Parlimen Taiping, Leong Cheok Keng dalam satu kenyataan media hari ini menyatakan, selain dari menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga, blogger UMNO tersebut. Ahmad Suffian Yahya juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengeluarkan apa-apa tohmahan atau fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa yang akan datang. Aku Janji tarik balik semua kenayataan Fitnah Leong berkata, dalam mesyuarat pengurusan kes yang dijalankan dalam Kamar Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim YA Habinder Singh telah memerintahkan supaya kedua-dua pihak mencapai penyelesaian. Oleh kerana Defendan, iaitu Ahmad Suffian Yahya telah bersetuju menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga dan beliau juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa, satu perintah persetujuan telah dikeluarkan oleh Hakim. Ini bermaksud Defendan boleh didakwa menghina Mahkamah jika beliau mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming pada masa depan. Leong berkata, dalam blog SekupangDua yang bertarikh 16-12-11, Ahmad Suffian Yahya pernah mendakwa Nga Kor Ming adalah " penyamun besar" Negeri Perak dan menyalahguna kuasa mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh memberi kontrak jahit baju Ahli Majlis MBI bernilai RM600 kepada syarikat kepunyaan isteri beliau. Oleh kerana mendapati kenyataan blog itu adalah fitnah, tidak berasas, berniat jahat dan bertujuan menjatuhkan imej beliau sebagai wakil rakyat dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya, Nga telah membawa tuntutan RM10 juta serta perintah injunksi terhadap Ahmad Suffian Yahya pada 3hb Januari tahun ini. Memandangkan kini akujanji yang diberi oleh Defendan dan tindakannya menarikbalik segala dakwaan terhadap Nga, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh YA Habinder Singh hari ini mengeluarkan perintah kes tuntutan fitnah ini Berjaya diselesaikan. Dalam kes ini, Plaintiff diwakili oleh Leong Cheok Keng, Dato Ngeh Koo Ham dan Nga Hock Cheh, manakan Defendan pula diwakili oleh Mogd Hasnal dan Nurul Nadia ~ngakorming.com |
Apa!! Yahudi APCO Penderma Filem Hina Islam? Posted: 12 Sep 2012 07:47 PM PDT Kerajaan Malaysia telah mengakui di Parlimen bahawa mereka menggunakan kira-kira RM77 juta duit rakyat untuk 'disedekahkan' kepada firma perunding iaitu APCO Worldwide demi untuk memulihkan imej kerajaan BN dan Najib. APCO pula adalah syarikat Yahudi yang banyak menyumbang terhadap kepentingan kaum Zionis sedunia. Persoalannya adakah APCO Worldwide adalah 1 dari 100 penyumbang, yang keseluruhannya bernilai RM5 juta itu?Najib, UMNO dan Be End sila jawab... jangan tak jawab!! PAS kecam filem terbaru hina Nabi KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang pengarah filem berketurunan Israel Amerika, yang menghina Nabi Muhammad SAW melalui filem terbarunya.Filem berjudul Innocence of Muslims, ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dan trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam laman Youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu.Menurut Bacile dia mendapat suntikan dana sebanyak $5 juta daripada 100 penderma Yahudi. Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata isi kandungan yang dipaparkan di dalam video yang berdurasi 14 minit ini hanya mendatangkan kemarahan di dalam diri umat Islam.Video tersebut ujarnya telah menghina Baginda Nabi SAW dengan mewatakkan baginda sebagai seorang lelaki yang 'gila perempuan'.Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat."Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah paparan video seperti ini yang menyentuh sensitiviti umat Islam. "Bagi Pemuda PAS Malaysia, sebagai umat Islam kita wajib cakna dan rasa marah dengan isu yang dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu ini," katanya pada sidang media di KUIZM, Taman Melewar petang semalam. (Gambar)"Times of Israel" melaporkan filem ini merupakan kempen daripada pelampau anti-Muslim Egyptian Christian di United States.Filem yang melabel Nabi Muhammad SAW 'fraud, a womanizer and a madman' ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di beberapa negara timur tengah seperti Mesir dan Libya.Menurut mereka, seorang rakyat Amerika telah ditembak mati sebagai tanda tidak puas hati mereka. Penunjuk perasaan juga bertindak membakar Konsulat AS di Beghazi dan Cairo.Bukan itu sahaja, penunjuk perasaan turut memanjat dinding-dinding kedutaan US dan menggantikan bendera AS dan bendera-bendera Islam.Filem ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dengan paparan Islam sebagai agama kebencian.Semalam, rakyat Mesir dilaporkan telah mengadakan perarakan beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan laungan "Say it don't fear. Their ambassador must leave". "Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mendesak kerajaan Malaysia yang kononnya mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk segera mengambil tindakan agar pihak kerajaan Amerika Syarikat dapat menyelesaikan isu filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam sedunia."Justeru Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta Pemuda PAS di peringkat negeri-negeri untuk mengadakan satu himpunan aman di peringkat negeri masing-masing untuk menyatakan secara terang-terang bahawa umat Islam di Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan video seperti ini. Pemuda PAS setiap negeri diminta untuk mengadakan himpunan aman tersebut pada Jumaat ini," katanya.Menurut Faizi lagi, pemuda PAS juga akan menganjurkan bantahan besar-besaran di hadapan Kedutaan AS pada 21 Sept ini jika tiada sebarang respon positif dari kerajaan AS untuk bertindak terhadap pembuat filem tersebut. ~harakahdaily |
Kenapa Pemimpin Umno Tunjuk Tanda Simbolik Yahudi? Posted: 12 Sep 2012 07:44 PM PDT Kenapalah pemimpin-pemimpin UMNO menunjukkan tanda simbolik Jewish Magi? Dimana mereka belajar? Apa perlunya menggunakan simbolik yahudi itu? Mereka melakukan perkara-perkara yang dilakukan oleh yahudi, yang sememangnya jelas memusuhi Islam? Apakah orang Islam dibolehkan melakukan perkara-perkara yang menjadi amalan orang-orang bukan Islam? ~greenboc Addin : Sejauh mana kebenaran dakwaan ini, ada sesiapa boleh beri pencerahan? |
Petanda Pilihanraya Sudah Terlalu Dekat.. Bacalah!! Posted: 12 Sep 2012 06:00 PM PDT Semua anggota jawatankuasa yang bertugas di pusat daerah mengundi seluruh negara diingatkan agar membuat persediaan rapi bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa, kata Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan. "Saya nasihatkan janganlah asyik kita nak berteka-teki bila tarikh pilihan raya, biarlah kebijaksanaan Perdana Menteri untuk tentukan. Cuma kalau tidak tahun ini, ia akan berlaku tahun depan, itu sahaja. "Apa yang paling penting sekarang, saya nak tanya adakah pusat mengundi kita telah bersedia sepenuhnya...cukupkah segala kelengkapan termasuk tenaga kerja dan pelaksanaan kempen dalam kita menghadapi pilihan raya?" katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuala Langat di sini hari ini. Ahmad berkata semua ketua penerangan bahagian perlu melaksanakan tugas dengan berkesan bagi memastikan 7,000 pusat daerah mengundi di seluruh negara 'hidup'. "Saya mahu persiapan yang cukup...kalau setakat 50 peratus, itu bermakna kita belum bersedia...tetapi kalau 75 peratus itu bermakna kita sudah bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihan raya. "Oleh itu, saya mahu program penerangan Umno yang menjelaskan berkaitan usaha-usaha kerajaan yang telah dimulakan sejak Ogos lepas, dipergiatkan," katanya. Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyeru agar rakyat terus menolak pembangkang kerana kegagalan mereka menepati janji. "Mereka ini (pembangkang) terlalu banyak kontroversi dan akhirnya kontroversi itu memakan diri mereka sendiri...ini kerana kontroversi itu telah menjadi peluru kepada Umno untuk menembak mereka semula," katanya. ~bernama Addin : Bersedia atau tidak bersedia, inilah PRU yang terakhir buat Umno BN selaku parti pemerintah.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan