shalehudin |
- MENARIK: Hikayat Najib ngan Muhyiddin [BACA]
- Ni sebabnya Anwar kena pakai BODYGUARD...
- Terkantoi sudah.... akhirnya mengaku jugak...
- SAMSENG taik kucing memang camnie... haha...
- Haramjadah punya blog...
- Polis cari blogger ni pasai TAKSUB ngan warna merah...
- PENTING: Mohon sebar-sebarkan...
MENARIK: Hikayat Najib ngan Muhyiddin [BACA] Posted: 13 Sep 2012 10:16 AM PDT Bongkar! Krisis Najib-Muhyiddin: Khabar Angin Yang Bakal Menjadi Realiti Oleh Shahbudin Husin Jika dilihat kehadiran Najib bersama Muhyiddin di majlis pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan semalam, seolah-olah tidak ada apa-apa masalah antara mereka berdua. Perdana Menteri dan timbalannya ini bagaikan gandingan erat yang sentiasa seia sekata serta sehati sejiwa. Tetapi beberapa minggu sebelum itu, bertaburan poster-poster di Johor yang mahukan Muhyiddin sebagai PM sebelum PRU 13 ini bagi menyelamatkan UMNO dan BN berikutan Najib dilihat masih gagal untuk menarik sokongan rakyat menjelang pilihanraya umum akan datang. Meskipun UMNO Johor dan UMNO Pagoh menafikan poster itu diterbitkan oleh mereka dan menyifatkan ianya taktik pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merenggangkan hubungan kedua pemimpin itu, hakikatnya jika pun wujud masalah antara Najib dan Muhyiddin, ia juga bukanlah sesuatu yang pelik dan di luar kebiasaan. Selain watak dan pendekatan keduanya jelas berbeza, mereka juga berbeza pendapat dalam beberapa isu. Dalam Akta Keterangan yang baru diluluskan misalnya, suatu ketika Najib setuju ia dikaji semula setelah adanya pelbagai bantahan tetapi Muhyiddin mempertahankannya, termasuk bertindak memanggil dua timbalan menteri yang sebelum itu agak keras membantah akta itu. Beberapa lama sebelum itu, di ketika Najib bangga dengan 1Malaysianya, Muhyiddin pula tetap meletakkan dirinya sebagai Melayu dahulu, kemudian baru diikuti sebagai rakyat Malaysia. Pendekatan yang jelas amat bertentangan dengan 1Malaysia. Dalam beberapa isu lainnya pula, Muhyiddin juga dilihat tidak berapa bersungguh mempertahankan Najib seperti yang dapat dilihat dalam isu remaja menayang punggung dan memijak gambar Najib. Sementara dalam UMNO pula, suara-suara yang merasakan Najib lebih sesuai memimpin UMNO dan kerajaan dalam suasana politik kritikal seperti sekarang ini sudah lama kedengaran. Najib, dengan watak sebagai anak bangsawan dilihat hanya sesuai menjadi pemimpin UMNO di ketika parti itu tidak bermasalah dan rakyat tidak berpecah. Dalam keadaan UMNO berjuang antara hidup dan mati, UMNO tentunya memerlukan pemimpin yang tegas, berani dan kurang retorik. Muhyiddin sebaliknya telah terbukti berjaya menangani krisis UMNO Johor dan perpecahan Melayu ketika menjadi Menteri Besar Johor berikutan perletakan jawatan Musa Hitam pada 1986 dulu. Najib tidak ada rekod seperti itu dan baru disedari oleh banyak pihak beliau tidak sesuai menjadi pemimpin ketika ini. Bertompoknya masalah dan isu yang tidak selesai sekarang ini sebahagaiannya adalah kerana daya kepimpinan Najib yang dilihat lemah, tidak tegas, tiada keberanian serta kurang kebijaksanaan. Saya sendiri sudah mendengar perkara ini diperbualkan di kalangan ahli dan pimpinan UMNO pelbagai peringkat sudah lama dan sudah pun menulisnya dalam buku Kesilapan-Kesilapan Najib dan Asalkan Bukan Najib sebelum ini. Hakikatnya arus yang berkehendakan Muhyiddin berbanding Najib adalah sesuatu yang benar dan nyata. Lebih dari itu, dalam sejarah perjalanan politik UMNO pula, krisis atau hubungan tak sebulu antara PM dan timbalannya bukanlah perkara yang pelik. Ia sudah kerap berlaku. Tun Mahathir berbalah dengan Musa Hitam, kemudian melantik Ghafar Baba sebagai pengganti tetapi kemudiannya merestui Ghafar Baba disingkirkan oleh Anwar. Mahathir kemudiannya berbalah dengan Anwar sehingga memecatnya walaupun sehari sebelum itu, pada 1 September 1998, keduanya dilihat begitu mesra ketika Mahathir mengumumkan tentang langkah kawalan mata wang negara. Kemesraan Mahathir dan Anwar ketika itu tidak jauh bezanya dengan kemesraan Najib dan Muhyiddin di majlis pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan semalam. Mahathir hanya tidak berbalah ketika Pak Lah menjadi timbalannya tetapi setelah Pak Lah menjadi PM dan Mahathir terus mengganggu-gugatnya, perbalahan mereka akhirnya berterusan hingga kini. Pak Lah dengan Najib pula tidak terlihat krisisnya tetapi apabila gelombang penolakan semakin kuat terhadap Pak Lah, Najib juga akhirnya menjadi tidak sabar untuk segera menjadi Perdana Menteri. Yang jelasnya, kerenggangan hubungan antara pemimpin nombor satu dengan pemimpin nombor dua bukanlah sesuatu yang janggal dan di luar kebiasaan. Apatah lagi dalam kes Najib dan Muhyiddin ini, selain beberapa perbezaan yang ketara dapat dilihat, Muhyiddin juga diketahui sebagai pemimpin yang bercita-cita tinggi dan tidak pernah menyatakan rasa puas hati sekadar menjadi orang nombor saja. Selain itu, para penyokong Muhyiddin pula tentunya tidak pernah pudar keinginannya untuk melihat boss mereka itu menjadi Perdana Menteri pula. Krisis Najib dab Muhyiddin ini boleh meletus bila-bila masa saja. Jika ianya dapat ditutup erat sebelum pilihanraya ini, ia mungkin sukar dipertahankan selepas keputusan pilihanraya nanti. Lebih-lebih lagi jika keputusan itu nanti tidak sebaik yang diharapkan. Yang menariknya dalam kes Najib dan Muhyiddin ini, kedua-dua mereka tidak pernah memberi komen mengenainya. Berbeza dengan Mahathir dulu, semua krisis dengan timbalannya dinafikannya tetapi akhirnya semua menjadi kenyataan. Semua krisis itu pula bermula dengan khabar angin dan cakap-cakap orang bawahan. Namun terbukti kebanyakan peristiwa politik sememangnya bermula dengan khabar angin. Ini kerana kadang-kadang khabar angin itu sengaja dicipta untuk menjadikan ia kenyataan yang tidak terlalu mengejutkan suatu hari nanti. Jika dulu ada pepatah, takkan pokok bergoyang tanpa angin tetapi pokok juga sebenarnya bergoyang jika ada kera yang sengaja menggoyangnya. Tambah pula dalam politik, kera boleh diupah untuk menggoyang pokok. Krisis dan perbalahan antara pemimpin nombor satu dan pemimpin nombor dua secara realitinya memang sukar dielakkan kerana meskipun keduanya saling melengkapi dan perlu memerlukan antara satu sama lain, mereka sebenarnya hanya bersahabat dalam berpolitik tetapi sentiasa bermusuh dalam kuasa. |
Ni sebabnya Anwar kena pakai BODYGUARD... Posted: 13 Sep 2012 08:41 AM PDT Setuju sangat dengan kata-kata DSAI ni.... |
Terkantoi sudah.... akhirnya mengaku jugak... Posted: 13 Sep 2012 02:36 AM PDT KUALA LUMPUR 13 September - Seorang pegawai kanan polis akhirnya mengaku bersalah terhadap tindakan ganas pasukan itu ke atas orang awam dan wartawan yang bertugas pada perhimpunan Bersih. Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa memohon maaf atas dan beralasan bahawa polis adalah manusia biasa yang tidak terlepas melakukan kesilapan. "Dalam taklimat kepada pegawai polis, saya sudah memberitahu mengenai kebebasan wartawan. Kalau nak ambil tindakan terhadap wartawan, perlu pastikan mereka ada pas media atau sebaliknya. "Saya pesan kepada mereka (polis), apa juga kejadian yang melibatkan wartawan akan memberi imej buruk kepada polis. "Tapi malangnya perkara ini tetap berlaku. Sebab kita ini manusia…Saya minta maaf, mungkin saya terlalu emosional, tapi sampai ke hari ini, saya tertanya-tanya kenapa perkara ini boleh berlaku. "Selepas fikir-fikir balik, barulah saya sedar yang anggota polis itu juga manusia biasa," katanya di hadapan panel Pendengaran Awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.Panel itu diketuai Naib Pengerusi Suhakam, Dr Khaw Lake Thee dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. Polis perlu hormati kebebasan media Khairi juga tidak bersetuju dengan pandangan pegawai polis lain untuk memberikan taklimat kepada wartawan ketika membuat liputan mana-mana perhimpunan kerana peranan media sudah wujud sebelum negara merdeka. "Kita perlu faham hak kebebasan membuat liputan. Kita tidak perlu takut dengan laporan negatif media. Media kadang-kadang mempunyai pandangan berbeza terhadap sesuatu keadaan. Jadi kita perlu hormati hak kebebasan media," tegasnya.Menurut Khairi lagi, bukan sahaja wartawan, kebebasan orang ramai untuk berhimpun juga perlu dihormati kerana ia sudah termaktub dalam Artikel 10, Perlembagaan Negara. Katanya, polis hanya berhak untuk mengawal keadaan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. "Kita tak perlu sekat hak yang dijamin dalam perlembagaan. Jelas Artikel 10 (dalam perlembagaan) menyebut hak untuk berpersatuan dan berhimpun. Apa yang penting kita kawal keadaan," katanya.Cederakan petugas media, orang awam tindakan hina Khairi yang sudah berkhidmat 38 tahun dalam pasukan polis turut mengecam tindakan segelintir anggota pasukan itu yang bertindak kejam terhadap peserta perhimpunan walaupun di luar kawasan larangan yang diwartakan mahkamah. Berikut adalah soal-balas daripada panel Suhakam: Panel : Beberapa saksi menyatakan mereka ditangkap dan dipukul dalam hotel. Adakah ia ada kaitan dengan tindakan polis? Khairi : Saya tidak mendapat laporan adanya tangkapan dalam hotel. Laporan mengenai kereta polis yang pecah di hotel kami ada terima laporan. Panel : Tapi orang yang ditangkap itu dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol), kalau di Pulapol mesti ada laporan yang dibuat. Khairi : Saya setuju, tapi saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak. Boleh jadi ia hanya dakwaan semata-mata. Panel : Bukankah kalau mereka sudah bersurai dan masuk ke dalam hotel tidak perlu ada tangkapan? Khairi : Saya setuju 100 peratus. Sepatutnya tidak berlaku apa-apa tangkapan. Saya akan semak balik sama ada benar atau tidak. Panel : Pihak kami terima aduan adanya kekasaran dan kecederaan ke atas orang awam ketika tangkapan dibuat. Boleh anda beritahu mengapa kecederaan boleh berlaku? Khairi : Ketika memberi taklimat saya telah memberitahu, jangan ada apa-apa kecederaan kepada orang yang ditangkap. Kita mesti akur dengan peruntukan Seksyen 15 Kanun Prosedur Jenayah. Melainkan ada berlaku pergerakan jenayah, kita hanya menangkapnya setakat mana yang kita mampu. Apabila berlaku kecederaan kepada orang yang kena tangkap, perkara ini hendaklah dilaporkan sebab-sebabnya supaya anggota yang terlibat dapat bertanggungjawab. Panel : Tapi mengapa orang yang ditangkap cedera ketika dalam tahanan? Khairi : Itu adalah perbuatan yang paling hina dan langsung tidak boleh diterima! Keadilandaily |
SAMSENG taik kucing memang camnie... haha... Posted: 13 Sep 2012 12:48 AM PDT "Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol" – Ugutan Ahmad Fauzi Mahpab, 39, Ketua Pengawal Peribadi kepada Anwar Ibrahim hari ini memberitahu, beliau menerima panggilan ugutan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali semalam. "Saya menerima panggilan dari seorang lelaki Melayu yang berkata: "Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol", dan selepas itu talian terus diputuskan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini diringi Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.Ekoran itu, beliau membuat laporan polis pagi tadi di Balai Polis Damansara. Ugutan itu dipercayai berkait rapat dengan program Jelajah Merdeka Rakyat yang dijadual akan meneruskan siri jelajahnya ke Johor Jumaat ini. Menurut Ahmad Fauzi, panggilan itu diterima kira-kira jam 4.24 petang semalam ketika beliau berada di rumahnya di Cheras. Mengecam tindakan tersebut, Nik Nazmi mendesak polis mengambil tindakan serius terhadap ugutan itu. "Kita harap polis Johor dapat tingkatkan kawalan keselamatan menjelang jelajah Ketua Pembangkang ke sana. Seperti di negara lain, isu keselamatan tidak ada pilih kasih, tak kira Perdana Menteri mahupun parti pembangkang," tegas Nik Nazmi. "Kita tak minta layanan khas, cuma nak pastikan keselamatan mereka yang mengikuti jelajah itu," tegas beliau. "Bagaimanapun, kita akan teruskan jelajah seperti sebelum ini walaupun menerima pelbagai ancaman," katanya lagi.Dalam sidang media itu, Nik Nazmi turut mendedahkan maklumat samseng yang bertanggungjawab menyimbah cat merah ke atas bas Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka, Sabtu lalu. "Namanya Sharidan bin Shahidan, merupakan seorang kakitangan sambilan Umno dan Ketua Wira Perkasa Bahagian Jasin, jadi Umno tak perlulah berdolak dalik mengatakan serangan itu tiada kaitan dengan mereka," katanya. "Justeru saya berharap, kejadian yang berlaku di Melaka tidak berulang di Johor nanti," katanya lagi.Samseng Umno dan Perkasa dilihat semakin berani sejak kebelakangan ini dengan bertindak mengganggu setiap jelajah yang disertai Anwar. – Jalan Pulang |
Posted: 12 Sep 2012 09:00 PM PDT KUALA LUMPUR 12 September: Pakatan Rakyat tiada kaitan langsung dengan kewujudan blog 'Suara Pakatan Rakyat' , kononnya mewakili suara ketiga-tiga komponen parti, tegas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Anggota Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu mengecam tindakan blog tersebut mencerca dan menghina rakyat Sabah dalam artikelnya bertajuk 'Tarian Sumazau untuk golongan rendah akhlak' yang sudah dibuang selepas dikritik pelbagai pihak. "Saya bimbang ini hanya permulaan kepada siri serangan untuk membunuh watak Pakatan Rakyat dan parti komponen dalam keadaan Pilihan Raya Umum (PRU) kian hampir. "Blog 'Suara Pakatan Rakyat' dan orang-orang di belakangnya, sepatutnya berasa malu kerana menghina orang lain dengan cara bersembunyi dan berpura-pura pula kononnya mewakili Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan.Jelas Azizah, KEADILAN, PAS dan DAP sejak sekian lama bekerja keras untuk merealisasikan sebuah negara Malaysia yang demokratik, bertoleransi dan bebas daripada kebencian. "Pakatan Rakyat adalah mengenai sikap hormat-menghormati, manakala blog 'Suara Pakatan Rakyat' hanyalah mengenai kebencian dan perpecahan. Setiap orang harus mengutuk blog itu," kata Presiden KEADILAN itu lagi.Azizah turut melampirkan kenyataan ringkas Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN yang berketurunan Kadazan, Ignatius Darell Leiking. Darell menyifatkan tulisan blog itu jelas berniat jahat dengan tujuan mewujudkan salah faham di kalangan penyokong Kadazan terhadap KEADILAN dan Pakatan Rakyat. Berdasarkan rekod, blog suarapakatanrakyat.com sudah beberapa kali menerbitkan pelbagai berita mencurigakan dengan isi kandungannya bertujuan melaga-lagakan sesama komponen Pakatan serta menimbulkan provokasi kaum dan agama. Malah kandungannya sudah beberapa kali dipetik dan diangkat sebagai berita penting di akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki Umno. Terbaru, blog itu hari ini menerbitkan artikel bertajuk 'Memang Tarian Sumazau Berbentuk Pemujaan' . Kandungannya sekali lagi mengait dan memburuk-burukkan Pakatan Rakyat.- KD |
Polis cari blogger ni pasai TAKSUB ngan warna merah... Posted: 12 Sep 2012 07:15 PM PDT Serah diri sebelum kami 'buru' amaran Polis buat Blogger UMNO Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka PKR di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan. Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan. "Saya minta individu berkenaan tampil ke hadapan membantu siasatan kita. "Adalah lebih baik untuk beliau menyerah dahulu sebelum kami cari beliau," kata Bakri pada sidang media di Bukit Aman pagi tadi. Semalam, Setiausaha Wanita PKR, Maisuri Zainal berkata beliau berjaya mengecam seorang saspek dalam kejadian simbah cat kepada bas jelajah Merdeka Rakyat di Jasin selepas dipanggil polis untuk kawad cam saspek kejadian. Kejadian itu merupakan kejadian kedua selepas bas yang sama dipecahkan cerminnya dan turut disimbah cat sewaktu singgah di Kota Bharu pada 1 September lalu. Dalam sidang medianya pagi ini, Bakri Zinin turut menggesa supaya suspek dalam menghina gambar pemimpin PAS supaya tampil membantu siasatan polis. Wajah tiga suspek berkenaan, yang didapati membuang air kecil ke atas poster menteri besar Kelantan dan presiden PAS dalam satu kejadian, dimuatkan di laman Facebook PDRM hari ini. Bakri juga berkata polis setakat ini telah mengambil keterangan daripada sekurang-kurangnya lapan individu berhubung kes melibatkan seorang pengawal peribadi ketua umum PKR yang didakwa mengeluarkan pistol dikhalayak umum dalam satu kejadian di Melaka Sabtu lalu. "Siasatan masih berjalan. Kita masih giat menyiasat kes berkenaan," katanya.- Malaysiakini |
PENTING: Mohon sebar-sebarkan... Posted: 12 Sep 2012 05:18 PM PDT Salam.. MOHON SEBARAN Penjelasan, pengumuman, Pemberitahuan kali ke berapa tah.... Untuk makluman rakan-rakan serta para penyokong Pakatan Rakyat. 2 BLOG PALSU INI ADALAH SATU KERJA JAHAT UMNO BARISAN NASIONAL kerana semua media mereka tidak berjaya untuk menyampaikan fitnah lagi, maka mereka menghasilkan laman web ini. Sila jauhikan diri anda dengan laman web ini. 1. HTTP://penyokongpas.wordpress.com/ 2. HTTP://suarapakatanrakyat.com/ Admin juga memohon anda serta rakan-rakan dapat membantu admin untuk share penerangan ini di wall-wall fb anda, pages yang anda miliki, blog yg anda tulis dan acc twitter anda, kita tidak mahu ada seorang pun tidak tahu perkara ini. Insyaallah kita akan dapat melawan fitnah jahat UMNO BN lagi jika rakan-rakan dapat share pencerahan ini Sekian Terima Kasih |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan