Sabtu, 1 September 2012

Addin

Addin


Fitnah Jahat Blogger Umno Terjawab.. Penjelasan Siapa Sebenarnya Kibarkan 'Sang Saka Malaya'

Posted: 01 Sep 2012 03:10 PM PDT


Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini. 

Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.

Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. 

PKMM mempunyai dua saya iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. 

Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.


Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. 

PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya. 

 Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. 

Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.

Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.

Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.



~singaselatan


Najib Mengakui BN Membelakangi Yang Di Pertuan Agong?

Posted: 01 Sep 2012 09:28 AM PDT

Sejak bila countdown sambutan kemerdekaan jemput Sultan? Itu yang Addin pelik.. apabila Najib dan pencacai-pencacainya memainkan isu ini.

Kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak menghormati Sultan kerana tidak menjemput baginda ke program countdown sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor di Dataran Shah Alam.

Adakah mereka sudah lupa atau pun buat-buat lupa. Program Himpunan Janji Di Tepati pun sendiri Najib tidak menjemput Yang Di Pertuan Agong untuk hadiri ke program tersebut, kenapa pulak tidak menjadi isu? Ini bermakna BN sendiri yang membelakangi Yang Di Pertuan Agong?

Sebenarnya Najib dan pencacai-pencacainya sudah semakin bodoh.. dan rakyat pula sudah semakin pandai untuk menghukum Najib dan pencacainya pada PRU 13 nanti.

Sikap Belakangkan Sultan Tidak Mengejutkan
PETALING JAYA – Tindakan kerajaan pembangkang yang dilapor membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri bukan satu perkara mengejutkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini kerana mereka lebih menghormati Ketua Pembangkang merangkap Penasihat Ekonomi negeri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai 'locus standi' tetapi dijemput sebagai tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, pada Khamis malam.

"Kalau ada majlis takkanlah dia (Anwar) lebih besar daripada Sultan. Baginda yang menjadi simbol negeri pun tidak dihormati," katanya ketika berucap pada Jamuan Aidilfitri Barisan Nasional (BN) Selangor di Pusat Penyelidikan Getah (RRI) Malaysia di Sungai Buluh di sini, Sabtu.

Najib berkata pembangkang mempunyai banyak lagi perkara 'pelik' yang ingin dilakukan termasuk menukar bendera Malaysia selain menyatakan manifesto mereka bukan satu perjanjian yang perlu ditunaikan.

"Hari ini ramai rakyat Selangor yang kecewa kerana mereka tidak dapat air percuma seperti yang dijanjikan dalam manifesto (pakatan pembangkang)…janji tidak perlu ditepati rakyat boleh dibohongi, tidak apa asalkan dapat undi. Di mana letaknya maruah pemimpin macam itu," katanya.

Sehubungan itu, perdana menteri berkata rakyat tidak perlu menyokong pembangkang pada pilihan raya umum akan datang berikutan hak mereka tidak dihormati.

Berbeza dengan Barisan Nasional (BN), Najib berkata sepanjang tiga tahun ini pelbagai janji telah dikotakan oleh kerajaan persekutuan.

Malah, katanya, ada inisiatif yang dilaksanakan BN tidak terkandung dalam manifesto kerajaan persekutuan seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan baucar buku.

Najib mengambil kesempatan untuk mengingatkan rakyat supaya menghormati dan mempertahankan kemerdekaan negara yang tinggi nilainya.

Perdana Menteri berkata: "Dalam sejarah, kemerdekaan hanya mengetuk pintu sekali sahaja. Generasi terdahulu dan berikutnya telah berkorban dan berjaya mendapatkannya (kemerdekaan).

"Generasi kini, iaitu generasi kedua dan ketiga mesti berjuang dan berkorban untuk memberi makna kepada kemerdekaan itu".

Dalam pada itu, Najib mengingatkan pemimpin dan anggota BN supaya meneruskan perjuangan sehingga tiba pilihan raya umum ke-13.

"Jangan rasa letih, rasa penat, jangan kecewa, teruskan perjuangan sehingga semboyan dibunyikan.

"Kita akan terus ke depan, jangan toleh belakang. Kita BN akan merempuh dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Dataran RRI, lokasi majlis hari ini, dibanjiri pengunjung yang ingin meraikan sambutan Aidilfitri bersama perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta barisan pemimpin BN Selangor. ~bernama


Panas!! Ibu Luah Perasaan Di TV Al-Hijrah Kerana Anak Tidak Solat Jumaat Gara-Gara Himpunan Janji Di Tepati

Posted: 01 Sep 2012 07:31 AM PDT


"Sebentar tadi (jam 9.00 pagi) saya menonton rancangan 'Assalamualaikum TV Alhijrah'. Ada ibu kepada seorang pelajar menelefon secara langsung dan mengadu akan hal anaknya yang dikerah hadir ke Perhimpinan/Konsert Merdeka (Janji Ditepati) di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Anaknya diarahkan untuk hadir ke sekolah seawal jam 11 pagi dan bas sekolah bertolak jam 12 tengah hari. Si ibu mengekori bas dengan kereta sendiri. Si Ibu kesal kerana anaknya dan semua pelajar tidak dapat solat Jumaat. Sesampainya di Bukit Jalil Si Ibu melihat ramai lagi petugas Muslim tidak solat Jumaat. Solat Asar dan Maghrib juga hanyut.

Mungkin tidak menyangka panggilan sebegitu, penerbit 'Assalamualaikum' tidak sempat memutuskan talian namun cepat-cepat Ustaz Izhar yang mengendalikan slot itu memotong percakapan Si Ibu tadi dengan alasan masa tidak mencukupi. Tapi dah terlambat, seluruh Malaysia yang menonton rancangan itu sudah tahu perkara yang sebenar.

"MERDEKA! MERDEKA!

~ Tetuan Media Islam

Rupa-Rupanya Tweet Terbanyak Pun Menipu.. Kesian Najib

Posted: 01 Sep 2012 02:57 AM PDT

Dua rekod bagi kategori tweet terbanyak dan perhimpunan pengguna tweet terbesar dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang dtujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sebanyak 3,611,323 juta tweet dicatat dalam masa sejam kepada akaun perdana menteri, @NajibRazak seluruh negara yang mengandungi pelbagai mesej kemerdekaan.

Satu lagi rekod adalah kira-kira 10,128 orang telah menghantar tweet di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menggunakan #Merdeka55 pada satu-satu masa,"  Kata Rais Yatim tu... dah pandai mengira dia sekarang  ni ya...Tapi siapa atau pihak mana yang telah membuat pengesahan tentang jumlah yang disebut oleh Rais Yatim itu, biasanya sebelum ianya dicatatkan sebagai rekod perkara sebegini perlukan pengesahan dari pihak ketiga.

Rais Yatim kata.. "Satu lagi rekod adalah kira-kira 10,128 orang telah menghantar tweet di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menggunakan #Merdeka55 pada satu-satu masa,"Tapi Rais Yatim tak bagitahu seluruh rakyat Malaysia bahawa  untuk mendapatkan sejumlah 10,128 orang itu makan minum, 'T' Shirt dan juga elaun sehingga RM100 terpaksa disediakan..RM100 itu bergantung kepada tugasan yang diberikan... bukan aku kata.. tapi ini adalah pengumuman yang dibuat oleh JASA..



Kesian kat Najib... diperbodohkan oleh Rais Yatim rupanya dia...Kalau dah dibayar tu..  10,128 orangtu tweet kerana Najib atau kerana Duit? ~asd

Sebenarnya Himpunan Janji Di Tepati GAGAL... Ini Buktinya

Posted: 01 Sep 2012 01:27 AM PDT

Biarpun sudah berusaha sedaya-upaya memperalatkan kakitangan agensi kerajaan dan badan berkanun sejak kira-kira seminggu lalu, sambutan kemerdekaan ke-55 yang diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi sebenarnya gagal mencapai sasaran.Penganjur yang mensasarkan sekitar 200,000 orang akan membanjiri stadium tersebut hampa apabila hanya cuma mampu mengumpul kira-kira 30,000 orang sahaja menurut saksi yang hadir di majlis yang bermula jam 8 malam tadi.

Seorang kakitangan kerajaan tetapi enggan namanya disiarkan yang dipaksa hadir ke sambutan tersebut mendakwa masih banyak ruang yang kosong tidak dipenuhi walaupun perdana menteri Najib Altantuya sudah memulakan ucapannya kira-kira jam 9 malam.Ada di antaranya, katanya, hanya mundar mandir di sekeliling kawasan stadium selepas diarahkan sebelum itu kerana mereka dipaksa untuk duduk di kerusi penonton dengan tujuan untuk meramaikan bilangan penonton.

Sedangkan katanya sebaik sahaja Najib Altantuya memulakan ucapan, sudah ramai yang bangun dari tempat duduk masing-masing dan keluar ke anjung belakang walaupun majlis baru sahaja berlangsung.Menurut gambar yang diambil, jelas tidak ramai penonton yang hadir sebaliknya mereka keluar dan melakukan perkara sendiri kerana kebanyakkannya dikerah atas arahan pegawai atasan mereka yang merekodkan kehadiran mereka seperti yang tersiar di kebanyakkan blog sebelum itu.Peserta yang ditemui mendakwa menerima RM30 sebagai upah memakai baju yang disediakan, RM50 untuk yang memakai baju dan mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan RM80 bagi mereka yang memakai baju-T dan menari di tengah-tengah stadium yang diubah suai menjadi sebuah pentas raksasa. 

Najib Altantuya yang tidak berpuas hati dengan jumlah kehadiran tersebut seakan terpekik-pekik setiap kali mengulangi skrip yang sama kunun pencapaiannya sejak mengambil alih tampuk kekuasan dari bekas perdana menteri, Abdullah Badawi pada April 2009.Walaupun Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim mengumumkan bahawa sasaran Twtup menggunakan hashtag #merdeka55 berjaya melepasi sasaran sejuta dalama tempoh sejam di Twitter, penonton seakan tidak mengendahkan pengumuman tersebut.

Apalah maknanya jika Rais yang menyatakan bahawa sebanyak 3.6 juta tweet dicatat tetapi kehadiran penonton yang dipaksa sebenarnya mengecewakan Umno-APCO yang bertungkus lumus mahu mengambil hati Najib Altantuya yang semakin tidak popular di mata rakyat Malaysia.Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin juga dikhabarkan tidak gembira dengan kehadiran penonton yang majoritinya kakitangan kerajaan yang dipaksa hadir semata-mata mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa Umno-APCO masih relevan menerajui kerajaan.

Beberapa menteri kabinet juga dikatakan tidak berpuas hati dengan sambutan tersebut setelah banyak pengumuman dan hebahan disiarkan menerusi media cetak dan elektronik yang dikuasai mereka.Pada sebelah paginya, sambutan kemerdekaan yang diadakan di Dataran Merdeka juga suram dengan kehadiran rakyat Malaysia apabila hanya 13,000 orang dilihat berada di dataran bersejarah tersebut walaupun dihadiri Yang di-Pertan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Faja Permaisuri Agong Tuanku Haminah. ~jalanpulang.


Bukti Buku Jingga Realistik.. Najib Ciplak Lagi

Posted: 31 Aug 2012 08:05 PM PDT

KUALA LUMPUR 31 Ogos: Tindakan kerajaan mengambilalih Lebuhraya Penyuraian Timur (Eastern Dispersal Link atau EDL di Johor membuktikan prinsip ekonomi yang disyorkan dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat (PR) adalah tepat.Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, keputusan terbaru kerajaan itu sekaligus menolak tuduhan pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang mendakwa prinsip ekonomi Buku Jingga boleh menyebabkan negara muflis.

Katanya, dasar Pakatan Rakyat adalah menetapkan pengambilalihan konsesi tol dengan matlamat menghapuskan tol sebagai satu daripada 10 program pertama yang akan dilaksanakan jika berkuasa."Ini berasaskan fakta bahawa jumlah bebanan yang ditanggung rakyat dan kerajaan (dalam bentuk tol yang dibayar dan pampasan tahunan kepada pemegang konsesi) adalah jauh lebih mahal daripada kos operasi dan kadar pulangan pelaburan yang munasabah yang ditanggung oleh pemegang konsesi seperti PLUS," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun katanya, beliau khuatir jika pengambil alihan itu adalah helah supaya wang rakyat disalur kepada syarikat-syarikat yang rapat dengan Umno BN, terutama apabila pemegang konsesi EDL adalah MRCB yang rapat dengan Umno."Kebelakangan ini, ada satu kegilaan oleh Datuk Seri Najib Razak untuk menggunakan dana rakyat dan membeli pelbagai aset dan konsesi kroni yang jumlah urusniaganya mencecah berbilion ringgit."Kesemua urusniaga ini, termasuklah yang terbaru pembelian EDL oleh kerajaan Malaysia dibuat dalam suasana penuh kerahsiaan. Nilaian harganya tidak melibatkan tokoh-tokoh lain yang boleh memastikan rakyat tidak ditipu dan tidak ada unsur-unsur ~kd

Bas Anwar Di Simbah Cat, Di Pecah Cermin

Posted: 31 Aug 2012 06:14 PM PDT

Tak sampai 24 jam selepas bas khas yang dibiayai Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim memulakan siri menjelajah lima negeri, bas tersebut telah disimbah cat merah dan dibaling batu!

Menurut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam mesej di Twitter menyatakan:@anwaribrahim Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB jam 5pagi -cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela.

Bas tersebut yang diletakkan berhadapan Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu telah mengalam kerosakkan di bahagian cermin depan akibat dipecahkan menggunakan batu dan disimbah cat merah seolah-olah along meminta wang hutang dari peminjam.




Anwar yang kesal dengan perkara itu mengarahkan pemandunya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu sejurus selepas dimaklumkan mengenai insiden tersebut.Insiden tersebut yang berlaku kira-kira jam 4.30 pagi tadi adalah siri kedua serangan ke atas Anwar dan pasukan rombongannya setelah kereta yang dinaiki Anwar dikemekkan di bahagian pintu dan belakang dalam kejadian hampir serupa di Padang Perdana, beberapa bulan lalu.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu akan mengadakan satu sidang media khas di ibu pejabat parti di Tropicana jam 11 pagi yang akan dikendalikan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli.Manakala satu sidang media yang sama akan diadakan di Kota Bharu pada waktu yang sama menurut Saifuddin dalam mesejnya di Twitter sebentar tadi.Rafizi ketika mengulas kejadian itu di Twitter menyatakan kerabat media dijemput hadir dalam sidang media tersebut dan beliau akan memperincikan serangan yang didakwa dilakukan puak Umno-APCO yang mahu menggagalkan siri jelajah tersebut yang bermula di Benta, Pahang semalam.

Bas dua tingkat yang dibiayai sepenuhnya oleh Khalid mempunyai 19 tempat duduk dan dilengkapi dengan kemudahan wifi serta tempat mesyuarat selain boleh dijadikan pentas ceramah pelbagai guna yang disiapkan dalam tempoh 15 minit.Polis Kota Bharu mengesahkan satu laporan polis sudah dibuat dan siasatan kejadian berkanaan masih dijalankan.

Dalam satu mesej terbaru Anwar di Twitter juga menjelaskan bahawa insiden tersebut tidak harus mengganggu jadual acara jelajah yang tetap akan diteruskan hari ini melalui Kuala Krai dan Jeli sebelum dijangka tiba di Kedah.@anwaribrahim Selesai solat dan zikir di Salor; kini ke kediaman TGNikAAziz-minum pagi;Azizah dan D Sabariah. Serangan samseng tdk hrs ganggu acaraSetakat perkembangan jam 7 pagi tadi, belum ada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab di atas insiden yang memalukan dan tidak bermoral tersebut. ~jalanpulang >

Tiada ulasan: