Anak Sungai Derhaka |
- Penjelasan dari individu yang mengibarkan 'Sang Saka' dimalam sambutan kemerdekaan..
- Tweet #Merdeka55.. 3.6 Juta Tweet? Rais Yatim KANTOI!!
- Nak dapat 3.6Juta Tweet pun kena bayar upah rupanya.. tengok pengumuman JASA ni..
- Video : Keadaan bas yang jadi mangsa puak Jahilliyah dan apa kata Anwar Ibrahim..
- Bas Jelajah Merdeka Rakyat diserang pengganas UMNO?
Penjelasan dari individu yang mengibarkan 'Sang Saka' dimalam sambutan kemerdekaan.. Posted: 01 Sep 2012 09:19 AM PDT Ini adalah penjelasan dari dua individu yeng telah mengibarkan bendera 'Sang Saka' di dalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Pengakuan mereka ini juga membuktikan apa yang dilemparkan oleh kebanyakkan Blog-blog pro UMNO terhadap Pakatan Rakyat kononnya Pakatan Rakyat mahu menukarkan bendera yang ada adalah fitnah semata-mata. Perlu diketahui bahawa yng menjadi dasar Pakatan Rakyat bukanlah hendak menukar bendera yang ada tetapi mahu menukar kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat. Menurut kedua-dua individu tersebut mereka bukanlah mewakili mana-mana parti politik baik dari kerajaan mahupun pembangkang, mereka mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan. Jika sejarah ditulis dengan ikhlas.. kita akan tahu dimana sebenarnya UMNO ketika perjuangan menuntut kemerdekaan negara bermula.. Baca penjelasan mereka ini.. Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini. Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu. Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British. Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM mempunyai dua sayap iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh. Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme. Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949. Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya. Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar. Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948. Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini. Penjelasan oleh Singa Selatan Jadi jelas ada kebenarannya dari apa yang Winston Churchill kata "sejarah ditulis oleh pihak yang menang" .. Pencacai UMNO tak akan boleh terima hakikat ini... sebab itu mereka takut dengan kibaran 'Sang Saka' kerana sejarah disebaliknya tidak memihak kepada mereka.. |
Tweet #Merdeka55.. 3.6 Juta Tweet? Rais Yatim KANTOI!! Posted: 01 Sep 2012 02:05 AM PDT Malang sungguh nasib Najib kerana dikelilingi oleh orang-orang yang hanya bijak untuk mengampu dirinya.. Najib semalam kelihatan ceria bila Rais Yatim mengumumkan sebanyak 3,611,323 juta tweet dicatat dalam masa sejam kepada akaun perdana menteri, @NajibRazak seluruh negara yang mengandungi pelbagai mesej kemerdekaan. Tapi dalam masa tak sampai 24 jam pengumuman Rais dipertikaikan oleh Politweet.Org.. Ini laporan dariMalaysiakini.. Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi. Dalam kes ini.. Rais Yatim telah menggunakan khidmat penipu yang diberikan elaun.. oleh kerana Rais telah menggunakan khidmat penipu, dia telah ditipu.. Yang menjadikan Rais mudah ditipu dalam hal ini ialah kerana beliau bukanlah membesar di era IT ini.. jadi apa yang dia tahu pasal IT agaknya? Setelah ditipu oleh penipu-penipu yang dibayar elaun olehnya, Rais pula menipu Najib.. kesian kat Najib kena tipu dengan Rais.. Kalau nak cari kesemua 38% Twitter hantu tu.. boleh mampus!! Tapi cuba korang tengok tiga account Twitter ni.. ketiga-tiganya adalah dari akaun yang berbeza, seorang Melayu, seorang Cina dan seorang lagi India.. Ini akaun Mansor Nor Ini pula akaun Tan Chor Khai Ini pula adalah akaun Nadaraja.. Nampak tak apa yang sama.. ayat yang sama diguna oleh ketiga-tiga pemilik akaun yang berbeza bangsanya di Tweet pada masa yang sama.. Lebih jelas tengok yang di bawah ni.. Itu baru tiga... kat bawah ni pula menunjukkan 66 pengguna Tweet benda yang sama pada satu masa yang sama.. Yang pula lagi hebat.. 111 pengguna Tweet benda yang sama pada masa yang sama.. Mana pencacai yang komen "Panas Punggung la Pakatan Rakyat" Dan "kalau sebanyak 3.6 juta tweet yg dicatatkan dalam masa sejam dlm akaun DSNTR dan ini satu fenomena yg luar biasa yg tidak pernah berlaku ke atas mana2 pemimpin di dunia ini.ini telah menunjukkan kpd kita yg sokongan atau kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan DSNTR semakin meningkat" kat ( SINI ) tadi tu?? Mudah saja korang kena tipu dengan si Najib tu.. itulah dulu sekolah malas.. sekarang kan dah bodoh.. Bila dah bodoh.. kan mudah saja nak diperbodohkan oleh si Najib dan Rais Yatim tu... kah..kah..kah... Nasib baiklah aku tak bodoh macam korang.. kalau aku bodoh dah tentu aku sokong UMNO.. |
Nak dapat 3.6Juta Tweet pun kena bayar upah rupanya.. tengok pengumuman JASA ni.. Posted: 31 Aug 2012 10:21 PM PDT Dua rekod bagi kategori tweet terbanyak dan perhimpunan pengguna tweet terbesar dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang dtujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sebanyak 3,611,323 juta tweet dicatat dalam masa sejam kepada akaun perdana menteri, @NajibRazak seluruh negara yang mengandungi pelbagai mesej kemerdekaan. "Satu lagi rekod adalah kira-kira 10,128 orang telah menghantar tweet di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menggunakan #Merdeka55 pada satu-satu masa," Kata Rais Yatim tu... dah pandai mengira dia sekarang ni ya... Tapi siapa atau pihak mana yang telah membuat pengesahan tentang jumlah yang disebut oleh Rais Yatim itu, biasanya sebelum ianya dicatatkan sebagai rekod perkara sebegini perlukan pengesahan dari pihak ketiga. Rais Yatim kata.. "Satu lagi rekod adalah kira-kira 10,128 orang telah menghantar tweet di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menggunakan #Merdeka55 pada satu-satu masa," Tapi Rais Yatim tak bagitahu seluruh rakyat Malaysia bahawa untuk mendapatkan sejumlah 10,128 orang itu makan minum, 'T' Shirt dan juga elaun sehingga RM100 terpaksa disediakan.. RM100 itu bergantung kepada tugasan yang diberikan... bukan aku kata.. tapi ini adalah pengumuman yang dibuat oleh JASA.. Kalau korang cari FB mamat kat atas tu.. dah tak ada dah kenyataan tu.. tapi pengumuman itu telah disebar oleh beberapa orang Blogger UMNO.. Kesian kat Najib... diperbodohkan oleh Rais Yatim rupanya dia... Kalau dah dibayar tu.. 10,128 orangtu tweet kerana Najib atau kerana Duit? |
Video : Keadaan bas yang jadi mangsa puak Jahilliyah dan apa kata Anwar Ibrahim.. Posted: 31 Aug 2012 08:19 PM PDT Bas dua tingkat yang dilancarkan semalam di dalam program Jelajah Merdeka Rakyat telah diserang oleh sekumpulan mereka yang tidak dikenali yang menyimbah bahagian hadapan bas tersebut dengan cat merah dan cermin bas telah dipecahkan dengan besi keluli. Serangan berlaku kira-kira jam 5.00 pagi tadi di Kota Baru. Walau bagaimanapun tiada laporan kecederaan berlaku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan selamat. Berikut adalah video yang menunjukkan keadaan bas yang menjadi mangsa keganasan puak-puak jahilliyah.. Anwar kata baling batu adalah kerja puak jahilliyah.. tengok video ni.. Betullah lah tu.. puak-puak jahilliyah ni.. kebanyakkannya mempunyai daya fikir yang terhad (tak berapa cerdik), nak berhujah takut kalah jadi keganasan lah diutamakan mereka... Laporan sebelum ini sila baca di ( SINI ) |
Bas Jelajah Merdeka Rakyat diserang pengganas UMNO? Posted: 31 Aug 2012 05:52 PM PDT Pada awal pagi tadi sekitar jam 5 pagi, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang kini dalam rangka perjalanan ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis telah diserang berdekatan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan. Menurut kemaskini Twitter oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, cermin bas tersebut telah dipecahkan dan cat merah disimbah pada bas tersebut. Insiden ini disyaki didalangi oleh samseng upahan. Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu sebentar tadi dan pihak polis telah memberi jaminan akan menjalankan siasatan segera berhubung insiden ini. Susulan dari itu, satu sidang media khas juga akan diadakan pada jam 11 pagi ini di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. PEJABAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM Jadual perjalanan bas sila lihat di ( SINI ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan