shalehudin |
- [GANAS] BILIK hotel Anwar cuba diceroboh
- Hadoih, Pakatan Rakyat pulak terkantoi [TENGOK]
- Pakatan Rakyat JAHAT, FITNAH... Sib baik ada Utusan Malaysia
- Untuk rakyat Johor yang marah...
- PANAS: Haji Najib boleh tolong jawab dak?
- Susah la Amno kalau Anwar kata lagu nih... hehe...
- FAKTA: Bukan Anwar yang rosakkan sendiri bas tuh... kahkahkah...
- Malaysia No:10 Terkaya Dunia, Duit Pi Mana? [BACA]
- PANAS: Anwar sendiri rosakkan BAS Jelajah Merdeka.. kahkahkah...
- KECERDIKAN rakyat dah diuji ketahap maksima
- GAMBAR sebagai bukti, Dataran Merdeka di TAWAN
- Warga emas terjun tingkat tiga
[GANAS] BILIK hotel Anwar cuba diceroboh Posted: 01 Sep 2012 11:14 AM PDT KOTA BHARU - Selain bas yang digunakan PKR disimbah cat dan cermin depan dipecahkan awal pagi, bilik hotel penginapan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba 'dicereboh' pihak tertentu. Ketua Pembangkang itu berada di sini sempena ceramah anjuran parti tersebut. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, pihaknya mendapat maklumat itu ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar pagi tadi. "Kita cukup kesal dengan kejadian yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap berkuasa mengambil tindakan tegas," katanya kepada Sinar Harian di sini.Bagaimanapun belum jelas motif dan bagaimana cubaan ceroboh itu dilakukan. Sehubungan itu kata Azihan, pihaknya akan membuat laporan polis di sini.- SH |
Hadoih, Pakatan Rakyat pulak terkantoi [TENGOK] Posted: 01 Sep 2012 08:33 AM PDT Punah.... Pakatan Rakyat memfitnah rupanya... Pakatan Rakyat memfitnah KERAjaan BN Pahang tentang isu air kat Pahang. Sebenarnya takdak pun masaalah air kat Pahang neh... Kesiankan kat Umno... Nasib baik lar TV3 BONGKAR FITNAH NEH... TERIMA KASIH KAT TV3. AKU MULA BENCI PADA PR SEBAB KUAT FITNAH!!! JOM DENGAR SENDIRI PENAFIAN DARI RAKYAT PAHANG!!! |
Pakatan Rakyat JAHAT, FITNAH... Sib baik ada Utusan Malaysia Posted: 01 Sep 2012 05:00 AM PDT |
Untuk rakyat Johor yang marah... Posted: 01 Sep 2012 03:00 AM PDT Untuk Rakyat Johor yang terlalu MARAH hingga turun berdemo, membuat laporan polis serta mengeluarkan kenyataan bahawa mantan MB Perak Dato Sri Nizar tidak dibenarkan untuk menjejak kaki ke negeri Johor lagi kerana menghina Sultan kamu... Mungkin Allah nak tunjukkan kebenarannya.... Nah!!!!! Baru-baru ini Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur telah memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu. Mohammad Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor. Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor. Mengenai pampasan yang akan diterima Nizar pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya. Adakah anda setuju dengan saya jika saya katakan Utusan sudah tidak layak untuk menjadi media informasi rakyat tapi layak menjadi media fitnah rakyat ? Adakah demo yang dianjurkan di Negeri Johor oleh sekutu2 UMNO BN UNTUK MEMBANTAH penghinaan terhadap Sultan mereka adalah mereka yang termakan dengan fitnah ini? Alangkah ruginya hasil dari fitnah ini penduduk di felda-felda dan orang asal diangkut dengan bas kononnya membantah kebiadapan Nizar? Apa kata anda tentang isu ini? - FB |
PANAS: Haji Najib boleh tolong jawab dak? Posted: 01 Sep 2012 02:45 AM PDT |
Susah la Amno kalau Anwar kata lagu nih... hehe... Posted: 31 Aug 2012 11:09 PM PDT Anwar: Teruskan Jelajah, jangan gentar ancaman Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan kerosakan pada bas PKR yang diletakkan di pekarangn Pasar Siti Khadijah Kota Bharu. Cermin depan bas PKR pecah dan disimbah dengan cat merah. - Foto Sinar Harian KOTA BHARU - Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua yang terlibat dalam menguruskan siri Jelajah Merdeka Rakyat PKR agar tidak gentar dengan ancaman yang diterima termasuk insiden merosakkan bas digunakan mereka awal pagi tadi. Ketua Umum PKR itu berkata, kejadian berbaur provokasi seperti menyimbah cat dan memecahkan cermin kenderaan sudah biasa dialami beliau dan parti itu. Namun perkara itu tidak mendapat perhatian pihak berkuasa, kata beliau pada sidang media di sini, hari ini. "Baiki dan teruskan perjalanan," kata beliau yang terdahulu menyampaikan ceramah di sekitar bandar Kota Bharu pagi ini.Siri jelajahnya akan diteruskan ke Tanah Merah sebelum memasuki perjalanan ke Perak.- SH |
FAKTA: Bukan Anwar yang rosakkan sendiri bas tuh... kahkahkah... Posted: 31 Aug 2012 10:15 PM PDT Mai tengok apa kata Anwar pasai pengganas bacul yang menyerang bas Jelajah Merdeka yang tak bersenjata tuh... |
Malaysia No:10 Terkaya Dunia, Duit Pi Mana? [BACA] Posted: 31 Aug 2012 09:00 PM PDT Inilah Ranking Negara Islam Terkaya Di Dunia Qatar GDP (PPP) per capita: $ 88,919 (2011) Kuwait GDP (PPP) per capita: $54,654 (2011) Kuwait GDP (PPP) per capita: $54,654 (2011) United Arab Emirates GDP (PPP) per capita: $48,222 (2011) Oman GDP (PPP) per capita: $28,880 (2011) Saudi Arabia GDP (PPP) per capita: $24,434 (2011) Bahrain GDP (PPP) per capita: $23, 690 (2011) Turkey GDP (PPP) per capita: $16,885 (2011) Libya GDP (PPP) per capita: $16,855 (2009) Malaysia GDP (PPP) per capita: $15,589 (2011) Lebanon GDP (PPP) per capita:$14,709 (2011) Kazakhstan GDP (PPP) per capita:$13,189 (2011) Iran GDP (PPP) per capita: $11,479 (2009) Azerbaijan GDP (PPP) per capita: $10,136 (2011) Tunisia GDP (PPP) per capita: $9,415 (2011) Malaysia menduduki tangga ke sepuluh terkaya di kalangan negara-negara Islam. Ke manakah kekayaan itu disalurkan? Malaysia berada di atas Iran. Tetapi Iran mempunyai kekuatan kelengkapan dan tentera yang cukup untuk mempertahankan diri. Bagaimana dengan Malaysia.? Kapal Selam tak boleh menyelam manakala jet pejuang terjunam sendiri tanpa kena tembak. Berapa bijik jet yang tinggal. Tentera Singapura ceroboh ruang udara mencabar kedaulatan negara. Tentera kita buat dono saja. Sebab mereka tahu kita tak boleh makan Singapura. Singapura jauh lebih anvance dalam kelengkapan ketenteraan. Alasan mudah kita ialah " semangat kejiranan ASEAN' wakaka! Kekayaan pergi ke mana? |
PANAS: Anwar sendiri rosakkan BAS Jelajah Merdeka.. kahkahkah... Posted: 31 Aug 2012 08:28 PM PDT [TERKINI] Bas Jelajah Merdeka Disimbah Cat Merah & Cerminnya Dipecahkan -Bergambar Gambar: Keadaan bas Merdeka Rakyat yang disimbah cat merah dan pecah cermin. Bas dua tingkat yang dilancarkan semalam di dalam program Jelajah Merdeka Rakyat telah diserang oleh sekumpulan mereka yang tidak dikenali yang menyimbah bahagian hadapan bas tersebut dengan cat merah dan cermin bas telah dipecahkan dengan besi keluli. Serangan berlaku kira-kira jam 5.00 pagi tadi di Kota Baru. Walau bagaimanapun tiada laporan kecederaan berlaku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan selamat. Pelancaran jelajah Merdeka Rakyat dilancarkan semalam di ibu pejabat KEADILAN dan telah tiba di lokasi pertamanya di Bentong Pahang semalam sebelum ke Benta dan Machang. Tak sampai 24 jam selepas bas khas yang dibiayai Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim memulakan siri menjelajah lima negeri, bas tersebut telah disimbah cat merah dan dibaling batu! Menurut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam mesej di Twitter menyatakan: @anwaribrahim Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB jam 5pagi -cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela Bas tersebut yang diletakkan berhadapan Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu telah mengalam kerosakkan di bahagian cermin depan akibat dipecahkan menggunakan batu dan disimbah cat merah seolah-olah along meminta wang hutang dari peminjam. Anwar yang kesal dengan perkara itu mengarahkan pemandunya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu sejurus selepas dimaklumkan mengenai insiden tersebut. Insiden tersebut yang berlaku kira-kira jam 4.30 pagi tadi adalah siri kedua serangan ke atas Anwar dan pasukan rombongannya setelah kereta yang dinaiki Anwar dikemekkan di bahagian pintu dan belakang dalam kejadian hampir serupa di Padang Perdana, beberapa bulan lalu. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu akan mengadakan satu sidang media khas di ibu pejabat parti di Tropicana jam 11 pagi yang akan dikendalikan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli. Manakala satu sidang media yang sama akan diadakan di Kota Bharu pada waktu yang sama menurut Saifuddin dalam mesejnya di Twitter sebentar tadi. Rafizi ketika mengulas kejadian itu di Twitter menyatakan kerabat media dijemput hadir dalam sidang media tersebut dan beliau akan memperincikan serangan yang didakwa dilakukan puak Umno-APCO yang mahu menggagalkan siri jelajah tersebut yang bermula di Bentong, Pahang semalam. Bas dua tingkat yang dibiayai sepenuhnya oleh Khalid mempunyai 19 tempat duduk dan dilengkapi dengan kemudahan wifi serta tempat mesyuarat selain boleh dijadikan pentas ceramah pelbagai guna yang disiapkan dalam tempoh 15 minit. Polis Kota Bharu mengesahkan satu laporan polis sudah dibuat dan siasatan kejadian berkanaan masih dijalankan. Dalam satu mesej terbaru Anwar di Twitter juga menjelaskan bahawa insiden tersebut tidak harus mengganggu jadual acara jelajah yang tetap akan diteruskan hari ini melalui Kuala Krai dan Jeli sebelum dijangka tiba di Kedah. @anwaribrahim Selesai solat dan zikir di Salor; kini ke kediaman TG NikAAziz-minum pagi;Azizah dan D Sabariah. Serangan samseng tdk hrs ganggu acara Setakat perkembangan jam 7 pagi tadi, belum ada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab di atas insiden yang memalukan dan tidak bermoral tersebut. -jalanpulang Bas Jelajah Merdeka Rakyat Diserang Pada awal pagi tadi sekitar jam 5 pagi, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang kini dalam rangka perjalanan ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis telah diserang berdekatan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan. Menurut kemaskini Twitter oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, cermin bas tersebut telah dipecahkan dan cat merah disimbah pada bas tersebut. Insiden ini disyaki didalangi oleh samseng upahan. Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu sebentar tadi dan pihak polis telah memberi jaminan akan menjalankan siasatan segera berhubung insiden ini. Susulan dari itu, satu sidang media khas juga akan diadakan pada jam 11 pagi ini di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. PEJABAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM p/s Modus operandi dan kerja siapakah yang menyimbah cat merah selama ini? Sungguh binatang perbuatannya.- GB |
KECERDIKAN rakyat dah diuji ketahap maksima Posted: 31 Aug 2012 06:25 PM PDT |
GAMBAR sebagai bukti, Dataran Merdeka di TAWAN Posted: 31 Aug 2012 03:00 PM PDT |
Warga emas terjun tingkat tiga Posted: 31 Aug 2012 12:00 PM PDT Kebakaran: Wanita warga emas terjun dari tingkat tiga Ritual keagamaan bagi menghalau hantu dipercayai punca kebakaran yang hampir meragut nyawa dua beranak dalam kejadian di Jalan Tun HS Lee, di ibunegara semalam. Dalam kejadian pada jam 3.30 petang itu, wanita warga emas dan anak lelakinya yang tinggal di tingkat tiga sebuah bangunan rumah kedai lama di situ, terpaksa melompat keluar melalui tingkap selepas rumah mereka terbakar. "Tindakan pantas orang ramai menyediakan bantal dan tilam sebagai alas sebelum mengarahkan mangsa yang berusia dalam 70-an dan 30 tahun itu terjun melalui tingkap dari ketinggian 40 kaki, telah menyelamatkan mangsa," kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.Beliau yang dihubungi Bernama, berkata kedua-dua mangsa dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur, namun tahap kecederaan mereka tidak dapat dipastikan. Katanya semua tilam dan bantal itu diambil orang ramai daripada sebuah kedai di situ yang menjual barangan tersebut. Azizan berkata tujuh jentera bomba dari balai sekitar Kuala Lumpur dengan kekuatan 62 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 3.52 petang. Bomba yang tiba sembilan minit kemudian mengambil masa kira-kira setengah jam sebelum berjaya mengawal sepenuhnya api yang marak daripada merebak teruk ke premis berdekatan. Insiden kebakaran itu turut memusnahkan sebuah premis yang terletak bersebelahan kediaman mangsa namun ketika kejadian rumah berkenaan tiada penghuni, katanya. Rumah di tingkat dua yang terletak di bawah rumah mangsa mengalami sedikit kerosakan akibat insiden kebakaran itu. "Jumlah kerugian sedang disiasat," katanya.- Bernama |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan