Selasa, 28 Ogos 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KALI INI AKU COPY CERITA MENARIK DARI YB KHALID SAMAD

Posted: 28 Aug 2012 02:28 PM PDT

Ada Berita Baik!! Dari YB Khalid Samad

Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam

Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya. Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama!

Rupa-rupanya Tun Musa Hitam adalah kawan baik Bapa Saudara saya Dato Zaidan. Tun merupakan pengapit semasa Dato' Zaidan bersanding dan adalah junior setahun kepada beliau. Katanya, semasa kelam kabut pada hari persandingan, Dato Zaidan terlupa mengikat tali kasutnya dan beliau terpaksa melutut untuk mengikatkan tali kasut sahabatnya itu. Malahan, seperti kebiasaan pada masa itu, pengapit terpaksa bermalam bersama dengan bakal pengantin lelaki pada malam sebelum persandingan! Takut pengantin lelaki lari kut?

Tun juga turut bersalaman dengan saya dan duduk di kerusi bersebelahan saya. Dia menceritakan hal dirinya dan menyatakan bagaimana pada tahun 1986 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya. Penceraiannya dengan isterinya yang dari berasal dari Peru dan juga tekanan politik yang terpaksa beliau hadapi sungguh hebat. Saya pun terus bertanya, "mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?". Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, "kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim."

Selepas makan dan sebelum Tun ingin meninggalkan rumah bapa saudara saya, beliau menguatkan suaranya dan berkata secara seloka, "saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang, tetapi di Lembah Klang saya ingin melihat kamu menang", sambil menunjuk ke arah diri saya, "dan di Johor pula, Shahrir seorang sahaja yang menang!" Kami semua yang mendengarnya tergelak. "Shahrir seorang sahaja (dari BN) menang?" tanya saya. "Itu sudah pasti tidak senang didengari oleh Dr. Mahathir!" kata saya lagi. Tun tersenyum dan berkata, "I won't tell you who I voted for in the last election".

Zaman berubah seperti juga manusia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

ISU LOMPAT PARTI - TERNGANGA LAGI UMNO

Posted: 28 Aug 2012 05:00 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
USAHA media pencacai untuk melaga-lagakan pimpinan di dalam PR gagal lagi di dalam isu Undang-Undang Anti Lompat Parti yang disokong kuat oleh DAP.  Di dalam kenyataan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim beliau tiada masalah dengan perkara tersebut.
 
Sebelum ini, media cuba laga-lagakan PAS dengan DAP di dalam soal Hudud, tetapi apabila Presiden PAS kembalikan semula hujah tersebut kepada Umno yang menjadi tonggak kerajaan lebih dari 50 tahun, Umno terkedu kerana Umno juga mengaku dia parti Islam.
 
Nampaknya PR perlu bersedia lagi untuk dilaga-lagakan oleh mereka yang kini sedang mencari jalan untuk membantu Najib mengumumkan pembubaran Parlimen.  Najib tidak akan bubarkan Parlimen selagi PKR, PAS dan DAP bersatu dan kukuh.  Formula yang ada pada Najib adalah pecahkan kerjasama PR, itu sahaja.  Modal seks dan lucah tidak laku lagi, dubur Sepol dan mulut busuk Umi Hafilda sudah tidak membantu parti yang digelar Setan oleh Mahdey Kutty ini.
 
Baca Kenyataan DS Anwar di dalam Malaysiakini hari ini;
 
 
Anwar OK dengan enakmen antilompat parti


Ahmad Fadli KC
1:01PM Ogos 28 2012

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tiada masalah dengan cadangan Pulau Pinang untuk memperkenalkan enakmen antilompat parti pada bulan November ini.

Menurut Anwar, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri memaklumkan perkara itu secara peribadi kepada beliau semalam.

"Tiada masalah (dengannya). Ketua menteri sudah lapor pada saya semalam," kata Anwar mengulas ringkas sewaktu ditemui di Shah Alam hari ini (Malaysiakini).

Tiada ulasan: