Selasa, 28 Ogos 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Wanita 15 suami diburu polis

Posted: 28 Aug 2012 08:32 AM PDT


KERALA: Seorang wanita yang melarikan diri dari bandar raya ini diburu polis selepas meninggalkan setiap lelaki yang dikahwininya.
Shahanaz, 33, dipercayai berkahwin dengan puluhan lelaki sejak beberapa tahun lalu. Walaupun sesetengah laporan mendakwa dia 'berkahwin' lebih 50 kali, pihak berkuasa berkata hanya 15 lelaki yang tampil membuat laporan.

Shahanaz pertama kali berkahwin kira-kira 11 tahun lalu dengan seorang lelaki bernama Siddique dan mempunyai seorang anak.

Bagaimanapun, berita mengenai perkahwinannya hanya terbongkar apabila dua daripada suaminya tampil di balai polis Chennai dan aduan susulan dibuat oleh beberapa mangsa lagi.

Keseluruhannya tujuh aduan rasmi sudah dibuat terhadapnya, tetapi tidak mustahil lebih ramai lagi mangsa yang akan muncul.

Aduan pertama dibuat oleh Manikandan, 24, yang bekerja di bilik pameran kedai kereta.

Shahanaz memberitahunya dia mencari lelaki yang menipu kawannya selepas berjanji untuk mengahwininya.

Menurut akhbar Indian Express, mereka banyak kali bercakap di telefon dan kemudian menjadi rapat.

Shahanaz memberitahunya dia anak yatim sejak kecil dan mendakwa bekerja sebagai peguam bela di mahkamah tinggi Madras. Dia juga memberitahu sedang belajar untuk menduduki peperiksaan perkhidmatan awam.

Mereka berkahwin April lalu tanpa restu ibu bapa Manikandan.

Dua bulan kemudian, Shahanaz meyakinkan Manikandan dia perlu tinggal di asrama supaya dapat bersedia untuk menduduki peperiksaan.

Manikandan mendakwa dia menjual barang kemas yang dibeli untuk perkahwinan mereka untuk digunakan Shahanaz. Dua minggu kemudian, Shahanaz hilang dari asrama dan tidak dapat dikesan.

Ketika polis mula menyiasat kes itu, seorang lagi lelaki, Prasanna, pemain bola sepak daerah tampil mengatakan dia juga berkahwin dengan Shahanaz beberapa tahun lalu.

Polis kini mendapati Shahanaz turut berkahwin dengan orang lain termasuk Rajesh, Chandrababu dan Saravanan. - DM
Artikel ini disiarkan pada : 28/08/2012

Dalam 10 orang Cina, hanya 1 saja sokong Chua Soi Lek kata seorang kawan Cina

Posted: 28 Aug 2012 06:04 AM PDT

KL 9.00mlm 280812 - Alhamdulillah hari ni cuaca mendung tak panas macam bulan puasa tambah-tambah pagi tadi hujan turun dengan lebat di Shah Alam dan KL.Moga air dalam empangan terus melimpah dan pihak Syabas patut rasa malu kerana asyik politikkan isu air di Selangor.Media Umno pulak terlupa kata di Pahang yang mahu hantar air ke Selangor juga ada kawasan yang beraya tanpa air bersih untuk kegunaan harian.

Saja nak bagi tau hari ni kebetulan berjumpa seorang Teknisyen berbangsa Cina di kilang JVC di seksyen 22, Shah Alam. Beliau  dah 15 tahun kerja di syarikat tu.Saya berjumpa dengan Teknisyen tu kerana peralatan cd player kereta saya rosak dan disyorkan pihak service centre untuk datang ke JVC (Kenwood) untuk dibaiki. Teknisyen ni tanya kat saya,"Apa macam politik sekarang?" Saya kata, "Politik sekarang BN tengah teruk."Dia kata kat saya,"Ya la..ini kali kita rakyat kena tukar kerajaan di Putrajaya.Kasi dia (BN) tau sikit apa rasa jadi pembangkang." Teringat dalam kepala saya ,"Ishh hari-hari Umno-BN dok mainkan isu Hudud takkan tak masuk dalam kepala Cina ni.Ini maknanya yang ada dalam fikiran rakyat ialah nak tukar kerajaan di Putrajaya yang lain kira kemudian.

Seorang supplier yang juga berbangsa Cina kata kat saya ,"Saya,  ini MCA sama Umno hari-hari cakap isu Hudud saja tapi kita sudah tau apa dia orang punya politik.Saya mau kasi tau u..dalam 10 orang Cina hanya seorang saja sokong Chua Soi Lek dan MCA."Kata supplier tu lagi kat saya,"MCA sama Umno patut bagi tau kepada rakyat macammana mau jadikan Malaysia sebuah negara yang bebas rasuah,semua rakyat boleh cari makan bukan hanya kroni BN saja yang kenyang.Ini MCA sama Umno bikin wayang banyak kuat cakap agama punya hal."

La ni kata Cina tu lagi hanya tinggal di kampung-kampung saja yang sokong BN dalam bandar BN dah tak laku.Bagilah apa pun duitka, peralatan sekolah dan sebagainya rakyat Malaysia sedang bermimpi bahawa selepas pru 13 Umno-BN hanya jadi pembangkang di parlimen.

Kita pulak terus dibodohkan puak gerombolan dengan politik jual burger depan rumah orang, buat tanda lot niaga dalam kawasan perumahan, politik menari punggung dan terpengaruh dengan fikiran yang membodohkan kita dengan begitu mudah.Ingat ada pangkat Datuk semua cerdik ka?.Kita kata negara kita negara membangun tapi mentaliti berpolitik macam negara kelas ketiga malah lebih teruk lagi daripada tu.Satu dunia ketawa apabila lihat politik bodoh yang dibodohkan oleh orang yang ada gelaran Datuk - Rakyat Marhaen

Kalau ya pun, hampa jangan la buat macam ni na ....

Posted: 28 Aug 2012 03:15 AM PDT

Minum racun kerana tak dapat restu isteri pertama untuk kahwin lain

GEORGE TOWN: Seorang warga emas nekad meminum sebotol cecair dipercayai racun setelah hasratnya untuk berkahwin lain tidak mendapat restu isteri pertama di Farlim, Air Hitam di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian pukul 1.45 petang itu, lelaki berusia 68 tahun terbabit meminum racun itu di sebuah klinik swasta di sini.

Beliau berkata tindakan itu diambil setelah permintaan lelaki berkenaan untuk berkahwin lain ditolak isteri pertamanya.

"Lelaki itu kini dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Gan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

-- Bernama

Sambutan Hari Merdeka di Bukit Jalil: Untuk jemputan BN sahaja?..

Posted: 28 Aug 2012 01:39 AM PDT


28 August 2012

KUALA LUMPUR, 28 OGOS: Kerajaan Najib Razak dibidas untuk sambutan perayaan Hari Merdeka di Stadium Bukit Jalil yang bakal menggunakan dana rakyat, namun pada masa yang sama melayan rakyat sebagai orang luar dan hanya mengutamakan jemputan dari kalangan pro-UMNO dan Barisan Nasional sahaja.


Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya hari ini menyelar sikap kerajaan tersebut yang dilihat membelakangkan rakyat dan menjadikan perayaan Hari Merdeka sebagai perayaan milik UMNO-BN sahaja.

Kit Siang berkata demikian berikutan laporan Malaysiakini semalam yang mendedahkan bahawa susun atur kerusi di dalam stadium tersebut telah diatur khusus untuk jemputan BN sahaja, termasuk pelajar sekolah, kakitangan kerajaan, dan kumpulan-kumpulan terpilih, termasuk parti politik mesra BN – Indian Progressive Front (IPF) dan Kongres India-Muslim Malaysia (KIMMA).

Menurut laporan itu juga, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kamaruddin Siaraf dipetik sebagai berkata bahawa orang umum boleh mengikuti sambutan itu melalui skrin gergasi yang akan dipasang di luar stadium.

Apabila disoal kenapa wakil Pakatan Rakyat tidak dijemput sama, beliau berkata bahawa 'mereka' boleh turut serta bersama 'rakyat lain' di luar bangunan stadium. "Mereka boleh datang atas 'tiket rakyat'," katanya.
Kit Siang menambah bahawa ini jelas menunjukkan bahawa pentadbiran Najib Razak tidak memahami apa sebenarnya konsep rakyat sebagai 'bos' dalam sistem demokrasi berparlimen.

"Berapa kos sambutan Merdeka di Stadium Bukit Jalil? Adakah Barisan Nasional akan membayarnya dengan wang parti itu sendiri?" soal beliau.

"Sambutan Hari Merdeka di Stadium Bukit Jalil adalah langkah ke belakang dalam pembinaan negara selama 55 tahun, apabila rakyat diasingkan daripada stadium berkapasiti 100,000 tempat duduk yang hanya dikhaskan untuk 'jemputan BN' sahaja," ujar beliau. – Roketkini.com

Tiada ulasan: