Jumaat, 31 Ogos 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TANDA TANDA TELAH MULA MUNCUL DALAM DUNIA

Posted: 31 Aug 2012 10:47 AM PDT



KALENDER INI TELAH MERAMALKAN






JAWATAN DALAM PARTI BUKAN TIKET UNTUK KAUT KEKAYAAN : ISMAIL SABRI - berita hairan

BERA: Ahli UMNO hari ini diingatkan bahawa jawatan dalam parti itu bukan landasan untuk mengaut kekayaan dan kemewahan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ismail Sabri Yaakob, berkata semua ahli parti sama ada ahli biasa mahupun berjawatan, perlu jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara. "Masih banyak lagi peranan yang perlu dimainkan UMNO dalam membela nasib bangsa Melayu dan rakyat.

"Jika kita menjadikan keahlian dan jawatan dalam parti untuk memburu kekayaan sendiri, malanglah bagi parti yang diasaskan para pejuang bangsa sebelum ini," katanya ketika berucap pada perasmian Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Bera, di sini.

Ismail Sabri yang juga Ketua UMNO bahagian itu berkata, sambutan kemerdekaan ke-55 hari ini perlu mewujudkan rasa insaf kepada semua pihak dalam usaha membangunkan negara ini.

"Kemerdekaan yang diperolehi dan dirayakan pada hari ini hendaklah dijadikan sebagai satu landasan untuk meneruskan perjuangan bagi membela bangsa dan rakyat," katanya.



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH AKH AKH


woit... MUNKEEE INI DATANG DARI MANA?.... kah kah kah..

kah kah kah...NAMPAK KEMUNKEEEIAN JELAS MENONJOL TERSERLAH.... kah kah kah...

kah kah kah...NAMPAK BANGANG YANG TERBANGANG.... kah kah kah..

woit... BILA AHLI GEROMBOLAN MULA BERJUANG UNTUK NUSA DAN BANGSA SATU NEGARA DALAM BAHAYA.... kah kah kah..

kah kah kah... BILA GEROMBOLAN MASUK POLITIK BUKAN UNTUK BUAT DUIT... DUNIA DALAM BAHAYA.... kah kah kah..

kah kah kah...MENGIKUT KITAB KUNO ORANG MAYA INI TANDA DUNIA NAK KIAMAT.... kah kah kah...

kah kah kah...INI TANDA TANDA AKHIR ZAMAN..... kah kah kah


AHAD PETANG DI RAUB PAHANG



SESUDAH DATARAN
ahad petang jam 2:00
kita berhimpun di padang milo raub
kita mula menibai gerombolan
di pahang

sila datang buat ramai!



JANJI DEMOKRASI MENERUSKAN OMBAK LAWAN SEHINGGA GEROMBOLAN RUNTUH!

Posted: 31 Aug 2012 01:13 AM PDT





JANJI DEMOKRASI DITERUSKAN






KOMENTAR TUKAR TIUB

baca sajak pun salah
dulu zunar buat karton
kena tangkap

sekarang pak samad baca sajak
pun akan di tangkap

tapi apa sebenarnya kesalahan janji demokrasi?

kesalahan janji demokrasi
ialah kerana ada 30 ribu yang datang
tanpa di arah
tanpa diberi duit
tanpa ada duit tambang
tanpa di upah
semua datang untuk janji demokrasi

jumlah 30 ribu ini melebehi
jumlah orang yang melihat jalur tembelang
pada pagi 31 ogos ini

ini lah kesasalah besar janji demokrasi
ini kah jenayah besar janji demokrasi
kesalahan lebih mendapat sokongan
dari gerombolan dan jalur temberang!



POLIS SIASAT PENGANJUR JANJI DEMOKRASI-mkini

Polis sedang menyiasat penganjur perhimpunan Janji Demokrasi di kawasan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur malam tadi yang menarik kira-kira 10,000 orang.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur jenayah siasatan Datuk Ku Chin Wah berkata siasatan itu dibuat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dalam mesej teks kepada Malaysiakini, beliau berkata, pihak polis akan terus menyiasat mereka di bawah Akta tersebut.

Malam tadi, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin
Ahmad berkata polis akan "menyiasat kemudian" sama ada pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said telah melanggar undang-undang dengan membaca sajak.

Pak Samad yang merupakan Sasterawan Negara, membaca
sajaknya 'Janji Demokras' di dataran di luar ibupejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terletak kurang 500 meter dari Dataran Merdeka.

Walaupun telah mengisytiharkan perhimpunan itu haram di saat-saat akhir, tetapi tiada tangkapan terhadap ribuan orang ramai yang membanjiri kawasan itu dengan berpakaian kuning pada malam ambang Hari Kebangsaan.

KESALAHAN BESAR : RAMAI TURUN


MALAM INI JAM 9 DARI RADIO BANGSAR UTAMA

Posted: 30 Aug 2012 11:24 PM PDT





PENGUMUM DARI STESEN PUNK ROCK



PENGUMUMAN DARI RADIO BANGSAR UTAMA
pada malam ini
saperti biasa
jam 9:00 dengan berita menghasut


RAKAMAN DARI DATARAN MERDEKA
sesudah berita menghasut
akan di ikuti dengan rakaman
ambang 30 ogos malam kelamarin
ini adalah rakaman bersejarah
yang telah dibuat oleh wartawan rabu

untuk semua pendengar dalam dan luar negara
sila ikuti radio bangsar utama






NOTA:
sila tunggu satu pengumuman penting
tidak lama lagi dari radio bangsar utama
terus ikut tukar tiub
terus layari stesen punk rock bangsar utama


PAK SAMAD AKAN DI TANGLAP KERNA BACA SAJAK

Posted: 30 Aug 2012 10:41 PM PDT






SUSUN GERAKAN KITA GEMPUR GEROMBOLAN



JANJI DEMOKRASI

Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!

Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang mencanda
panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning
diri kita yang sejati
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti, menjeritkan:
Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!

Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: "Janji Demokrasi!"
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!

Pak Samad
28 Ogos 2012


UNTUK WARGA DI LUAR KUALA LUMPUR INILAH SEJARAH




JANGAN LUPA KITA BEJUMPA DI RAUB PAHANG

Posted: 30 Aug 2012 08:40 PM PDT




BERHIMPUN AHAD PETANG




SINADA IALAH RACUN PEMBUNUH
Cyanide adalah di antara bahan kimia yang paling merbahaya di dunia, yang wujud dalam perlbagai bentuk. Sama ada dalam bentuk gas yang tidak bewarna seperti hydrogen cyanide (HCN) dan yanogen chloride (CNCl) atau dalam bentuk kristal seperti sodium cyanide (NaCN) dan potassium cyanide (KCN).

Hydrogen cyanide (HCN) pernah digunakan dalam Perang Dunia Kedua sebagai agen pembunuh oleh Tentera Jerman, Tentera Amerika Syarikat dan Tentera Jepun malah ada juga laporan yang mengatakan agen pembunuh itu juga telah digunakan ketika perang Iran-Iraq pada tahun 80-an. Ia juga pernah digunakan oleh Tentera Perancis ketika Perang Dunia Pertama.

Penggunaan bahan kimia ini telah diharamkan di beberapa buah negara khususnya di sektor perlombongan antaranya adalah Amerika Syarikat (Montana, Colorado, Wisconsin), Turki, Honduras, Republik Czech, Argentina, Jerman, Greece, Costa Rica, Peru, dan Filipina kerana ancamannya kepada Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar.

Pendedahan berterusan bahan kimia ini melalui pernafasan udara, air minuman, makanan malah memegang tanah yang dicemari cyanide kepada manusia boleh menyebabkan kematian malah jika mangsa berjaya diselamatkan sekalipun, dengan tahap keracunan yang tinggi boleh menyebabkan jantung dan otak mangsa rosak. Cyanide akan menghalang sel badan manusia daripada menerima oksigen yang secukupnya dan jika sel badan tidak dapat menerima oksigen yang secukupnya, sel itu akan mati. Jantung dan otak adalah organ manusia yang banyak menggunakan oksigen.




baca seterusnya disini:

http://pemudatua.blogspot.com/2012/08/ancaman-cyanide-di-bukitkoman-apa-yang.html


Tiada ulasan: