Generasi Pewaris Khilafah |
Posted: 31 Aug 2012 09:29 AM PDT Assalamualaikum .. Salam Merdeka buat semua. Tadi sempatlah menyelak beberapa blog dan laman web yang menyiarkan berkaitan perhimpunan yang diadakan bersempena Hari Merdeka. Terbacalah aku kat satu blog tadi yang menyatakan perhimpunan "Janji Demokrasi" yang diadakan sempena Hari Merdeka disifatkan haram oleh media tempatan. Kadang- kadang nak kata bangang pun susah juga nak kata pandai sangat tu tak lah juga. Aku mengikuti segala rentetan berita dari mula sampai akhir dan aku dapati yang salah dalam hal ini adalah media yang sengaja memutarbelitkan isu. Kalau kata haram ade dalil ke yang menyebabkab benda tu jadi haram. Kalau nak kata guna akta perhimpunan aman, rasanya perhimpunan yang diadakan taka de pulak berlaku kekacauan atau keganasan kecuali ade lah beberapa mangkok hayon dan juga beruk yang buat onar semasa perhimpunan tu berlaku. Ade juga yang kata setiap perhimpunan kena ada permit. Aku nak tanyalah perhimpunan kat sekolah kat pejabat tu ade kena permit tak ? macam yang pernah berlaku kat Kelantan beberapa tahun yang dulu, ade seorang pakcik tua yang kononnya pro pada … mengatakan nak solat jumaat atau nak buat bacaan tahlil pun nak kena ade permit gak. Sah pakcik nie terlepas kapal selam scopane betul lah. Kalau macam tu segala perhimpunan nak kena dapat permit dan juga pemantauan juga lah. Memang kesian dan jenihlah pakcik-pakcik polis dan SB yang dikerahkan memantau setiap perhimpunan yang dianjurkan termasuklah perhimpunan di dalam masjid terutama semasa solat jumaat. Dalam hal nie perlu ada penjelasan kepada orang awam berkaitan akta perhimpunan aman dan juga kelulusan permit dan pakcik-pakcik polis perlu lebih professional dalam melaksanakan tugas. Kerja pakcik-pakcik dah cukup baik dan dihargai tapi kena ingat jangan berat sebelah. Buat lah kerja dengan ikhlas dan jujur atau berintegriti. Ingatlah segala apa yang kita lakukan ada SB yang lagi besar dan lagi berkuasa. Setiap masa dok peratikan kita iaitu Malaikat Raqib dan atid. Malaikat inilah yang berada dikanan dan kiri kita mencatatkan segala apa yang kita lakukan dan laksanakan sama ada ianya selaras dengan syariat dan peraturan Allah atau sebaliknya. Iman itu penting tapi Ihsan lebih penting dalam memastikan jalan kita ke syurga. Sabda Rasulullah SAW "Ihsan ialah melakukan sesuatu kerja seumpama Allah melihat kita dan jika tidak perjayalah bahawa setiap yang kita lakukan diperhatikan oleh Allah. |
Merdeka dan Mentaliti Orang Melayu Posted: 31 Aug 2012 09:09 AM PDT Assalamualaikum.. merdeka .. merdeka .. Mau Duit Ka ? Saja jer buat kecoh dan kepoh malam nie. Yerlah malam yang sunyi yang tiada apa –apa yang nak diperbincangkan lagi tapi bila sebut pasal merdeka ni kan kadang –kadang terfikir juga mengenai merdeka dari sudut mentaliti orang melayu. Seperti yang kita sedia maklum bangsa Melayu nie cukup sinonim dengan adat dan kebiasaan mala hade sesetengah tempat yang cukup kuat berpegang dengan adat. Sampai ade 'Hadis Melayu' yang mengatakan Biar Mati Anak Jangan Mati Adat. Kadang kadang bila fikir sangat bab adat nie sampai mengenepikan soal ibadat ini yang cukup payah dan cukup –cukup menyusahkan khususnya macam aku nie ler yang cukup tak gemar berpegang sangat pada adat. Mana taknya kadang-kadang kita lebih utamakan adat dari ibadat. Sebagai contoh masa hari raya aje lah, kenapa masa nak ziarah rumah sanak saudara jer kita pakai cantik-cantik sedangkan masa solat kadang-kadang tak tutup aurat?dan kadang tu masa nak beraya pakai bukan main wangi lagi mengalahkan lori minyak wangi tapi bila nak jumpa Allah, nak solat bau lagi busuk dari belacan basi pun ade. Kadang-kadang kita patut malu dengan Allah yang telah memberikan segalanya pada kita dan kita pulak yang kadang-kadang jadi makhluk yang tak sedar diri dan tak tahu diuntung mintak macam-macam tapi rasa syukur langsung tak ada. Inilah kelemahan kita sebagai manusia. Allah dan bagi akal untuk berfikir dan bagi mata untuk melihat, dah bagi telinga untuk mendengar tapi kita masih dengan muka poyo kita. Merdeka yang sebenar ialah bebas dari sebarang ideology dan fahaman yang menyesatkan dan menyusahkan. Orang yang masih lagi tidak bebas dan masih kekal dengan fahaman dan ideology yang menyonsang inilah yang dikatakan masih belum merdeka dek kerana masih belum bebas atau tak nak bebaskan diri daripada pengaruh tersebut. Sebagai ummat islam kita perlu sedar yang musuh-musuh Islam sama ada yang nyata atau tidak sedang memerhatikan kita dan menunggu masa untuk menghancurkan kita. Sedarlah yang kita hanya ada Allah sebagai tempat bergantung dan marilah kita sama-sama bebaskan diri kita dan merdekakan diri kita. Selamat Hari Merdeka, Sebangsa, Senegara, Sejiwa dan Seaqidah |
Posted: 31 Aug 2012 08:47 AM PDT Assalamualaikum .. Merdeka dan selamat, Dua perkataan yang berlainan tapi mempunyai kaitan antara satu sama lain. Yalah, mana tidaknya bila merdeka kita akan rasa kita berada dalam keadaan selamat . Tapi kalau tengok keadaan Negara Malaysia yang kusayangi sekarang ini umpama macam dah tak berapa nak selamat sangat dan rasa seumpama macam balik semula zaman penjajah. Nak sambut merdeka tapi hanya sebelah pihak saja yang keluar pandangan dan pendapat. Kalau kata Negara ini sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat sila beri peluang pada rakyat untuk nyatakan sesuatu dan jangan buat sekatan pada orang yang memberikan pandangan atau nasihat. Mesti korang akan cop aku nie pembangkang kan .. hehe bukan semua yang dibuat oleh pihak kerajaan tak baik ade juga yang baik tetapi kadang-kadang perlu ada check and balance bagi memastikan keadaan Negara dalam keadaan stabil. Macam yang berlaku sekarang nie sebagai contoh, orang yang bersalah dibiarkan bebas tapi orang yang menegur orang yang buat salah itu yang didapati bersalah. Masalah hokum islam tu tak payah nak dibincangkan terperinci tapi perlu ade penerangan kepada umum tapi undang-undang kena jalan juga dan perlu pindaan undang-undang. Kalau tidak, inilah akibat yang kita terima. Kejadian ragut dan samun berleluasa pasal tak de tindakan undang-undang yang dikenakan pada pesalah bahkan dibiarkan bebas begitu saja Yang terbaru, mengenai kes rogol kanak-kanak bawah umur dan penderaan fizikal, mental dan seksual pada remaja yang berlaku sepanjang minggu lepas. Ini menunjukkan Negara Malaysia semakin tidak selamat untuk diduduki. Sekiranya kita berkeinginan untuk berasa selamat dan bebas merdeka sila tukar undang-undang yang sedia ada kepada undang-undang Islam yang sebenar sebagaimana yang diamalkan pada zaman Rasulullah SAW dan para salafussoleh. Kalau tidak kita akan selamanya berasa tidak selamat dan merdeka. |
You are subscribed to email updates from Minda Assirkami To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan