Jumaat, 31 Ogos 2012

Biaqpila

Biaqpila


19 Pasangan Dicekup Ketika Nak Projek Di Malam Merdeka

Posted: 31 Aug 2012 05:38 AM PDT


Menyorok bawah katil, mendaftar diri dengan nama palsu dan mengaku sebagai pasangan yang sudah berkahwin, itu antara taktik yang digunakan sebahagian 19 pasangan beragama Islam yang dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam operasi cegah maksiat pada malam sambutan Hari Kemerdekaan awal pagi tadi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata pasangan berkenaan yang dicekup di hotel-hotel bajet sekitar bandar ini kerana berkhalwat kini ditahan JAIP untuk siasatan lanjut dan dibenar diikat jamin sebelum dibebaskan.

"Seramai 38 orang, iaitu 19 lelaki dan 19 wanita berumur dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun berjaya kita tahan dalam operasi cegah maksiat JAIP yang bermula dari 10 malam hingga 6 pagi tadi," katanya kepada pemberita selepas operasi berakhir kira-kira 6.30 pagi tadi.

Pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. Beliau turut menasihatkan pasangan berkenaan yang kebanyakannya muda-mudi agar menyambut kemerdekaan dengan cara yang sewajarnya, bukan mengambil peluang dengan melakukan perbuatan yang bercanggah dengan Islam. - Bernama

kakisembang

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

4 Jenis Jelaki Yang Ditarik Perempuan Ke Neraka

Posted: 30 Aug 2012 09:00 PM PDT



Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya


Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya


Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.


3. Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.


4. Anak Lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At Tahrim : 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua'lam...

tazkirah

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

VIDEO GENG IKAN BAKAR BELASAH PESERTA JANJI DEMOKRASI

Posted: 30 Aug 2012 06:00 PM PDT



Ni Ke Encik Jamal Ikan Tongkoi? Mustahil La,Takkan Dia Turun Sorang-Sorang... Kah! Kah! Kah!

Jom kita layan video ni... ada ka tak dak Encik Jamal Ikan Tongkoi...



DEY MACHA!!!
MANA DIA GENG JAMAL IKAN TONGKOI
TAK NAMPAK PUN DALAM KLIP VIDEO TU
KATA ADA 98000 AHLI NAK TURUN
PAKAT NAK BELASAH PESERTA JANJI DEMOKRASI
KAH! KAH! KAH!

SORI LA MACHA!!!
TAJUK POSTING NI GUA DAH PREPARE AWAI-AWAI
MASA JAMAL IKAN TONGKOI UGUT NAK BELASAH HARI TU
OLEH KERANA JAMAL IKAN TONGKOI TAK MUNCUL-MUNCUL
GUA UPLOAD SAJA LA VIDEO YANG DIRAKAM
INILAH NAMANYA JANJI DICAPATI
KAH! KAH! KAH!


(Sesiapa yang kena belasah dengan Jamal Sekinchan Ikan Bakar dan ahli2nya malam tadi, sila tinggalkan komen lu orang dan ceritakan pengalaman/trauma lu orang dibelasah dan disalai oleh puak2 tu semalam... hahahaha...)-gua ceduk bulat2 kata2 Isa...kah!kah!kah!

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: