Selasa, 28 Ogos 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


JANJI DEMOKRASI MALAM 30 OGOS JAM 11:00 MALAM

Posted: 28 Aug 2012 12:50 PM PDT





JAM 11:00 BUKAN JAM 10:00 MALAM




Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia
29 Ogos 2012

Janji Demokrasi: Ayuh Kuningkan Dataran Merdeka !


Sebagai NGO yang terlibat secara langsung, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berdiri teguh di belakang Gabungan JANJI yang menganjurkan sambutan ambang kemerdekaan bersama seruan Janji Demokrasi yang dituntut. SAMM menjangkakan jumlah kehadiran yang besar apabila Dataran Merdeka dijadikan sasaran utama dari dalam dan luar Kuala Lumpur untuk menyambut detik tiba Hari Kebangsaan tahun ini.

Bagi SAMM, Sudah sekian lama rakyat membiarkan aparat pemerintah memperkuda sambutan kemerdekaan demi kepentingan politik mereka dan seolah-olah ianya sambutan hari Umno kebangsaan. Regim pemerintah saban tahun telah mempromosi tokoh kemerdekaan negara hanya dari kalangan presiden Umno terawal hingga terakhir sedangkan ramai lagi tokoh yang berjuang menuntut kemerdekaan telah disembunyikan dari paparan umum ketika sambutan merdeka. Sejarah sebenar disorok supaya dilihat hanya Umno yang memperjuangkan kemerdekaan namun fakta sejarah menunjukkan perjuangan menuntut kemerdekaan negara telah bermula sebelum Umno diwujudkan. Inilah 'lagu' yang didendangkan setiap tahun ketika Hari Kemerdekaan.



Kesabaran rakyat akhirnya teruji apabila sambutan tahun ini dicemar secara melampau sehingga tema hari kebangsaan itu sendiri terus disalin tampal (copy paste) daripada tema yang digunakan dalam jelajah BN, iaitu Janji Ditepati. Tanpa logo rasmi dengan berdolak dalik mengatakan logo ditukar setiap dua-tiga hari, nyata semangat Hari Kebangsaan tahun ini telah dirosakkan dengan teruk sekali. Selain itu, lagu tema Janji Ditepati juga mendapat penolakkan hebat dari pelbagai golongan masyarakat termasuklah komen terbaru dari bekas mufti iaitu Dr Asri Zainal Abidin yang mengatakan liriknya menggambarkan sebuah kerajaan yang nazak.

Di atas kesedaran ini, SAMM bersama hampir 50 NGO yang bernaung di bawah Gabungan JANJI menggerakkan sambutan ambang kemerdekaan dengan keunikan yang tersendiri. Dataran Merdeka dijadikan venue utama, kuning warna tuntutan diiktiraf sebagai warna tema, Janji Demokrasi acara ulung mengira detik ambang kemerdekaan.


SAMM juga mengesahkan acara Janji Demokrasi mahupun Janji BERSIH bukan sebuah perarakan dan bukan sebuah protes jalanan. Ia adalah semata-mata acara kiraan detik kemerdekaan edisi ke-55 sepertimana yang disambut di seluruh negara pada setiap tahun, bezanya kali ini setiap yang hadir mengenakan kostum kuning. Ia akan berlangsung dengan aman dan makmur tanpa provokasi dari pihak polis. Mana-mana individu yang bertindak liar akan dicop sebagai agen provokasi tindakan yang wajar akan diambil oleh unit keselamatan.

Merujuk kepada kenyataan Ketua Balai Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad yang tidak memberikan 'lampu hijau', SAMM juga menegaskan bahawa tiada keperluan 'lampu hijau' dari mana-mana pihak untuk mana-mana rakyat yang ingin menyambut hari kemerdekaan. Rakyat punya hak untuk sambut kemerdekaan dengan apa warna sekalipun. Menutup Dataran Merdeka pada malam merdeka adalah satu malapetaka buat regim pemerintah.

Apakah rasionalnya Dataran Merdeka ditutup bagi menghalang rakyat menyambut ambang kemerdekaan?

SAMM juga mengucapkan syabas kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur yang menyarankan Dataran Merdeka tidak ditutup pada malam 30 Ogos untuk beri laluan kepada sambutan ambang merdeka Janji Demokrasi. SAMM juga mengharapkan keputusan Datuk Bandar adalah solid dan kalis daripada dipengaruhi anasir regim yang sempit pemikiran yang juga difahamkan takut kepada perubahan.


Mengenai tuntutan Janji Demokrasi di ambang merdeka, SAMM berpendapat bahawa kemerdekaan ialah berkenaan kebebasan dan jaminan hak warga dalam negara itu dan antara yang paling asas ialah untuk punya hak menentukan/memilih siapa untuk mentadbir negara. Maka jelas urusan menuntut untuk punya proses pilihan raya bebas dan adil bukan urusan politik kepartian sebaliknya ia urusan patriotik yang perlu diusahakan semua pihak. Selaku pihak yang menyelia keselamatan dalam negara PDRM juga harus mendokong usaha ini lebih-lebih lagi antara hak yang paling banyak dicabul ialah hak pengundi pos yang selama ini kertas undi mereka ditandakan oleh orang lain. Pihak polis juga harus 'merdeka' dari terus diperguna demi kelangsungan pemerintah mengekalkan kuasa.


SAMM menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadikan sambutan kemerdekaan kali ini lebih bermakna dan terus diingati dalam lembaran sejarah. Pakailah kuning dan hadirlah ke Dataran Merdeka dengan apa jua kebijaksanaan supaya sempat hadir sebelum kiraan detik kemerdekaan bermula.

Kepada seluruh anak muda dan yang berjiwa muda ingatlah, menuntut demokrasi ini diumpamakan seperti menuntut kemerdekaan baru, Merdeka Rakyat dari regim legasi penjajah, nyata acara Janji Demokrasi ini wajib tidak dilepaskan. Jadilah sebahagian daripada sejarah.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sebenar-benar Merdeka!!


EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com
edyesdotcom@gmail.com


MALAM 30 OGOS 2012



SIAPA NASHARUDIN MAT ISA? TULISAN TUKAR TIUB SATU TAHUN DAHULU

Posted: 28 Aug 2012 12:39 AM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB

akhirnya nasharuddin mat isa
akan meninggalkan parti pas

pada ketika ini sedang mengintai
kerja-kerja jual agama yang
masih ada kosong

ini juga bukan satu pekara baru
pernah dahulu setiausaha agung pas lari
jadi pengarah yadim

bila kerja jual agama telah ditemui
maka nasharuddin ini akan pergi

tak percaya?
tunggu dan lihat



TUNGGU KERJA KOSONG JUAL AGAMA



NOTA
lebih setahun dahulu
tukar tiub telah kenal
siapa dia nasha ini

sekilas nasha dalam hotel lima bintang
sudah tahu betina mana akan dilanggan


MAJLIS SYURA DISARAN GUGUR KEANGOTTAN NASHA
- malaysia kini

Majlis Syura PAS disaran menasihatkan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya berundur sebagai anggotanya kerana ia dilihat jalan terbaik mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi.

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang berkata, menarik diri secara sukarela merupakan langkah terbaik bagi menangani kontroversi itu.

"Mereka boleh beri nasihat supaya beliau berundur. Itu secara diplomasi.

"Beliau diminta berundur secara elok-elok," katanya sambil menegaskan tindakan diplomasi itu menjadikan PAS "lebih selamat".

Ahmad yang juga bekas anggota Majlis Syura berkata, itu langkah terbaik walaupun badan itu mempunyai kuasa menggugurkan keahlian anggotanya.

Menurut Ahmad lagu, tindakan itu juga boleh mengelakkan serangan BN ekoran kenyataan Nasharuddin yang mahukan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran perbezaan pendapat dengan DAP berhubung isu hudud.




sila baca tulisan yang keluar 1 jun 2011


POLITIK DAN GARIS POLITIK

Saya selalu membaca dan mengamati tulisan, komentar dan analisa politik terkini tentang negara kita ini. Saya membaca dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Ada yang menarik: sayangnya banyak pula yang membosankan. Membosankan kerana sang penulis hanya bergelut dengan personaliti individu - si politikus. Tidak lebih dari itu.

Politik bukan hanya tentang individu. Politik ialah tentang kuasa. Perjuangan politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebut punca-punca ekonomi. Di belakang punca ekonomi ialah kelas. Perjuangan politik ialah perjuangan kelas.

Kelas dan ekonomi tidak dapat dipisah macam santan dengan kelapa. Setiap sosok manusia tergulung ke dalam satu kelas. Secara kasar – ada dua kelas: yang memerintah dan yang di perintah i.e yang berkuasa dan yang tidak berkuasa. Yang berkuasa ialah mereka yang memiliki harta dan kekayaan. Yang tidak berkuasa ialah mereka yang tidak memiliki harta kekayaan dan gulungan miskin.

Dalam sistem ekonomi kapitalis seperti dalam negara kita ini – gulungan miskin adalah kaum tani, kaum nelayan dan kaum buruh. Mereka ini adalah kumpulan terbanyak. Manakala kumpulan terkaya tidak ramai. Kumpulan kaya amat sadikit – mereka adalah kumpulan minoriti. Tetapi mereka menjadi pemilik harta kekayaan yang terbanyak. Justeru melalui harta kekayan, mereka dapat membeli kuasa.

Ini bukan tulisan propaganda. Ini hakikat – fakta saheh - yang boleh di rujuk kepada Jabatan Statistik Negara. Fakta fakta – ekonomi dan kelas ini - menjadi kabur atau sengaja dikaburkan dengan agenda agama, dengan agenda bahasa, dengan agenda kaum dan bangsa. Politik ialah agenda merebut kuasa. Period. Khalas. Agenda-agenda yang lain hanyalah alat dan taktik untuk mengolah persetujuan orang ramai untuk bangun merebut kuasa.


Justeru untuk saya, perjuangan politik ialah untuk melupuskan kuasa kumpulan kaya yang sedikit dan mengambil alih punca-punca ekonomi yang ada dalam tangan mereka. Harta kekayaan wajib diambil kembali untuk di agih-agihkan kepada rakyat terbanyak. Ini seperti yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat telah mengambil kembali hak air dari syarikat Syabas dan memberikan secara percuma pada orang ramai.

Justeru berlaku perlawanan yang maha hebat antara Pakatan Rakyat dengan gerombolan United Malays National Organisation di Selangor. Perlawanan ini ialah perlawanan untuk merebut punca ekonomi. Ini adalah perlawanan dua kelas – kelas kaya yang menindas sedang berlawan dengan rakyat. Suara orang teramai - suara rakyat - diwakili oleh Pakatan Rakyat.

Hingga ke tahap ini, jika masih ada penulis dan pemberi komentar politik tidak memahami hakikat kelas dan ekonomi maka si Mamat atau si Minah itu wajib rajin membaca dan mentelaah. Panjangkan akal dan panjangkan ilmu. Sehingga ke hari ini memiliki akal fikrah yang kritikal masih belum dicukai lagi.

Kalau saya membawa para pembaca ke luar Malaysia – hakikat yang sama juga dapat kita lihat. Di Amerika Syarikat Barack Obama dipilih untuk mempertahankan dan menjaga kepentingan saudagar senjata dan para taikoon di Wall Street. Raja Abdulah dipilih untuk mempertahankan kepentingan gulungan feudal di Saudi Arabia. Sarkozy di Peranchis dipilih untuk mempetahankan kepentingan saudagar Peranchis dan kaum Zionis di Peranchis.

Apabila tuan pembaca telah memahami asas-asas politik dan ekonomi diatas maka saya akan membawa pembaca untuk memahami apa makna dan tanda perebutan puncuk pimpinan Pas yang sedang berjalan hebat sekarang. Perlawanan hebat yang saya maksudkan ialah perebutan kerusi Timbalan Presiden Pas diantara Mat Sabu dengan Nasharudin Mat Isa dan Tuan Mat.

Untuk saya pertandingan ini adalah perebutan kuasa. Perebutan kuasa ini ialah perjuangan kelas. Kalau kita kaji dari segi politikal ekonomi, dalam istilah politik moden Parti Pas ini ialah parti yang mewakili kepentingan borjuis kecil Melayu. Parti yang mewakili kepentingan borjuis besar dan borjuis nasional ialah United Malay National Organisation. Justeru saya berani berkata disini bahawa tidak mungkin Daim, Ananda, Vincent Tan atau Syed Mokhtar menjadi ahli Pas. Parti Pas tidak akan memperluaskan kepentingan ekonomi mereka.


Pas mewakili Guru-guru Melayu, Tok Peraih, Penjaja, Tuan Empunya Warong, Kontrektor Kelas Bawah, Peneroka, Nelayan termasuk juga Askar dan Polis Pencen. Gulungan ini merasa kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka dapat dipertahankan oleh Parti Pas.

Kalau Pas ini parti bojuis kecil Melayu bagaimana pula dengan ulama dalam Pas? Biar saya terangkan disini bahawa dari segi ekonomi para alim ulama juga memiliki kelas. Dari segi pensejarahan penubuhan parti politik di Malaysia kita akan dapat memahami bahawa alim ulama dalam Pas ini tergolongn kepada borjuis kecil Melayu. Mereka merasa diri mereka akan dipinggirkan oleh United Malays Natioanl Organisation yang amat mesra bersekongkol dengan Towkay dari MCA atau bekas penjajah British. Hujah agama ketika keluar dari payung United Malays National Organisation pada ketika itu adalah hujah terbaik untuk mempertahankan kepentingan ekonomi kelas borjuis kecil Melayu.

Justeru hari ini kita akan bertemu dengan ulama yang bekerja dengan United Malay National Organisation. Mereka ini saudagar agama yang kaya dan lumayan. Kerja mereka ialah mencari ayat-ayat dan hadith nabi untuk 'menghalal' kan apa saja dasar dan tindak tanduk United Malay National Organisation.

Dengan ini apakah Mat Sabu dan Nasaruddin ini memiliki pandangan politik dan kelas yang sama kerana mereka berdua berpayung dalam Parti Pas? Jawabnya tidak. Parti MCA adalah parti towkay tetapi ramai juga buruh yang menjadi ahli ini. Parti MIC ialah parti Chettiar dan Mandur tetapi ramai kuli estate yang menjadi ahli.

Awas dan waspada. Didalam kumpulan borjuis kecil ini juga akan terdapat sosok-sosok yang berminat untuk menjadi borjuis besar dan borjuis nasional. Didalam PKR juga pasti ada yang bermimpi untuk menjadi borjuis nasional. Bermimpi untuk menjadi tuan pemilik kuasa jana leterik atau pemilik kilang gula dan beras. Ini bukan sesuatu yang mustahil.

Ditahap ini dalam politik negara kita apa yang wajib kita kenali ialah kepentingan kelas apa yang di wakili oleh Mat Sabu. Kepentingan kelas siapa pula yang diteraju oleh Nasharudin Mat Isa. Seperti saya tulis diatas tadi – perjuangan politik ialah perjuangan kelas. Untuk saya mustahil kedua-dua mereka ini mewakili kelas yang sama. Jika mereka dari kepentingan kelas yang sama mustahil mereka akan bertempur.

Nasharudin dikatakan dari jalur ulama. Tetapi dalam analisa politikal ekonomi ulama ini tidak memiliki apa apa makna. Ini hanyalah 'tagline' untuk menjual produk. Ulama hanya jenama yang dikenali umum. Majoriti ahli Pas adalah manusia warak yang ritual agama Islamnya terjaga rapi. Untuk para ritualis ini jenama ulama ini cukup memyakinkan. Justeru dengan bijak Nasharuddin telah melabelkan dirinya ulama. Jenama ini amat baik untuk meraih sokongan dalam Parti Pas.

Dalam analisa ini bukan jenama ulama yang kita bincangkan tetapi 'calon ulama' atau yang 'bukan calon ulama' itu mewakili kelas yang mana? Ini soalan yang wajib kita terus bertanya apabila kita membaca politik. Jika kita dapat memecah persoalan kelas maka kita akan dapat memahami pertembungan politik yang sedang berlaku dihadapan mata kita.


Akhbar Utusan Malaysia diaanggap suara musuh oleh Pas dan Pakatan Rakyat. Kebelakangan ini – sebelum muktamar Pas berlangsung - akhbar ini tetiba menyatakan rasa gumbira dan senang hati jika 'kumpulan ulama' dalam Pas ini mencapai kemenangan. Malah sekali imbas kita lihat Mubarak – kumpulan Umno Pencen – tetiba berkempen untuk Nasarudin. Jelas suara United Malay National Organisation ini mahu 'tim ulama' menang dan terus berkuasa.


Beberapa tulisan dalam akhbar Utusan semuanya memperlihatkan bahawa United Malays National Organisation merasa takut jika sekiranya Mat Sabu berjaya mengalahkan Nasaruddin dan Tuan Mat. Utusan kelihatan berhempas pulas menabur racun berkempen agar ahli Pas akan mengenepikan Mat Sabu

Lalu timbul persoalan? Kenapa Utusan sibuk mahu Mat Sabu kalah? Jawapan untuk soalan ini ialah kelas. Dalam pemahaman politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas Mustadhafin atau kelas tertindas. Dalam bahasa politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas kaum proletar – kaum buruh dan kaum tani – kaum majoriti yang tertindas.

Nasharudin Mat Isa walau pun dalam Parti Pas tetapi memiliki niat dan mimpi untuk menjadi borjuis besar - borjuis nasional. Cita-cita untuk menjadi borjuis nasional ini hanya akan termakbul jika sekiranya Pas dan United Malay National Organisation dapat bersatu dan bekerjasama dalam satu perserikatan yang baru. Penyatuan ini dibawah lambang Perpaduan Melayu.

Justeru pertembongan Mat Sabu, Nasa dan Tuan Mat ini memiliki implaksi yang amat jauh merentas markas tarbiah Pas di Gombak. Kemenagan Mat Sabu akan membuka satu garis baru didalam Pas. Garis ini ialah garis memperjuangan gulungan tertindas. Jangan lupa Mat Sabu ini pernah menimbulkan isu Padi Kunca di Kedah dimana tuan tuan pemilik tanah sawah yang luas merasa tergugat.

Tuan-tuan tanah ini ada yang menyokong Pas. Lalu mereka merasa marah kerana kain sarong topeng agama mereka telah diselak terbuka oleh Mat Sabu. Manakala Nasarudin tidak memiliki apa-apa budaya politik melawan. Malah Nasa ini dikatakan amat beersedia untuk bersekongkol dengan United Malay National Organisation. Manakala Tuan Mat mencelah bertanding untuk memastikan garis musthadafin yang dibawa oleh Mat Sabu dikuburkan.

Dari sini amat jelas menunjukkan bahawa kepentingan kelas melintasi kepentingan parti politik. Ini samalah seperti United Malay National Organisation yang melaungkan ketuanan Melayu tetapi akan sedia berkerjasama dengan para cukong dari MCA atau MIC untuk kepentingan kelas mereka.

Pasti ada sosok-sosok dalam Pas yang bersedia berkerjasama dengan United Malays National Organisatuion untuk memastikan – inshaaalh – mimpi mereka untuk menjadi borjuis nasional termakbul. Juga memastikan kepentingan ekonomi mereka dipertahankan dan dikembangkan. Jangan pula hairan jika saya katakan hari ini sosok-sosok jenis Nasa ini juga ada dalam PKR dan DAP. Cuma ketika ini suasana politik tanah air kita belum memberanikan mereka menunjukkan muka.


Jelas disini United Malay National Organisation mahu garis Mat Sabu dikalahkan. Tetapi semuanya terpulang kepada ahli Pas sendiri. Mereka yang membuat keputusan untuk memilih diantara dua garis politik ini. Politik kuasa orang kaya disatu pihak dan politik kaum buruh dan kaum tertindas disatu pihak lagi.(TT)


MALAM 30 OGOS KITA BERHIMPUN



BAKAL MENATU NAJIB DAN BESAN NAJIB SEDANG DI CARI OLEH INTERPOL

Posted: 27 Aug 2012 09:35 PM PDT



CIK SITI MULUT BESAR ATAS BAWAH





KESAH SATU KELUARGA LANUN
ini betul keluarga lanun
mula mula rosmah ceraikan laki
kemudian najib ceraikan bini

dua dua mengakui bujang dan dara
tak mengaku janda dan duda
anak isteri dan suami lama
tak dibenarkan muncul di media

mereka mula merompak

di kazahtan pula
satu minah bernama maira ceraikan suami
maira alih nama macam nama presiden

anak maira dari laki pertama nama daniyar
tapi pakai nama daniyar nazarbayev
nama macam nama anak buah presiden
tapi tak sangkut paut dengan presiden

masuk universiti kulumdia
pakai ijazah palsu
kemudian tipu beli rumah di new york

maira pula terlibat dengan mafia rusai
maira terlibat dalam kes bunuh

anak perempuan najib
bernama cik siti mulut besar atas bawah
bertemu dan bertunang dengan daniyar

maka lingkaran lanun ini bertemu
lingkaran lanun ini menjadi satu kumpulan lanun
kalau zaman dulu anak pak lebai kahwin dengan murid pak lebai
anak tok penghulu kahwin dengan bakal tok penghulu

satu keluarga penyamun di malaysia
satu keluarga penyamun di kazakhtan
satu terlibat kes bunuh di kuala lumpur
satu terlibat kes bunuh di kazakhtan

interpol sedang cari maira kerana kes bunuh
interpol sedang cari daniyar kerana kes tipu
interpol akan cari najib kes bunuh altantuya di paris

inilah kesah satu keluarga lanun!


SIAPA DIA MINAH SLIM INI?



NAJIB SOROK BAKAL MENANTU DI MALAYSIA - keadilan daily

KUALA LUMPUR 28 Ogos: Kelibat bakal menantu Najib Razak iaitu Daniyar Nazarbayev bersama tunangnya, Nooryana Najwa dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan Pahang, Ahad lalu tersebar di internet dan memeranjatkan banyak pihak.

Kemunculannya itu menimbulkan tanda tanya adakah beliau sebenarnya bersembunyi di Malaysia atau diseludup masuk oleh bakal mentuanya itu.

Ia kerana Daniyar sedang diburu pihak berkuasa antarabangsa.

Sebelum ini Keadilan Daily melaporkan seorang lelaki menyerupai Daniyar menjalani latihan ketenteraan dengan lengkap berseragam seakan-akan tentera Malaysia di kem askar Port Dickson.

Walaupun kesahihan gambar berkenaan berkenaan belum dapat dipastikan tetapi Najib sehingga kini tidak membuat sebarang penafian.

Daniyar mengikut laporan New York Post dan media antarabangsa lain, pernah menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta).

Mengikut media berkenaan, ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difail di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat manakala Daniyar kemudian dilapor menghilangkan diri.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa mempersoal kehadiran individu yang dikaitkan dengan jenayah antarabangsa yang bergerak bebas di negara ini.

"Ia menimbulkan kontroversi bagaimana seorang yang terpalit dengan jenayah antarabangsa seperti itu boleh bergerak bebas dalam negara, malahan di kediaman Perdana Menteri," kata Fariz yang juga Koordinator Jingga 13.



MALAM 30 OGOS DATARAN MERDEKA



JANJI DI CAPATI RAKYAT DI PAKSA DATANG UNTUK BUAT RAMAI

Posted: 27 Aug 2012 08:41 PM PDT




SURAT PAKSAAN RESMI







BERITA MEMERANJATKAN
lihat surat ini
ini surat paksaan
untuk memastikan warga
datang ke janji di capati

tapi ada berita yang lebih penting

berita ini ialah adanya pegawai kerajaan
yang telah mula berani membocorkan surat resmi

semakin ramai pegawai kerajaan
yang kini telah muak dan benci
dengan united malays national organisation
surat ini hanya satu contoh

lihat segala dokomen kes lembu
yang kini ada dalam tangan rafizi
lihat segala dokumen tentang kes pkfz
yang kini ada dalam tangan pakatan

lihat pula bagaimana minit mesyuarat najib
tentang projek mrt ampang
kini telag berada dalam tangan rafizi

semua ini adalah contoh
kebencian rakyat terhadap gerombolan

tetapi awas
gerombolan akan menipu di pru13
semua projek tipu sedang dijalankan
selangor akan jatuh
bukan kerana tak ada sokongan
tapi kerana penipuan

tunggu dan lihat!

NOTA:
berapa ramai agaknya
bangla dan mat indon
yang di upah datang?
kah kah kah


BERHIMPUN TANPA PAKSAAN
janji demokrasi
pada malam 30 ogos
tidak mwwajibkan sesiapa datang

kalau nak dartang datang
kalau tak nak datang tak salah

cuma di cadangkan sila pakai kuning
bju kuning
selaur kuning
topi kuning
kain tudung kuning
gigi kuning

tapi:
jangan pakai seluar dalam kuning
bahaya ini tanda perlu beli
seluar dalam baru kah kah kah


TIDAK ADA PAKSAAN UNTUK DATANG





Tiada ulasan: