Selasa, 28 Ogos 2012

Biaqpila

Biaqpila


KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 28/08/2012

Posted: 28 Aug 2012 09:52 AM PDT









KUMPULAN A

JOHOR 0-0 LIONS XII

PKNS FC 1-1 JOHOR FC


KUMPULAN B

ATM 1-1 KELANTAN

KEDAH 2-1 TERENGGANU


KUMPULAN C

N.SEMBILAN 0-0 PERAK

FELDA UTD 2-3 SIME DARBY


KUMPULAN D

PAHANG 6-0 SARAWAK

T.TEAM 0-1 SELANGOR







KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

BUKTI JANJI DICAPATI RAIS YATIM

Posted: 28 Aug 2012 06:14 AM PDT



DEY MACHA!!!
RAIS YATIM TERBUKTI TELAH MENUNAIKAN JANJI DICAPATI
BULAN MEI 2012 DIA KATA EPL TIDAK LAGI DIMONOPOLI
BOLEH TENGOK KAT STESEN TV LAIN
TAPI SAMPAI LA NI HABUK PUN TAK DAK
BETOI-BETOI CAPATI PUNYA MENTERI
KAH! KAH! KAH!

RAIS YATIM SEDAQ KA LANI DAH BULAN OGOS
EPL DAH DUA MINGGU MASUK MUSIM BARU
BILA RTM NAK BUAT SIARAN LANGSUNG?
TAKKAN NAK TUNGGU DEKAT PILIHANRAYA
LEPAS TU BUAT CAPATI LAGI SEKALI
KAH! KAH! KAH!

INIKAH YANG CUBA DIJANJIKAN RAIS YATIM?
INIKAH BENTUK RANCANGAN SUKAN EPL
YANG AKAN DISIARKAN DISEMUA STESEN TV TERMASUK TV3SUKU
YANG MAKIN HARI MAKIN MENJADI-JADI 3SUKUNYA
KEPUTUSAN PERLAWANAN PUN SILAP
MANCHESTER CITY JADI MANCHESTER UNITED
KAH! KAH! KAH!

TV3SUKU TAK DAPAT SIAR PERLAWANAN
DAPAT SIAR KEPUTUSAN PUN TERSILAP
MOHON ASANG ALI SIASAT AKIDAH TV3SUKU NI
KAH! KAH! KAH!

BIAQPILA APA ADA HAL
JANJI DICAPATI
KAH! KAH! KAH!


NAK TENGOK JANJI YANG DICAPATI SILA KE UTUSAN

Acara sukan utama di semua TV

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my
TANJUNG MALIM 18 April - Berita baik untuk rakyat Malaysia.

Mulai 1 Mei ini, semua rancangan sukan termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi dimonopoli oleh televisyen tertentu tetapi boleh disaksikan di stesen-stesen televisyen lain di negara ini.

Pada masa sama, lebih 32 juta pemilik telefon pintar mudah alih berteknologi 2G atau 3G di negara ini kini boleh mengikuti siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) secara langsung melalui peranti masing-masing menerusi pelancaran RTM Mobile.

RTM Mobile merupakan aplikasi streaming secara langsung di telefon pintar mudah alih yang membolehkan pengguna menonton siaran televisyen dan mendengar radio RTM dengan melayari laman web www.rtm.gov.my.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengumumkan kedua-dua perkara tersebut semasa melancarkan RTM Mobile Sempena Ulang Tahun RTM Ke-66 di Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini hari ini.

Menurut beliau, langkah memperluaskan penyiaran semua rancangan sukan ke semua stesen lain itu dibuat bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menonton dan mengikuti acara-acara sukan yang bercirikan kepentingan negara.

Ia juga katanya, diharap dapat mengukuhkan integriti nasional serta wilayah dan semangat kenegaraan dalam kalangan rakyat.

"Ini bermakna mulai 1 Mei ini, rancangan sukan popular seperti Sukan Olimpik Musim Panas, Piala Dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Liga Perdana Inggeris (EPL), Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA dan badminton Piala Thomas akan dapat diikuti di saluran RTM dan Media Prima seperti TV3 dan lain-lain," katanya pada majlis tersebut.

Hadir sama isteri Rais, Datin Seri Masnah Rais, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Norhyati Ismail dan Ketua Setiausaha kementerian berkenaan an, Datuk Kamaruddin Siaraf.

Rais berkata, kerajaan menggunakan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi melaksanakan perkara itu demi kepentingan rakyat.

"Akta itu telah dikuatkuasakan pada Disember lalu dan akan dikuatkuasakan secara terus menerus mulai 1 Mei ini," katanya.

Beliau berkata, menerusi akta itu, semua stesen penyiaran televisyen yang mendapat hak penyiaran sesuatu acara sukan mesti bersedia untuk berkongsi kandungan tersebut dengan semua stesen televisyen bebas ke udara yang tidak memperoleh hak penyiaran itu.

"Selama ini siaran sukan seperti itu dimonopoli oleh Astro tetapi Astro telah bersetuju supaya kandungan sukan bercirikan kenegaraan dapat disebarkan ke seluruh tanah air, bukan hanya melalui satu syarikat penyiaran," ujarnya.

Sementara itu, Rais berkata, RTM Mobile membolehkan rakyat Malaysia mengikuti siaran RTM pada bila-bila masa sama ada ketika berada di rumah atau di luar.

Katanya, inovasi terbaharu itu adalah salah satu khidmat kepada rakyat dan diharap dapat meningkatkan mutu penyiaran RTM dalam memberikan maklumat dan pendidikan memperkasakan negara bangsa.-UTUSAN



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

BANGANG!!! PA SYSTEM ROSAK PUN NAK SALAHKAN BERSIH

Posted: 27 Aug 2012 06:00 PM PDT

DEY MACHA!!!
BANGANG BERTINGKAT-TINGKAT LA
TADI PAGI PON KITA ADA MASALAH P.A SYSTEM TAK BERFUNGSI DGN BAIK...
KAH! KAH! KAH!

ITU DIJADIKAN ALASAN TAK BAGI ORANG BERHIMPUN DI DATARAN MERDEKA,
SISTEM SIAR RAYA TU DIPASANG UNTUK AKTIVITI APA?
KALAU BUKAN UNTUK ORANG AWAM
JADI TAK DAK ALASAN ORANG AWAM TAK BOLEH MASUK DATARAN
JANGAN LA BAGI ALASAN BODOH
KAH! KAH! KAH!

DAH MAKAN OBAT KA BELUM?
KAH! KAH! KAH!




Kementerian: Janji Bersih kacau sistem siar raya kami

Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi (KPKK) menggesa polis tidak membenarkan himpunan 'Janji Bersih' pada 30 Ogos ini atas alasan ia akan mengganggu sistem siar raya sambutan Hari Merdeka.

Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata peralatan untuk sistem siar raya itu telah dipasang di Dataran Merdeka dan polis mesti menghalang sebarang bentuk himpunan di tempat sama.

"Kita akan maklum polis untuk tak benarkan perhimpunan berlangsung.

"Kerana peralatan kita, kita sudah pasang dengan sempurna di situ dan harus diingat, di mana-mana acara, sistem siar raya sangat penting.

"Saya nak jaga sistem siar raya saya. Kalau ada apa-apa yang diusik nanti, akan menyukarkan kita," katanya kepada pemberita.

Katanya, KPKK memaklumkan polis untuk tidak membenarkan pihak lain mengadakan himpunan di Dataran Merdeka kerana mereka telah menggunakan Dataran Merdeka sejak hari ini lagi.

"Tadi pagi pun kita dah menghadapi masalah. PA system tidak beberapa berfungsi dengan baik.

"Tambahan, kalau dikacau nanti saya khuatir," katanya.

Janji Bersih - perhimpunan bagi menuntut janji kerajaan membersihkan sistem pilihan raya - dijadual bermula dariapda jam 10 hingga ke tengah malam di Dataran Merdeka.

MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: