Selasa, 28 Ogos 2012

Generasi Pewaris Khilafah

Generasi Pewaris Khilafah


Tokoh Yang Sering Dilupa Menjelang Merdeka 55

Posted: 28 Aug 2012 06:39 AM PDT

PROFIL HAJI MAT HASSAN PANGLIMA MUNAS 


Gelaran lain: Tok Janggut 
Tahun lahir: 1850 
Tempat lahir: Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan. 
Tahun kematian: 1915 (berusia 65 tahun). 

Sumbangan: pejuang kebebasan Kelantan. 

Perjuangan sebenar Tok Janggut cuba dinafikan penjajah,malah istilah perjuangan 'jihad' itu ditukar kepada 'penderhakaan kepada raja' dan 'pemberontakan melawan Inggeris'.Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama pejuang jihad ini dengan meletakkan nama 'Tok Janggut' kepada Haji Mat Hassan Bin Panglima Munas yang merupakan seorang ulama dan pendekar sufi yang pernah menjadi murid bersama Tok Kenali kepada Tokku Paloh dan beliau juga adalah murid kepada Sheikh Wan Ahmad Al-fathani semasa menuntut di Mekah.Ini adalah kerana Inggeris ingin memperlekehkan perjuangan suci Tok Janggut untuk membela agama,bangsa dan negara.~ PMHK

Tiada ulasan: