Rabu, 15 Ogos 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


GEROMBOLAN SEDANG MERANCANG UNTUK ADAKAN ISA UNTUK INTERNET

Posted: 15 Aug 2012 06:00 PM PDT




PERJUANGAN HAK KEBEBASAN

semua yang menggunakan internet
semua yang menggunakan talipon bijak
semua yang ada muka buku
semua yang ada blog
semua yang ada e-mail

sial lihat klip ini
sila fahami klip ini
sila sedar bahawa gerombolan sedang merancang





ANAK MUDA BANGUN MELAWAN - TUNTUT PELAJARAN PERCUMA

Posted: 15 Aug 2012 03:55 PM PDT













SAMM MAHASISWA :SELESAI SEGERA KEMELUT UNISEL-JNSB


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa menyokong penuh sebarang usaha agar kemelut Universiti Selangor dan Jana Niaga SB diselesaikan dengan kadar segera.

SAMM Mahasiswa beranggapan kemelut yang dihadapi UNISEL dan JNSB sekarang lebih kepada permainan politik pihak tertentu untuk mencari modal politik menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 khususnya untuk menyerang kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Mengambil kesempatan daripada kemelut yang berlaku tanpa usaha penyelesaian membuktikan regim terdesak mencari isu di Selangor.

SAMM Mahasiswa tidak mahu hanya kerana pihak regim ingin mendapat kedudukan 'political mileage', mahasiswa UNISEL yang tidak berdosa menjadi mangsa akibat tindakan bodoh kroni-kroni pihak tertentu mempolitikkan isu pendidikan. Seharusnya pendidikan menjadi keutamaan tanpa kompromi.

Mengambil contoh iktibar dari tindakkan 'flip-flop' kerajaan pusat yang ingin menghapuskan pinjaman biasiswa hanya kepada UNISEL suatu ketika dahulu, perkiraan jumud kerajaan pusat yang bertindak zalim kepada mahasiswa UNISEL hanya kerana ingin mempamerkan kuasa politik. Akhirnya tindakkan tersebut menemui kegagalan apabila sekatan PTPTN ditarik balik setelah campurtangan kerajaan Selangor yang prihatin terhadap nasib mahasiswa UNISEL.

Harapan SAMM Mahasiswa supaya semua pihak termasuk Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi turut campurtangan dengan bagi menyelesaikan kemelut UNISEL-JNSB dan jaminan penuh harus diberi kepada mahasiswa UNISEL agar mereka tidak akan acap kali menjadi mangsa kerakusan politik regim.

SAMM Mahasiswa juga tidak teragak-agak untuk turun bersama-sama Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) bagi mengadakan demonstrasi balas terhadap pihak JNSB yang secara jelas mempolitikan isu ini apabila demontrasi yang diadakan oleh kakitangan JNSB pada jumaat 10 ogos lalu turut disertai oleh Pengerusi Gerakan Pritain Rakyat Selangor(GPRS) yang terdiri daripada Exco pemuda UMNO Malaysia. Pihak JNSB harus sedar mereka tidak akan beroperasi sekiranya UNISEL tidak wujud.

SAMM memberi amaran kepada semua pihak agar setiap institusi pendidikan harus ditadbir dan diuruskan dengan sewajarnya dan jangan cuba mencari keuntungan daripadanya.

Wan Farel
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa






DARI PEROGOL AMAH MENJADI WAK DOGOL

Posted: 14 Aug 2012 10:12 PM PDT




INI WAK DOGOL KITA




LOGO DAN LAGU WAK DOGOL

Telah sampai dan tepat pada masanya pada 31 Ogos ini Negara Malaysia wajib menobatkan Menteri Penerangan Rais Yatim sebagai Wak Dogol. Saheh bin Betul bahawa kelihatan semakin jelas watak Wak Dogol ini sedang dimainkan dengan penuh penghayatan lagi kyusuk oleh Datok Seri Rais Yatim.

Jika Lembaga Acadeny Awards tahu tentang watak Wak Dogol ini pasti Rais Yatim akan menerima sebuah Oscar. Jika Woody Allen tahu tentang Wak Dogol pasti telah ada watak ini dalam filem satiranya. Justeru, kerajaan Malaysia wajib mewujudkan satu derajah kebesaran yang di panggil Datuk Seri Tan Seri Wak Dogol. Sosok yang paling layak menerima derajah kebesaran ini hanyalah Rais anak lelaki Yatim.

Wak Dogol ini ialah watak yang kita temui dalam wayang kulit. Watak ini adalah watak pelawak. Kerjanya ialah membuat lawak dalam Istana. Menghiburkan Sultan dan Raja. Ketika ada jamuan makan Wak Dogol a.k.a Rais Yatim inilah yang akan menjamah makanan dahulu. Jika ada racun maka Wak Dogol inilah yang akan diracun dahulu.



Ketika Raja ingin beradu Wak Dogol akan membuat cerita dongeng agar Raja berkhayal untuk tidur. Jika Raja lengoh-lengoh badan maka Wak Dogol inilah yang akan jadi tukang urut. Dalam keramaian jika Najib..opps...Raja terkentut maka Rais Yatim...opsss Wak Dogol akan mengaku yang dia telah melepaskan angin.

Hakikatnya Wak Dogol ialah kaki bodek. Hakikatnya Rais Yatim ialah juga seorang kaki bodek. Rais sedang membodek Najib, manakala Maznah suami Rais ...opps... isteri Rais sedang membodek Rosmah. Jantan betina dua ekor ini sedang membodek untuk memastikan kerusi Rais Yatim di Jelebu selamat. Membodek untuk memastikan yang Rais akan terus menjadi calon.

Cerita Rais Yatim kaki bodek ini bukan susah hendak difahami. Kita lihat sahaja apa yang telah berlaku pada awal bulan Ogos ini. Biasanya bulan Ogos ini ialah bulan dimana United Malays National Organisation akan heboh ke hulu ke hilir menjual cerita-cerita dongeng tentang peranan mereka berjuang untuk mencapai Merdeka. Sayangnya dongeng ini sudah basi. Tahun ini tidak ada sesiapa yang ambil pot tentang kesah dongeng ini.

Satu Malaysia telah tahu bahawa lagu Negara Ku – lagu kebangsaan – telah diciplak dari lagu Indonesia Terang Bulan yang berasal dari lagu Peranchis. Satu Malaysia juga telah tahu bahawa Jalur Tembelang....opps.. Jalur Gemilang diciplak dari motif bendera Amerika.

Datok Seri Wak Dogol sedar tentang perkara ini. Bendera dan lagu kebangsaan ini hanya menunggu masa untuk ditukar. Anak-anak muda dalam alam siber telah menyatakan kemualan mereka terhadap dua pekara ini. Jenerasi muda hari ini lebih kreatif, maka mereka merasa malu apabila dibuktikan 'ikon negara' Malaysia ini sebenarkan bukan asli tapi ciplakan. Penciplakan ini telah menjemput negara jiran memanggil Malaysia ini sebagai Malingsia. Maling ialah pencuri.



Dengan kesedaran ini , dengan niat membodek, Rais Yatim telah melancarkan logo 31 Ogos. Mengikut kesah yang dibebelkan oleh Rais Yatim logo ini bertujuan untuk menyambut Merdeka. Sayang seribu kali sayang, Datuk Seri kita ini sudah salah congak. Politik negara telah berubah. Rakyat telah tidak takut lagi dengan kuasa United Malay National Organisation. Pada tahun 2012 orang ramai terutama anak muda dalam dunia siber telah 'menibai' logo resmi yang dikeluarkan oleh Pak Menteri. Anak-anak muda dalam alam siber telah memperlekeh logo Merdeka buatan Rais Yatim.

Sebagai Wak Dogol Rais Yatim merasa terdesak. Logo itu dibuat untuk membodek Najib tetapi semuanya tunggang terbalik. Kemungkinan Wak Dogol ini terus bertanding di Jelebu semakin merosot. Untuk menyelamatkan keadaan si Rais Yatim ini telah mencadangkan logo baru untuk direka oleh anak-anak muda.

Penolakan orang ramai terhadap logo Wak Dogol adalah pertanda bahawa parti yang memerintah selama 55 tahun ini sedang nazak. Era kekuasan United Malays National Organisation kelihatan jelas dicabar oleh orang ramai. Apa sahaja yang cuba dilakukan oleh kerajaan hari ini semuanya diperlekeh. Semuanya dikritik. Semuanya menjadi bahan lawak.

Dengan ambience politik sademikian maka Pakatan Rakyat dengan cekap telah mengambil kesempatan untuk mengajukan logo mereka sendiri. Sekali pandang ada apa pada logo? Awas. Logo yang dicadangkan itu hanyalah manifestasi untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat memiliki kudrat dan iradat untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional. Justeru Wak Dogol terus mengelabah.



Minggu lalu Wak Dogol telah membuat satu lawak apabila dia berkata bahawa Pakatan Rakyat telah ketandusan idea. Lawak bodoh Rais Yatim ini menjadika bertambah seram apabila YouTube memberitahu bahawa lagu tema yang direka khusus untuk 31 Ogos rupa-rupanya telah diciplak dari lagu gereja Indonesia. Berita ini menggemparkan alam siber.

Tidak dapat tidak Wak Dogol telah bersilat lidah menafikan ciplakkan telah berlaku untuk lagu tema 31 Ogos. Untuk menyedihkan hati Rais Yatim, si pereka lagu ini telah mengaku pula bahawa lagu ini masih belum siap. Lepas satu, satu projek Rais Yatim kantoi. Nampaknya, projek-projek gagal ini semakin berjaya membotakkan kepala Datuk Seri Wak Dogol kita ini.

Wak Dogol kita ini belum mahu mengaku kalah lagi. Wak Dogol ini masih menyimpan cita-cita bahawa dia bukan saja calon yang boleh menang malah dia juga adalah calon Menteri.

Tetiba Datuk Seri Wak Dogol kita ini dalam usaha untuk mempertahankan jawatannya telah mengeluarkan satu kenyataan. Kenyataan ini jika diutarakan dimana-mana pun dalam dunia ini, pasti sosok yang mengutarakan akan dianggap sasau dan gila.

Datuk Seri Rais Yatim Menteri Penerangan Barisan Nasional telah berkata bahawa logo Hari Merdeka tahun 2012 akan bertukar setiap dua hari. Minta maaf apa yang saya tulis ini bukan fitnah. Ini kenyataan datuk Seri Rais Yatim. Apakah Datuk Seri yang juga jantan takut kepda bini ini telah hilang akal? Atau telah nyonyo mengikut istilah Zaid Ibrahim – tidak lah dapat diketahui.


Seharusnya sesudah sahaja Datuk Seri Wak Dogol kita ini membuat kenyatan bodoh tentang logo berubah-ubah ini, dia wajib di tangkap dan dihantar ke hospital. Satu pemerekasan rapi wajib dilakukan keatas daya fikir Wak Dogol kita ini. Kepala Rais Yatim wajib dipereksa. Tidak pernah dalam dunia ini atau mana mana negara atau apa apa lembaga akan mengubah logo resmi mereka setiap dua hari.

Mustahil syarikat kasut Puma akan mengubah logonya dua hari sekali. Mustahil Bank Pertanian akan mengubah logonya dua tahun sekali. Malah NFC syarikat lembu Sharizat tidak akan mengubah logonya sampai bila-bila walau pun semua lembunya telah mati.

Pernahkah kita melihat logo sukan Olympik berubah-ubah. Malah negara yang menjadi tuan rumah sukan ini tidak akan mengubah logo ciptaan negaranya untuk merayakan Olympik sampai bila-bila kerana ianya adalah bahan sejarah. Malah RTM sendiri pun tidak akan mengubah logonya setiap dua hari. Hanya Wak Dogol Rais Yatim yang 'mental' berani berkata bahawa logo Merdeka tahun ini akan berubah setiap dua hari. Jelas Rais Yatim sedang mengalami gangguan fikiran yang maha sangat.

Kita boleh ketawa apabila melihatkan perangai Wak Dogol Rais Yatim yang sedang membodek Najib ke tahap gaban. Tetapi apa sebenarnya yang sedang berlaku pada bulan Ogos tahun 2012 ini?

Apa yang terjadi sekarang ialah Projek Malaysia yang direka mengikut acuan United Malays National Organisation telah gagal dan sedang dibakul sampahkan. Penolakan lagu, penolakan logo, penolakan bendera, penolakan tema untuk menyambut 31 Ogos yang dikatakan sebagai Hari Merdeka membuktikan bahawa Projek Malaysia telah gagal.


Penolakan-penolakan ini adalah menifestasi kebencian rakyat terhadap United Malays National Organisation. Kebencian rakyat telah juga sampai ke tahap gaban. Anak semua bangsa dalam negara ini telah semakin tidak sabar untuk menendang keluar kerjaan Barisan Nasional. Anak semua bangsa sedang menunggu masa dan ketika untuk melupuskan kuasa dari tangan United Malays National Organisation.

Sebelum saya mengundur dan mengucapkan selamat hari raya pasti ramai pembaca akan bertanya apakah dianya tahap gaban itu. Sebenarnya saya sendiri pun tidak tahu apakah dianya tahap gaban itu. Untuk saya tahap gaban ini akan kebencian yang maha sangat dikalikan dengan sejuta loya dan didarafkan dengan sejuta mual. Kemudian dicampurkan dengan perangai membodek Datuk Seri Wak Dogol Rais Yatim. Untuk saya inilah dia gaban. Selamat Hari Raya. (TT)



NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45







PILIHAN JALAN RAYA BUKAN PILIHAN RAYA

Posted: 14 Aug 2012 09:12 PM PDT





BANGUN DAN LAWAN




WARGA INTERNET SOKONG PROTES # STOP114A

Pemilik blog terkenal, Hishamuddin Rais, kempen ini tidak seharusnya hanya berada di dalam internet, tetapi perlu diluaskan ke demo jalan raya. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Warga internet seluruh negara hari ini menyokong kempen untuk memprotes Akta Keterangan 1950 Seksyen 114A yang dipinda pada 31 Julai yang lalu berkenaan dengan internet dan rangkaian sosial.
Menurut pemilik blog terkenal, Hishamuddin Rais, kempen ini tidak seharusnya hanya berada di dalam internet, tetapi perlu diluaskan ke demo jalan raya.

"Sekiranya kempen ini hanya berada di dalam internet semata-mata, kempen ini akan hanya menjadi syok sendiri.

"Orang ramai perlu turun ke jalan raya dan membantah akta ini, kerana sekadar menutup internet tidak akan berlaku apa-apa," kata blogger yang dikenali sebagai Tukar Tiub itu.

Katanya lagi, akta ini dipinda sedemikian lagi kerana kerajaan sudah semakin takut kerana sudah kehilangan hegemoni terhadap maklumat.

"Sejak internet menjadi medium yang besar, kerajaan sudah tidak boleh memonopoli maklumat, kerana itu mereka adakan akta ini," katanya lagi.

Pindaan ini akan meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya kepada pihak yang menuduh, yang jelas bercanggah dengan dasar dan prinsip keadilan. Secara khusus, pengguna laman sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan lain-lain akan dipertanggungjawabkan dengan setiap isi kandungan dalam laman-laman mereka, walaupun komen dan artikel itu ditulis oleh pihak lain.

Pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan sekiranya ada pihak yang menyalahguna perkhidmatan tersebut - sekiranya rangkaian wifi rumah anda dicuri, dibawah pindaan ini anda dipertanggungjawabkan.

Sementara itu, ketua editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar berkata, laman berita portal itu menyertai kempen ini kerana mahu menyedarkan orang ramai terhadap kelemahan pindaan akta tersebut.

"Segala beban kesalahan hanya diletakkan kepada pemilik laman web, bukan orang yang bertanggungjawab jika sekiranya sesuatu fitnah dari ruang komen.

"Jadi akta ini jelas menakutkan orang ramai untuk bersuara dan memberi pandangan atas apa yang berlaku," katanya lagi.

Antara yang menyokong kempen ini ialah Free Malaysian Today, Malaysiakini, The Nut Graph, Harakahdaily, Keadilan Daily, dan BFM Radio.

Selain itu, tokoh-tokoh masyarakat seperti Datin Paduka Marina Mahathir menyokong kempen ini.

Ahli politik yang menyokong kempen ini ialah Datuk Saiffudin Abdullah, Khairy Jamaludin, Nurul Izzah, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, lelong.com.my, cari.com.my, Majlis Peguam, Suaram dan Sister In Islam (SIS) menyokong agar pindaan 114A ini dimansuhkan.


KITA BERSEDIA UNTUK MELAWAN



Posted: 14 Aug 2012 08:06 PM PDT






KITA TURUN RAMAI RAMAI































Tiada ulasan: