DIALOG RAKYAT |
- Khairy tarik balik permohonan rayuan
- BN Selangor persoal 'rampasan' tanah KHSB
- Hudud-DAP: Pas pantau pendirian Nasha
- Letup ATM: 3 suspek sah penjawat awam
- Tanda Putera ditayang mulai 15 November
- Abby Abadi terasa hati bila ditegur Ustaz Azhar Idrus?
- Bersih 3.0: Polis serbu, tangkap dalam lobi hotel
- 260 pesakit di hospital terima hamper wakil rakyat
- S'gor akan maklum status bekalan air setiap hari
- R desak JPM keluar laporan kewangan wang ehsan
- Nasharudin digesa jumpa pimpinan parti
- (Gambar) Twitter PM Najib Razak Penuh Dengan Pengikut Tipu?
- Tidak Boleh Jadi Menteri, Jadi Jurualih Bahasa Pun Cukup
- Siapa kroni Umno dalam Jana Niaga?
- Senator BN mahu semak undang-undang ketika ‘Internet Blackout Day’
- Sivarasa: Saya tidak bayar atau bimbing Bala
- 'Isu berkaitan dasar, prerogatif tak boleh dicabar'
- 'Saya pantau sendiri pentadbiran MB S'gor'
- Anwar sedia kerjasama bantu siasatan RCI Sabah
- Dapat RM2 juta keluarkan fatwa haram undi DAP
- Fitnah, rasis, cemarkan Ramadhan
- Pemuda PAS Ktan minta Nasharuddin lepas MP Bachok
- Legenda badminton Punch Gunalan meninggal dunia
- Isu Taman Manggis: Dokumen BN tak sah, kata Guan Eng
- Kempen penerangan Umno di dearah mengundi mulai Ogos
Khairy tarik balik permohonan rayuan Posted: 15 Aug 2012 03:54 AM PDT SINAR HARIAN PUTRAJAYA - Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menarik balik permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuannya berhubung keputusan yang membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meminda kenyataan tuntutannnya dalam saman yang dikemukakan terhadap beliau. Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, membatalkan permohonan itu tanpa diperintah membayar kos. Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Datuk Hashim Yusoff, Hakim Datuk Ahmad Maarop dan Hakim Datuk Seri Sulong Matjeraie. Terdahulu, peguam Sarah Abishegam, yang mewakili Khairy, memberitahu mahkamah bahawa pemohon ingin menarik balik permohonan berkenaan tanpa diperintah membayar sebarang kos. Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Anwar, tidak membantah permohonan itu. Bercakap kepada pemberita kemudian, Gobind berkata berikutan perkembangan itu, kenyataan tuntutan Anwar, yang mengandungi pindaan, tidak mempunyai sebarang perubahan. Pindaan yang dibuat terhadap kenyataan tuntutan itu ialah berkaitan dakwaan perkataan berbaur fitnah yang diucapkan Khairy. Pada 14 Mac, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Khairy berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak rayuannya. Pada 18 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Khairy untuk mengetepikan keputusan Penolong Kanan Pendaftar mahkamah itu yang membenarkan Anwar meminda kenyataan tuntutannya. Anwar memfailkan saman sivil terhadap Khairy pada 7 Sept, 2007 dengan mendakwa Khairy, yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda Umno ketika itu, memfitnahnya (Anwar) pada satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007. Ketua Pembangkang itu mendakwa kenyataan berbaur fitnah berkenaan dituturkan oleh Khairy dan disiarkan media cetak dan elektronik negara ini pada 3 Ogos, 2007. Mahkamah Tinggi menetapkan tiga hari, bermula 15 Jan tahun depan, untuk mendengar saman itu. - Bernama | ||
BN Selangor persoal 'rampasan' tanah KHSB Posted: 15 Aug 2012 03:48 AM PDT SHAH ALAM – Belum pun reda dengan siri dakwaan termasuk isu Talam Corporation, Kerajaan Negeri Selangor kini didakwa oleh Barisan Nasional (BN) dengan kontroversi baru melibatkan isu rampasan tanah milik Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) bernilai RM250 juta di Gombak. Februari lalu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa mengakui rampasan tersebut dibuat kerana berlaku perlombongan haram. Abdul Khalid turut menegaskan ia merupakan tindakan penguatkuasaan kerana pemilik tanah tidak mematuhi syarat-syarat ditetapkan. Hari ini, Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, kenyataan dibuat Menteri Besar itu jelas menimbulkan pelbagai keraguan. Mohd Zin mendakwa mahkamah telah menetapkan tanah itu dimiliki secara sah oleh anak syarikat KHSB, SAP Holding Berhad tetapi Kerajaan Negeri tetap menjalankan rampasan tersebut tanpa alasan kukuh, malah tidak memaklumkan kepada pemegang saham KHSB. "Jika benar berlaku aktiviti perlombongan haram di tanah itu, kenapa tiada tindakan dikenakan terhadap pihak melombongnya dan kenapa selepas lebih setahun baru tindakan merampas tanah itu dilaksanakan? "Kenapa tanah itu dirampas setelah mahkamah memberikan kuasa kepada SAP Holding Berhad sebagai pemilik sah?" kata beliau pada sidang media di Bangunan Umno Shah Alam di sini, hari ini. Mohd Zin mempersoalkan mengapa KHSB seperti tidak bersungguh-sungguh mempertahankan tanah milik kumpulan tersebut. Dakwanya, KHSB hanya membuat rayuan di Pejabat Tanah Daerah (PTD) Gombak pada 15 November lalu sedangkan mereka mengetahui rayuan sepatutnya dibuat di mahkamah tiga bulan dari tarikh berlaku rampasan. Dalam pada itu, Mohd Zin turut menuntut penjelasan daripada pihak KHSB sama ada berpakat dengan Kerajaan Negeri untuk melepaskan tanah tersebut. "Adakah ada pihak mendapat untung daripada rampasan tersebut? Adakah ini konspirasi antara pengerusi KHSB dan Menteri Besar untuk merampas tanah bernilai tinggi bagi kepentingan peribadi mereka? "Persoalan ditimbulkan ini perlu dijawab oleh Kerajaan Negeri dan KHSB sendiri kerana kami (BN Selangor) percaya mungkin ada berlaku penyelewangan dan rakyat berhak untuk mengetahui kemana hilangnya tanah bernilai RM250 juta itu," katanya. | ||
Hudud-DAP: Pas pantau pendirian Nasha Posted: 15 Aug 2012 03:46 AM PDT SHAH ALAM - Pas sedang mengikuti "perkembangan" pendirian bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa yang dilaporkan menggesa parti itu keluar Pakatan Rakyat (PR) ekoran pendekatan DAP terus menentang hukum hudud. "Bagaimanapun di pihak kepimpinan pusat, kami sedang mengikuti perkembangan mengenai isu ini," kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi. Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut isu berkenaan. Semalam, Nasharudin dikatakan telah mencadangkan agar Pas keluar PR jika DAP menentang hudud seperti yang disiarkan oleh TV3. Pemuda Pas Negeri Kelantan turut menyarankan Nasharudin melepaskan jawatannya sebagai ahli Parlimen daripada berterusan mengkhianati amanah pengundinya pada pilihan raya lalu. Setiausaha Pemuda Pas Negeri Kelantan, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam satu kenyataan turut meminta Ahli Parlimen Bachok itu menjelaskan sama ada masih ingin bersama parti atau membawa haluan bertentangan dengan kehendak parti. "Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini. "Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro-Umno sejak kebelakangan ini, Pemuda Pas Negeri Kelantan melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama Pas atau sebaliknya," katanya. Ketika ditanya sama ada pimpinan Pas Pusat akan memanggil Nasharudin untuk memberikan penjelasan mengenai perkara itu, Mustafa enggan mengulas lanjut. Mengulas pandangan Pemuda Pas Kelantan, Mustafa berkata, sayap muda negeri itu tentu mempunyai sebab tersendiri dengan membuat kenyataan seperti itu. "Itu hak mereka untuk menyatakan pendirian. "Kemungkinan kenyataan sebegitu dibuat disebabkan beliau (Nasharudin) merupakan seorang wakil rakyat di Kelantan," katanya lagi. | ||
Letup ATM: 3 suspek sah penjawat awam Posted: 15 Aug 2012 03:43 AM PDT SINAR HARIAN BUKIT BERUANG - Tiga penjawat awam berusia 23 dan 24 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian letupan bom di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah, Ahad lalu. Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, antara yang ditahan ialah ketua kumpulan, yang berusia 24 tahun. Ketua kumpulan itu ditahan di bilik penginapannya pada jam 1 tengah hari kelmarin. Sementara seorang lagi ditahan empat jam kemudian di lokasi sama manakala suspek ketiga ditahan di Pasir Putih, Kelantan pada jam 2.45 pagi semalam. | ||
Tanda Putera ditayang mulai 15 November Posted: 15 Aug 2012 03:35 AM PDT PETALING JAYA - Filem Tanda Putera, yang berhadapan dengan kontroversi dan sepatutnya ditayangkan pada 13 September ini akan menemui penonton pada 15 November. Perkara ini berikutan tarikh itu dilihat sesuai bersempena dengan permulaan cuti sekolah hujung tahun, sekali gus bagi memberi lebih ruang dan masa kepada penerbit, Pesona Pictures dan Finas untuk merancang promosi. Pengarahnya, Datin Paduka Shuhaimi Baba berkata: "tarikh penundaan ini tidak menjadi isu kepada kami dan kami semua bersetuju dengan tarikh baru ini." Katanya, tarikh 15 November dilihat paling sesuai kerana ia merupakan permulaan cuti sekolah dan juga memberi kami banyak masa untuk mempromosikan filem ini. Shuhaimi yang turut dikenali dengan panggilan Shumi menafikan penangguhan adalah disebabkan desakan daripada mana-mana parti politik. Kekecohan mengenai filem ini terjadi sejak treler filem yang berdurasi 90 minit itu diedarkan di Internet, kononnya menampilkan watak seorang ahli politik DAP. Menjawab pertanyaan itu, Shumi dengan tegasnya menafikan perkara terbabit. "Watak itu sama sekali tidak ada kena-mengena dengan ahli politik yang dimaksudkan." "Saya tidak faham kenapa filem ini hendak dipolitikkan sedangkan jalan ceritanya menekankan penceritaan bagaimana Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya, Tun Dr Ismail, persahabatan dan perjuangan mereka memulihkan negara daripada trauma 13 Mei dan kematian mereka yang tidak diduga," katanya lagi. Ahli politik yang dimaksudkan ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang. | ||
Abby Abadi terasa hati bila ditegur Ustaz Azhar Idrus? Posted: 15 Aug 2012 03:31 AM PDT
Pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya sebuah program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel utama. Turut hadir dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak. Pasti ramai yang mengetahui setiap ceramah UAI pasti menarik ribuan penonton apabila UAI seringkali menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah.Tapi kali ini lain pula jadinya apabila Abby Abadi seolah-olah malu apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby sendiri. UAI menegaskan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam lain suka dengan perubahan yang mereka lakukan. Selain itu, antara jawapan UAI adalah; "Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan. Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah. Ahhh.. itu yang kita kena jaga," kata UAI. Secara tiba-tiba Abby bersuara menyekat mesej yang cuba disampaikan oleh UAI. Abby berkata, "Ustaz nak tuduh saya yek.. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu tuduhan." Jika anda yang biasa mendengar ceramah UAI, pasti tahu cara UAI. UAI lebih 'direct' dalam menyampaikan sesuatu mesej. Sebagai contoh sewaktu program bersama Zizan Raja Lawak suatu ketika dahulu. Zizan tidak melenting dan 'cool' serta menerima secara positif nasihat UAI. Tetapi dari sudut sebagai seorang pengantara atau pengacara, Abby seharusnya tidak seharusnya cepat 'melatah' dengan mesej yang disampaikan oleh panel. Apa salahnya jika Abby mendengar dahulu apa yang UAI cuba sampaikan dan terima dari sudut positif. Diharap jangan ada pula komentator yang mengaitkan isu ini dengan politik kerana jelas tiada kaitan langsung dengan politik. Ikhlas.. sekadar teguran membina dari hamba Allah yang serba kekurangan.. | ||
Bersih 3.0: Polis serbu, tangkap dalam lobi hotel Posted: 15 Aug 2012 03:25 AM PDT
KUALA LUMPUR: Seorang peserta Bersih 3.0 memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa 10 hingga 15 polis tanpa tanda nama menyerbu lobi sebuah hotel dan menangkap orang ramai yang berada di situ. Selamat Abul Hamid, 42, (gambar) berkata beliau menyaksikan anggota polis memaksa orang ramai terutamanya yang memakai baju T Bersih keluar dari hotel tersebut. Apabila mereka tidak mengikut arahan, polis memukul dan menerajang mereka sebelum dibawa ke Dataran Merdeka. "Pada mulanya saya ingin keluar dari hotel tapi tak jadi sebab tengok keadaan di luar kelam kabut selepas gas pemedih mata dilepaskan. Gas terasa hingga ke lobi hotel. "Kemudian 10 hingga 15 polis yang tidak memakai tanda nama dan berbadan besar masuk ke lobi dan menghalau orang ramai," kata pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini. Menurut Selamat lagi, beliau yang ketika itu bersama isteri dan empat anak hanya mendiamkan diri namun turut dipaksa mengikut polis ke Dataran Merdeka, di mana semua peserta yang ditahan dikumpulkan. Tambah beliau, sepanjang perjalanan dari hotel ke Dataran Merdeka, polis tidak henti-henti berleter dan mencercanya. "Kami mengikut sahaja polis dan sepanjang jalan saya dicerca, antaranya polis kata 'ini mak bapak tak guna' kepada saya," katanya yang merupakan seorang juruteknik di sebuah kilang di Batu Pahat, Johor. Ujar Selamat lagi, sewaktu di Dataran Merdeka, seorang anggota polis memberitahu mereka akan dibawa ke Masjid Negara menaiki bas namun apa yang berlaku, mereka dibawa ke Pulapol. "Polis ada bagitahu akan bawa kami ke Masjid Negara tapi saya tak berapa percaya. Ramai juga yang percaya bulat-bulat tapi akhirnya kami dibawa ke Pulapol dan di Pulapol, semua diminta memegang nombor dan polis mengambil gambar kami," katanya. Ditanya sama ada beliau memang berniat melibatkan anak-anaknya dalam perhimpunan tersebut, Selamat menafikannya. "Memanglah salah satu faktor saya ke Kuala Lumpur sebab nak mengikut perkembangan perhimpunan tapi dalam masa yang sama, saya nak bawa anak-anak saya makan angin dan membeli-belah di sini," katanya. Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. Sementara itu, Khaw pada sidang media selepas itu berkata, Suhakam telah menghantar surat kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi meminta pihaknya turut hadir sebagai saksi. "Kita sudah hantar surat kepada DBKl sebab daripada saksi sebelum ini, Suhakam mendengar ada pegawai DBKL turut mengambil beberapa tindakan pada 28 April," katanya. Selain itu, Suhakam juga berharap dapat mendengar keterangan polis berhubung insiden kereta diterbalikkan di Jalan TAR," katanya. Pendengaran akan bersambung kembali 10 September depan. | ||
260 pesakit di hospital terima hamper wakil rakyat Posted: 15 Aug 2012 03:22 AM PDT
TANAH MERAH: Menjelang lebaran tidak lama lagi, 260 pesakit di Hospital Tanah Merah dapat menyembuyikan rasa sedih dan sayu seketika kerana dikunjungi wakil-wakil rakyat semalam. Lawatan anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Gual Ipoh, Wan Yusuf Wan Mustafa dan Penyelia Dun Bukit Bunga, Suply Abdul Razak dapat melegakan perasaan mereka. Rombongan wakil rakyat juga disertai Muslimat PAS Tanah Merah, pemuda dan penghulu-penghulu. Kehadiran mereka diiringi pegawai hospital terbabit. Setiap pesakit menerima hamper sebagai buah tangan, pengubat duka ketika menjalani rawatan di hospital. Pada kunjungan itu Abdul Fattah juga menyumbangkan kerusi roda kepada seorang warga emas, Zaharah Abdul Rashid, 75, yang terlantar sakit. Beliau berasal dari Kampung Pondok Lama Tanah Merah. Mereka juga mengunjungi wad kanak-kanak sambil menghulur buah tangan di samping bermesra dengan pesakit dan keluarga mereka. "Acara ini merupakan aktiviti rutin bagi setiap wakil rakyat di Kelantan. Melalui kunjungan ini diharap dapat melahirkan perasaan gembira pesakit ketika mereka sedang terlantar sakit. "Malah Islam amat menuntut umatnya menziarahi orang sakit dan mendoakan kesejahteraan buat mereka," katanya ketika ditemui selepas itu. Hari ini Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anggota-anggota Exco melawat pesakit di Hospital Raja Peremuan Zainab II. | ||
S'gor akan maklum status bekalan air setiap hari Posted: 15 Aug 2012 03:20 AM PDT
SHAH ALAM: Jawatankuasa Pemantauan Syabas yang ditubuhkan Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kenyataan akhbar setiap hari selepas selesai mengadakan mesyuarat harian dengan pengurusan syarikat air itu. Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, langkah ini bertujuan memaklumkan perkembangan terkini tentang status pembekalan dan perkhidmatan air kepada seluruh rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. "Cara ini juga membuktikan Kerajaan Selangor sangat telus dalam menangani isu pembekalan air demi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan setimpal dengan kadar tarif air yang dibayar. "Kerajaan Selangor komited untuk mengambil alih syarikat konsesi menerusi kaedah penyusunan semula yang merupakan jalan terbaik untuk menguruskan industri perkhidmatan air di Selangor dan Lembah Klang," katanya. Jawatankuasa itu diketuai Datuk Khusrin Munawi dan turut dianggotai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS), dan telah menjalankan pemantauan terhadap operasi SYABAS bermula 18 Julai lalu. Sebelum ini pemantauan jawatankuasa ini mendapati Syabas 'beroperasi di bawah keupayaan'. | ||
R desak JPM keluar laporan kewangan wang ehsan Posted: 15 Aug 2012 03:18 AM PDT
KOTA BHARU: Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini mengeluarkan iklan khas bagi menjelaskan ke mana wang ehsan dibelanjakan yang berjumlah RM61.8 juta sehingga 31 Julai 2012. Berdasar kepada iklan yang disiarkan dua akhbar harian daripada jumlah tersebut agihan yang dibuat sebanyak RM41.4 juta. Ini bermakna sebanyak RM20.4 juta belum lagi diagih. Iklan khas tersebut dikeluarkan kemugkinan menjawab surat dan memorandum dihantar anak-anak muda yang bernaung di bawah Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti – R) baru-baru ini. Presiden R, Nazri Deraman berkata, sepatutnya pihak terbabit menjawab secara rasmi surat dihantar R mengenai laporan kewangan yang diaudit pada 2010, 2011 dan sehingga 31 Julai 2012. "Biar pun penjelasan diberi namun masih menimbulkan banyak keraguan di mana kemungkinan penerima yang tidak disebut dalam iklan menjadi sasaran untuk mendapatkan wang ehsan. "Ini kerana banyak agihan wang ehsan dilaporkan media sebelum ini dibuat melalui Ketua-ketua Bahagian Umno. Lagi pun Pengerusi Jawatankuasa Wang Ehsan ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin," katanya di sini. Menurutnya berdasar kepada senario pengagihan wang ehsan sebelum ini ternyata Umno terbabit secara langsung. "Jadi kami anak muda mahu tahu siapakah penerima sebenar wang ehsan tersebut dan bagaimana pemilihannya dibuat. "Selain itu kenapa Awang Adek dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa Wang Ehsan dan bukan Pengarah JPP Kelantan," katanya. Nazri juga berkata, persoalan juga timbul di mana sebelum ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan wang ehsan diterima sebanyak RM61.8 juta. Sedangkan katanya, Awang Adek pula umumkan melalui kenyataan media wang ehsan diterima sebanyak RM24 juta setahun, dan ini bermakna berjumlah RM72 juta sejak 2010. "Jadi ke mana perginya lebih RM10 juta lagi. Kami khuatir berlaku ketirisan atau kebocoran. Inilah rakyat Kelantan hendak tahu," kata Nazri. Sehubungan itu katanya, sekiranya pihak terbabit tidak menjawab secara telus penerimaan dan agihan wang ehsan, pihaknya akan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat ini. | ||
Nasharudin digesa jumpa pimpinan parti Posted: 15 Aug 2012 03:07 AM PDT
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menggesa Ahli Parlimen Bachok Nasharudin Mat Isa datang bertemu pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak berpuas hati. Menurutnya, tindakan mengeluarkan kenyataan mempertikai parti di media pihak lawan tidak menguntungkan parti malah hanya akan memberi peluang kepada musuh politik melemahkan PAS. "Saya menggesa supaya Ust Nasharudin datang berbincang dengan pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak puas hati. "Bukan mengambil tindakan seperti apa yang telah dilakukan oleh Datuk Hassan Ali sebelum ini. Menyerang dan mempertikai keputusan parti di media pihak lawan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas timbalan presiden PAS itu yang disiar di Buletin Utama TV3 malam tadi yang mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud. Kenyataannya malam tadi itu menghangatkan semula perbahasan berhubung kedudukan Nasharudin dalam parti ekoran beliau dilihat secara terbuka menolak keputusan parti. "Tiada siapa yang gembira dengan perkembangan ini kecuali musuh politik yang mahu melihat pergolakan berlaku dalam parti. "Pastinya kesempatan ini akan diambil sepenuhnya oleh musuh politik untuk melemahkan PAS," kata ketua pemuda PAS itu lagi. Sehubungan itu, beliau menggesa Nasharudin segara bertemu pemimpin tertinggi parti bagi menyelesaikan segala masalah yang timbul secara dalaman. "Saya tidak nampak Ust Nasharudin tidak memahami konsep Amal Jamaei atau lainnya yang berkait dengan disiplin perjuangan dan juga berjamaah. Ust Nasharudin sewajarnya insaf bahawa beliau yang memerlukan perjuangan Islam ini bukan sebaliknya. "Ingatlah bahawa Perjuangan Islam ini tidak pernah rugi hanya kerana kita meninggalkan perjuangan ini justeru Allah pasti akan menggantikan orang lain yang akan terus berjuang dan memperkuatkan saf perjuangan Islam ini," katanya. Sokong Dalam pada itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Raja Ahmad Iskandar Al Hiss dalam kenyataannya menyokong agar Nasharudin mengadakan perbincangan tertutup dengan pimpinan PAS. "Saya akan mengesyorkan kepada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk mengadakan pertemuan tertutup dengannya bagi berbincang dan mendapatkan penjelasannya dalam masa terdekat bagi mengelakkan lebih banyak presepsi buruk dilontarkan terhadap beliau. "Saya berpandangan sebaiknya isu ini diselesaikan secara dalaman dengan penuh ukhuwwah supaya ianya tidak berpanjangan sehingga boleh menjejaskan persiapan PAS menghadapi PRU ke 13. "Dan saya penuh yakin dengan semangat ukhuwwah dan ilmu yang dijadikan tunjang perbincangan bakal menumbangkan BN pada PRU nanti," kata beliau dalam kenyataannya. Beliau juga melahirkan kekesalan dengan tindakan Nasharudin yang menyerang komponen Pakatan Rakyat, "sedangkan beliau memahami bahawa serangan terhadap Pakatan Rakyat dilakukan oleh jentera propaganda musuh yang mahu melagakan keharmonian Pakatan Rakyat." "Beliau mengajak PAS untuk keluar dari DAP yang dilihat menentang hudud sedangkan beliau lupa mengajak Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa keluar UMNO dari Barisan Nasional ketika MCA berterusan menyerang Islam sehingga ke saat ini," katanya. Beliau juga bertanya, apakah Nasharuddin melupakan ucapan pemimpin MCA yang menentang hudud secara konsisten dan secara terang-terangan. "Sedikitpun tiada suara dari pemimpin UMNO yang menentang kenyataan pemimpin MCA yang menolak hudud itu. "Lupakah kenyataan Presiden MCA yang menghina agama Islam itu sendiri," katanya. | ||
(Gambar) Twitter PM Najib Razak Penuh Dengan Pengikut Tipu? Posted: 14 Aug 2012 10:29 PM PDT Seperti yang semua maklum, trend ahli politik menggunakan media sosial seperti Twitter, Facebook dan sebagainya, makin meningkat. Lebih-lebih lagi, selepas berlaku gelombang dalam Pilihanraya Umum ke-12 tidak lama dulu.Namun begitu, telah tersebar berita yang tidak enak didengar mengenai akaun twitter ahli politik di Malaysia ini. Kita selalu dengar tentang hebohnya sesetengah ahli politik yang dengan bangga mengumumkan bahawa akaun Twiter dan facebook mereka mempunyai ramai pengikut. Dengan Statuspeople, iaitu laman sesawang yang membenarkan anda menyemak samada pengikut twitter anda adalah benar-benar manusia ataupun "fake account" semata, kita boleh melihat sendiri tentang keputusan yang dikeluarkan di bawah. Umum kita mengetahu bahawa Perdana Menteri Malaysia, mempunyai pengikut hampir 800,000 orang dan juga diantara 25 pemimpin negara yang mempunyai pengikut Twitter paling tinggi. Bagaimana pula dengan Presiden Amerika Syarikat, Barak Obama dengan 18 juta pengikut? Kita dah lihat 2 pemimpin teratas negara masing-masing, sekarang kita lihat Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah. Nampak lebih baik keputusannya? Tunggu dulu.Lihat pula bagaimana keputusan fake akaun Twitter dua orang kuat Cyber UMNO, Tun Faisal dan juga Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussien. Sebelum ini, heboh pasal "pengundi hantu" dalam pilihanraya.Takkan dalam maya pun nak pakai "pengikut hantu" juga? Berikan pendapat anda mengenai isu ini. Inspirasi dari BlogSerius | ||
Tidak Boleh Jadi Menteri, Jadi Jurualih Bahasa Pun Cukup Posted: 14 Aug 2012 10:22 PM PDT MSO Zohor tadi seorang rakan dari Rantau Panjang, Kelantan dengan nafas tercungap-cungap menelefon saya bertanyakan status Nasharudin Mat Isa bekas timbalan presiden Pas. Saya jadi terheran dengan pertanyaan rakan itu. "Abang Ti macam mana dengan status Ustaz Nasharudin Mat Isa sekarang ini?" tanya rakan itu.
"Macam mana dia dengan Pas, dia masih ahli Pas ke atau tidak.." soalnya. "Kenapa..?" saya jadi tambah hairan dengan pertanyaan itu. Setahu saya Nasharudin masih ahli Pas dan masih dihormati oleh sebahagian ahli Pas. Pas tidak pun mengambil tindakan memecatnya seperti mana dilakukan ke atas Hasan Akidah yang dilihat rakan atau patnernya. "Ahli Pas guana dia bersama Najib di Makkah. Dia sambut Najib...," katanya dengan nada sedikit geram dan kesal dengan apa yang dilihat. "Apa salahnya, Najib kan PM Malaysia. Sesiapa boleh sambut dan hormat Najib.... kalau abang Ti ada di Makkah ketika itu, abang Ti juga sambut Najib," kata saya mahu meredakan kemarahannya dan mengajar politik rasional kepadanya. "Tetapi abang Ti berat dia ni, dia duduk sebelah Najib...," katanya lagi. "Tengok di mana?" Tanya saya mahukan kepastian. Saya tidak tahu menahu akan apa diperkatakan oleh rakan ini. "Baru sekejap tadi dalam berita TV3 ditunjuk Ustaz Nasarudin bersama Najib...nampak mesra benar," katanya. Baru saya faham cerita dan faham juga kenapa kawan itu sanggup menghabiskan top-up untuk bertanyakan hal itu. Sebagai ahli Pas yang tegar dia tidak tergamak atau malu melihat aksi sebegitu. Baginya menyakitkan hati dan memalukan parti. Beberapa jam selepas itu bila saya membelek Fb saya terjumpalah foto yang dikatakan itu. Nasharuddin kelihatan duduk bersimpuh di samping Najib sambil tersenyum. Gambar itu menunjukkan Nasharudin dan Najib sedang berbual-bual dengan dua orang Arab berjanggut lebat. Tidak dinyatakan siapa dua orang Arab itu. Saya mengagak Najib menjadi tetamu kepada orang Arab berkenaan manakala Nasharudin menjadi jurubahasanya. Walaupun menteri agama Jamil Bahrum ada sama, tetapi Nasarudin diberikan tugas menjadi jurubahasa kerana bahasa Arab Nasharudin lebih baik dari Jamil. Memang satu-satu kelebihan yang ada kepada Nasharudin berbanding dengan timbalan dan bekas timbalan presiden Pas ialah dia dapat berbahasa dalam beberapa bahasa. Nasharudin tahu berbahasa Arab, Perancis dan Inggeris dengan baik. Dia juga pandai loghat Negeri Sembilan tetapi agak telor dengan lorat Kelantan walaupun sudah lebih empat tahun menjadi wakil rakyat Bachok. Atas kepandaian itu sesetengah ahli Pas yang menjadi pengkagum tegar kepadanya merasakan Nasharudin lebih layak untuk menjadi pengganti Abdul Hadi Awang sebagai presiden Pas berbanding Muhammad Sabu atau Husam Musa. Jadi apabila dia kecundang dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden ditangan Muhammad Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man, murih sakan si para penyokong Nasharudin. Tentang gambar itu beberapa orang rakan Fb saya juga bertalu-talu bertanya saya dan minta saya ulas mengenainya. Ada yang hantar sms dan ada yang menghantar mesej dalam PM. Mereka minta saya ulas mengenai gambar berkenaan. Rupanya gambar berkenaan menjadi satu masalah. Sebenarnya saya tidak berminat untuk menyetuh kedudukan Nasharudin dan juga memperkatakan chasis politiknya yang bagi saya sudah rosak. Saya mulai merasakan chasis politiknya mulai renyuk bila mana beliau tidak dapat menerima kekalahan dalam merebut jawatan timbalan presiden. Nasharudin saya sifatkan sebagai seorang yang berjiwa kecil. Orang berjiwa kecil memang tidak layak untuk menjadi pemimpin melainkan sesuai menjadi lalang. Jika jiwanya besar dia tidak mudah ugah dan terus berjuang seperti biasa dalam Pas. Tetapi dia telah menolak perlantikan parti dan tidak menghadiri mesyuarat. Bermula dari tindakan beliau ini saya sudah dapat mengagak ke mana hujung jatuhnya nanti. Dan apa yang beliau tunjuk dan pamerkan dengan bermesra dengan pemimpin Umno menjelaskan keadaan itu. Chasisnya sudah rosak dan wajahnya sudah renyok ke arah lain. Bukan tidak boleh untuk bermesra dengan pemimpin Umno, boleh. Bergambar dan makan bersama juga boleh. Tetapi cara Nasharudin mempamirkan kemesraaan itu seakan mahu menyakiti pihak-pihak tertentu. Dalam masa sama beliau mahu menunjukkan yang beliau tidak kisah dan masih laku dan sedia dibeli oleh pedagang politik. Dia menunjukkan kononnya dia hebat dan dicari oleh sesiapa saja. Sebenarnya perilaku beliau dengan Najib di Makkah itu bukan aksi pertama Nasharudin yang boleh menyebabkan ahli dan penyokong Pas bertanya dan mengsyaki sesuatu kepadanya. Sebelum ini dia telah pun bergambar dengan Udin anak Yassin di rumahnya ketika timbalan perdana menteri itu hadir ke majlis kenduri anaknya di Bukit Mahkota, Bangi. Sekali lagi bergambar dengan Udin anak Yassin tidak menjadi kesalahan kerana Udin bukan makhluk yuang najis. Tetapi cara Nasharudin lakukan itu ia semacam sengaja mahu menyakitkan mata orang-orang tertentu. Gambar itu misalnya tidak salah kalau presiden atau timbalan dan mana-mana pemimpin lain ada sama. Ia dilihat indah dan cantik lagi. Tetapi nawaitu Nasharudin tampaknya bukan begitu... Jadi kesimpulan dengan apa yang berlaku dan dilakukan Nasharudin hari ini tidak perlu merasa anih dan pelik. Sepatutnya orang Pas boleh membayangkan awal-awal lagi apa yang akan berlaku ke atas bekas timbalan presiden Pas ini. Apabila beliau meninggalkan muktamar di hari beliau kalah tanpa bersalaman dengan pemimpin lain sudah mengenalkan siapa beliau sebenarnya. Apabila beliau menolak perlantikan dibuat parti, kita sudah dapat membaca apa yang ada dalam fikirannya. Bahkan jauh dari itu apabila beliau beriya untuk membawa Pas bergabung dengan Umno, sedangkan sebahagian ahli Pas lain menentangnya, sepatutnya sudah dapat diramalkan apa warna siasah Nasharudin. Nasharudin sungguh tidak dapat melupai angan-angannya untuk menjadi menteri apabila Pas bergabung dengan Umno. Kegagalan penggabungan itu, Unity Government (UG) menjadikan Nasharudin benar-benar kecewa dan marah. Kenapa tidak, kalau termenterai kerjasama Umno dengan Pas beliau akan menjabat salah satu daripada dua kerusi menteri yang dijanjikan. Antara syarat pembetukan UG ialah Pas akan mendapat dua kerusi menteri, di mana salah seorangnya Nasharudin kerana kedudukannya sebagai timbalan presiden ketika itu. Nasharudin merasakan dia layak walaupun ada lagi orang lebih layak dan senior daripadanya. Kerana kegagalan itulah menyebabkan beliau merajuk, kesal tidak sudah-sudah. Mungkin Nasharudin masih mengharapkan mimpi berkenaan menjadi kenyataan di mana dengan keilmuan yang beliau ada, beliau akan dilantik menjadi menteri oleh Umno. Walaupun beliau sedar tidak akan menang dalam pilihan raya, mungkin Umno akan melantik beliau menjadi senator seperti Nalakarupan, Ezam Mohd Noor untuk terus menabur budi kepada Umno. Atas merasakan dia seorang berilmu dan pandai bercakap beberapa bahasa Umno akan mengambilnya untuk jadi menteri. Orang Pas dan penyokong Pas usah kesal dan marah dengan telatah dan sikap Nasharudin. La tahzan. Sebaliknya doakan dia dapat mencapai cita-cita politiknya. Biarlah dia menjadi menteri. Cuma apa yang saya hendak ambil kesempatan di sini, mengucapkan terima kasih kepada ahli parlimen Bachok itu kerana berjaya menyakitkan hati orang Pas. Mungkin kekesalan ahli dan rakyat Bachok tidak sesakit dan sekesal ahli Pas dan rakyat Pasir Mas atas perbuatan Inchek Ibrahim Ali, tetapi apa yang berlaku iras-iras itulah juga. Orang Bachok hingga ke sembilan keturunan akan kenang atas apa yang dilakukan Nasharudin. Sebenarnya tindakan Tok Guru yang dianggap kejam, menghalau Nasharudin satu waktu dulu adalah tindakan benar berdasarkan daya kahsyafahnya yang saudah mengetahui ke parit mana akhirnya Nasharudin akan tergelincir. Tindakan Tok Guru itu sepertilah tahunya Khidir mengenai nasib seorang kanak-kanak yang dibunuhnya walaupun dibantah Musa a.s. | ||
Siapa kroni Umno dalam Jana Niaga? Posted: 14 Aug 2012 09:52 PM PDT Muda Mohd. Noor Dr Khir Toyo mencabar Tan Sri Khalid Ibrahim menamatkan syarikat itu daripada menguruskan asrama Unisel. PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo mencabar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menamakan siapa kroni Umno yang menguruskan asrama Universiti Selangor (Unisel). "Kalau kata Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) syarikat kroni Umno, sebutkan nama siapa orangnya? Panggil JNSB, tanya kamu ni parti mana – Umno atau tidak. "Saya tidak tahu JNSB ini kroni Umno atau tidak. Tetapi apa masalahnya kalau JNSB kroni Umno. Orang berniaga dia tidak kira parti mana," kata Dr Khir. Beliau juga mencabar Khalid jika tidak gembira dengan JNSB tamatkan sahaja dan gantikan dengan syarikat Pakatan Rakyat. "Kamu Menteri Besar boleh buat. Takkan benda macam itu tak tahu. Kata kamu korporat. Tetapi apa yang kamu buat dengan Unisel?" tanya Dr Khir. Beliau juga mempersoalkan ke mana perginya wang RM292 juta yang dibayar oleh Talam kepada Unisel. Katanya, Unisel boleh menggunakan wang yang dibayar Talam itu untuk membayar hutangnya kepada JNSB yang dikatakan bernilai hampir RM15 juta. Laporan menyebut masalah hutang itu meyebabkan asrama Unisel dikunci. Pelajar kurang Dr Khir berkata, Unisel mula berdepan masalah kewangan kerana jumlah kemasukan pelajar merosot teruk manakala perbelanjaan meningkat sejak diperintah Pakatan Rakyat. "Angka terbaru pelajar Unisel ialah lebih 9,000 sedangkan ia boleh menempatkan 20,000 orang atau paling minima 14,000 pelajar. "Apabila pelajar kurang, pendapatan Unisel pun kurang… tetapi kos pengurusan Unisel meningkat RM20 juta dari RM93 juta pada tahun 2008 kepada RM113 tahun 2010. "Wang yang dikutip dari pembayaran yuran pelajar digunakan untuk membayar gaji staf Unisel," kata Dr Khir lagi. Pendapatan Unisel menyusut daripada RM94.4 juta pada 2008 kepada RM93.51 juta (2009) dan RM75.48 juta (2010). Beliau berkata, kemasukan pelajar ke Unisel semakin berkurangan kerana standard telah jatuh ekoran terlalu banyak berpolitik. Katanya, apabila standard Unisel merosot pelajar akan kurang. Bagaimanapun, Dr Khir mengakui bangunan Unisel tidak mendapat sijil layak untuk menduduki (CF) tetapi telah mendapat CF sementara. Katanya, untuk mendapatkan CF, Unisel memerlukan pengesahan dari 12 jabatan kerajaan . "Hanya satu faktor yang menyebabbkan gagal iaitu keluasan jalan masuk tidak cukup besar tetapi bangunan itu selamat digunakan. "Sepatutnya Khalid berusaha mendapatkan CF untuk asrama tersebut," tambahnya lagi. | ||
Senator BN mahu semak undang-undang ketika ‘Internet Blackout Day’ Posted: 14 Aug 2012 09:45 PM PDT KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Senator Gan Ping Sieu mahu Putrajaya menyemak semula undang-undang yang mengancam kebebasan hak asasi di internet apabila kebanyakan organisasi hari ini — termasuk Majlis Peguam — tidak menggunakan internet kerana kempen 'Internet Blackout Day' hari ini. Naib Presiden MCA (gambar) itu adalah wakil rakyat ketiga daripada Barisan Nasional (BN) yang meminta kerajaan melakukan perkara itu apabila Putrajaya meminda Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang mana menjadikan mana-mana kedai kopi menawarkan perkhidmatan WiFi turut berisiko diambil tindakan terhadap kesalahan hasutan dan jenayah atas kesalahan dilakukan pelanggan mereka. "Saya menuntut kerajaan menyemak semula pindaan Akta Keterangan, lebih spesifik Seksyen 114A dan mengambil peluang ini untuk menyuarakan kebimbangan saya terhadap pindaan ini, yang mana memberikan kempen ke seluruh negara untuk kerajaan menyemak dan meluluskannya dalam sidang Parlimen. "Akta ini bakal memberikan kesusahan kepada mereka yang tidak bersalah jika ditangkap atas dakwaan penyalahgunaan Internet, seperti 'hacking' pencuri identity; penipuan, seperti 'Tweet-jacking', termasuk pembekal perkhidmatan Internet di pusat membeli-belah, kedai kopi, dan kawasan awam lain," katanya dalam satu kenyataan. Akta baru itu memperuntukan pengguna Internet berdaftar adalah penerbit untuk mana-mana penerbitan dihantar daripada komputer yang dihubungkan dengan servis talian, kecuali sebaliknya dibuktikan. Seksyen berkenaan turut memperuntukan "sesiapa namanya, gambar, atau pseudonym tertera dalam mana-mana penerbitan menunjukkan dirinya sebagai pemilik, host, editor atau sub editor, atau menerbit mahupun menerbitkan semula yang telah diterbitkan kecuali ianya bertentangan." Gan mencadangkan kerajaan menggantikan klaus sedia ada dengan alternatif bagi membolehkan pemberi khidmat Internet memberikan kerjasama untuk agensi penguatkuasaan untuk membantu siasatan dalam penyalahgunaan Internet daripada memperkenalkan "hukuman" kepada pemilik laman web atau pemilik "hardware." Menurutnya, terdapatnya keperluan untuk kerajaan untuk memperkenalkan kaedah baru bagi mengatasi masalah berkaitan Internet yang bersembunyi disebalik pengguna identiti palsu dan menyebarkan kenyataan bersifat rasis secara online, namun mengakui akta baru itu gagal untuk melaksanakan perkara itu. "Buat masa ini, Seksyen 114A Akta Keterangan gagal untuk menguruskan perkara itu dengan berkesan," katanya. Majlis Peguam semalam telah membuat rayuan seminggu selepas ia dikuatkuasakan pada 31 Julai. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut menyatakan sokongan terhadap pendirian menentang akta baru itu. "Kami mendesak ahli Parlimen daripada kedua-dua pihak untuk menarik balik Seksyen 114A. "Bagi menggantikan seksyen berkenaan, kami menggesa kerajaan mengadakan proses yang lebih telus dan terbuka untuk draf tersebut bagi mengatasi masalah jenayah siber dengan mengadakan perbincangan awam dengan pihak berkepentingan," kata Majlis Peguam. Kempen menentang akta baru itu yang mengancam kebebasan bersuara online hari ini mengadakan Internet Blackout Day dengan menutup laman-laman web mereka hingga esok. Centre for Independent Journalism Malaysia (CIJ) berkata, Majlis Peguam telah mengesahkan mereka akan menutup laman web mereka bagi menyokong kempen tersebut dan DAP menutup kesemua laman web mereka pada 14 Ogos. Lim Kit Siang dan peguam Edmund Bon mula offline untuk 24 jam bagi kempen tersebut. Antara lain termasuklah Datin Paduka Marina Mahathir, Hishamuddin Rais (Tukar Tiub), Uppercaise, Nat Tan, Niki Cheong, Anil Netto, Juana Jaafar, Sarawak Bloggers, Fahmi Fadzil dan myasylum. | ||
Sivarasa: Saya tidak bayar atau bimbing Bala Posted: 14 Aug 2012 09:37 PM PDT MALAYSIA KINI MP PKR Subang R Sivarasa menafikan dakwaan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau membimbing P Balasubramaniam dalam kenyataan bersumpah pertama oleh penyiasat persendirian itu berhubung kes pembunuhan Altantuya Sharibuu.Dalam satu tulisan blog hari ini, MP itu berkata tulisan Raja Petra bertarikh 14 Ogos itu mengandungi "rekaan berniat jahat" dan merupakan "putar belit" yang mencampur aduk kebenaran dan rekaan untuk kesan dramatik. "Malangnya bagi beliau, penipuan tetap penipuan," kata Sivarasa. Sivarasa turut mengakui bahawa beliau, Raja Petra dan Balasubramaniam pergi ke sebuah restoran Itali selepas bertemu peguam, M Puravalen pada 2 Julai 2008. Katanya, mereka berada di restoran itu memandangkan Puravalen telah mempunyai komitmen untuk makan malam lain bersama rakan-rakannya. "Kami tidak pergi ke sana hanya untuk membincangkan mengenai sidang media," katanya yang menambah, Balasubramaniam turut menyebut kandungan SD tersebut kepada yang hadir. Tambahnya, peguam Americk Sidhu, yang merupakan peguam Balasubramaniam, merangka SD pertama tersebut "selepas perbincangan dan pertemuan berminggu-minggu" dengan bekas polis itu. Americk juga hadir ke restoran berkenaan, pada sidang media pada hari berikutnya di ibu pejabat PKR, katanya. "Agak sukar ditanggap jika disebut senario di mana saya memberi tunjuk ajar kepada Bala di hadapan peguamnya sendiri dan orang yang saya baru temui untuk pertama kali," katanya. Turut dinafikannya ialah dakwaan Raja Petra bahawa anggota Unit Tindakan Khas polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar yang didapati bersalah membunuh Altantuya, juga hadir di rumah Paravalen. "Ianya tidak benar bahawa Bala mengenali Sirul dan Azilah dan fakta itu diberitahu kepada saya dan Puravalen. Sekiranya Bala sememangnya mengenali Sirul dan Azilah, beliau pastinya didakwa bersama mereka," kata Sivarasa. Sebaliknya, Balasubramaniam hanya direman selama dua minggu selepas kematian Altantuya tetapi dibebaskan tanpa didakwa. Sivarasa juga menafikan dakwaan Raja Petra bahawa beliau berjanji untuk mengatur pembiaya kepada Balasubramaniam bagi membuat temubual dengan Malaysiakini untuk memburuk-burukkan usahawan Deepak Jaikishan dan timbalan menteri Umno Datuk Hamzah Zainuddin. "Saya tidak biasa membayar sesiapa untuk membuat kenyataan palsi. Saya ada kegunaan lebih baik untuk wang berjuta-juta yang diperlukan untuk itu, yang tidakpun saya miliki," katanya. | ||
'Isu berkaitan dasar, prerogatif tak boleh dicabar' Posted: 14 Aug 2012 09:34 PM PDT MALAYSIA KINI Mahkamah Persekutuan diberitahu isu dana khas kawasan pilihan raya yang dibangkitkan anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar tidak boleh dilakukan semakan kehakiman kerana perkara itu berkaitan pertimbangan dasar dan prerogatif pengurusan. Peguam Kanan Persekutuan S Narkunavathy berkata perkara itu hanya boleh diputuskan oleh Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) Jabatan Perdana Menteri atau Pengarah Pejabat Pembangunan Perak (PPN Perak). Beliau berkata isu tidak perlu didengar di Mahkamah Tinggi kerana surat PPN Perak bertarikh 26 Julai 2010 kepada Dr Jeyakumar menjelaskan secara terperinci peruntukan RM1.5 juta membabitkan 47 projek di Sungai Siput. Narkunavathy berkata semua kawasan pilihan raya di Perak berhak menerima peruntukan khas itu, yang disalur menerusi ICU dan PPN Perak. "Maklumat yang dipohon perayu (Dr Jeyakumar) sudah berada di Mahkamah Tinggi serta diperjelas dalam Parlimen, yang jelas menunjukkan ia membabitkan pertimbangan dasar dan garis panduan perbendaharaan bagi kelulusan peruntukan itu," katanya. "Dana khas ini bukan hanya untuk kawasan pilihan raya terbabit malah ia juga disalur kepada badan bukan kerajaan di kawasan itu," katanya. Narkunavathy turut memaklumkan panel lima hakim yang diketuai Tan Sri Md Raus Sharif bahawa peruntukan itu tidak disalurkan terus kepada wakil rakyat sebaliknya diurus oleh kedua-dua responden. Panel itu turut dianggotai empat lagi hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin, Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarof dan Datuk Suriyadi Halim Omar. Narkunavathy juga berkata sehubungan itu, Dr Jeyakumar tidak mempunyai asas untuk meminta Mahkamah Persekutuan campur tangan dan rayuannya perlu ditolak. Sementara itu, peguam Datuk S Ambiga berkata keputusan Mahkamah Rayuan perlu diketepikan dan perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 25 Feb 2011 dipulihkan. Pada 10 Oktober tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Dr Jeyakumar tidak boleh mencabar keputusan agensi kerajaan yang menolak permohonannya untuk mendapatkan dana daripada peruntukan khas kawasan pilihan raya bagi melaksanakan beberapa projek di Sungai Siput. Mahkamah itu telah mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang membenarkan anggota Parlimen tersebut membuat semakan kehakiman bagi mencabar keputusan agensi kerajaan berkenaan. Ambiga berkata kes itu melibatkan kepentingan awam dan Mahkamah Persekutuan perlu campur tangan untuk dilihat telah bertindak adil dalam perkara tersebut. "Apa yang perayu pohon di sini ialah beliau dibenar membuat semakan kehakiman untuk membolehkan semua pihak didengar sepenuhnya, sebelum isu itu diputuskan memandangkan kes ini boleh dianggap sebagai kes ujian," katanya. Beliau berkata aduan utama Dr Jeyakumar ialah garis panduan bagi peruntukan itu dan apa yang sepatutnya diperoleh semua Anggota Parlimen. "Semua anggota Parlimen harus dilayan secara adil. Apa yang kami pohon di sini bukanlah sesuatu yang imun untuk semakan kehakiman," katanya. Mahkamah Persekutuan kemudian menangguhkan keputusannya ke suatu tarikh yang akan ditetapkan. Pada 29 Oktober 2010, Dr Jeyakumar memfailkan permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman dan menamakan Ketua Pengarah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri, Pengarah Pejabat Pembangunan Perak dan kerajaan Malaysia sebagai responden. Beliau mengemukakan permohonan itu bagi mencabar keputusan Pejabat Pengarah Pembangunan Perak yang menolak permohonannya untuk mendapatkan peruntukan daripada dana khas kawasan pilihan raya. Beliau memohon peruntukan khas itu untuk disumbangkan kepada SMK Shin Chung, SJK methodist dan Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan serta untuk sumbangan projek kecil bagi faedah penduduk kampung Orang Asli. Antara lain, Dr Jeyakumar memohon satu deklarasi bahawa peruntukan dana khas kawasan pilihan raya mesti disalurkan sama rata kepada semua Anggota Parlimen tanpa mengira kaitan politik mereka mengikut Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan. Dr Jeyakumar juga memohon perintah mandamus untuk memaksa responden memberi penjelasan berhubung bidang kuasa dalam mengagihkan dana daripada Peruntukan Khas Kawasan mengikut budi bicara mereka selain menuntut mengetahui prosedur mengeluarkan peruntukan itu sejak 2008. - Bernama | ||
'Saya pantau sendiri pentadbiran MB S'gor' Posted: 14 Aug 2012 09:32 PM PDT Penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sendiri memantau pentadbiran di negeri itu dan sehingga kini sangat berpuas hati dengan pentadbiran Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim. "Saya tidak mendiamkan diri. Tadi saya bertemu menteri besar, minggu lepas juga saya ada bincangkan hal-hal melibatkan beberapa keputusan (peringkat negeri). "Tetapi saya harus menerima dan juga mengiktiraf kedudukan menteri besar dan kewibawaan beliau dan pimpinan kerajaan negeri," kata Anwar selepas solat terawih di kediaman menteri besar Selangor malam tadi. Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Noh supaya Khalid meletak jawatan jika gagal mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menjelang September nanti. Menurut Anwar, 'serangan' yang diterima pentadbiran Khalid dari Umno di negeri itu masih mampu ditangani Khalid selaku menteri besar. "Saya berikan pandangan, laporan sampai kepada saya, saya bincang dan saya tak anggap ada apa-apa yang begitu serius sehingga boleh mencabar keutuhan kerajaan negeri Selangor. "Setakat ini kita boleh tangani dengan baik. Dia diserang, sekarang ini kita tumpu di Sabah," kata Anwar. Dalam perkembangan lain, Anwar berkata Pakatan Rakyat akan membincangkan penyelarasan sambutan kemerdekaan peringkat negeri-negeri Pakatan yang berlangsung serentak dengan sambutan 'Janji Bersih' anjuran 26 NGO bersama BERSIH. "Pakatan Rakyat ada dimaklumkan dan setakat ini kami memutuskan untuk adakan sambutan kemerdekaan di Shah Alam. "Saya harus lihat bagaimana kita boleh selaraskan perkara ini," kata Anwar. Perhimpunan 'Janji Bersih' dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka pada 30 Ogos depan untuk mengingatkan kerajaan tentang janji-janji untuk mereformasikan sistem pilihan raya. | ||
Anwar sedia kerjasama bantu siasatan RCI Sabah Posted: 14 Aug 2012 09:31 PM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tuduhan beliau pernah menentang pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah pada tahun 1994. Anwar menyifatkan ia tidak berasas dan dilemparkan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang bertindak sebagai "alat rendah dan murah Umno untuk menyerang Pakatan Rakyat". "Kita tidak boleh pandang berat sangat tuduhan ini. Chua Soi Lek ini hanya alat rendah Umno apabila pimpinan Umno tak bersedia menyerang PAS atau DAP," kata Anwar. Penubuhan RCI diumumkan perdana menteri 11 Ogos lalu bagi menyiasat masalah pemberian kewarganegaraan kepada warga asing di Sabah. Ia telah lama dituntut Pakatan Rakyat yang mahu Projek IC - dakwaan pemberian kewarganegaraan secara tidak sah tetapi sistematik di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri - disiasat secara teliti. Ia didakwa digerakkan untuk mengubah demoghrafi kaum dan agama bagi mengukuhkan sokongan terhadap BN di Sabah - satu tuduhan yang telah dinafikan Mahathir. Menurut Anwar, penubuhan RCI akan membuktikan beliau tidak pernah terlibat dalam pendaftaran kewarganegaraan sewaktu berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri. "Anda boleh sahkan fakta bahawa saya tidak pernah terlibat dalam dalam kes pendaftaran kewarganegaraan, di semenanjung dan Sabah dan Sarawak," katanya tegas. Malah, beliau turut mencabar tuduhan itu disiasat secara terbuka dan beliau sendiri sedia memberi kerjasama penuh membantu siasatan. "Sepanjang kuasa saya selaku menteri dan timbalan perdana menteri, tugas ini tidak pernah diserah kepada saya dan saya tidak pernah dibawa ke dalam mesyuarat melibatkan keputusan ini. "Saya hanya faham ini di bawah Majlis Keselamatan Negara dan di bawah unit khas di bawah perdana menteri," kata Anwar selepas solat terawih di kediaman menteri besar Selangor malam tadi. Mengulas tuduhan kumpulan pendesak PERKASA yang beliau merupakan ahli kumpulan Freemason, Anwar menyifatkan ia dibuat presiden PERKASA, Ibrahim Ali bagi mendapatkan dana pilihan raya daripada pihak tertentu. "Dia ini dua beradik dengan Chua Soi Lek daripada cara dia bercakap. Saya biar dulu dia pukul gendang maklumlah keperluan dana pilihan raya. "Kalau nyata tohmahan itu fitnah, sebagai seorang Muslim, hentikan fitnah jahat ini dan ikut jalan lebih lurus," kata Anwar. | ||
Dapat RM2 juta keluarkan fatwa haram undi DAP Posted: 14 Aug 2012 09:30 PM PDT
MINGGU lepas, pada 8 Ogos 2012, seorang pengasas pondok Geting, Abdullah Sa'amah mengeluarkan fatwa mengharamkan orang Islam mengundi DAP. Malah beliau turut mengharamkan orang Islam mengundi parti-parti yang bekerjasama dengan DAP sambil menggelarkan parti itu sebagai kafir harbi. Nampaknya pengasas pondok ini mengeluarkan fatwa pelik kerana ada imbuhan besar bakal diterimanya. Selang tidak sampai seminggu fatwanya disiarkan dalam Utusan Malaysia, beliau menerima sumbangan RM2 juta. ReJaM© "Jual beli fatwa lebih untung daripada jual unta... " | ||
Fitnah, rasis, cemarkan Ramadhan Posted: 14 Aug 2012 09:27 PM PDT
Hanya beberapa hari saja lagi Ramadhan Kareem tahun ini akan melabuhkan tirainya. Mereka yang penuh takwa, yang merasakan nikmat dan indahnya Ramadhan, kepergian bulan mulia ini diiringi dengan air mata – entah berjumpa lagi atau tidak tahun depan. Sepanjang Ramadhan ini, majlis dan surau terutama di bandar, meriah dan makmur dengan kehadiran jamaah yang melimpah – lebih dari biasa – bersolat tarawikh, bertadarus, qiamul-lail dan segalanya. Lebih lagi dengan menunggu ketibaan malam Lailatul-Qadr. Demikianlah mereka mendakap Ramadhan Kareem dengan penuh khusyuk, di mana masjid dan surau menjadi distinasi utama untuk beribadah. Itulah wajah umat yang berusaha untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. Tetapi malangnya, di luar masjid, terutama di dunia politik, keadaan jauh berbeza dengan suasana di rumah Allah itu. Dunia politik tanah air, walaupun dibulan Ramadhan, ia terus menerus diselubungi suasana fitnah, perkauman yang seru, penyelewengan, tipu daya, perlakuan orang-orang yang sempit fahaman agamanya, malah keadilan Islam menjauh. Semuanya ini adalah sampah saraf dan kotoran yang memudaratkan manusia pada ketika umat yang benar-benar mencari keredhaan Allah s.w.t. menjalankan ibadah Ramadhan yang murni itu. Fahaman Islam yang sempit disebabkan kejahilan, kekeliruan dan mungkin juga dikeranakan oleh kepentingan duniawi adalah gejala yang merosakkan kesyumulan Islam yang menuntut umatnya bersikap wasatiyyah – sederhana, seimbang, adil dan menjadi saksi antara manusia dan Rasul pula menjadi saksinya. Yang lebih mengerikan ialah suasana fitnah yang marak menyala, beriringan dengan suara dan aksi perkauman yang sangat mengerikan, seolah-olah ia menjadi budaya masa kini. Pada hal Islam menentang keras segala bentuk perkauman kerana ia suatu kezaliman. Malah Nabi s.a.w. sendiri dalam hadisnya mengatakan tidak mengaku umatnya mereka yang meniupkan perkauman. Fitnah yang tajam dan hasutan begitu berleluasa untuk menghancurkan musuh politik dengan apa carapun – baik melalui siaran media cetak, temu ramah, tayangan video, media on-line, blog, majlis parti politik dan pelbagai lagi. Lebih-lebih lagi menjelag pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi. Seolah-olah pelaku yang meniupkan fitnah, hasutan dan perkauman yang tajam ini tidak terikat dengan batas hukum, undang-undang, etika moral dan kemanusiaan. Mereka melakukan dengan cara 'membujur lalu melintah patah'. Seolah-olah dunia politik adalah medan untuk melakukan segalanya demi untuk kuasa. Tiupan perkauman yang kencang – melaga-lagakan antara kaum dan parti politik menjadi phenomena terkini dan nampaknya tidak ada tanda-tanda akan berhenti. Ternyata politik survival of the fittes dan konsep politik Machiavelli – tujuan menghalalkan cara - menjadi amalan pelaku politik secular ini. Dalam keadaan begini – yang berlaku walaupun di bulan Ramadhan – member gambaran seolah-olah tidak ada tempat untuk memikirkan dosa pahala. Dalam suasana yang gawat ini, golongan intelektual, malah sesetengah agamawan juga membisu seribuh bahasa. Malah lebih malang lagi ada pula segolongan kecil mereka ini yang ikut serta 'merancakkan' suasana seperti ini, sama ada mereka sedar ataupun tidak. Disebabkan kegawatan ini, tentu saja ada yang bertanya, di mana roh dan semangat Ramadhan. Di mana sentuhan kekudusan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran dan Lailatul Qadr. Di mana perginya jati diri Melayu/Islam, kalau adapun jati diri mereka. Jelaslah bahawa politik secular memungkinkan semuanya ini berlaku. Oleh itu, sungguh malang, negara Melaysia yang akan menyambut 55 tahun merdeka di selubungu suasana yang sedemikian rupa. Ini adalah 'penyakit' yang sangat merbahaya sedang menyerang tubuh umat di negeri ini. Kita akan menyambut Edul-fitri dalam dalam dua tiga hari lagi dan selepas itu akan menyambut ulang tahun ke 55 kemerdekaan negara ini, tetapi sungguh malang ia akan disambut dalam suasana yang sedemikian rupa. Di sinilah, menurut pendapat saya, para pendukung gerakan Islam dan politik Islam seperti PAS menggandakan usaha mereka untuk menjernihkan semula suasana yang kotor dan memudaratkan ini. Saya percaya masih ramai lagi umat Islam yang prihatin, para intelektual dan ulama yang berwibawa, sedang berusaha membetulkan kerosakan dalam masyarakat ini. Walaupun usaha ini amat sukar, tetapi ini sebenarnya adalah jihad menentang kemungkaran. Tentunya fitnah, hasutan, perkauman yang sempit dan seumpamanya ini adalah kemungkaran. Edul-Fitri yang akan kita sambut ini hanya bermakna jika segala kemungkaran – terutama di pentas politik ini – dapat dibersihkan. Inilah cabaran yang sangat besar dihadapi oleh umat dan mari kita memanjatkan doa semoga Allah s.w.t menyelamatkan negara dan umat ini. Allahu Akbar! Allahhu Akbar! Allahhu Akbar! Selamat Menyambut Edul-Fitri, maaf zahir batin * Penulis boleh dihubungi melalui shukurharun@yahoo.com. | ||
Pemuda PAS Ktan minta Nasharuddin lepas MP Bachok Posted: 14 Aug 2012 09:16 PM PDT
(Nasharudin bersama Presiden Umno dan beberapa pemimpin Arab di Mekah) KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti. "Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily. Beliau mengulas kenyataan Nasharudin yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud. Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana. "DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini. "Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya. Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya. "Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," katanya. Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti. | ||
Legenda badminton Punch Gunalan meninggal dunia Posted: 14 Aug 2012 09:14 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Bekas bintang badminton Malaysia Datuk Punch Gunalan, 68, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini pagi ini selepas bertarung dengan penyakit. Penglibatan cemerlang Punch Gunalan dalam sukan badminton bermula pada awal 1960-an dengan menjadi juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan bagi acara perseorangan, bergu dan bergu campuran (1961-1963). Beliau juga menjadi juara remaja Kejohanan Badminton Gabungan Asia (ABC) di Kuala Lumpur pada 1962. Pada 1970, Punch Gunalan mewakili skuad Piala Thomas dan sekali lagi pada 1973. Punch Gunalan memenangi pingat emas acara beregu di Sukan Asia pada 1970. Pada tahun 1974, beliau cemerlang apabila meraih emas acara perseorangan dan gangsa bagi acara beregu di Kejohanan Komanwel, Christchurch, New Zealand. Punch Gunalan dianugerahkan Olahragawan Negara pada 1969 dan 1974. Selepas berhenti bermain, Punch Gunalan melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan dan merupakan Ketua Jurulatih Pasukan Piala Thomas Malaysia pada 1992.- Bernama | ||
Isu Taman Manggis: Dokumen BN tak sah, kata Guan Eng Posted: 14 Aug 2012 09:10 PM PDT GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng mendakwa semua dokumen yang dimiliki Barisan Nasional (BN) berkaitan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini adalah tidak sah. Menurutnya, semua dokumen yang ditunjukkan wakil BN sebelum ini tidak sah kerana tidak mempunyai pengesahan daripada mana-mana pihak berbanding yang dimiliki Kerajaan Negeri. "Semua dokumen yang mereka tunjukkan itu tidak betul. Dokumen itu tiada pengesahan. Apa yang mereka katakan itu tidak benar. "Tanah itu tidak ada sebarang peruntukan untuk perumahan mampu milik. Sebab itu kita tukarkan kepada projek hospital. "Saya sudah umum, kita akan bina perumahan mampu milik itu di tanah yang lebih besar, tetapi mereka (BN) masih nak bangkitkan isu ini. Saya pun tidak faham mengapa," katanya kepada media kelmarin. Guan Eng berkata, BN masih tidak berpuas hati walaupun Kerajaan Negeri mengumumkan bahawa projek perumahan itu akan dipindahkan ke Jalan SP Chelliah di sini. "Tanah ini kecil iaitu hanya 0.44 hektar (1.1 ekar) dan tidak mencukupi untuk membangunkan perumahan kos rendah. "Oleh itu, kita menggantikannya di sebuah kawasan yang lebih luas iaitu di Jalan SP Chelliah yang mempunyai keluasan 2.83 hektar atau kira-kira tujuh ekar. "Tanah yang kecil itu, sememangnya kita akan dirikan hospital swasta yang menyumbang pendapatan negeri dengan pelancongan perubatan," katanya. Terdahulu, Ketua Penerangan Pemuda BN Pulau Pinang, H'ng Khoon Leng mendakwa mempunyai beberapa dokumen berhubung tanah di Taman Manggis itu dan akan mendedahkan kepada umum bila tiba masanya nanti. Konflik tanah di Taman Manggis bermula apabila BN mendakwa Kerajaan Negeri menjual tanah yang sudah dirizabkan untuk perumahan mampu milik kepada swasta bagi membina sebuah hospital 30 tingkat. Kerajaan Negeri kemudian membidas dengan mengatakan pelan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) fasa kedua di Taman Manggis itu tidak pernah diluluskan dalam Rancangan Malaysia (RMK) 8 dan 9 sebelum ini. | ||
Kempen penerangan Umno di dearah mengundi mulai Ogos Posted: 14 Aug 2012 09:08 PM PDT SINAR HARIAN JERLUN - Bermula Ogos ini, program penerangan Umno diadakan di peringkat pusat daerah mengundi sebagai persediaan akhir menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang. Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata program yang menjadi ganti kepada Program Juara Rakyat itu yang sebelum ini diadakan di setiap bahagian, akan diadakan hampir setiap hari. "Kita ada kira-kira 7,000 pusat daerah mengundi di seluruh negara. Urusetianya adalah Ketua Penerangan bahagian-bahagian," katanya kepada pemberita selepas majlis Sahur Perdana di Kerpan dekat sini, awal hari ini. Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Anggota Parlimen Jerlun, Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Abu Hassan Shariff dan Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Othman Aziz. Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kempen penerangan itu perlu bagi menjelaskan usaha-usaha kerajaan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di negara ini termasuk bantuan-bantuan yang diberikan. "Ini merupakan negara berkebajikan. Tuntutan PAS untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berkebajikan sudah tidak relevan. Negara kebajikan ini telah kita buat, sedang buat dan terus buat. Jadi dalam hal ini PAS sudah tidak diperlukan di Malaysia dan juga Kedah. "Perjuangan PAS sudah tidak relevan. Negara berkebajikan Umno dah buat. Pembangkang hanya berjanji. Janji mereka dalam manifesto di empat negeri yang ditawan banyak tetapi yang ditunaikan hanya sebahagian kecil," katanya. Ahmad berkata kerana itu rakyat perlu kembali menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana banyak lagi kebaikan menanti rakyat Malaysia. "Kita bukan hanya berjanji sahaja. Kita ada kaedah untuk menunaikan janji. Seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) kita ada untung RM26 bilion, maka kita gunakan 10 peratus...RM2.6 bilion untuk BR1M. "Janji pembangkang ini umpama umpan di hujung mata kail...kalau termakan mereka sebenarnya tertipu," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan