RAKYAT MARHAEN |
- Hudud: PAS terima sikap DAP, tidak bagi Umno
- Selesaikan segera kemelut Unisel-Jana Niaga untuk elak regim Umno zalimi mahasiswa
- MALAYSIA KITA : KAKI BAKAR YANG DIKEHENDAKI POLIS.
- BAB BERSUCI PUN TIDAK KHATAM MAHU SURUH KARPAL SINGH BELAJAR HUKUM HUDUD?
- Perompak yang baik hati tapi celaka !
- Malaysia Kita : Kanak-kanak perempuan 4 tahun maut disyaki didera
- Kabinet teliti Seksyen 114A, akur arahan PM
- Tragedi Muara Jambi Part 3
- Malaysia Kita : Perompak bawah umur mengganas
- Noda malam Ramadan
- Heavy rains continue to batter the Philippines
- Dozens killed in bombing in Azaz
- Dailog Presiden PAS Dengan Muallaf Muda Serantau
- Pas sedia kerjasama dengan Umno bantu etnik Rohingya
- Tiga Menteri Lelaki Terlibat Bersama Shahrizat Dalam Kes NFC
- BN Cemas, 33 Dun Sabah Bakal Bertukar Tangan.
- Calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat
- Najib mintak tolong Mufti Mekah. Nasa jadi broker.
- Isu RAPID DI PENGERANG : Nikmat pembangunan atau malapetaka?
- Rumah Terbuka Kerajaan Selangor Pada Hari Raya Pertama
- Pemimpin Pas Tidak Perlu Ulas Mengenai Nasharudin
- Hudud pada malam lailatul qadr
- Fitnah, rasis, cemarkan Ramadhan
- Tragedi mercun/bungapi angkara siapa?
- Siapa yang kafir harbi tu?
Hudud: PAS terima sikap DAP, tidak bagi Umno Posted: 15 Aug 2012 03:21 PM PDT Oleh Subky Latif Pendirian PAS tentang sikap DAP menolak hudud dapat diterima, tetapi penolakan Umno yang terdiri daripada orang Islam terhadap hudud tidak dapat diterima. PAS boleh membuat perjanjian dan bekerjasama dengan DAP yang tidak dapat menerima hudud tetapi tidak boleh bersetuju dengan Umno yang tidak menerima hudud. Apakah sikap PAS itu munafik? Tidak. PAS telah membuat sikap yang betul. Sikap PAS itu dibuat mengikut kaedah siasah syariyah yang menjadi pegangannya dalam mengendalikan politik di negeri ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Selesaikan segera kemelut Unisel-Jana Niaga untuk elak regim Umno zalimi mahasiswa Posted: 15 Aug 2012 03:18 PM PDT Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa menyokong penuh sebarang usaha agar kemelut Universiti Selangor dan Jana Niaga SB diselesaikan dengan kadar segera. SAMM Mahasiswa beranggapan kemelut yang dihadapi UNISEL dan JNSB sekarang lebih kepada permainan politik pihak tertentu untuk mencari modal politik menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 khususnya untuk menyerang kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Mengambil kesempatan daripada kemelut yang berlaku tanpa usaha penyelesaian membuktikan regim terdesak mencari isu di Selangor. SAMM Mahasiswa tidak mahu hanya kerana pihak regim ingin mendapat kedudukan 'political mileage', mahasiswa UNISEL yang tidak berdosa menjadi mangsa akibat tindakan bodoh kroni-kroni pihak tertentu mempolitikkan isu pendidikan. Seharusnya pendidikan menjadi keutamaan tanpa kompromi. Read More / Baca Lagi >> | ||
MALAYSIA KITA : KAKI BAKAR YANG DIKEHENDAKI POLIS. Posted: 15 Aug 2012 03:01 PM PDT Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan saspek berhubung kejadian remaja perempuan 16 tahun yang di bakar di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi semalam. Nama: MOHD AMIR BIN MOHD ANUAR Umur : 18 Tahun Orang ramai yang mengenali saspek bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728. | ||
BAB BERSUCI PUN TIDAK KHATAM MAHU SURUH KARPAL SINGH BELAJAR HUKUM HUDUD? Posted: 15 Aug 2012 02:51 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS MERUJUK kepada akhbar Sinar semalam, Presiden PERKASA Ibrahim Ali mahu agar Pengerusi DAP, Karpal Singh agar belajar hukum Hudud terlebih dahulu sebelum menentang hukum tersebut. Persoalan pertama yang kita mahu Ibrahim Ali jawab adalah, "Siapakah yang diwajibkan untuk belajar hukum Allah ini, adakah Orang-Orang Islam atau diwajibkan juga kepada yang bukan Islam?". Adakah Ibrahim Ali sudah khatam bab Hukum Hudud ini sebelum menasihatkan Karpal Singh belajar hukum tersebut? Kalau Ibrahim Ali masih tidak khatam bab bersuci apabila mendirikan sepanduk "Tiada Air, Bagaimana Mahu Berwudhuk?' di Kelantan, apakah Ibrahim Ali cukup arif dengan bab Hukum Hudud? Tentu beliau tidak pernah belajar bab bersuci di dalam ketiadaan air (itu pun jika benar tiada air) di Kelantan. Amat malang sekali jika Ibrahim Ali tidak boleh bersolat kerana tidak mandi wajib akibat tiada air di Kelantan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Perompak yang baik hati tapi celaka ! Posted: 15 Aug 2012 02:50 PM PDT Oleh: tokpepijat Read More / Baca Lagi >>Kisah yang berlaku ini benar-benar berlaku. Satu keluarga dirompak. Hampir RM2 bilion duit kepunyaan keluarga yang malang itu dilarikan sekumpulan perompak. Peristiwa ini berlaku hampir 2 tahun yang lalu. Tiba-tiba sempena bulan Ramadhan kumpulan perompak menghantar sepucuk surat kepada keluarga yang dirompak RM2 bilion itu minta keluarga itu menghantar wakil mereka untuk berunding tentang pemulangan semula hasil rompakan itu. Ketua perompak menentukan terma-terma syarat wakil keluarga itu. Tidak boleh dari kalangan ahli kelurga itu. Mesti orang luar. | ||
Malaysia Kita : Kanak-kanak perempuan 4 tahun maut disyaki didera Posted: 15 Aug 2012 02:47 PM PDT IPOH - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dalaman yang serius, dipercayai akibat didera, di sini semalam. Menurut sumber, J. Pavitra dibawa ke Klinik 1Malaysia di Bercham oleh ibunya pada pukul 5 petang semalam kerana dikatakan tidak sihat. Bagaimanapun pegawai perubatan di klinik itu mengesahkan mangsa meninggal dunia sebelum melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa susulan penemuan banyak kesan kecederaan baru dan lama pada badan mangsa. | ||
Kabinet teliti Seksyen 114A, akur arahan PM Posted: 15 Aug 2012 02:45 PM PDT PUTRAJAYA - Kabinet sedang meneliti Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang hebat diperkatakan dalam alam maya ketika ini selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau berkata, kerajaan mempunyai pendirian yang teguh mengenai perkara itu, namun setakat ini tidak ada ada cadangan untuk sebarang pindaan baru terhadap akta berkenaan. Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang digazetkan Julai lepas, dan ia mula mendapat reaksi pelbagai pihak daripada kalangan pengguna Internet. Kempen-kempen tentangan terhadap akta itu dibuat oleh pertubuhan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan sepanduk yang dibuat oleh pertubuhan itu melalui laman facebook dengan tajuk 'Stop 114A' itu dimuat turun oleh pelbagai pengguna Internet dalam negara. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 15 Aug 2012 02:45 PM PDT | ||
Malaysia Kita : Perompak bawah umur mengganas Posted: 15 Aug 2012 02:44 PM PDT | ||
Posted: 15 Aug 2012 02:41 PM PDT | ||
Heavy rains continue to batter the Philippines Posted: 15 Aug 2012 02:40 PM PDT | ||
Dozens killed in bombing in Azaz Posted: 15 Aug 2012 02:40 PM PDT | ||
Dailog Presiden PAS Dengan Muallaf Muda Serantau Posted: 15 Aug 2012 02:39 PM PDT | ||
Pas sedia kerjasama dengan Umno bantu etnik Rohingya Posted: 15 Aug 2012 09:08 AM PDT Beliau berkata, misi bantuan kemanusian yang akan diberikan itu bertujuan menghentikan keganasan pada golongan yang tidak berdosa. "Kami sedia menjalinkan kerjasama dengan Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) lain jika mereka sedia bergabung bagi menghantar misi kemanusiaan ini," katanya pada sidang media sebelum Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya dan Misi Kemanusiaan Rohingya oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia, di ibu pejabat Pas, petang tadi. | ||
Tiga Menteri Lelaki Terlibat Bersama Shahrizat Dalam Kes NFC Posted: 15 Aug 2012 09:01 AM PDT TENDER SEMULA NFC: UMUMKAN SYARAT DAN BUTIRAN PERJANJIAN Saya memandang berat kenyataan yang dibuat Dato' Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 13 Ogos 2012 bahawa proses tender semula NFC sedang berjalan memandangkan kekusutan dan liabiliti kewangan membabitkan NFCorp yang dimiliki keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil masih belum diselesaikan. Sehingga kini, Dato' Seri Najib Tun Razak masih belum mengesahkan perkara-perkara berikut: 1. Bahawa pembekuan aset yang diumumkan pada 14 Januari 2012 dahulu telah berjaya mengutip kembali semua perbelanjaan yang melanggar tujuan asal pemberian dana oleh kerajaan dari NFCorp, termasuklah memindahmilikkan aset-aset kondominium yang dibeli; 2. Dapatan dari audit oleh sebuah pasukan audit bebas yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga kini masih belum dibentangkan kepada rakyat; 3. Bahawa NFCorp akan membayar setiap satu sen dari RM250 juta dana rakyat yang digunakan sebelum ini apabila projek tersebut diberikan kepada kontraktor baru yang dilantik kerajaan. Saya berkeras bahawa kerajaan tidak boleh melantik kontraktor baru sehinggalah ketiga-tiga perkara yang disenaraikan di atas telah dilaksanakan, terutamanya perkara (3). Adalah menjadi tanggungjawab ketiga-tiga orang menteri, iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak (sebagai individu yang mempengerusikan jawatankuasa tender yang menganugerahkan kontrak kepada NFCorp), Tan Sri Muhyiddin Yassin (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu) dan Dato' Seri Noh Omar (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika skandal dibongkar) untuk mendapatkan jaminan peribadi (personalguarantee) setiap anggota keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil bahawa dana awam RM250 juta akan dikembalikan sepenuhnya. Melalui jaminan peribadi ini, sekiranya mereka gagal membayar dana awam RM250 juta itu apabila lantikan mereka sebagai kontraktor kepada projek ini ditamatkan, maka kerajaan wajarlah menyita apa-apa harta mereka untuk membayar balik dana tersebut. Saya tidak yakin bahawa ketiga-tiga menteri terbabit komited untuk mengutip kembali dana awam tersebut melihatkan tindakan mereka selama ini yang berdolak-dalih. Oleh sebab itu, saya berpendapat tindakan menjalankan proses tender kali kedua untuk melantik kontraktor baru adalah satu muslihat untuk melupuskan hutang NFCorp sebanyak RM250 juta tanpa disedari oleh rakyat Malaysia melalui satu lantikan kontraktor baru. Saya menyeru Dato' Seri Najib Tun Razak mengesahkan perkara-perkara berikut: 1. Bahawa tidak akan ada sebarang hutang NFCorp yang akan dilupuskan dan NFCorp perlu membayar sepenuhnya RM250 juta melalui jaminan peribadi; 2. Bahawa tidak akan ada suntikan dana baru ke dalam projek NFC ini walaupun kontraktor baru dilantik kerana dana sedia ada sebanyak RM250 juta perlu digunakan dan diperolehi dari NFCorp terlebih dahulu; dan 3. Bahawa tidak ada sebarang lantikan baru akan dibuat sehinggalah dana RM250 juta dikutip sepenuhnya. Kegagalan Dato' Seri Najib Tun Razak melaksanakan ketiga-tiga perkara ini mengukuhkan lagi pandangan rakyat bahawa Umno/Barisan Nasional cuba sedaya upaya melindungi Dato' Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya. RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN | ||
BN Cemas, 33 Dun Sabah Bakal Bertukar Tangan. Posted: 15 Aug 2012 08:59 AM PDT BN sedang menghadapi situasi cemas terhadap perubahan politik di Sabah terutama selepas kemasukan beberapa wakil rakyat daripada parti itu ke dalam Pakatan Rakyat (Pakatan). Ahli Parlimen BN Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, rakyat sekarang semakin bijak untuk menilai sama ada manisfesto yang diutarakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah 'gula-gula' politik atau sebaliknya. "Rakyat sekarang bukan seperti zaman 60-an atau 80-an dulu, mereka sudah sedar dan bijak," "Anwar bukan pemimpin kampung yang hanya tahu menabur janji, beliau merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri yang tahu bagaimana untuk memerintah sebuah negara, beliau tahu formula untuk merealisasikan manifesto Pakatan Rakyat," "Rakyat di Sabah sekarang sudah berkobar-kobar untuk menukar kerajaan, dan kami PPS akan terus menyumbang kepada kekuatan Pakatan yang sedia ada," kata beliau. Read More / Baca Lagi >> | ||
Calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat Posted: 15 Aug 2012 08:57 AM PDT 'Calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya' bukanlah sesuatu isu yang baru. Sejak Mac 2008 dah mula dah isu ini. Antara nama yang selalu dikaitkan dengan isu ini ialah Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walau bagaimanapun, ada beberapa nama yang dimasukan bersma dalam 'Senarai Calon Perdana Menteri' seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. Ini merupakan 'rahsia yang diketahui umum' (Open Secret) bahawa nama Haji Hadi dinaikkan kumpulan yang majoritinya ahli PAS. Ini adalah kerana mereka lebih yakin Kepimpinan Ulamak berbanding Anwar Ibrahim yang lebih kepada imej 'liberal' sekarang ini. Dalam kenyataan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, menunjukkan beliau bukan mengejar jawatan Perdana Menteri Malaysia. Beliau lebih rela pemimpin PR yang lain untuk jadi Perdana Menteri. Tentang isu Perdana Menteri ini, kita juga mendapat pendangan yang lain. Read More / Baca Lagi >> | ||
Najib mintak tolong Mufti Mekah. Nasa jadi broker. Posted: 15 Aug 2012 08:56 AM PDT Oleh: MSK Semalam, gambar ni banyak di kopipes kebeberapa blog dan FB. Ini bukan gambar dalam mesyuarat rasmi atau majlis-majlis kerajaan, tapi sembang santai. Yang buat gambar ni hot adalah kerana ada sorang mamat pakai kopiah transformer sebelah Najib tu. Aku tak minat dengan Mamat kopiah transformer tu. Yang aku minat ialah apa yang dibincangkan. Apa yang aku nampak dalam gambar itu ialah satu konspirasi. He.he…ini bukan konspirasi Illuminati tapi ada la sikit-sikit macam konspirasi Yahudi. Apa yang disembangkan oleh Najib dan dua orang lagi tu hanyalah sembang santai. Najib bagi tau, "Raya nanti hangpa mai la rumah aku!!" Tok Arab tu pun jawab, "Insyaallah..kami Raya dulu kat sini, lepaih tu kami pi sana la." Tup-tup..habih saja bersembang, Najib pun panggil wartawan dan buat sidang media." Ulama tersohor Arab Saudi puji kerajaan Malaysia." Fuiyo!! Wei..kalau Tok Arab tu yang cakap dalam sidang media, kot-kot aku boleh percaya, tapi kalau Najib yang cakap bagi pihak Tok Arab tu, sikit pun aku tak percaya. Semuanya boleh di auta. Mahathir dulupun sanggup bayar duit juta-juta nak jumpa Presiden Amerika. Entah apa yang depa sembang, kita pun tak tau. Tup-tup, lepas habih sembang, tangkap gambar sama-sama, Mahathir pun panggil wartawan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Isu RAPID DI PENGERANG : Nikmat pembangunan atau malapetaka? Posted: 15 Aug 2012 08:53 AM PDT Oleh Mazlan Aliman PENGERANG dikatakan akan muncul sebagai hab minyak dan gas utama di Asia Pasifik. Projek bernilai RM60 bilion dijangka siap pada tahun 2016. Ia Meliputi kawasan seluas 22,500 ekar. Melibatkan 28,050 penduduk yg terdiri daripada peladang, nelayan, pengusaha aquakultur, pengusaha eko-pelancongan, pengusaha rumah tumpangan dan hotel. Ia melibatkan pengambilan tanah di beberapa buah kampung seperti Kg Sg Kapal, Kg Telok Empang, Kg Jawa, Kg Sebong, Kg Sg Buntu, Kg Bkt Mas dll. Kemudahan awam seperti 6 buah masjid, 11 buah surau, 14 rumah ibadat bukan Islam, 4 buah sekolah Kebangsaan, 3 sekolah Jenis Kebangsaan antara yg terdpt dlm kawasan yg sedang dibangunkan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Rumah Terbuka Kerajaan Selangor Pada Hari Raya Pertama Posted: 15 Aug 2012 08:52 AM PDT SHAH ALAM, 16 OGOS : Seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor dijemput hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Selangor yang akan diadakan pada hari raya pertama. Rumah terbuka Aidilfitri ini akan diadakan di Dataran Dewan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bermula 11 pagi sehingga 3 petang. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mewakili kerajaan Selangor dan barisan Exco Kerajaan Negeri mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat islam di Selangor. "Semoga Aidilfitri tahun ini disambut meriah, penuh kesederhanaan dan elakkan pembaziran seperti yang dituntut dalam Islam. Read More / Baca Lagi >> | ||
Pemimpin Pas Tidak Perlu Ulas Mengenai Nasharudin Posted: 15 Aug 2012 08:51 AM PDT Para pemimpin Pas telah memberi reaksi berbagai-bagai tanggapan terhadap bekas timbalan presidennya, Nasharudin Mat Isa yang kini miring kepada fahaman sekular, Umno. Pandangan-pandangan pemimpin itu bukan merupakan ketetapan parti tetapi lebih merupakan pandangan peribadi. Kesemua pandangan itu walaupun bergumpal dengan nada kekesalan, tetapi masih cuba memberi ruang dan peluang kepada timbalan presiden yang bersaiz 4' -11" itu.
Manakala Setiausaha Agung Mustapa Ali pula lebih lunak dengan menyatakan Pas sedang memantau perkembangan seterusnya apa yang akan dilakukan Nasharuddin. Bagi Mustapa beliau nampak berhati-hati sebelum membuat komen langsung kepada Nasharudin. Beliau mungkin bimbang kalau tidak kena cara menyebabkan timbul salah anggap beliau ke atas komen itu kerana beliau sebelum ini dikatakan orang yang tidak disenangi Nasharudin. Begitu juga dengan ketua Pemuda Pas, Nasudin Hassan dalam komennya lebih kepada menyeru Nasharudin supaya insaf dengan apa dilakukan kerana ia boleh merugikan parti dan menggembirakan musuh. Ternyata Nasharudin 'pemuda anak' ini tampak lebih matang dan berhemat berbanding dengan Nasharudin 'separuh ayah' itu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Hudud pada malam lailatul qadr Posted: 15 Aug 2012 08:50 AM PDT Oleh nik mohamad abduh bin nik abdul aziz Ada Hudud Di Malam Lailatul Qadr 1) Hukum jenayah Hudud dibezakan daripada hukum jenayah yang lain kerana sebutannya secara jelas di dalam al Quran. Ia tiada campur tangan akal manusia bagi menentukannya demi kemaslahatan dan kebaikan manusia. Ia hukuman langsung daripda Allah. Oleh kerana agama itu adalah demi kemaslahatan manusia, maka sebutan hudud yang jelas di dalam al Quran memberi makna bahawa hukum hudud itu penuh dengan kebaikan dan kemaslahatan untuk manusia di dunia dan akhirat. Ini adalah iman orang yang beriman kepada al Quran. Kejelasan kebaikan dan kemaslahatan hukum itu mungkin dilihat melalui penjelasan al Quran sendiri, ataupun dibiarkan saja manusia menerokainya degan akal mereka agar pengkajian dan pengamatan itu menjadi satu kecantikan dalaman dan ibadah berfikir yang menyeronokkan dan menenangkan iman. Justeru penjelasan mengenai hukum hudud akan menghasilkan suatu yang pasti iaitu keindahan hukum jenayah Islam. Tiada sebarang pernyataan al Quran terhadap sesuatu kecuali telah ditemui ketepatan, kebenaran dan kebaikannya untuk kehidupan manusia. Read More / Baca Lagi >> | ||
Fitnah, rasis, cemarkan Ramadhan Posted: 15 Aug 2012 08:49 AM PDT Oleh Abd Shukur Harun Hanya beberapa hari saja lagi Ramadhan Kareem tahun ini akan melabuhkan tirainya. Mereka yang penuh takwa, yang merasakan nikmat dan indahnya Ramadhan, kepergian bulan mulia ini diiringi dengan air mata – entah berjumpa lagi atau tidak tahun depan. Sepanjang Ramadhan ini, majlis dan surau terutama di bandar, meriah dan makmur dengan kehadiran jamaah yang melimpah – lebih dari biasa – bersolat tarawikh, bertadarus, qiamul-lail dan segalanya. Lebih lagi dengan menunggu ketibaan malam Lailatul-Qadr. Read More / Baca Lagi >> | ||
Tragedi mercun/bungapi angkara siapa? Posted: 15 Aug 2012 08:48 AM PDT Oleh Roslan SMS Di ambang 1 Syawal iaitu Hari Raya Eidul Fitri sudah semestinya umat Islam sibuk membuat persediaan menghadapi hari kemenangan itu. Selain mempertingkatkan ibadah kerana berada pada 10 malam terkahir iaitu tempoh pelepasan dari azab api neraka, persiapan baju Raya, kuih dan lain-lain juga sedang sibuk diatur.Cumanya setiap kali mahu Raya juga maka ketika itulah kita juga didedahkan dengan kemalangan-kemalangan berpunca dari permainan bungapi dan mercun. Contohnya dalam NST hari ini: KOTA BARU: A 22-year-old man may probably lose sight in the right eye while a 15-year-old female student suffered serious injuries to the thighs in two separate firecracker explosions today.Mohd Azril Norahaidi, 22, from Kampung Gaung here seriously injured his right eye when 20 ball firecrackers, which were set to dry a zinc roof at his father's home in Kampung Paloh, Pasir Mas, exploded at about 11am. Kita seolah tidak berdaya mengatasi masalah ini sedangkan yang anehnya Kerajaan Malayasia telah mengharamkan pengimportan bungapi dan mercun sejak tahun 90an lagi iaitu selepas tragedy letupan kilang bungapi Bright Sparklers di Sungai Buloh tahun 1991!!! Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 15 Aug 2012 08:47 AM PDT Oleh Aspan Alias Setakat ini belum ada apa-apa tindakan pihak kerajaan terhadap pihak yang memfatwakan DAP sebagai parti untuk 'kafir harbi'. Sikap kerajaan membiarkan perkara ini terus menerus disebut oleh pihak tertentu yang 'desperate' ini, membawa tanggapan yang pihak kerajaan BN hari ini tidak prihatin terhadap sensiviti rakyat berbilang kaum dan agama di dalam negara ini. Tidak ada sesiapa berhak untuk melabelkan pihak yang menyokong dan bermuafakat dengan DAP demi kebaikan negara menggelarkan mereka sebagai kafir. DAP merupakan sebuah parti politik yang terdaftar secara halal dengan pendaftaran pertubuhan dan parti itu telah menjunjung segala peruntukan yang tertulis di dalam perlembagaan negara. Hanya pihak UMNO sahaja yang cuba menafikannya. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan