Ahad, 5 Ogos 2012

shalehudin

shalehudin


TUU DIAA... Tun Salleh dah sinting lengan

Posted: 05 Aug 2012 10:00 AM PDT

Tun Salleh Abas bantu Rafizi hadapi kes Bafia

SHAH ALAM - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas bersedia menghulurkan khidmat nasihat perundangan kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang berhadapan dengan tuduhan berkaitan projek kontroversi National Feedlot Corporation (NFCorp).

Rafizi mengesahkan ada menerima panggilan daripada Salleh kelmarin, memaklumkan kesediaan untuk memberi pandangan untuk berhadapan dengan tuduhan di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) 1989.

"Ya, betul Tun Salleh Abas ada hubungi saya. Tun berkata beliau bersedia untuk membantu saya memberi khidmat nasihat menghadapi kes ini
"Setakat ini bukan sebagai peguam tetapi lebih kepada khidmat nasihat... saya akan berbincang dengan peguam saya N. Surendran mengenai perkara ini," kata beliau ketika dihubungi.
Rafizi Ramli selepas didakwa di bawah Bafia di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. - Foto Sinar Harian

Dalam satu mesej Twitter, Rafizi berkata, "pagi tadi (3 Ogos) dapat 1 panggilan. Sangat teruja sebab yang telefon itu hero saya masa kecil-kecil: Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara, mahu bantu kes."

Rabu lalu, Rafizi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap pertuduhan mendedahkan penyata akaun projek NFCorp yang menimbulkan kontroversi kepada dua pengamal media.

Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya pada 7 Mac lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 97(1) Bafia, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau menghargai sokongan sedemikian, lebih-lebih daripada seorang bekas Ketua Hakim Negara.

"Saya akan bertemu dengan beliau dalam waktu terdekat... tarikh belum ditetapkan, beliau pun ada kes, beroperasi di Terengganu. Nanti saya maklumkan kalau ada apa-apa perkembangan," katanya lagi.

Kes itu akan disebut semula bulan depan. - SH


HOT: Khas untuk Umno belajar mengira... ngeee...

Posted: 05 Aug 2012 08:05 AM PDT

Entri ini khas untuk bangsa Umno saja...
JOM kita sama-sama belajar mengira...
Berapa ramai lagi yang bersedia....
Untuk terjun kapal tinggalkan nakhoda...

Inilah berita TERHOT dari Sabah!
Adakah ini dia berita baik...
Yang disuarakan oleh Anwar Ibrahim bakal menyusul dari Sabah?
Bahawa akan ada lagi 'orang besar' Umno/BN yang akan sertai PR?

Selepas Ahli Parlimen Beuafort YB Datuk Seri Lajim Hj. Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran YB Datuk Wilfred Boomboring, ada tiga nama lagi diperayai akan menyusul dalam masa terdekat, mereka adalah Ahli Parlimen Penampang YB Tan Sri Bernard Dompok, Ahli Parlimen Ranau YB Siringan Gubat dan Ahli Parlimen Putatan YB Datuk Dr. Marcus Mojinggoh.

Manakala di peringkat ADUN Sabah pula mereka yang dijangka akan turut berbuat demikian ialah ADUN Moyog YB Donald Peter Mojuntin, ADUN Kuala Penyu YB John Teo Mau Sing, ADUN Kuamut YB Masiung Banah, ADUN Paginatan YB Datuk Ewon Ebin, ADUN Bingkor YB Justin Guka dan ADUN Nabawan YB Datuk Bobby Suan. Enam orang kesemunya.

Sumber: Ismaily Bungsu B (Mantan Pengarah Kebudayaan Sabah 20 tahun, dan mantan Penasihat Berkenaan kebudayaan Malaysia dan Teater Kebangsaan)

Kita tunggu dan lihat saja...
Tak percaya?
Mampuih pi kat hampa...

Kahkahkah....


LAWAK: Ni dia MAKHLUK perosaknya... kahkahkah...

Posted: 05 Aug 2012 05:11 AM PDT

Rais rosakkan sambutan merdeka

KANGAR: Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh menyelar Datuk Dr Rais Yatim dan menyifatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai punca kontroversi sambutan hari merdeka 31 Ogos ini.

"Dr Rais anggota kabinet yang tidak memahami erti tranformasi yang mahu dibuat oleh Perdana Menteri. Beliau telah merosakkan momentum sambutan hari merdeka. 
"Kerana beliau, pembangkang telah mempolitikkan tema hari merdeka. 
"Elok sahaja dia (Dr Rais) meletakkan jawatan dan berundur. Orang tua tidak memahami keperluan semasa. 
"Beliau telah merosakkan momentum tranformasi Datuk Seri Najib Tun Razak. Sekarang orang menyalahkan, BN, Umno dan Najib," kata beliau hari ini.


Pakatan Rakyat tolak

Menurut Hashim, tema sambutan hari merdeka perlu bercirikan semangat kenegaraan bagi memastikan semua rakyat merasa bangga menjadi warga yang merdeka.

Bagaimanapun, Katanya, kebebalan politik Dr Rais boleh menyebabkan sambutan hari merdeka menjadi hambar.

"Kita simpati dengan Perdana Menteri yang mahu melaksanakan tranformasi tetapi dibantutkan oleh ahli-ahli kabinet yang tidak memahaminya. 
"Menteri-menteri kabinet juga ferlu tranformasi tetapi berlainan sekali dengan yang ini. Beliau tidak memahami tranformasi," tambah Hashim lagi.

Pakatan Rakyat menolak tema Janji Ditepati kerana mendakwa ia kempen BN.

Sebaliknya memilih tema alternatif "Sebangsa, Senegara, sebagaimana diumumkan Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said baru-baru ini.

Pakatan Rakyat juga memberi tempoh seminggu supaya Janji Ditepati ditarik balik.- FMT


Salahuddin takkan melawak pasai neh...

Posted: 05 Aug 2012 02:25 AM PDT

Lagi bekas pegawai kanan polis akan sertai PAS

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Datuk Ramli Yusuff akan menyertai PAS dalam masa terdekat, kata naib presiden parti itu Salahuddin Ayub.

Menurutnya, beberapa perbincangan telah berlangsung antara PAS dan Ramli berhubung perkara itu dan perkembangan terbarunya juga "sangat positif".

"Dalam masa terdekat pengumuman akan dibuat pimpinan tertinggi parti atau beliau (Ramli) sendiri," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Salahuddin berkata, PAS amat mengalu-alukan kemasukan Ramli yang dilihat mempunyai dorongan kuat untuk memperjuangkan kebenaran.

"Bukan mudah untuk seorang bekas pegawai polis berprofil tinggi seperti beliau membuat keputusan menyertai PAS," katanya.

Sebelum ini, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari turut menyertai PAS, yang dilihat sebagai sebahagian daripada usaha parti Islam itu merekrut ahli daripada pelbagai latar.

Pengumuman dijangka Ogos atau September

PAS juga dilihat sedang aktif menerima kemasukan kumpulan selebriti seperti pelakon Abby Abadi, Hairie Othman dan penyanyi Aishah yang jarang-jarang berlaku sebelum ini.

Sementara itu, Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim sewaktu dihubungi Malaysiakini turut
membayangkan seorang lagi bekas penjawat awam tertinggi berasal dari Kelantan akan menyertai parti itu.

"Saya yakin dalam tempoh antara Ramadan dan Syawal, banyak lagi yang akan menyertai PAS dari kalangan bekas penjawat awam
"Saya rasa sebelum Ogos (berakhir) atau September akan ada pengumuman dibuat berkenaan perkara ini," katanya.

Ramli sebelum ini mencuri perhatian apabila terdapat dakwaan beliau dianiaya ekoran konspirasi melibatkan peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan untuk melindungi tokoh kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau Tengku Goh pada 2007.

Musa bagaimanapun menafikannya manakala perdana menteri pula menolak penubuhan tribunal untuk menyiasat perkara itu kerana berpendapat ia hanya dakwaan dan "Dakwaan perlu disahkan".- Malaysiakini


TERHOT: Punca Muhyiddin tension...

Posted: 04 Aug 2012 11:15 PM PDT

Neh Jib...
Jangan LAGHO sangat dengan menteri penglipur lara hang tuh...
JOM pi tengok kat Sabah nuuu...
Sabah dah nak tenggelam... BAH...

Kahkahkah...


Tak lawak la hampa mengusik Najib camnie... ngeee...

Posted: 04 Aug 2012 08:58 PM PDT

Senarai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia...


Sesungguhnya, rakyat Malaysia termasuklah aku tak sabar-sabar nak tengok gambar yang last sekali tuh diterangkan lagi... hehe...

AYUH!! Kita realisasikannya dengan memastikan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada PRU ke 13 nanti....

AYUH ABU...
Asal Bukan Umno...


Tiada ulasan: