Ahad, 5 Ogos 2012

Addin

Addin


Tengku Mahkota Johor Tutup Semua Akaun Media Sosial

Posted: 05 Aug 2012 10:14 AM PDT

SHAH ALAM - Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim, pewaris takhta yang aktif berinteraksi dengan rakyat menggunakan dunia siber, bertitah memaklumkan bahawa baginda memutuskan untuk menutup akaun twitter dan kesemua media sosialnya mulai hari ini.Dalam satu mesej yang dipos kira-kira 4.30 petang tadi, Tunku Ismail berkata, baginda mahu mulai sekarang memfokus kepada kehidupan dan perkara-perkara yang baginda lakukan "secara peribadi.




"Tunku Ismail bertitah bahawa baginda percaya bahawa "tindakan-tindakan saya, kecintaan dan dedikasi terhadap Johor lebih bermakna berbanding perkataan (tulisan dan mesej); daripada tugasan, tanggungjawab saya dan apa yang saya lakukan bagi Johor dan rakyat Johor.""Saya mengucapkan anda semoga berjaya dalam hidup anda. Semoga Tuhan memberkati anda semua," kata baginda yang menggunakan akaun @HRHJohor2 sejak 13 November lalu.

Menerusi akaun twitter, baginda mendengar pandangan rakyat selain memberi komen ke atas isu-isu semasa termasuk membalas pandangan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin berhubung isu WWW 1 yang dibida oleh Sultan Johor.Berikut ialah mesej penuh Tunku Ismail:"I would like to take this opportunity to tell You all that I will be closing my twitter account and all social media. Its has been a Pleasure sharing my thoughts, Ideas, Principles and activities with You All.

I would like to focus on my Life and the things I do, Privately from now on. I Strongly believe that my Actions, Love, and Dedication towards Johor will speak louder than words; from my Duties, Responsibilities and what I do for Johor and its People. Thank You once again for all the Support. I Wish You All the Best and Success in Life. May GOD Bless You All."Keputusan Tunku Ismail menerima reaksi bercampur-campur daripada pengikut baginda sebaik sahaja entri itu diposkan.Setakat jam 5.30 petang tadi baginda mempunyai 54,622 pengikut dan telah pun mengeluarkan 6,763 mesej.
~sinarharian

Gambar-Gambar PAS Jadi Pencacai DAP?

Posted: 05 Aug 2012 07:23 AM PDT


Puak-puak UMNO bahagian Lumut dok bercakap bercerita pada penduduk di daerah Manjung mengatakan PAS jadi pencacai, kuda tunggangan DAP, sehingga mereka sanggup mengadakan ceramah mengapa saya harus sokong DAP beberapa bulan yang lalu...

Tapi sekarang dah terbukti sebaliknya, gerak kerja DAP di DUN Pasir Panjang, yang mana calonnya dari parti PAS..







Lagi gambar di sini.


Sumber




Komen Pembaca Sinar Harian Berkenaan Mesej TGNA Dan Najib Berkenaa Isu Royalti

Posted: 05 Aug 2012 02:16 AM PDT

Berikut komen pembaca Sinar Harian Online berhubung kenyataan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu royaltI petroleum.

Momokkata, "Alhamdulillah. Jika semangat begini yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk Malaysia sentiasa sejahtera. Berpolitiklah hanya ketika pilihan raya. Apabila telah dipilih rakyat, sama-sama kita semua bekerja. Semoga Allah sentiasa membantu k ita semua."

Yoep Omar berkata, "Hahahaha... mana puak-puak melalak yang kata Kelantan tak ada minyak... Tok Pa, Ibrahim Ali, Awang Adik... dan puak-puak Umno yang lain, yang jadi bodoh ketuk Umno ni... rakyat sudah matang menilai kebodohan dan kecelakaan pemimpin Umno. Apa pun kau bersyukur pada Ilahi yang memakbulkan doa rakyat yang kena zalim terutama kepada rakyat Kelatan yang dizalimi oleh kerajaan pusat Umno selama 24 tahun... Alhamdulillah sekali lagi kepada berkat doa ulama dan doa baginda Sultan Muhamad Ke-5 yang memimpin negeri Kelantan dengan penuh berkat akhirnya bayaran tunai atau royalti minyak dibayar kepada Kelantan. Mungkin juga kerajaan Malaysia baru akan bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat, sama-sama kita doakan. Amin Ya Allah."

Razman Rashid berkata, "hati-hati dengan muslihat puak-puak dacing ini, tidak semudah itu mereka nak bagi duit royalti. Apa-apa pun saya yakin akan kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz (TGNA), kebenaran akan mengatasi kebatilan. Insya-Allah."

Side Alyahya berkata, "harap-harap Najib dan Umno ikhlas nak kembalikan royalti Kelantan kerana perjanjian 1974 bukan atas sebab lain, bersangka baik kita di bulan Ramadan. Kerajaan pusat perlu tunai janji, kalu tak tunai Najib khianat atau mungkir."

Abdullah Yewberkata, "Isu ni patut dah boleh selesai 2008 lagi. Tapi parasit Pas yang halang sebab kena auta dengan Anwar Ibrahim. 2008 dulu Pas ada 'strong bargaining power' untuk selesaikan banyak isu dengan Umno daripada royalti sampailah ke hudud. Dia boleh kuasa empat negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Perak. Dia boleh letak syarat waktu itu pada Umno, kalau Umno tak mahu orang Melayu berpecah, Pas nak jadi Menteri Besar empat negeri ini. Tapi malang, parasit dah penuh, tak boleh buat apa. Tengok penceramah dia sekarang pun kita tau. Dok merapu sahaja. Ilmu tak ada. PRU-13, orang Islam akan hilang kuasa. Tengok lah."

najad_6155 berkata, "mesti bayar royalti sebelum menyambut hari kemerdekaan "Janji ditepati".

Mona Fendi berkata, "awas tipu muslihat pelesit dalam Umno dalam isu royalti minyak Kelantan. Pengumuman royalti hanya untuk perbodohkan rakyat Kelantan sahaja sebelum PRU-13, kononnya jani ditepati sedangkan royalti minyak masih dalam mahkamah dan mahkamah belum buat keputusan sama ada Kelantan layak atau tidak terima royalti tersebut. Baca kenyataan Awang Adek itu betul-betul."

Muhammad Norhafiz Hashim berkata, "Alhamdulillah... ini yang rakyat Malaysia terutama rakyat Kelantan nanti-nantikan... Insya-Allah, semoga semua pihak mendoakan agar perkara ini menjadi kenyataan... Amin..."

Msi Md Sabri berkata, "hasrat mahu bina lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai mungkin tercapai..."

Hariz Danish berkata, "kembalikan royalti kepada rakyat Kelantan."

Saaid B Ghani berkata, "Kulit cantik tetapi belum tentu isi elok. Itulah Umno. Apa perlunya kepada kajian? Perjanjian royalti ini sudah pun ada. Beri sahajalah. Adakah ini juga perangkap PRU13 memancing undi. Perkara sudah jelas kenapa perlu diadakan Jawatankuasa Khas seolah-olah ada sesuatu yang tersirat. Kerajaan Pas Kelantan jangan terburu-buru hendak bekerjasama dalam hal ini. Kenapa selama ini pun Najib tidak terfikir untuk berlembut tetapi memandangkan PRU13 semakin hampir dan Umno semakin tertekan dengan keadaan di Sabah maka salah satu cara untuk menjinakkan hati rakyat Kelantan, umpan di saat terakhir!"

Valiants Sang Petualang berkata, "orang Umno kata pembangkang tak tahu bersyukur pencetus huru-hara. Aku kata Umno bebal tak berotak, sekarang pulangkan balik hak rakyat Kelantan. Berlompang besar macam ni pun, masih ada yang bebal suruh bersyukur balas budi segala. Kalau tak boleh amanah adil sesama ummah, jangan sebut-sebut soal bersatu padu segala."

Fzymeli Md Isa berkata, "Alhamdulillah akhirnya mengaku juga Kelantan layak terima royalti, baguslah sudah insaf, tak terus dangkal seperti dulu bergendang mencanangkan Kelantan tak layak. Rahmat Ramadan."

Abam Ming berkata, "semoga dengan keberkatan bulan Ramadan ini juga umat Islam di negara ni bersatu setelah kian lama 'berpecah'."

Shaari Sma berkata, "sesungguhnya yang benar tetap benar. Kepada sesiapa yang menafikan kebenaran, nescaya akan menerima azab yg pedih dari ALLAH. Tapi yang hairannya ada juga orang Kelantan tak mahu sokong royalti untuk Kelantan. Tak tahu apa yang mereka fikirkan."

Saidin Jusoh berkata, "tahniah untuk rakyat Kelantan dan berkat usaha Tok Guru. Mat Said tak mahu m,inta juga?"

Jamilullibra Jp erkata, "berkat bulan Ramadan. Tingkatkan ibadah dan sedekah."

Amir Izzani Norlin, "satu perkembangan sihat."

Neosaladin Detest Mungkar berkata, "kalau bersatu Umno yang nak kawal, tak berkembang langsung. Kalau bersatu kemudian bagi Pas yang kawal, baru ada kemajuan. Hidup Islam."

Yoep Omar berkata, "memang aku sokong Umno bersatu dgn Pas sebab Pas memang pemimpin yang kuat imannya, tidak goyah dengan propaganda dan rasuah dari Umno kecuali yang sedar. Yang belum sedar diri, kononnya lebih Islam dari pemimpin tertinggi Pas . Aku mohon ahli Umno sila masuk Pas, kita ubah diri dan negara kita dengan lebih aman sentosa dan sentiasa dirahmati ALLAH."

Pas sudah bersatu dengan DAP, PKR tapi bukan Pas yang kawal di Selangor PKR yang kawal ,di Perak DAP dan PKR yang kawal, di Pualau Pinang , DAP kawal tak adil rasanya jika terus membuat penilaian sebegitu, sama juga isu rasuah, mungkin ramai tak sedar, dalam kepimpinan Pas juga timbul isu ini, sebagai contoh isu mendapatkan tender, kalu bukan kroni, tak dapat juga projek di Kelantan di bawah kerajaan negeri... tak kisah mana yang kawal.. biarlah kepimpinan atasan yang tentukan, ustaz-ustaz, ulama juga sudah mula bersuara dalam menegur, tak kira Pas mahupun Umno (motifnya Islam bersatu)... dalam Islam ada politik, Nabi S.A.W ada berpolitik, tapi caranya mengajak semua umat bertaqwa kepada Allah... bukan pergi mencaci , fitnah ... di merata tempat.. tak kisahlah Umno atau Pas harus sedar perkara ini... pengikut juga harus sedar, pemimpin tak selalu betul ada masa perlu tegur salah tetap salah, betul kita ikutkan. Tak kira Umno atau Pas tak perlulah memenangkan pihak masing-masing.

Ahmad Nordin berkata,"bersyukur, perbincangan di peringkat pemimpin-pemimpin tertinggi Pusat dan Negeri. Harap dapat keputusan terbaik untuk faedah bersama Negeri dan rakyat Kelantan serta Negara Malaysia Kita. Semoga Allah memelihara tanah air kita Malaysia tercinta.

Ken Cing Kuat berkata, "apa yang Najib nak bincangkan lagi, syarat perjanjian antara Petronas dan kerajaan Kelantan sudah ada, ikut sajalah apa yang telah termaktub sekiranya ada perkara yang kabur boleh rujuk kepada Tengku Li."

Zaid Zakaria berkata, "itu lah sikap Pak Najib, kalau dah bersetuju nak bincang, harapan 99% lah tu. Selepas ini i Pak Nik Aziz cuba minta bincang fasal hudud pula gerenti Pak Nik Aziz setuju. Hidup Islam dan Melayu!"

Azam Che Ahmad berkata, "bawak bincang, bukan demo jalanan... Pas dulu tak pandai berdemo, tapi diajar dan dihasut oleh PKR. Dulu negara Islam sekarang negara berkebajikan. Dulu Ustaz Fadzil Nor nak lelong Putrajaya, sekarang gila ke Putrajaya."

Sam Samsuddin berkata,"PM nak buat jawatankuasa khas, Timbalan Menteri Awang Adek kata sudah bayar wang ihsan. Seorang lagi Menteri (Datuk Mustapha Mohamad) pula mengaku dalam (Dewan Undangan Negeri) Dun, dia yang sekat."

Zafrul Mohd berkata," nak bincang apa lagi perjanjian s udah sedia. Ikut sajalah tak susah tak perlu perlu putar lagi. Mahu bincang pula? ~sinarharian



Panas!! Senarai MP Dan Adun Di Sabah Bakal Keluar BN?

Posted: 05 Aug 2012 12:48 AM PDT


Selepas Ahli Parlimen Beuafort YB Datuk Seri Lajim Hj. Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran YB Datuk Wilfred Boomboring, ada tiga nama lagi diperayai akan menyusul dalam masa terdekat, mereka adalah Ahli Parlimen Penampang YB Tan Sri Bernard Dompok, Ahli Parlimen Ranau YB Siringan Gubat dan Ahli Parlimen Putatan YB Datuk Dr. Marcus Mojinggoh.

Manakala di peringkat ADUN Sabah pula mereka yang dijangka akan turut berbuat demikian ialah ADUN Moyog YB Donald Peter Mojuntin, ADUN Kuala Penyu YB John Teo Mau Sing, ADUN Kuamut YB Masiung Banah, ADUN Paginatan YB Datuk Ewon Ebin, ADUN Bingkor YB Justin Guka dan ADUN Nabawan YB Datuk Bobby Suan. Enam orang kesemunya.


Lihat Nih.. Pembaca Sinar Harian Hentam Noh Omar Pasal Isu Air

Posted: 04 Aug 2012 06:38 PM PDT

KAJANG - Kerajaan akan memastikan tarif air tidak membebankan rakyat selepas pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 siap, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu berkata sehubungan itu, kerajaan negeri tidak sepatutnya membuat kesimpulan melulu dan mempunyai tanggapan retorik sebelum projek tersebut bermula.

"Jangan kerana projek itu bernilai berbilion ringgit, pembangkang buat tanggapan retorik yang rakyat terpaksa membayar harga amat tinggi untuk khidmatnya. Kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah fikir 10 tapak ke hadapandaripada pembangkang untuk senangkan rakyat."Benda belum buat dah tembak sana sini. Soalnya sekarang, air mesti ada di Selangor, dan saya percaya kerajaan BN akan ambil kira pandangan rakyat bagi tentukan tarif air ini nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Krisis Air Di Selangor anjuran Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) di Beranang hari ini.

Pensyarah Kolej Poly-Tech Mara Dr Wan Sabri Wan Hussin bertindak sebagai moderator forum itu yang disertai dua anggota panel iaitu aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Mohd Mustafa Hamzah dan pesara Jurutera Tenaga Nasional Berhad Mohamad Fuad Omar.Pada 26 Julai lepas, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Persekutuan akan melaksanakan projek bernilai RM8.65 bilion itu secara tender terbuka.Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata tarif air lebih tinggi merupakan alasan kenapa kerajaan negeri membantah projek itu.Noh berkata kerajaan negeri Selangor sepatutnya memberi kerjasama bagi menyelesaikan isu itu, bukan mengambil sikap menuding jari kepada kerajaan Persekutuan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

"Mereka mahu menjadi wira dalam segala isu, mahu menjadi popular dengan mengorbankan kepentingan rakyat. Kerajaan BN mahu berusaha untuk rakyat sebaliknya kerajaan Selangor mahu bermain politik sahaja, itu yang sukar."Jadi, lebih mudah bagi BN mengambil alih kerajaan negeri Selangor kemudian buat kerja atasi masalah ini sendiri," katanya sambil menasihatkan rakyat Selangor agar jangan terpedaya dengan sandiwara air percuma kerana air yang dikatakan percuma itu sebenarnya dibayar menggunakan wang rakyat."Kerajaan negeri Selangor membayar jumlah tertentu kepada Syabas bagi membekalkan 'air percuma' itu kepada rakyat Selangor, jadi wang itu datang dari mana? Wang rakyat Selangor sendiri.

"Cara beri air percumapun tidak betul, semua kaya dan miskin dapat. Sepatutnya air itu diberi kepada golongan yang kurang berkemampuan, tetapi golongan ini, yang duduk di pangsapuri, pakai meter pukal, tak dapat," katanya.Sementara itu, Mohamad Fuad yang pernah terlibat dalam kajian projek Langat 2 pada tahun 80-an, berkata satu penyelesaian berdasarkan kemampuan rakyat juga mapan dan boleh diharap perlu dicari bagi mengatasi krisis air di Selangor."Masalah sekarang ini pada loji rawatan air di Selangor tidak dapat menampung permintaan pengguna.

Namun semua loji ini sudah beroperasi pada 120 peratus daripada kapasiti asal, 24 jam sehari setiap hari. Ini mengundang padah jika berterusan," katanya.

Beliau juga berkata berdasarkan kajian, kos menyalur air daripada empangan ke loji rawatan air Langat Dua berjumlah RM4 per kubik meter padu, namun di Pulau Pinang yang menjalankan projek serupa, rakyat hanya perlu membayar RM1.20 per kubik meter padu selepas dibantu kerajaan Persekutuan. ~sinarharian

Addin:

Ekoran kenyataan Noh Omar nih.. rata-rata pembaca Sinar Harian memberi komen yang pedas!! Bacalah kat bawah nih.. pasti Noh Omar tersentap..








Tiada ulasan: