Ahad, 5 Ogos 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bekas Kakitangan Guan Eng ada rumah RM1.8Juta?.. Zamil Ibrahim kantoi...

Posted: 05 Aug 2012 07:12 AM PDT


Ingat lagi sidang media yang diadakan oleh Zamil dan juga Bendahari KITA Kedah H'ng Sau Ping yang meminta penjelasan Guan Eng tentang kononnya seorang bekas kakitangannya memiliki rumah bernilai RM1.8Juta?

Selain Utusan dan TV3 boleh dikatakan kebanyakkan Blog Pencacai UMNO memainkan isu ini..

Ini laporan dari Utusan @ Lidah Rasmi UMNO tentang perkara itu..

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta menjelaskan kedudukan seorang bekas kakitangan pejabatnya yang dikatakan memiliki sebuah rumah mewah bernilai RM1.8 juta di Georgetown.

Bendahari Pemuda Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, H'ng Sau Ping berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya bekas kakitangan pejabat Guan Eng itu dikatakan memiliki sebuah rumah mewah beralamat di Slim Villas, Jalan Chemor, Georgetown.

"Kita ingin meminta penjelasan mengenai perkara ini daripada Guan Eng. Kita ingin tahu bagaimana seorang bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang boleh memiliki sebuah rumah mewah yang nilai semasanya dianggarkan RM1.8 juta.

"Jika rumah ini disewa sekalipun, ia mungkin melebihi RM3,500 sebulan. Jadi, dengan gaji sebagai seorang kakitangan pejabat Ketua Menteri, adakah dia mampu?

"Sudah tentu, orang ini mempunyai hubungan sungguh istimewa. Oleh itu, Guan Eng perlu tampil menjelaskannya," katanya pada sidang akhbar di sini – Lidah Rasmi UMNO 

Itu kisah semalam.. hari ini pula ianya sudah berbeza..

Zamil Ibrahim telah dikantoikan oleh H'ng Sau Ping sendiri.. kata H'ng Sau Ping beliau telah diperalatkan oleh individu yang bernama Zamil Ibrahim yang mengaku dirinya Pengerusi Kita Kedah.

Dan laporan polis telah dibuat terhadap Zamil.. manakala Pengerusi Kita Kedah yang sebenar, Kamal Nasser Thow Beek berkata, kenyataan yang disiarkan kelmarin tiada kena-mengena dengan parti itu.

Ini laporannya...

Sau Ping: Saya diperalat Zamil Ibrahim buat kenyataan media


SUNGAI PETANI – H'ng Sau Ping semalam membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kenyataannya yang disiarkan akhbar semalam berhubung kait dengan pemilikan rumah mewah bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurutnya, kenyataan itu telah disediakan pihak tertentu terlebih dahulu manakala skrip telah disediakan sebelum kenyataan akhbar bermula.

"Saya dengan ini membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataan yang dikeluarkan semalam kerana hanya diperalatkan pihak tertentu supaya berbuat demikian," katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan luar Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda petang semalam.

Sau Ping berkata, dia seorang yang berpendidikan rendah , tidak tahu apa-apa tentang perkara berkenaan dan hanya mengikut kehendak pihak tertentu.

"Saya juga ingin membuat laporan terhadap seorang individu yang bernama Zamil Ibrahim yang mengaku dirinya Pengerusi Kita dan telah memperalatkan diri saya untuk membuat kenyataan di surat khabar.

"Saya sedar ini adalah satu kesilapan besar dan mengaku dengan ikhlas segala kenyataan bukan dari diri saya.

"Oleh itu saya memohon pihak berkuasa memberi kerjasama terhadap keselamatan diri dan keluarga," katanya selepas membuat laporan polis semalam.

Sau Ping bagaimanapun menafikan dia diberikan imbuhan atau diugut untuk berbuat demikian, sebaliknya ke lokasi sidang media kerana diajak oleh seorang 'sahabat' namun tidak mengetahui tentang kewujudan sidang media.

Kelmarin, Sau Ping mengeluarkan kenyataan dan disiarkan Sinar Harian semalam di bawah tajuk 'Rumah Mewah Milik Siapa' yang bersangkut-paut dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sementara itu, Pengerusi Kita Kedah, Kamal Nasser Thow Beek berkata, kenyataan yang disiarkan kelmarin tiada kena-mengena dengan parti itu.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan tindakan itu mencemarkan nama parti itu.

"Kita memberi amaran keras terhadap individu berkenaan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya," katanya. - Sinar Harian

Mungkin kerana si Zamil tu berpuasa agaknya pada hari sidang media itu diadakan.. jadi untuk memelihara puasanya, beliau telah menyediakan skrip untuk dibaca oleh H'ng Sau Ping..

Jadi.. dalam hal ini yang bercakap itu H'ng Sau Ping.. Zamil hanya duduk di sebelah..

Bulan Ramadhan pun hang sebar fitnah jugak ya Zamil? Apa nak jadi ni?

Saifuddin disiasat polis kerana dakwa timbalan pengerusi SPR ahli Umno

Posted: 05 Aug 2012 01:47 AM PDT


SHAH ALAM, 5 Ogos — Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini disiasat oleh polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berkenaan dakwaan setiausaha agung PKR itu bahawak timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar adalah ahli kepada parti Melayu Umno. 

Saifuddin  disiasat atas tuduhan fitnah jenayah kerana memperlihatkan kononnya SPR adalah sebuah badan yang tidak adil dan bekerja untuk memenangkan Umno.

Ahli parlimen Machang itu ditemani oleh peguamnya, Latheefa Koya.

"Ye, Saifuddin sedang disiasat sekarang di IPD Putrajaya.

"Saya bersama beliau," kata Latheefa ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Saifuddin sebelum ini dalam sebuah kenyataan pernah mendakwa bahawa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga adalah ahli Umno.

Setiausaha agung PKR itu menjelaskan nombor keahlian Abdul Aziz ialah 113804 dan berdaftar di Cawangan Sri Ampang Baru dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Lembah Jaya dalam Parlimen Ampang, Selangor.

Manakala nombor keahlian Umno bagi Wan Ahmad pula ialah 2374564 dan beliau berdaftar dalam Cawangan Kubang Bunggor DUN Chetok bagi Parlimen Pasir Mas di Kelantan.

Walaubagaimanapun, Wan Ahmad menafikan dakwaan Saifuddin yang kononnya beliau adalah ahli Umno.
Menurut timbalan pengerusi SPR lagi, dakwaan tersebut adalah satu pembohongan dan fitnah yang berat bertujuan merosakkan nama dan integritinya sebagai Timbalan Pengerusi SPR.

Latheefa memberitahu, Saifuddin dipanggil polis berikutan dengan laporan polis yang dibuat sendiri oleh Wan Ahmad pada 17 Mei lalu.

"Laporan polis dibuat kerana Saifuddin dakwa dia (Wan Ahmad) ahli Umno.

"Ia berdasarkan kepada wawancara Saifuddin dengan Sinar Harian yang dilakukan oleh G. Manimaran," katanya lagi.

Peguam PKR itu berkata, kes ini dibawah kategori jenayah fitnah.

"Siasatan dijalankan dibawah seksyen 500, Kanun Keseksaan.

"Setakat ini kita belum tahu apa tindakan polis yang selanjutnya," kata Latheefa lagi.

Naik turun saham perkara biasa kata Isa Samad

Posted: 04 Aug 2012 09:30 PM PDT


Naik turun harga saham di Bursa Malaysia merupakan perkara biasa, kata Pengerusi kumpulan Felda Tan Sri Isa Samad.

Beliau berkata peneroka dan pemegang saham sudah sedia maklum terhadap situasi ini dan percaya keyakinan mereka terhadap FGV tidak akan terjejas disebabkan penurunan harga sahamnya.

"Kemerosotan harga saham FGV baru-baru ini dipengaruhi oleh kejatuhan harga kelapa sawit dunia dan serantau, yang turut memnyebabkan penurunan di syarikat-syarikat perladangan yang lain.

"Ia telah sedikit sebanyak mempengaruhi pergerakan harga saham FGV kebelakangan ini yang menyaksikan harga sahamnya berada pada paras RM5.00," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa kumpulan FGV bersama anak yatim di sini hari ini.

Beliau pberkata asaran serantau dijangka kembali melonjak minggu hadapan, dan perkembangan positif ini dijangka mempengaruhi harga saham FGV minggu depan.

"Saya percaya, dengan perancangan yang kita telah buat, FGV akan menjadi lebih baik pada masa akan datang," kata Isa.

Beliau bagaimanapun berkata harga saham FGV turut bergantung kepada keadaan ekonomi dunia dan serantau, dan harga komoditi yang sentiasa mengalami kenaikan dan penurunan.

Isa turut mengulas mengenai laporan negatif mengenai saham FGV oleh sesetengah penulis  blog di Malaysia yang disifatkannya sebagai tidak berasas dan mempunyai tujuan-tujuan tertentu.

Sehingga pukul 5 petang Jumaat, harga saham FGV berada pada paras RM5.05.

FGV yang baru disenaraikan pada 28 Jun lepas, diapungkan pada harga RM4.55 seunit, dan pernah mencecah RM5.50 pada minggu awal disenaraikan sebelum merosot pada harga ketika ini.

Mengenai program berbuka puasa, Isa berkata seramai 50 orang anak yatim yang terpilih dari kawasan Sentul, dihimpunkan untuk berbuka bersama dengan kakitangan kumpulan FGV.

Sebanyak RM8,000 diperuntukan untuk anak-anak yatim, dengan RM5,000 daripadanya merupakan sumbangan berbentuk wang ringgit, katanya. - Bernama

Tun Salleh Abas bantu Rafizi hadapi kes Bafia

Posted: 04 Aug 2012 07:57 PM PDT


SHAH ALAM - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas bersedia menghulurkan khidmat nasihat perundangan kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang berhadapan dengan tuduhan berkaitan projek kontroversi National Feedlot Corporation (NFCorp).

Rafizi mengesahkan ada menerima panggilan daripada Salleh kelmarin, memaklumkan kesediaan untuk memberi pandangan untuk berhadapan dengan tuduhan di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) 1989.

 "Ya, betul Tun Salleh Abas ada hubungi saya. Tun berkata beliau bersedia untuk membantu saya memberi khidmat nasihat menghadapi kes ini.

"Setakat ini bukan sebagai peguam tetapi lebih kepada khidmat nasihat... saya akan berbincang dengan peguam saya N. Surendran mengenai perkara ini," kata beliau ketika dihubungi. Dalam satu mesej Twitter, Rafizi berkata,

"pagi tadi (3 Ogos) dapat 1 panggilan. Sangat teruja sebab yang telefon itu hero saya masa kecil-kecil: Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara, mahu bantu kes."

Rabu lalu, Rafizi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap pertuduhan mendedahkan penyata akaun projek NFCorp yang menimbulkan kontroversi kepada dua pengamal media.

Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya pada 7 Mac lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 97(1) Bafia, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau menghargai sokongan sedemikian, lebih-lebih daripada seorang bekas Ketua Hakim Negara.

"Saya akan bertemu dengan beliau dalam waktu terdekat... tarikh belum ditetapkan, beliau pun ada kes, beroperasi di Terengganu. Nanti saya maklumkan kalau ada apa-apa perkembangan," katanya lagi.

Kes itu akan disebut semula bulan depan.


Sinar Harian

Video Scandal Sex Nik Aziz akan didedah?

Posted: 04 Aug 2012 09:41 AM PDT


Kononnya menurut admin Facebook yang dipercayai seorang kafir tetapi berselindung disebalik nama Islam ini, atas permintaan ramai 'Scandal Sex Nik Aziz di Kota Makkah akan didedahkan..


Dengan pendedahan yang dibuatnya itu menurutnya tugasnya selesai kerana telah membuktikan siapa sebenarnya TG Nik Aziz disebalik jubah dan serbannya itu..

Korang bacalah apa yang dia tulis seterusnya di bawah ini..


Permintaan ramai?? Scandal sex TG Nik Aziz? Di Kota Makkah?

Kalau terdesak sangat nak cari duit raya.. nak fitnah tu agak-agak lah... takkan lah sampai TG Nik Aziz yang dah berumur itu pun dijadikan mangsa..

Sudahlah fitnah  pasal Scandal Se dikatakan berlaku di Kota Makkah pula.. apa jenis haram jadah punya orang ni?

Bagi aku inilah fitnah yang terhebat dalam Ramadhan tahun ini yang dilakukan oleh pencacai UMNO terhadap seorang ulamak ..

Oleh itu bersamalah kita mendoakan agar admin Facebook ini disambar petir tapi tak mampus hendaknya..

Tiada ulasan: