shalehudin |
- Najib ikut idea sapa neh... LAWAKNYA
- POSLAJU dah buang logo Merdeka Pakatan... kahkahkah...
- Depa ni berebut ada makna tu Anwar woii...
- Caya lah Poslaju, awai-awai dah undi PR
- Dua pemain Terengganu dihukum pasai Pompuan
- Mampuih la Umno kali neh...
- Berita BENAR dari Sabah... [BACA]
- Fuyooo... 20,000 tengok 13,000 berlarak. Boleh buat pilihanraya dah neh... hehe...
- PANAS: Depa nak kacau Pak Samad pulak...
- Demam kuning pulak dah Najib lepaih neh... hehe...
Najib ikut idea sapa neh... LAWAKNYA Posted: 31 Aug 2012 11:14 AM PDT Nak bagi ramai ke himpunan janji dicapati.. Najib terpaksa adakan cabutan bertuah.. Adoii.. tak pernah lagi sepanjang hidup aku ini aku mendengar ada negara yang sangat terdesak untuk mengajak rakyatnya hadir ke perhimpunan menyambut Hari Kemerdekaan negara mereka.. Inilah yang pertama kali aku mendengarnya, bukan dari negara luar atau negara jiran tetapi dari negara kita sendiri. Sebelum ini.. Mahasiswa dikatakan dibayar RM100 untuk hadir, lepas tu Kakitangan DBKL pula dikerah untuk hadir.. lepas tu pula Kakitangan KTMB diupah RM30 untuk hadir.. Ini pula.. kerana terpaksa untuk menarik minat rakyat untuk turut hadir dalam Himpunan 55 Tahun Merdeka 'Janji dicapati', kerajaan Barisan Nasional terpaksa mengumpan rakyat Malaysia dengan berbagai hadiah menarik cabutan bertuah. p/s: bak kata rakyat prihatin, lebih baik pergi dengar kuliah atau bersama keluarga dari menghadiri perhimpunan yang melalaikan ini. Mungkin perhimpunan ini boleh mencetuskan huru hara dan mengancam keamanan negara.. dan yang paling tenat adalah tahap sosialisi anak muda... perghhhh... rosak anak bangsa Malaysia dibuatnya...!! - FB |
POSLAJU dah buang logo Merdeka Pakatan... kahkahkah... Posted: 31 Aug 2012 07:55 AM PDT Poslaju dah buang logo Merdeka Pakatan dari laman webnya.... Kahkahkah... Sah dan sahih, sesapa yang jadi head Poslaju dah tentu lepaih ni berada dalam senarai teratas untuk dipancung.... Ini snapshot yang aku rakam pukul 7:15pm tadi... |
Depa ni berebut ada makna tu Anwar woii... Posted: 31 Aug 2012 03:30 AM PDT Ramai 'berebut' jadi calon PKR di K'tan, kata SU negeri Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menyelesaikan isu calon untuk kawasan yang akan ditandingi parti itu di Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang sewaktu kunjungannya ke negeri itu hari ini. Setiausaha PKR Kelantan Mohd Makhatar Che Harun berkata isu calon itu merupakan antara perkara utama yang menjadi tumpuan parti memandangkan semakin ramai yang berminat untuk diturunkan sebagai calon. "Dulu susah nak cari calon tapi sekarang ramai yang berebut (untuk dicalonkan)," katanya yang menambah, perebutan itu juga berkait dengan perbincangan PKR negeri untuk membuat pertukaran dengan PAS bagi kerusi yang ditandinginya. Pertukaran itu melibatkan kawasan parlimen Machang, yang kini diwakili Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution. Perkara itu timbul kerana Saifuddin dikatakan tidak akan terus mempertahankan kerusi parlimen Machang tetapi sebaliknya akan kembali bertanding di Kedah. PKR Kelantan sebelum ini dilaporkan mengemukakan cadangan untuk menyerahkan kerusi Machang kepada PAS dan sebagai gantinya akan bertanding di parlimen Bachok. Laporan Sinar Harian pada 23 Ogos itu menyebuhawa pengerusi PKR Kelantan Abdul Aziz Kadir mengesahkan bahawa permohonan tersebut telah dikemukakan kepada PAS negeri sejak sebelum bulan Ramadan lalu. Mengulas perkara itu, Mohd Makhatar berkata cadangan boleh dikemukakan namun PKR negeri perlu mengikut saranan PAS. "Kita kena ikut PAS sebab parti dominan adalah PAS. Kita hanya penyokong kuat PAS di Kelantan," katanya ketika dihubungi.Selain kerusi berkenaan, PKR juga bercadang untuk bertanding di kerusi parlimen Tanah Merah dan tiga lagi kerusi DUN – Nenggiri dan Paloh di Gua Musang serta DUN Guchil di Kuala Krai, tambah Makhatar. Anwar juga akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PKR negeri di Machang dan seterusnya bersama barisan pemimpin PAS di Kota Bharu, kata Makhatar lagi. Kelantan merupakan destinasi kedua Anwar dalam program jelajahnya menggunakan sebuah bas khas itu, yang dibiayai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Sementara itu, Khalid dalam satu kenyataan semalam, menjelaskan bahawa bas yang dihiasi dengan wajah Anwar itu disewa untuk tempoh enam bulan dan dibiayai sepenuhnya oleh beliau sendiri. "Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri. "Justeru, saya menasihatkan pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang kerajaan Selangor dan wang rakyat," tambahnya.Selain ke Kelantan, bas itu juga akan digunakan dalam program jelajah diketuai Anwar ke Pahang, Kedah, Perak dan Perlis yang dijadualkan sehingga 2 September itu.- Malaysiakini |
Caya lah Poslaju, awai-awai dah undi PR Posted: 31 Aug 2012 03:22 AM PDT |
Dua pemain Terengganu dihukum pasai Pompuan Posted: 31 Aug 2012 01:55 AM PDT MUSLIM (kanan) tidak mendapat simpati Butler ekoran masalah disiplin. Dua pemain Penyu dihukum bawa perempuan balik hotel DUA pemain Terengganu, Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad perlu melupakan hasrat mereka untuk meneruskan kempen Piala Malaysia musim ini bersama skuad Penyu ekoran masalah disiplin. Ia selepas kedua-dua pemain didapati melanggar peraturan dan pulang ke bilik penginapan kira-kira pukul 3 pagi beberapa jam sebelum bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, Selasa lalu. Jurulatihnya, Peter James Butler ketika dihubungi mengesahkan bahawa kedua-dua pemain itu tidak akan bermain kerana kecewa dengan kegagalan kedua-dua mereka mengikut peraturan yang ditetapkan. "Saya tegaskan, Ismail dan Muslim tidak akan bermain untuk saya lagi. "Balik pukul 3 pagi dan bawa gadis ke hotel. Ia benar-benar tidak boleh diterima," katanya ketika dihubungi semalam.Menurut Butler, perbuatan itu menunjukkan kedua-dua pemain tersebut tidak menghormati beliau, pasukan, pihak pengurusan serta seluruh rakyat Terengganu. "Jika tiada sebarang keajaiban, mereka tidak akan bermain untuk saya lagi. "Saya memerlukan pemain yang berdisiplin dan komited dengan pasukan," katanya.Menurut Butler, dari segi pasukan, kedua-dua pemain itu tidak akan dibenar bermain selagi beliau menjadi jurulatih Terengganu tetapi bagi pihak pengurusan, ia belum diputuskan lagi. Jelasnya, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kedua-dua pemain itu. Dalam pada itu, menurut Butler, ketiadaan kedua-dua pemain itu tidak akan meninggalkan kesan besar kepada Terengganu untuk mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini kerana mereka mempunyai ramai pemain muda yang berbakat. "Erison Da Silva seorang pemain pertahanan yang hebat dan persembahan Joseph Kalang Tie juga sering kali tidak mengecewakan. "Selain itu, kami mempunyai pemain Piala Presiden seperti Muhd. Fakhrurazi Musa yang boleh dipanggil apabila diperlukan," katanya.Jelasnya, kekalahan tipis 1-2 ketika bertemu Kedah di Alor Setar, Selasa lalu tidak akan melunturkan semangat pasukannya dan yakin Terengganu akan kembali memberi saingan. "Saya bimbang kerana pemain kita yang sepatutnya boleh bermain dengan baik gagal mempamerkan aksi sebenar kerana tidak mendapat rehat yang cukup. "Tetapi kita akan bangkit bermula dengan kemenangan ke atas Kedah, Sabtu ini," katanya.- Kosmo |
Posted: 30 Aug 2012 11:00 PM PDT |
Berita BENAR dari Sabah... [BACA] Posted: 30 Aug 2012 09:34 PM PDT LAJIM LUAH RASA KESAL SERTAI ANWAR? BERITA yang baru diterima dari Sabah memaklumkan, kegagalan Lajim membawa masuk YB-YB UMNO dan BN ke dalam Sabah Front dan seterusnya menyokong Anwar telah membuatkan Anwar kembali melenting dan membuli Lajim. Lajim bukan sahaja gagal menarik Datuk Ghapur dan 4 ADUN UMNO; malah Lajim juga gagal menarik Datuk Bung, Datuk Osu Sukam, Datuk Hajiji, Datuk Karim Bujang, Datuk Datu Amir Kahar untuk menyertai Anwar pada 12 Ogos yang lalu menunjukkan kelemahan Lajim sehingga membuatkan Anwar melenting. Mantan Setiausaha Lajim memberitahu bahawa Lajim telah diperdaya dan terpedaya, janji-janji Anwar untuk membawa masuk jutaan Ringgit ke dalam saku Lajim sebenarnya hanya janji. Kata Lajim, "bagaimana aku mau beli mereka jika wang yang Anwar janji tidak masuk? Hanya air liur siapa mau masuk?" Akibat dari itu, Lajim telah menyampaikan kepada seorang Wakil Rakyat UMNO untuk kembali semula kepada BN. Malangnya dengan syarat Ketua Menteri Sabah ditukar. "Aku bukan tentang DS Najib, kalau CM tukar, ini jam aku lompat balik sama BN, enda da hal bah itu" - Sabahkini BENGONG LA KALAU SESAPA YANG PERCAYA.... Kahkahkah... |
Fuyooo... 20,000 tengok 13,000 berlarak. Boleh buat pilihanraya dah neh... hehe... Posted: 30 Aug 2012 07:55 PM PDT 13,000 Peserta Semarak Sambutan Merdeka KUALA LUMPUR: Perbarisan sempena ulang tahun ke-55 kemerdekaan negara peringkat nasional di Dataran Merdeka pada Jumaat meriah dengan penyertaan 13,000 peserta pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum khususnya generasi muda, yang melambangkan perpaduan negara yang kukuh dan sejahtera. Bertemakan '1Malaysia Janji Ditepati', perhimpunan perbarisan bermula sebaik keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tepat pada pukul 8 pagi dengan disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Sebaik tiba, Yang di-Pertuan Agong mengambil tabik hormat sebelum lagu 'Negaraku' dimainkan oleh Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja. Pada masa yang sama, tujuh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan lintas hormat dengan membawa Jalur Gemilang, bendera Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), sambil melepaskan asap berwarna merah, biru dan kuning yang melambangkan warna bendera Malaysia. Tuanku Abdul Halim kemudian berkenan memeriksa Kawalan Kehormat Utama terdiri empat pegawai dan 103 anggota Satu Rejimen Askar Melayu Diraja dan diikuti dengan laungan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali sebelum diikuti dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang diiringi lagu 'Negaraku' dan tembakan meriam 14 das.- mStar |
PANAS: Depa nak kacau Pak Samad pulak... Posted: 30 Aug 2012 06:22 PM PDT Pak Samad isytihar 'Janji Demokrasi' berjaya Tidak cukup dengan larangan polis, Dataran Merdeka malam ini ditutup untuk sebarang aktiviti, sekali gus menyukarkan rancangan sekumpulan aktivis menjayakan himpunan "Janji Demokrasi" mereka. Bagaimanapun, tidak jauh daripada itu, di Jalan Sultan, sekumpulan aktivis dan penduduk yang menentang pembinaan MRT di kawasan mereka sudah mula berkumpul. Di Shah Alam pula, kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat juga berkumpul untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dengan cara mereka tersendiri dengan tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa". DATARAN Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam perhimpunan di malam ini. "Tiada kejadian yang tidak diingini malam ini. Itu kita akan siasat kemudian (jika langgar undang-undang)," katanya mengulas bacaan puisi Pak Samad sekitar jam 11.45 malam berdekatan bangunan DBKL.Katanya, tiada tangkapan dibuat, kecuali terhadap dua remaja yang didapati membakar mercun. Jumlah kekuatan anggota yang bertugas malam ini adalah seramai 205 orang dari Dang Wangi dan Bukit Aman, katanya. Pak Samad isytihar perhimpunan berjaya sampai sasaran tetapi tidak dapat mengagak jumlah sebenar peserta. Katanya, kehadiran luar biasa yang kebanyakannya anak muda. Beliau menyeru mereka terus melakukan perubahan. "Apabila saya sampai di Dataran, saya dapati jumlahnya (yang hadir) luar biasa. Dan saya senang, apabila ia daripada anak-anak muda. Dan ini penting. "Ini menggambarkan mereka sudah menyedari era ini adalah era mereka, dan di tangan mereka sebuah regim boleh ditukar. Saya harap ini dapat dilakukan," katanya.Malaysiakini menganggarkan sebanyak 10,000 orang hadir.- Malaysiakini |
Demam kuning pulak dah Najib lepaih neh... hehe... Posted: 30 Aug 2012 04:45 PM PDT Puluhan ribu sambut detik Kemerdekaan (Orang ramai berbaju kuning di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka) KUALA LUMPUR: Puluhan ribu berhimpun dalam perhimpunan Janji Bersih dan ambang Kemerdekaan di perkarangan DBKL, Kuala Lumpur dan juga di Stadium Shah Alam Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Datuk A Samad Said, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Salleh dan lain-lain pemimpin Pakatan berada di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka. Di Stadium Shah Alam pula, para pemimpin Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sana. "Semangat kemerdekaan tidak berhenti dengan perarakan sahaja tetapi harus mampu menimbulkan kecintaan kepada negara. "Pengorbanan dan sumbangan tentera dan polis serta rakyat menentang komunis dan penjajahan perlu mendapat dokongan semua," kata Anwar dalam ucapannya.Berikut adalah gambar-gambar mereka. (Berhampiran Dataran Merdeka) (Di Dataran Merdeka) (Berhampiran Dataran Merdeka) (Mohamad Sabu di Dataran Merdeka) (Datuk Samad Said antara yang mendapat tumpuan di Dataran Merdeka) (Polis membuat sekatan di Dataran Merdeka) (Tan Sri Khalid berucap di Stadium Shah Alam) - Harakahdaily |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan