Jumaat, 31 Ogos 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Cerita projek MERDEKA TUNTUT ROYALTI

Posted: 30 Aug 2012 09:41 PM PDT

[1]
Setiap projek R, gua pasti akan catit perjalanan projek itu dari sudut belakang tabir. Tujuannya untuk dijadikan rujukan beberapa pihak sasaran di masa depan.

Semasa gua sedang menguruskan Sidang Meja Bulat 58 NGO, Edyes SAMM kol gua. Untuk projek Janji Bersih. Time tu gua tengah kalut.

Kemudian, setelah metting, R setuju memberikan sokongan. Ada ramai R di Lembah Kelang. Sedia maklum, Lembah Kelang dah macam Kota Bharu kedua.

So, wakil2 R dari Kelantan akan membawa bahan2 propaganda. Objektif wakil R adalah memastikan R tidak tenggelam dalam setiap pertukaran isu dalam negara. Alhamdulillah. Syabas kepada wakil R yang mengupload gambar2 propaganda. Terutama Cikgu Tomoi R, Asri, yang berjaya menampal R di baju Mat Sabu.

[2]
Tiada sambutan merdeka R di Kelantan pada mulanya. Sebab tidak mahu dianggap sabotaj sambutan kerajaan negeri.

Tetapi, menjelang tibanya 30hb, barulah diketahui tiada sambutan malam kemerdekaan oleh mana-mana pihak. Pertanyaan berpusu-pusu masuk menggesa sambutan merdeka oleh R.

Sehingga ada pihak yang sudah mengwar2kan berhimpun di Flyover KB Mall. Sempena mungkir janji yang kali ke berapa ntah. Tertulis di papan tanda projek tu ialah 30 Ogos 2012.

[3]
Gua pun terus bawa dalam mesyuarat whatapps R. Kemudian dipanggil metting di rumah abah. Mesyuarat melantik gua pengarah projek. Beberapa perkara diputuskan. Antaranya plan A ialah menakluki flyover dan plan B menakluki jam besar bulatan muzium.

Perkara tersebut adalah top secret kerana tidak mahu polis dan samseng perlindungan politik mengganggu program. Hanya diisytiharkan sebagai kejutan. Beberapa petugas disediakan bagi merisik keadaan lokasi sasaran pada jam 11 malam. Kita akan mobilisasikan crowd ke sana. Count down di lokasi.

Jarak stadium ke laluan masuk flyover adalah 1.3 km. ke bulatan 800 m. 15 minit dan 10 minit masa ramalan ke kedua-dua lokasi.

[4]
Seminggu sebelum tarikh, hujan kerap turun pada sebelah malam. Itu juga termasuk dalam 'masalah'. Kami berdoa semoga hujan tidak turun, Allah memberikan cuaca yang memudahkan program dan kesihatan kesemua AJK.

Alhamdulillah, Allah berikan cuaca sangat baik malam tu. Cuma batuk gua jer blom sembuh. Risikan juga mendapati line clear. Tapi Allah takdirkan projek over run. Gua batalkan satu lagu dikir. Presiden pun pendekkan ucapan. Tapi tak berjaya gak. Hanya ada baki 15 minit ke jam 12 adalah tidak praktikal berarak dan count down di lokasi.

So, Jeming akan kontrol momendum crowd selama 15 minit. Dibantu oleh 2 pengacara gila-gila, Ilyas dan Mat Belon. Kemuncak di situ, kemudian barulah bergambar di lokasi plan B. Jam besar. Cuma, bila dah klimaks, tak semualah yang akan follow berarak.

[5]
Perarakan untuk merakamkan gambar bersejarah MERDEKAKAN ROYALI di jam besar bulatan disertai oleh 90% anak muda. Gua dapat lihat kegembiraan dan keghairahan mereka apabila budaya dan warna politik baru dilaksanakan di bumi Kelantan ini.

Sampaikan seorang anak muda meminta pembesar suara dengan gua untuk memimpin laungan MERDEKA ROYALTI.

"Be.. wi kito plak be.. wi kito plak be.."

Hambek la.. lu lebih berhak sebenarnya. Tapi gua tak jauh la dari megaphone tu. Macam2 aksi gua tengok diorang. Baring atas jalan raya, dukung member. Teringat Allah takdirkan gua menyaksikan insiden demo belakang billboard dulu. Kini anak muda Kelantan tidak takut lagi menguasai bumi mereka sendiri.

Abang Lan, keselamatan utama berbadan sasa, yang pernah tahan gua masa cubaan Langgar Hadi di Putik dulu pun siap berlari dan duduk bersama-sama anak-anak muda atas rumput carpet untuk tidak terlepas peluang bergambar. Tak pernah lagi gua tgk brader ni join budak2. Hahaha.

[6]
Momentum semangat semakin menggila di bulatan. Kumpulan motorsikal dan basikal pixie turut join. Tiba masa utk kontrol adrenalin mereka. Gua suruh diorang janji, lepas isytihar bersurai, maka, bersurai dengan aman. Dalam perjuangan menuntut hasil bumi sendiri, jangan merosakkan bumi sendiri.

Ustad membaca doa penutup sebagai cool down sebelum bersurai. AJK bersama-sama peserta mengutip sampah. Dan paling menarik, lepas isytihar bersurai baru mereka membakar mercun bola. Masing2 bawa mercun juga rupa2nya. Mereka sangat menghormati perjuangan mereka sendiri.

Tidak seperti yang AJK ramal. Sebab, semasa makan colek terbuka anjuran Pemuda PAS, mercun bola berdentum-dentam. Tahniah dan terima kasih kepada lu orang. Hormat perjuangan lu orang sendiri.

[7]
Berikut adalah sedikit gambar yang dipetik dari FB pejuang2 R.

Kami anggar lebih 10k hadir MERDEKA TUNTUT ROYALTI. Keadaan perkarangan stadium padat sampai jalan raya di depan mengecil.

Terima kasih rakan2 R yang membawa agenda R di Dataran Merdeka.

Sebahagian yang bergambar di bulatan. 90% anak-anak muda yang join acara nih.

Ketika 15 minit sebelum jam 12 tengah malam. Memang giler ah.

Tak dapat lawan stamina diorang. Memang dasyat.

Akak Pujaa yang sangat komitet dalam perjuangan R. Dia pasti hadir bersama keluarga.

Muka masing-masing bila kena doa cool down. Kah3..

Tiada ulasan: