Jumaat, 31 Ogos 2012

Addin

Addin


Tidak Sampai Beberapa Selepas Pendedahan, POSLAJU Sudah Tarik Balik

Posted: 31 Aug 2012 10:24 AM PDT



Tidak sampai beberapa jam selepas pendedahan oleh warga maya,poslaju dah buang logo Merdeka Pakatan dari laman webnya.... Sah!! sesiapa yang jadi head Poslaju dah tentu lepaih ni berada dalam senarai teratas untuk dipancung.... Ini snapshot yang aku rakam pukul 7:15pm tadi... Dan gambar diatas adalah sebelum pendedahan..




Agak-agaknya apalah nasib pengurus tersebut..



Gempar!! POSLAJU Guna Logo Merdeka Ciptaan Pakatan Rakyat

Posted: 31 Aug 2012 08:10 AM PDT


Poslaju guna logo merdeka ciptaan Pakatan Rakyat.. biar betul. Memang betul.. tanpa Umno sedar, GLC guna logo selain dari ciptaan Rais Yatim.

Ko orang baca pendedahan selanjutnya di sini.


Gambar Rosmah Bersalaman Dengan Pelajar Tahfiz Tersebar

Posted: 31 Aug 2012 01:12 AM PDT


Suasana nih dirakam di rumah terbuka Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar, di Dewan PKNS, Kelana Jaya semalam. Apa pendapat ko orang berkenaan dengan gambar nih?

Addin rasa bebudak tahfiz nih pasti serba salah dalam keadaan seperti ini. Pape hal Addin tak rasa bebudak nih bersalah.. sepatutnya Rosmah hormatlah.. tak akan lah tak faham langsung kot?

Ko orang tengoklah air muka bebudak tahfiz nih dengan gurunya, macam cuak je. Bebudak nih sudah di tarbiah semolek-moleknya tetapi dengan Rosmah main langgar je.

Najib, eloklah ko nasihatkan bini ko nih agar menghormati sikit hak orang lain.. kalau nak buat dosa tu janganlah libatkan orang lain..tau.

Gambar ~ klpos


Gambar Menarik Sekitar Himpunan Janji Bersih Bersama DS Nizar Di Ipoh

Posted: 30 Aug 2012 09:03 PM PDT







~alhusseyn



Pak Samad Di Siasat Hanya Kerana Baca Puisi Malam Tadi?

Posted: 30 Aug 2012 06:29 PM PDT

Tidak cukup dengan larangan polis, Dataran Merdeka malam ini ditutup untuk sebarang aktiviti, sekali gus menyukarkan rancangan sekumpulan aktivis menjayakan himpunan "Janji Demokrasi" mereka.Bagaimanapun, tidak jauh daripada itu, di Jalan Sultan, sekumpulan aktivis dan penduduk yang menentang pembinaan MRT di kawasan mereka sudah mula berkumpul. Di Shah Alam pula, kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat juga berkumpul untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dengan cara mereka tersendiri dengan tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".

DATARAN Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam perhimpunan di malam ini.

"Tiada kejadian yang tidak diingini malam ini. Itu kita akan siasat kemudian (jika langgar undang-undang)," katanya mengulas bacaan puisi Pak Samad sekitar jam 11.45 malam berdekatan bangunan DBKL. Katanya, tiada tangkapan dibuat, kecuali terhadap dua remaja yang didapati membakar mercun.

Jumlah kekuatan anggota yang bertugas malam ini adalah seramai 205 orang dari Dang Wangi dan Bukit Aman, katanya.

Pak Samad isytihar perhimpunan berjaya sampai sasaran tetapi tidak dapat mengagak jumlah sebenar peserta.

Katanya, kehadiran luar biasa yang kebanyakannya anak muda. Beliau menyeru mereka terus melakukan perubahan.

"Apabila saya sampai di Dataran, saya dapati jumlahnya (yang hadir) luar biasa. Dan saya senang, apabila ia daripada anak-anak muda. Dan ini penting.

"Ini menggambarkan mereka sudah menyedari era ini adalah era mereka, dan di tangan mereka sebuah regim boleh ditukar. Saya harap ini dapat dilakukan," katanya. Malaysiakini menganggarkan sebanyak 10,000 orang hadir.~ malaysiakini

Gambar Bayi Terbaru Ustaz Azhar Idrus

Posted: 30 Aug 2012 05:55 PM PDT


Gambar Bayi Ustaz Azhar Idrus... Tahniah kepada Ustaz Azhar dan keluarga, isteri kedua Ustaz Azhar Idrus telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.






~jkkk fan club



Himpunan Janji Bersih Berjaya.. PR Makin Hampiri Putrajaya

Posted: 30 Aug 2012 04:48 PM PDT

KUALA LUMPUR - Penyokong-penyokong Himpunan Janji Demokrasi sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 esok mula membanjiri lokasi perhimpunan itu - di kawasan berhampiran Dataran Merdeka, dengan mengenakan kemeja-T dan lain-lain lambang berwarna kuning dan tertulis "bersih".Suasana di pekarangan Dataran Merdeka mula gamat dengan pelbagai bunyian, namun keadaan masih terkawal sehingga kesemua peserta bersurai.Kedengaran laungan "Bersih" dilaungkan beberapa kali.


Pun begitu sehingga 10.30 malam tadi, wakil penganjur Himpunan Janji Demokrasi belum kelihatan. Mengikut maklumat sebelum ini perhimpunan itu akan bermula jam 11 malam.Kira-kira 11.15 malam, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said dan ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah tiba di Dataran Merdeka.Di lokasi tradisi di Dataran Merdeka, orang ramai turut berkumpul untuk menyambut kedatangan tanggal 31 Ogos.Sebahagian besar kawasan Jalan Raja-Jalan Tun Perak dibanjiri oleh penyokong Himpunan Janji Demokrasi, seolah-olah KUALA LUMPUR - Penyokong-penyokong Himpunan Janji Demokrasi sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 esok mula membanjiri lokasi perhimpunan itu - di kawasan berhampiran Dataran Merdeka, dengan mengenakan kemeja-T dan lain-lain lambang berwarna kuning dan tertulis "bersih".


Suasana di pekarangan Dataran Merdeka mula gamat dengan pelbagai bunyian, namun keadaan masih terkawal sehingga kesemua peserta bersurai.Kedengaran laungan "Bersih" dilaungkan beberapa kali.Pun begitu sehingga 10.30 malam tadi, wakil penganjur Himpunan Janji Demokrasi belum kelihatan. Mengikut maklumat sebelum ini perhimpunan itu akan bermula jam 11 malam.Kira-kira 11.15 malam, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said dan ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah tiba di Dataran Merdeka.

Di lokasi tradisi di Dataran Merdeka, orang ramai turut berkumpul untuk menyambut kedatangan tanggal 31 Ogos.Sebahagian besar kawasan Jalan Raja-Jalan Tun Perak dibanjiri oleh penyokong Himpunan Janji Demokrasi, seolah-olah menggambarkan keadaan ketika Himpunan Bersih 3.0 April lalu, yang berakhir dengan kekecohan.Seperti lazim keadaan ibu negara khususnya di laluan ke pusat bandar dan dekat Dataran Merdeka sesak teruk.Papan tanda yang membawa mesej "Dilarang diadakan sebarang aktiviti di sini" - merujuk kepada Dataran Merdeka, juga kelihatan dipacak di persimpangan Jalan Raja-Tun Perak.

Pihak polis juga ditempatkan di kawasan Dataran Merdeka bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.Ekoran kawalan ketat di kawasan Dataran Merdeka, pemimpin-pemimpin Himpunan Janji Demokrasi beralih ke Dataran DBKL, kira-kira 20 meter.Petang tadi, polis mengeluarkan notis bahawa Himpunan Janji Demokrasi malam ini bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012, tetapi penganjur bertekad untuk mengadakannya di Dataran Merdeka atau mana-mana kawasan yang sesuai.Beberapa pengikut menerusi Twitter menghantar mesej tidak dapat bergerak ke Dataran Merdeka atas alasan "sesak kerana geng Bersih.

"Jumlah kehadiran dikatakan agar besar di sebalik larangan pihak polis agar tidak berkumpul di Dataran Merdeka kerana tiada kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Sekitar jam 11.30 malam, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said mendeklamasikan sajak "Janji Demokrasi" di Dataran DBKL.Dalam laman sosial Facebook petang tadi, Samad antara lain berkata:"Kerana terbayang wujudnya flipa-flopan,"jika tak dimungkin di dataran larangan,"berdirilah di mana-mana bumi Tuhan,"Janji Demokrasi" tetaplah dilaungkan!"Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat kelihatan hadir, antaranya Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Himpunan yang serupa juga diadakan di beberapa bandar utama yang lain termasuk di Ipoh. menggambarkan keadaan ketika Himpunan Bersih 3.0 April lalu, yang berakhir dengan kekecohan.Seperti lazim keadaan ibu negara khususnya di laluan ke pusat bandar dan dekat Dataran Merdeka sesak teruk.Papan tanda yang membawa mesej "Dilarang diadakan sebarang aktiviti di sini" - merujuk kepada Dataran Merdeka, juga kelihatan dipacak di persimpangan Jalan Raja-Tun Perak. Pihak polis juga ditempatkan di kawasan Dataran Merdeka bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.Ekoran kawalan ketat di kawasan Dataran Merdeka, pemimpin-pemimpin Himpunan Janji Demokrasi beralih ke Dataran DBKL, kira-kira 20 meter.

Petang tadi, polis mengeluarkan notis bahawa Himpunan Janji Demokrasi malam ini bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012, tetapi penganjur bertekad untuk mengadakannya di Dataran Merdeka atau mana-mana kawasan yang sesuai.Beberapa pengikut menerusi Twitter menghantar mesej tidak dapat bergerak ke Dataran Merdeka atas alasan "sesak kerana geng Bersih."Jumlah kehadiran dikatakan agar besar di sebalik larangan pihak polis agar tidak berkumpul di Dataran Merdeka kerana tiada kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Sekitar jam 11.30 malam, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said mendeklamasikan sajak "Janji Demokrasi" di Dataran DBKL.Dalam laman sosial Facebook petang tadi, Samad antara lain berkata:"Kerana terbayang wujudnya flipa-flopan,"jika tak dimungkin di dataran larangan,"berdirilah di mana-mana bumi Tuhan,"Janji Demokrasi" tetaplah dilaungkan!"Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat kelihatan hadir, antaranya Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.Himpunan yang serupa juga diadakan di beberapa bandar utama yang lain termasuk di Ipoh. ~sinar

Tiada ulasan: