shalehudin |
- Gerombolan jadi kurus bila rakyat cerdik... kahkahkah
- Mesej Penting dari PDRM [BACA]
- [FOTO] Sambutan Aidilfitri Tuan Guru Nik Aziz
- PANAS: Pengerusi MCA Kedah nak JOIN Pas
- WAJIB BACA: Pengakuan jujur ahli Umno
- GEREJA WISH AIDIL FITRI?!! BETUL!!!!
Gerombolan jadi kurus bila rakyat cerdik... kahkahkah Posted: 21 Aug 2012 10:56 AM PDT |
Mesej Penting dari PDRM [BACA] Posted: 21 Aug 2012 12:00 AM PDT Wajib baca, mesej penting dari PDRM untuk semua pembaca terutama sekali wanita... Taktik terbaru penjenayah lancarkan jenayah menculik dan merogol... FB |
[FOTO] Sambutan Aidilfitri Tuan Guru Nik Aziz Posted: 20 Aug 2012 11:45 PM PDT Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terdapat anggota masyarakat terpesona dengan 'permainan' Barat menyebabkan terpengaruh dengan dakwaan 'agama lain, politik lain'. Bahkan Islam dianggap mampu mengawal manusia dalam aspek ibadat dan urusan keluarga saja sedangkan Kerajaan Islam lebih mustahak ditegakkan di muka dunia."Dunia ini bukan Arab yang buat, bukan Melayu yang buat, tetapi diciptakan Allah swt. "Namun oleh kerana kita lena dengan 'permainan' Inggeris, Peranchis, Itali dan sebagainya, maka ada rakyat biasa atau golongan terpelajar, bahkan di kalangan tuk guru sendiri terasa bahawa dakwaan 'agama suku, politik suku' itu betul," katanya.Malahan menganggap agama hanya untuk menjaga manusia dalam aspek ibadat dan urusan kekeluargaan saja. Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka dekat sini, semalam."Sesungguhnya dalam perkara 'urusan agama' dan 'politik' mestilah selari. "Itulah perbezaan di antara hidup 'beragama' dengan hidup 'berdemokrasi' yang tidak disebut Eropah," katanya.Beliau berkata, kalau komunis ada kerajaan, demokrasi ada kerajaan, maka kenapa 'Islam' tidak boleh ada kerajaan, selaras dengan bumi dan manusia serta segala benda di dunia ini dijadikan Allah. Justeru, kata Nik Aziz, Kerajaan Islam lebih mustahak didirikan di muka dunia ini. Bahkan dalam perkara agama, sangat penting bagi manusia mengikuti jalan Nabi-Nabi termasuk dalam urusan rumah tangga, peperangan dan lain-lain. Beliau menambah terdapat manusia yang sibuk dengan 'kebangsaan' dan 'Melayu'.Justeru secara sinis beliau meminta golongan itu supaya mencari 'Nabi Melayu'. "Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab."(Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab.Mengulas sambutan hari raya Aidilfitri 1433 Hijriah, beliau mencadangkan untuk tahun hadapan, kad ucapan Selamat Hari Raya ditambah 'dunia akhirat' pada rangkaian ucapan 'Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin'.Ini penting bagi membolehkan semua kaum mengingati apa itu 'akhirat'. "Melayu baca teringatkan akhirat, Cina baca teringatkan akhirat. Orang putih baca, teringatkan akhirat."Ini membolehkan kita berdakwah apabila mereka bertanya apa itu 'akhirat'," ujarnya.Tuan Guru menambah, selepas manusia mati dihidupkan semula, mereka akan ditanya diberi Al-Quran sama ada membacanya atau tidak, diberi telinga sama ada mendengar nasihat Al-Quran atau tidak. Demikian juga diberi kaki sama ada digunakan pergi ke masjid, diberikan tangan sama ada menggunakan untuk mengundi ke arah mendaulatkan Islam atau menjahanamkan manusia. -Hrkh Sumber gambar : FB Tok Guru Nik Aziz |
PANAS: Pengerusi MCA Kedah nak JOIN Pas Posted: 20 Aug 2012 09:38 PM PDT Datuk Chong Itt Chew ALOR SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu. Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, rasionalnya mudah, hudud tidak melibatkan orang bukan Islam. "Sekiranya pelaksanaan undang-undang itu (hudud) membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, ia tidak akan jadi masalah termasuk kepada orang bukan Islam. DAP juga tidak patut membantah," katanya di sini, semalam.Itt Chew berkata, dalam keadaan sekarang, Pas yang memperjuangkan pelaksanaan hudud sejak penubuhannya, harus menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu berterusan menolak hudud. "Pas mesti buat keputusan yang lebih baik dengan meninggalkan PR. Selagi bersama PR, Pas tidak akan berjaya melaksanakan hudud," katanya.Dalam situasi begini, kata Itt Chew, Pas harus menyertai Umno dan BN untuk membina sebuah negara Islam yang lengkap. "MCA Kedah akan setuju jika Pas ingin menjalin kerjasama dengan Umno untuk meneruskan perjuangan Pas. Pas harus menerima setiap polisi yang ditetapkan parti dan tidak meletakkan sebarang syarat. "Saya melihat gabungan Umno dan Pas adalah satu tindakan yang baik demi masa depan rakyat dan negara," katanya.- SH |
WAJIB BACA: Pengakuan jujur ahli Umno Posted: 20 Aug 2012 08:15 PM PDT Inilah objektif sebenar perjuangan BERSIH, ingin membersihkan sistem pilihanraya dinegara tercinta ini yang kononnya dinobatkan sebagai negara Islam neh... Wajar sekali seorang Muslim itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta. Berkata benar sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya Syaitan. FB |
GEREJA WISH AIDIL FITRI?!! BETUL!!!! Posted: 20 Aug 2012 05:38 PM PDT |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan