Muslimeen United |
- [BERGAMBAR] Aidil Fitri Disambut Di Seluruh Dunia
- MCA Kedah Sokong Hudud
- KANTOI! Negeri Karat Umno-APCO Pun Sambutan Merdeka Lemau!
- Aidilfitri bantu kempen PAS Kelantan?
- Tiga Golongan Manusia Menurut Al-Qur'an (Video Pilihan)
- Anugerah di Aidilfitri: Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang
- Pemuda Solat Di Atas Bumbung Teksi di New York Menjadi Tontonan Ramai
- Diselamatkan Dari Bunuh Diri Tapi Bakal Mati Juga Ditangan Skuad Penembak
[BERGAMBAR] Aidil Fitri Disambut Di Seluruh Dunia Posted: 21 Aug 2012 02:19 AM PDT Solat Aidul-Fitri didirikan oleh umat Islam seluruh dunia pada 1 Syawal kelmarin. Saksikan: | ||||||
Posted: 20 Aug 2012 10:57 PM PDT ALOR SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu. Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, rasionalnya mudah, hudud tidak melibatkan orang bukan Islam. "Sekiranya pelaksanaan undang-undang itu (hudud) membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, ia tidak akan jadi masalah termasuk kepada orang bukan Islam. DAP juga tidak patut membantah," katanya di sini, semalam. Itt Chew berkata, dalam keadaan sekarang, Pas yang memperjuangkan pelaksanaan hudud sejak penubuhannya, harus menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu berterusan menolak hudud. "Pas mesti buat keputusan yang lebih baik dengan meninggalkan PR. Selagi bersama PR, Pas tidak akan berjaya melaksanakan hudud," katanya. Dalam situasi begini, kata Itt Chew, Pas harus menyertai Umno dan BN untuk membina sebuah negara Islam yang lengkap. "MCA Kedah akan setuju jika Pas ingin menjalin kerjasama dengan Umno untuk meneruskan perjuangan Pas. Pas harus menerima setiap polisi yang ditetapkan parti dan tidak meletakkan sebarang syarat. "Saya melihat gabungan Umno dan Pas adalah satu tindakan yang baik demi masa depan rakyat dan negara," katanya. - Sinar Harian | ||||||
KANTOI! Negeri Karat Umno-APCO Pun Sambutan Merdeka Lemau! Posted: 20 Aug 2012 10:54 PM PDT Kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan masih belum begitu dirasai walaupun detik 31 Ogos hanya berbaki beberapa hari lagi. Tinjauan Sinar Harian ke beberapa lokasi mendapati, sambutan dalam kalangan peniaga agak dingin dengan hanya beberapa premis mengambil inisiatif memasang Jalur Gemilang tetapi kebanyakannya tidak mengendahkannya. Bukan hanya premis swasta tidak mengibarkan Jalur Gemilang, malah bangunan agensi dan jabatan kerajaan juga hanya dihias ala-kadar berbanding sambutan tahun sebelumnya. (Gambar: Beginilah keadaan menjelang sambutan Kemerdekaan di sekitar Telok Mas, Melaka yang membuktikan suramnya sambutan masyarakat walaupun di negeri yang ditadbir Umno-APCO sekalipun.) Mungkin ada yang mengaitkan dengan ketibaan Syawal yang menyebabkan sambutan tidak begitu dirasai, sebaliknya orang ramai lebih tertumpu kepada persiapan menyambut Aidilfitri. Seorang peniaga, Siti Norhadirah Kadar, 30, berkata, dia turut merasakan sambutan tahun ini tidak begitu meriah kerana tidak banyak Jalur Gemilang dipasang di lokasi strategik. "Sepatutnya lebih banyak Jalur Gemilang dipasang kerana ia bukan saja mencantikkan pemandangan dan menimbulkan suasana perayaan tetapi dapat menaikkan semangat patriotik. "Ulang tahun kemerdekaan hanya disambut setahun sekali dan seharusnya ia menjadi acara yang meriah. Jika mahu dikaitkan dengan Ramadan, ia tidak sepatutnya menjadi alasan," katanya. Seorang penduduk, Mohd Yusof Abd Rashid, 60, berkata, dia turut mengakui sambutan kali ini agak dingin dan muram kerana tidak banyak aktiviti berkaitan Hari Kemerdeakaan diadakan. "Mungkin ada persediaan di sana sini tetapi tidak begitu ketara kerana tumpuan orang ramai ialah berbuka puasa dan berkunjung ke bazar Ramadan," katanya. Sementara seorang lagi penduduk, Maznan Mohamad, 37, yang tinggal di Taman Seri Telok Emas juga bersetuju persediaan sambutan kemerdekaan tahun ini tidak begitu ketara. "Paling jelas ialah tidak banyak Jalur Gemilang dipasang di jalan raya utama, apatah lagi di bangunan sekitar bandar. "Sepatutnya ia perlu dimeriahkan dengan pelbagai acara yang dapat mengingatkan orang ramai mengenai sambutan Hari Kemerdekaan," katanya. | ||||||
Aidilfitri bantu kempen PAS Kelantan? Posted: 20 Aug 2012 08:12 PM PDT Ini kerana, sebagai parti pemerintah, mereka lebih berpeluang menganjurkan pelbagai program sambutan menjelang dan semasa Hari Raya, termasuk mendekati anak negeri yang berperantauan. Bagi pemerhati politik, keadaan ini amat menguntungkan, lebih-lebih lagi jika pilihan raya berlangsung tidak lama selepas hari raya Aidilfitri. Dalam pilihan raya umum lalu, parti Islam itu berjaya bangkit daripada kemenangan tipis pada 2004 dengan meninggalkan BN hanya enam daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Sebuah lagi kerusi dimenangi sekutunya PKR. Kejayaan itu dianggap pelbagai pihak ekoran kejayaan mereka mendekati golongan muda dan pengundi luar negeri Cik Siti Wan kembang itu. "Setelah belajar daripada 2008, strategi ini mungkin digunakan kembali. Sebabnya, pengundi dalam negeri, di kampung-kampung dapat dicula dengan mudah. Siapa memang dan jumlah undinya sudah tahu. "Tetapi ini tidak boleh dibuat terhadap pengundi yang baru pertama kali mengundi dan pengundi luar daripada Kelantan," kata penasihat eksekutif Ilham pusat tinjauan bebas Ilham Center Hisomuddin Bakar. Hisomuddin berkata, golongan itu amat penting didekati kerana mewakili kira-kira 30 peratus daripada seluruh pengundi negeri itu. Katanya, walaupun program sambutan perayaan hanya mampu menambahkan sokongan paling banyak sehingga 5 peratus, tetapi ia penting bagi PAS untuk mengekalkan sokongan sedia ada, sekitar 70 peratus daripada pengundi luar. BN boleh ambil pendekatan sama Malah, terdapat cakap-cakap bahawa Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat kini terpaksa bertungkus lumus menemui seramai mungkin pengundi luar menjelang pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi dengan mengambil peluang sempena ketibaan Hari Raya. Bagaimanapun, menurut seorang aktivis persatuan anak negeri, tindakan yang sama juga mungkin diguna pakai musuh politiknya daripada BN. "BN pun mungkin sudah belajar daripada kesilapan pada 2008. Dulu mereka tak kisah pun dengan persatuan anak negeri (Kelantan di perantauan)," kata Penasihat Persatuan Anak Darul Naim Selangor dan Kuala Lumpur (PERSADA), Wan Johari Wan Omar. Ditanya tentang isu utama yang boleh mempengaruhi undi golongan itu, Wan Johari berkata, ia masih berkitar soal kemudahan akses ke negeri itu, termasuk pembinaan lebuh raya. "Isu lapangan terbang, kena banyak penerbangan, jalan nak balik mesti mudah dan bila dah sampai sana mesti tak sesak. Itu sebab menteri besar sebelum ini umum projek Lebuh Raya Rakyat baru-baru ini," katanya lagi. PERSADA adalah antara NGO yang aktif selain Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) yang dianggap sebagai "badan payung". PAS Kelantan nafi sokongan merosot PAS Kelantan ketika dihubungi Malaysiakini bagaimanapun menolak tanggapan bahawa PAS kini lemah sehingga terpaksa menggunakan sambutan hari raya untuk berkempen. Sebaliknya, sokongan rakyat termasuk di perantauan kepada kepimpinan Nik Aziz dikatakan semakin bertambah sejak berjaya menekan kerajaan pusat dalam isu royalti minyak dan gas yang dituntutnya. "Itu (sokongan merosot) tidak betul. PAS Kelantan dan Pakatan Rakyat mendapat sokongan daripada rakyat secara menyeluruh. "Ini kerana isu-isu tempatan seperti royalti, bukan kerajaan negeri sahaja yang tuntut, tetapi rakyat sendiri kini juga menuntut," kata ketua penerangannya Dr Mohd Fadzli Hassan. Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Temangan itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ia "memberi kesan" kepada PAS dan Pakatan Rakyat sekiranya majoriti anak Kelantan tidak pulang untuk mengundi. "Mereka ingin mengetahui suasana politik di Kelantan seperti mereka buat (majlis berbuka puasa) baru-baru ini di Karangkraf (di Shah Alam). "Kita buat sekerap mungkin untuk penduduk luar Kelantan mengetahui suasana politik," katanya lagi. Sementara itu, seorang pemimpin kanan yang enggan namanya disebut berkata, kebimbangan terhadap kemerosotan sokongan anak negeri hanya tanggapan yang sentiasa ditimbulkan apabila pilihan raya semakin hampir, yang didakwanya menjadi trend sejak 1990. "Bagi saya kebimbangan itu sentiasa wujud disebabkan konfrontasi parti politik sebagai permainan fikiran untuk menarik sokonga rakyat," katanya. -M'kini | ||||||
Tiga Golongan Manusia Menurut Al-Qur'an (Video Pilihan) Posted: 20 Aug 2012 04:42 PM PDT | ||||||
Anugerah di Aidilfitri: Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang Posted: 20 Aug 2012 04:37 PM PDT George Town: Kualiti hidup rakyat Pulau Pinang yang mendiami rumah pangsa kos rendah (harga di bawah RM42,00) dan sederhana rendah (di bawah RM72,500) akan mengalami perubahan besar apabila Kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukan RM50 juta untuk untuk memperbaiki, menaiktaraf dan memulihkan rumah mereka dalam program HAPPY! Dalam kenyataan perutusan Hari Raya Aidilfitri, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, HAPPY! merupakan sebuah program sistematik buat pertama kalinya dilaksanakan mana-mana kerajaan negeri di Malaysia. "HAPPY! adalah Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang sebagai "dividen anti-rasuah" yang mana ia berdasarkan keyakinan bahawa kerajaan negeri akan memperolehi lebihan wang sekurang-kurangnya RM50 juta pada 2011 hasil usaha anti-rasuah dan menjalankan pentadbiran bersih berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT)." Ujarnya, kerajaan negeri mencatatkan lebihan sebanyak RM88 juta untuk 2008, RM77 juta untuk 2009 dan RM33 juta untuk 2010. "HAPPY! juga memperlihatkan komitmen kerajaan negeri untuk membawa perubahan besar kepada lebih 600 skim perumahan kos rendah dan sederhana rendah membabitkan puluhan ribu unit di Pulau Pinang." tambah Guan Eng. Dalam perkara berkaitan, Ahli Parlimen Bagan tersebut menjelaskan bahawa kerajaan persekutuan telah menubuhkan tabung penyelenggaraan RM500 juta untuk semua skim perumahan kos rendah dan sederhana rendah. Katanya, skim kerajaan persekutuan tersebut menawarkan pembiayaan kos sebanyak 90 peratus oleh kerajaan persekutun dan 10 peratus pula oleh penduduk untuk semua projek pembaikan atau penaiktarafan untuk rumah pangsa kos rendah. Manakala untuk rumah pangsa kos sederhana rendah ujar Guan Eng, 70 peratus kos dibiaya oleh kerajaan pusat dan 30 peratus oleh penduduk. Tetapi tambah Guan Eng, usaha tersebut gagal kerana kebanyakan penduduk rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah tidak mampu menanggung kos 10% dan 30% masing-masing. "Demi menjayakan program penyelenggaraan ini, kerajaan negeri akan menanggung kos 10% dan 30% ini bagi pihak penduduk rumah kos rendah dan sederhana rendah dengan RM50 juta ditanggung oleh kerajaan negeri untuk memperbaiki, menaiktaraf dan memulihkan rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah. "Untuk itu semua persatuan penduduk diminta buat permohonan dengan kerajaan persekutuan dengan segera. Ketua Menteri Pulau Pinang itu berharap agar pengumuman HAPPY! ini sedikit sebanyak menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta mampu merancakkan pembangunan ekonomi setempat pada masa yang sama mendesak agar tender terbuka hanya diadakan bagi kontraktor tempatan. "Di hari yang mulia ini, saya ingin mengucapkan semoga Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut dengan meriah dan juga ingatan agar kita dapat membezakan mana yang benar dan mana yang palsu serta jauhilah fitnah. Maaf zahir dan batin." Lim Guan Eng dalam ucapan aidilfitrinya. - roketkini | ||||||
Pemuda Solat Di Atas Bumbung Teksi di New York Menjadi Tontonan Ramai Posted: 20 Aug 2012 04:33 PM PDT Di atas ini menunjukkan keteguhan seorang muslim menjalankan solat wajib. Tanpa berlengah-lengah dia menunaikan ibadah wajib itu di atas bonet sebuah teksi dengan beralaskan sejadah.Peristiwa itu terjadi di salah satu sudut Kota New York, Amerika Syarikat. Masa tayangan video itu cukup singkat, hanya 34 saat. Kualiti gambarnya pun sangat baik. Mungkin diambil dengan kamera definisi tinggi oleh mat salleh yang melihat kejadian ini. KIta di Malaysia Macam mana ye ? | ||||||
Diselamatkan Dari Bunuh Diri Tapi Bakal Mati Juga Ditangan Skuad Penembak Posted: 20 Aug 2012 04:32 PM PDT Foto foto ini adalah gambaran detik mencemaskan yang terjadi di Wilayah Zhanjiang apabila seorang wanita cuba untuk membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan setinggi 9 tingkat namun berjaya diselamatkan oleh orang ramai termasuk dikalangan keluarga terdekat.
Pekerja penyelamat telah dihubungi apabila seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Sheng, telah terlihat sedang berada diatas bumbung sebuah bangunan berketinggian hampir 100 kaki. Usaha para penyelamat dengan menggunakan anak perempuan wanita tersebut untuk memujuknya berhasil apabila mereka dapat menghampiri wanita tersebut dan mencapai kakinya untuk menghalang beliau dari melakukan terjunan. Bagaimanapun, alasan atas tindakan nekad wanita tersebut untuk membunuh diri akhirnya diketahui apabila beliau sesudah itu mengaku telah menamatkan riwayat anak saudaranya dengan cara mencampakkan kanak kanak malang itu dari atas bumbung yang sama satu jam sebelum itu. Sheng, sebelum kejadian itu mengakui bahawa beliau telah terbabit dalam pertengkaran dengan iparnya iaitu ibu kepada anak tersebut, dan telah membunuh kanak kanak tersebut dengan cara menghumbannya dari atas bangunan itu sebagai membalas rasa sakit hatinya. Jurucakap polis tempatan melaporkan "Wanita itu mengaku bahawa beliau telah mencampak anak saudaranya dari atas bangunan itu". Dalam laporan yang sama kepada media beliau berkata "Biarpun dapat diselamatkan, wanita itu tetap akan menemui ajalnya namun kali ini dihujung senapang skuad penembak" ujarnya kesal. Fakta: Negara China adalah merupakan negara yang mencatatkan kadar bunuh diri antara yang tertinggi didunia dan berada di tempat ke 9 dalam senarai World Health Organisation (WHO). Dengan kadar kes bunuh diri yang dicatatkan pada 2010 sebanyak 22.23 bagi setiap 100, 000 penduduk, China berada dibelakang negara Latvia, Kazakhstan dan Korea Selatan. Bagaimanapun jumlah kematiannya lebih besar dari mana mana negara berdasarkan jumlah populasi negara tersebut. Jika kadar tersebut dinisbahkan dengan penduduk negara China yang berjumlah lebih 1 bilion orang, maka penduduk yang terlibat dengan perbuatan membunuh diri ini sudah melebihi jumlah 223, 000 orang pada tahun 2010 sahaja. WHO juga menambah, senarai mereka juga hanya berpandukan statistik yang dikeluarkan secara rasmi yang hanya bergantung pada laporan oleh pihak berkuasa Republik Rakyat China. Mungkin jumlah sebenarnya lebih besar dari yang dilaporkan. Tahun lepas, Jurucakap Biro Kesihatan Beijing, Mao Yu, melaporkan terdapat lebih dari 2 juta kes cubaan membunuh diri yang dilaporkan setiap tahun dan perbuatan bunuh diri ini adalah pembunuh terbesar bagi rakyatnya yang berusia antara 15 ke 34 tahun. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan