shalehudin |
- Jangan fitnah PDRM la woiii... kahkahkah...
- Lagi kegagalan kerajaan negeri Pakatan Rakyat [BACA]
- 4 Anggota POLIS rogol remaja berusia 19 tahun
- GAME yang paling Umno nanti nantikan...
- Ucapan Raya Anwar Ibrahim
- Blog Anwar digodam [Kerja sapa lagi kalau bukan cai2 Umno]
- Setiap kali Umno nak MAMPUIH... dot, dot, dot
- Tahukah anda TOL punya angkara? Hehe...
- [BACA] Fakta yang disembunyikan...
- Van Persie completes move to Manchester United
- DEPA nih terlalu kebal buat Najib
Jangan fitnah PDRM la woiii... kahkahkah... Posted: 18 Aug 2012 11:17 AM PDT Sebaran Lokasi Perangkap Had Laju Tidak Benar - PDRM KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu menasihatkan pengguna lebuh raya supaya tidak terpedaya dengan sebaran di laman blog dan Facebook berhubung lokasi perangkap had laju sempena Aidilfitri. PDRM melalui laman Facebooknya, berkata sebaran mengenai lokasi pemasangan kamera perangkap had laju menerusi laman sosial tersebut adalah tidak benar. Menurutnya, ini kerana PDRM tidak meletakkan secara tetap kamera perangkap had laju di jalan raya di seluruh negara. "Sehubungan itu, polis menasihatkan supaya orang ramai tidak mudah mempercayai maklumat yang disebarkan melalui bolg-blog dan facebook," demikian menurut laman Facebook berkenaan.Dakwaan tersebut mula tersebar di laman-laman sosial berkenaan dua hari sebelum pelancaran 'Op Selamat' sempena musim perayaan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada 10 Ogos lepas. Antara lain, sebaran di Facebook bertajuk 'Lokasi Perangkap Had Laju Sempena Aidilfitri 2012 PLUS' itu mendakwa terdapat sebanyak 40 lokasi perangkap had laju membabitkan laluan di Lebuhraya Utara-Selatan. Jumlah itu termasuk lima lokasi di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), empat di Lebuhraya ELITE dan tiga di Lebuhraya Kesas. Kira-kira 6,000 anggota keselamatan termasuk polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertugas sepanjang Op Selamat yang akan berakhir Jumaat depan. BERNAMA |
Lagi kegagalan kerajaan negeri Pakatan Rakyat [BACA] Posted: 18 Aug 2012 10:35 AM PDT Tasik Chini mungkin musnah lebih cepat lagi TEMERLOH: PAS Pahang berpendapat Tasik Chini boleh lenyap lebih awal daripada yang dijangkakan jika Kerajaan Negeri Pahang terus mengeluarkan lesen pembalakan, perlombongan dan perladangan tidak terkawal di sekitarnya. Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini sekali gus membuktikan kerajaan negeri dipimpin BN gagal menjaga khazanah alam yang sangat berharga itu. Mengulas pendedahan sebuah akhbar baru-baru ini bahawa tasik lagenda di Parlimen Pekan itu bakal lenyap 2030, Tuan Ibrahim juga menyalahkan kegagalan Kementerian Pelancongan menjaga produk pelancongan itu berbanding komitmen yang dibuat kepada Cameron Highland dan Bukit Frazier. "PAS percaya berdasarkan realiti, kemusnahan akan berlaku lebih cepat daripada itu (2030) jika terus dibiarkan kawasan tadahan air di sekitar Tasik Chini terus diceroboh dengan penebangan balak yang melanggar Akta Alam Sekitar. "Sepatutnya kontraktor tidak boleh diberi lesen untuk menebang balak atau melombong bijih besi sehingga melibatkan kerosakan bumi dan persekitaran sedangkan tasik tersebut telah diwartakan sebagai Taman Pelancongan," katanya.Baru-baru ini akhbar melaporkan, Tasik Chini yang diiktiraf sebagai kawasan Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bakal musnah pada 2030 akibat kegiatan pembalakan, perlombongan dan perladangan tidak terkawal di sekitarnya. Manakala 1,000 penduduk Orang Asli di sekitarnya juga bakal pupus kerana kehilangan sumber makanan, ubat tradisional dan kesan penggunaan air tercemar. Perkara tersebut didedahkan oleh Felo Intelektual Awam Asia (API), Dr Hezri Adnan yang berkata tasik tersebut sedang 'nazak' hanya menunggu masa menjadi kering akibat pemendapan dasar tasik. Tuan Ibrahim yang juga Ketua Perangan PAS Pusat berkata, kerajaan pusat juga tidak boleh berlepas tangan dan mesti bertanggungjawab membantu pemulihan Tasik Chini sebelum lenyap. "PAS percaya untuk membaikpulih kosnya terlalu besar jadi kita minta kerajaan pusat melalui Kementerian Pelancongan mesti juga membangunkan Tasik Chini kembali sebelum lenyap kerana tasik tersebut sangat popular sehingga pernah menjadi kunjungan seluruh dunia. "Tetapi oleh kerana tidak kreativiti seperti industri hiliran dan produk pelancongan, ditambah lagi kemusnahan alam sekitarnya akhirnya menyebabkan Tasik Chini gagal menarik pelancong malah bakal lenyap pula," ujarnya.Tuan Ibrahim berkata, Adun PAS pernah membuat usul di Dewan Undangan Negeri pada tahun 1999 dulu supaya kerajaan negeri membangunkan produk pelancongan Tasik Chini dan pemuliharaannya. "Jika tidak, bukan sahaja Tasik Chini malah Tasik Bera dan Tasik Paya Bungor juga akan mengalami nasib yang sama kerana ternyata kerajaan negeri kurang prihatin. Sedangkan khazanah alam ini merupakan kurniaan Allah yang tidak ada di tempat lain," jelasnya.Mengenai Orang Asli di Tasik Chini, Tuan Ibrahim berkata komuniti tersebut bakal berhadapan dengan kemiskinan yang sangat serius kerana tasik tersebut merupakan tempat pergantungan mereka sebagai sumber makanan dan minum. Sedangkan ikan-ikan mulai pupus disebabkan airnya berbau akibat tidak mengalir dan kawasan tasik semakin sempit kerana tidak ada langsung penyelenggaraan dan usaha pemuliharaan. Serentak dengan itu, PAS Pahang mendesak diambil tindakan segera sebelum tasik yang penuh lagenda itu lenyap sebagaimana yang diperkatakan oleh pengkaji dari universiti itu.- Harakahdaily |
4 Anggota POLIS rogol remaja berusia 19 tahun Posted: 18 Aug 2012 06:03 AM PDT Seremban, 4 Anggota Polis Merogol Remaja & Lebih Keji Dibulan Puasa SEREMBAN – Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu yang berlaku apabila empat anggota polis berpangkat konstabel yang diamanahkan menjaga keselamatan masyarakat didakwa merogol bergilir-gilir seorang remaja dalam satu kejadian di sebuah rumah di Port Dickson, di sini, tengah malam, 7 Ogos lalu. Turut diberkas, seorang lagi rakan serumah mereka yang turut memperkosa remaja berusia 19 tahun itu. Difahamkan, remaja terbabit berkenalan dengan seorang daripada anggota polis itu dua hari sebelum kejadian rogol berlaku dan bersetuju mengikut suspek pulang ke rumah. Sumber berkata, selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa dibawa pulang ke rumah di Port Dickson sebelum dirogol secara bergilir-gilir. Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh ketika dihubungi mengesahkan laporan mengenai salah laku anggotanya itu.- Kedahkini |
GAME yang paling Umno nanti nantikan... Posted: 18 Aug 2012 02:00 AM PDT Isu Hudud: Karpal Saman Nasharudin KUALA LUMPUR: Karpal Singh memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS itu berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam. "Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Sebuah akhbar pada Jumaat melaporkan bahawa Nasharudin mempersoal pakatan politik PAS dengan pihak yang 'menentang Islam'. Artikel itu memetik beliau sebagai berkata, "Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam". Dalam reaksinya, Karpal, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan PAS. Nasharudin, katanya, kini hanyalah 'ikan bilis' dalam PAS dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu. "Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin," katanya. BERNAMA |
Posted: 18 Aug 2012 12:32 AM PDT Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam. |
Blog Anwar digodam [Kerja sapa lagi kalau bukan cai2 Umno] Posted: 18 Aug 2012 12:00 AM PDT Blog Anwar digodam, tertera tulisan 'Saya Menyokong Israel' Tangkapan skrin blog Anwar Ibrahim semasa digodam. KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Blog Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam digodam dengan menghantar "post" palsu mengatakan bahawa beliau adalah penyokong zionis di Israel, termasuk dengan permohonan maaf kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai mesej perayaan Aidilfitri yang akan disambut esok. Ketua umum PKR itu menuduh "cybertroopers" dari musuh politiknya, Umno menyerang blognya (http://anwaribrahimblog.com) dalam usaha memalukan beliau di kalangan Netizen, selepas pemimpin pembangkang itu mengakhiri sesi chat Internet di Google Hangout. "Puak umno godam blog dan fitnah!" Anwar mengepos kenyataan itu di akaun Twitternya @anwaribrahim pada pagi ini, selepas merespon dari laman web mikroblog itu dari seorang yang dikenali sebagai @anuarazizi yang mahu mengetahui adakah mesej itu benar. Tuduhan memalukan yang dilakukan penggodam yang tidak dikenali itu sudah dibuang dari blog Anwar. Dikatakan blog itu digodam pada jam 11.50 malam dengan menghantar mesej palsu yang dikatakan dari Anwar. "Kami tahu bahawa ada "screen capture" dan akan disebarkan untuk memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata pengurus blog beliau.Akhbar Sinar Harian melaporkan bahawa penggodam itu telah memuatnaik kenyataan Anwar sebagai berkata, beliau malu dengan partinya yang mengejar jawatan perdana menteri dengan memalukan keluarga Najib. "Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi. Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain. "Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menghalang kehadiran mereka dalam hidup saya, maka dalam keterpaksaan saya perlu mengikuti kemahuan, desakan dan asakan bertubi-tubi mereka."Serangan godam ke atas blog beliau semalam dikatakan adalah serangan kedua, mengikut laporan dari Sinar Harian hari ini. Ia juga melaporkan akaun palsu Twitter telah dibuat dua minggu lalu untuk menghantar tweet yang kononnya datang dari pemimpin pakatan pembangkang itu. Setakat ini tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan godam itu, namun pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahu The Malaysian Insider bahawa parti itu percaya ia datang dari "cybertropper" Umno. "Kami yakin ini adalah serangan "cybertrooper" Umno. Siapa lagi yang nak buat perkara ni?" kata beliau lagi. "Mesej itu dikatakan tentang hubungan Datuk Seri Anwar dengan Israel," kata Nik Nazmi, dan berkata pihaknya sudah berjaya membuang pos itu semalam.Ahli dewan undangan negeri Seri Setia itu berkata penggodam telah mengambil kesempatan ketika Anwar baru sahaja menghabiskan sesi "Borak Bersama Anwar", yang bermula pada jam 10:30 malam semalam dan berakhir dalam masa sejam. Sementara Anwar menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat selepas dihalang oleh media perdana, sokongan di Internetnya masih lagi kurang berbanding perdana menteri Najib. Menurut tinjauan dari laman web pemantau sosial media socialbakers.com pada 8 Ogos menunjukkan Najib mempunyai 1,135,529 "likies" dan 801,833 "followers", sementara Anwar hanya 379,612 "likes" di Facebook dan 179,830 "followers" di Twitter. Tetapi "followers" mereka berharap Google Hangout akan mengembangkan pengaruhnya ke atas anak muda yang terdedah dengan Internet, dengan pengundi dari golongan ini mencecah 3 juta daripada 12 juta jumlah keseluruhan pengundi. Pembangkang sering dilihat mempunyai kelebihan di ruang siber berbanding Barisan Nasional, tetapi kebelakangan ini parti pemerintah itu berjaya meningkatkan kemampuan mereka di ruang siber dengan portal berita pro-BN dan sokongan di dalam Twitter. Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan perdana menteri Australia Julia Gillard telah menggunakan Google Hangout untuk berhubung dengan rakyatnya, disamping untuk kempen pilihan raya. |
Setiap kali Umno nak MAMPUIH... dot, dot, dot Posted: 17 Aug 2012 10:33 PM PDT Setiap kali Umno nak MAMPUIH... Ayat neh lah yang akan digunakan Umno untuk mengurut kepala Pas... Herannya, ada jugak segelintir dalam Pas yang masih menitik ayaq liuq dan sanggup mendepa tangan bersama-sama... Tun Mahathir Mohamad (dua, kiri) menyampaikan duit raya kepada penduduk di bahagian Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam. Hudud boleh dilaksana jika Pas sertai Umno JERLUN - Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR). Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam. "Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam. "Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud," katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam.Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam. "Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini. "Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan," katanya.Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama. "Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno. "Negara Islam lain juga menaruh harapan kepada Malaysia, namun masih ada orang yang cuba memecahbelahkan orang Islam. Oleh kerana itu hajat kita tidak tercapai. "Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap. "Kita tidak usah mempedulikan orang yang memperjuangkan hanya untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud," katanya. |
Tahukah anda TOL punya angkara? Hehe... Posted: 17 Aug 2012 07:37 PM PDT Tahukah anda, TOL menjadi punca utama kesesakan di lebuhraya selain kemalangan. Oleh itu hapuskan TOL dengan cara memangkah DAP, PAS, PKR dan parti-parti sekutu yang lain pada PRU 13. |
[BACA] Fakta yang disembunyikan... Posted: 17 Aug 2012 04:37 PM PDT Alasan Menteri kenapa jual kereta kepada negara luar jauh lebih murah? "Sebab vendor dan kos promotion"!! Begitulah bangangnya jawapan Menteri Umno. PADAHAL YANG MEMBUATKAN HARGA KERETA MAHAL ADALAH CUKAI-CUKAI YANG HAMPIR MELEBIH 100% ! Negara luar jual murah sebab mereka tak kenakan CUKAI der.. tolong lah buka mata!!! |
Van Persie completes move to Manchester United Posted: 17 Aug 2012 01:00 PM PDT LONDON, Aug 17 — Dutch international striker Robin Van Persie completed his move from Arsenal to Manchester United today after signing a four-year deal. Van Persie, who scored 37 goals for Arsenal in all competitions last season, is set to make his debut in United's Premier League opener against Everton on Monday. "Robin (picture) is a world-class striker with a proven record in England and in European football," United manager Alex Ferguson told the club's website (http://www.manutd.com). "His talents need no introduction to our fans — he has scored a number of goals against us in some classic battles with his former club. His movement, finishing and all-round ability are outstanding."British media reported that United paid £24 million (RM120 million) for the 29-year-old. "It's an honour to sign for Manchester United. I am looking forward to following in the footsteps of so many great strikers, bringing my experience and playing my part to help the team compete for the biggest trophies in the game," Van Persie said. "I can't wait to get started."Van Persie had one year remaining on his deal with Arsenal, who he joined in 2004. He said in July that he would not be extending his contract with the Londoners because he was unhappy with the direction they were taking. Arsenal, who finished third in the Premier League last season, have not won a major trophy since the 2005 FA Cup. — Reuters |
DEPA nih terlalu kebal buat Najib Posted: 17 Aug 2012 12:00 PM PDT Mengapa Najib Altantuya Enggan Dakwa Musa Aman Dan Taib Mahmud? Mana-mana pemikiran rakyat Malaysia yang waras kini mesti tertanya-tanya mengapa Perdana Menteri Najib Razak begitu keberatan untuk bertindak terhadap ketua menteri Sabah dan Sarawak, memandangkan bahawa kedua-dua didakwa menghadapi bukti-bukti kukuh menggalakkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang tidak terbatas. Kedua-dua Musa Aman dari Sabah dan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud yang telah lama berkhidmat adalah antara yang terkaya di kalangan 13 ketua menteri di Malaysia, setelah dilaporkan mempunyai kekayaan berbilion-bilion dan masih aktif mengumpul kekayaan dan hartanah domestik dan luar negara. FMT baru-baru ini telah menemuramah tiga penganalisis yang secara kolektif bersetuju bahawa keengganan Najib adalah disebabkan oleh tindak balas yang mungkin boleh membahayakan cengkaman parti pemerintah pada "simpanan tetap" di negeri-negeri Borneo. Walaupun khabar-khabar angin tidak mempersoalkan kepintaran percaturan politik pemimpin-pemimpin ini, bagaimanapun mereka tidak ragu-ragu bersetuju mengenai "kekebalan" kedua-dua mereka dan dakwaan bahawa ia adalah "ketakutan" buat Najib akan kehilangan sokongan mereka. Dr James Alin, seorang pakar ekonomi Universiti Malaysia Sabah (UMS), ketika ditemui, berkata bahawa sebarang cubaan untuk mendakwa kedua-dua lelaki itu akan mempunyai akibat yang tidak diingini ke atas Najib dan Barisan Nasional (BN). "Najib takut kehilangan sokongan dari kroni Musa dan Taib yang Najib sendiri dianggap sebagai dalam lingkungan BN dalam. "Akibatnya lain adalah keluarga Najib mungkin kehilangan rakan kongsi perniagaan. "Mereka menubuhkan sebuah perbicaraan monyet untuk Shahrizat Abdul Jalil untuk menutup penglibatan jelas dalam lingkungan kuasa Umno berkenaan isu Pusat Fidlot Nasional [NFC]. Najib kini terpaksa bermain secara selamat apabila berurusan dengan Musa dan Taib kerana dia tahu bahawa Anwar Ibrahim boleh bekerjasama dengan kedua-dua mereka dalam keadaan yang paling ekstrim sekalipun, "kata Alin.Alin yang merupakan lulusan universiti Jepun berpendapat bahawa Najib tidak mampu bertindak seperti Machiavelian sebagaimana yang ditunjukan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad. "Dia bergantung sepenuhnya kepada kroni beliau untuk menang di Sabah. Menentang Musa akan menjadi terlalu bahaya dari sudut politik kerana rakan-rakan Umno di Sabah, Upko dan PBS, [hanya] berpura-pura berjuang untuk rakyat Sabah. "Mengeluarkan Musa menjadikan Umno Sabah tidak stabil, dan BN akan hancur. [Di Sarawak], Najib tahu rakyat Sarawak sudah bosan dengan Taib tetapi tidak akan bertolak ansur dengan gangguan dari Kuala Lumpur ... "tambah Alin.Dan yang menjelaskan mengapa Najib, yang mendakwa untuk menggalakkan tadbir urus yang baik di Malaysia, begitu keberatan untuk bertindak terhadap "kembar berkuasa" di Malaysia Timur itu. Najib takut tindak balas Apa-apa tindakan terhadap kedua-dua lelaki itu akan melihat tindak balas yang boleh memintas menembusi kubu pertahanan Najib sendiri di Sabah dan di Sarawak. Oleh itu, ia akan menjadi lebih baik untuk membiarkan sahaja kedudukan mereka dan mengharap yang terbaik daripada keadaan tersebut dan fokus tertumpu untuk merampas kembali kerusi di Semenanjung walaupun agak mustahil. Apa yang penting ialah bagi BN untuk mendapatkan majoriti kerusi parlimen dari Sabah, Sarawak dan Labuan, yang secara keseluruhan sudah mempunyai 57 daripada 222 kerusi iaitu kira-kira satu perempat kekuasaan BN. Dr Arnold Puyok, seorang penganalisis politik dengan UiTM Kota Kinabalu, di samping berkongsi pandangan Alin bahawa Sabah dan Sarawak memegang kunci kepada survival politik BN, berkata bahawa Najib sedar bahawa kedua-dua pemimpin mempunyai sokongan "kuat" di kalangan pengundi luar bandar. "Najib perlu berhati-hati. Dia tahu sokongan untuk Musa dan Taib masih kukuh di kalangan pengundi luar bandar yang dapat menjelaskan mengapa tidak ada tindakan terhadap kedua-dua lelaki itu sehingga kini. "Bagaimanapun, berbanding Taib, kedudukan Musa adalah sukar sedikit kerana dia mempunyai isu dengan puak-puak dalaman Umno Sabah. Dia mungkin diminta untuk berhenti oleh Najib kerana tekanan daripada pemimpin Umno Sabah sendiri, "katanya.Puyok juga menyatakan bahawa ketiadaan pengganti yang sesuai untuk Taib boleh menjadi sebab mengapa memaksa beliau membiarkan Taib sekarang adalah satu-satunya pilihan tepat. "Tidak ada tanda bahawa Taib akan meletak jawatan dalam masa terdekat kerana dia masih tidak mempunyai pengganti yang sesuai," katanya.Seorang lagi penganalisis dari sebuah universiti di sini berkata beliau menjangkakan perdana menteri meminta Musa berundur sebagai ketua menteri tidak lama lagi dan membuka jalan bagi peralihan kepemimpinan baru, segar, mungkin dari kalangan menteri Musa "tetapi ia juga boleh menjadi mana-mana pemimpin Umno di luar Kabinet ". "Jika Musa enggan meletak jawatan, maka perkara yang seterusnya Najib boleh lakukan adalah untuk merombak Umno Sabah, menggantikan Musa sebagai ketua dan sama ada menggantikannya dengan timbalannya Salleh Said Keruak atau pemimpin lain," katanya, sambil menambah bahawa Umno Sabah juga tidak nampak pemimpin yang lebih baik untuk menggantikan Musa.Penganalisis yang enggan namanya disiarkan, juga berkata bahawa salah satu sebab mengapa Najib tidak mengambil tindakan tegas terhadap kedua-dua lelaki itu adalah ketakutan sendiri bahawa apa-apa tindakan menyerang akan membuka pekung busuk mengenai rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan dan Umno sendiri. "Jika Perdana Menteri membersihkan dirinya, maka dia sepatutnya telah mengambil tindakan, bukan sekadar memerhatikan rakyat yang bangun menentangnya," katanya. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan