Addin |
- Laluan MRR2 Bakal Runtuh?
- Selamat Aidilfitri Dari Blogger Addin
- Jumpa Di Mahkamah, Kata Ust. Nasha Kepada Karpal
- 4 Konstabel Polis Di Tahan Kerana Merogol
- Cybertroppers Umno Godam Blog Anwar, Papar Mesej Mohon Maaf Pada Najib
- Gadis Melayu Sanggup Hina Allah Kerana Teman Lelaki
Posted: 18 Aug 2012 10:53 AM PDT Tahap keselamatan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kembali menjadi perhatian apabila beberapa pengguna tampil menyatakan kebimbangan dengan mendakwa laluan di dua jejambat lebuh raya sepanjang 35 kilometer itu berbuai-buai atau bergoyang ketika trafik padat.Mereka mendakwa keadaan yang disifatkan sebagai luar biasa di lebuh raya itu dirasai dengan ketara ketika melalui jejambat di Kepong dan persimpangan Hotel Flamingo di Ampang semasa berhenti akibat terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Menurut Mohd Rizal Azman, 30, keadaan berbuai-buai di atas jejambat Kepong itu berulang kali dirasakannya terutama ketika jumlah kenderaan bertambah dan semasa hujan. Beliau yang tinggal di Flora Damansara dan kerap menggunakan laluan itu bagi menghantar isterinya ke tempat kerja di Selayang, berkata keadaan berbuai-buai itu luar biasa berbanding gegaran yang selalu dirasainya sebelum ini. "Saya melalui laluan itu boleh dikatakan setiap hari, selain hantar isteri bekerja saya juga kerap menggunakan lebuh raya itu untuk ke rumah bapa saya di Batu Caves setiap hujung minggu. "Saya akui laluan itu akan bergegar ketika trafik padat, itu biasa, tapi keadaan berbuai yang dirasakan sejak kebelakangan ini amat berlainan seperti berlaku gegaran gempa bumi kecil yang membuatkan kedudukan kita seakan-akan terhayun," katanya kepada Bernama hari ini.Kebimbangan itu turut dikongsi bekas pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Datuk Seri Azman Ujang yang menyifatkan insiden itu bukan sesuatu yang biasa dan memerlukan perhatian segera pihak berkuasa berkaitan. Beliau berkata pengalaman yang dilaluinya pada malam Rabu lepas itu agak mencemaskan kerana jejambat itu dirasakan seolah-olah bergerak. "Saya betul-betul terperanjat seolah-olah ada gempa bumi kecil di Kuala Lumpur dan keadaan itu berlaku lebih dari 10 saat. Saya perhatikan laluan di sebelah, tidak pula kelihatan sebarang kenderaan berat."Memang saya tahu masalah di MRR2 ini, ingat apabila sudah dibaiki masalah bergegar dah selesai tapi masih berlaku dan keadaannya lebih teruk," katanya yang ketika itu dalam perjalanan memenuhi jemputan berbuka puasa di Damansara. Beliau yang juga pengurus besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berharap keadaan itu dapat dipantau segera yang mana Jabatan Kerja Raya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang bertanggungjawab ke atas lebuh raya itu perlu melihat dan mengkaji semula kekuatan pembinaan jejambat itu. Sebelum ini, jejambat Kepong telah tiga kali ditutup bermula 2004 apabila penduduk Kepong memaklumkan terdapat lebih 7,000 rekahan di 31 daripada 33 tiang jejambat dan dua tahun kemudian laluan itu terpaksa ditutup sepenuhnya ekoran kerosakan lebih serius dikesan di jejambat itu. Pada Ogos 2008, jejambat Kepong ditutup buat kali ketiga kepada semua lalulintas selepas rekahan sekali lagi ditemui di tiang ke-28, memaksa kerajaan memperuntukkan lebih RM70 juta bagi membaik pulih jejambat yang boleh menampung 5,000 kenderaan pada satu masa itu. Sementara itu, seorang pengguna wanita yang turut merasai situasi sama ketika berada di jejambat di persimpangan Hotel Flamingo, berkata 'hayunan atau buaian' ketika kejadian adalah luar biasa berbanding gegaran yang dirasai ketika menggunakan laluan itu sebelum ini. &nbs Melihat keadaan itu tidak begitu ketara, namun apabila saya betul-betul berhenti di atas jejambat itu akibat kesesakan, saya dapat rasakan seolah-olah berbuai-buai," katanya yang enggan dikenali.Sebanyak 130,000 kenderaan termasuk treler menggunakan laluan MRR2 yang menghubungkan kawasan Kepong serta Selayang ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya setiap hari sejak dibuka pada 2002.- Bernama |
Selamat Aidilfitri Dari Blogger Addin Posted: 18 Aug 2012 08:08 AM PDT Selamat Aidilfitri dari blogger Addin, sayu mendengar takbir raya tapi sayu lagi apabila ramadhan meninggalkan kita. Entah tahun depan sempatkah kita? Marilah kita sambut kemenangan kita dalam mengerjakan ibadah dan menangani nafsu selama ramadhan. Moga ketakwaan dan didikan dalam madrasah ramadhan dapat diteruskan sehingga ke syawal dan ke bulan-bulan lain. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari Addin. Moga kita sama-sama melakukan perubahan ke arah masa depan yang lebih baik negara kita. Salam lebaran Addin |
Jumpa Di Mahkamah, Kata Ust. Nasha Kepada Karpal Posted: 18 Aug 2012 06:51 AM PDT SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa bersedia untuk bertemu di mahkamah jika Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mahu memfailkan kes fitnah ke atasnya berhubung satu kenyataan berkenaan dengan isu hudud dan negara Islam.Sambil menegaskan, menolak sebahagian Islam bermakna menolak Islam, Nasharudin berkata, beliau kekal dengan pendirian bahawa Karpal seorang yang anti-Islam."Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam. Saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal Singh adalah anti-Islam dan bersedia untuk bertemu beliau di mahkamah," kata beliau dalam kenyataan ringkas hari ini.Dalam satu kenyataan semalam, Karpal berkata, beliau telah memulakan prosiding mahkamah ke atas Ahli Parlimen Bachok itu.Karpal berkata beliau memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas itu semalam berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam. "Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam," katanya.Nasharudin mempersoal pakatan politik Pas dengan pihak yang 'menentang Islam'.Artikel itu memetik beliau sebagai berkata, "Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam".Dalam reaksinya, Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan Pas. Nasharudin, katanya, kini hanyalah 'ikan bilis' dalam Pas dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu."Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin," katanya.Dalam kenyataannya, Nasharudin berkata, "saya dididik di dalam Pas bahawa ajaran Islam itu adalah syumul merangkumi setiap aspek kehidupan.""Di dalamnya ada akidah, perundangan dan akhlak. Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam," katanya lagi.~sinarharian |
4 Konstabel Polis Di Tahan Kerana Merogol Posted: 18 Aug 2012 01:17 AM PDT Lima lelaki termasuk empat polis berpangkat konstabel ditahan selepas dipercayai merogol seorang remaja di sebuah rumah di Port Dickson, 7 Ogos lalu.Kesemua mereka dikatakan mengenali antara satu sama lain dan bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir di rumah salah seorang daripada mereka.Menurut sumber, wanita berusia 19 tahun itu berkenalan dengan salah seorang anggota polis tersebut dua hari sebelum kejadian dan bersetuju mengikut lelaki itu pulang ke rumah. Katanya, selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa dibawa pulang ke rumah sebelum dirogol secara bergilir-gilir."Empat lelaki berusia 20 hingga 28 tahun itu dikenalpasti bekerja sebagai polis berdasarkan pakaian seragam yang dipakai salah seorang suspek," katanya di sini, semalam. Menurut sumber, selepas lima hari kejadian, wanita berkenaan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Nilai, pada 12 Ogos, kira-kira 12 tengah malam."Bertindak atas laporan itu, kira-kira jam 12 tengah hari, empat suspek ditahan di balai polis tempat mereka bertugas, manakala seorang lagi lelaki ditahan di sekitar Port Dickson, hari yang sama," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahahan."Semua anggota polis berkenaan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan siasatan masih dilakukan dari segenap aspek," katanya.Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang melanggar undang-undang. ~info |
Cybertroppers Umno Godam Blog Anwar, Papar Mesej Mohon Maaf Pada Najib Posted: 18 Aug 2012 12:00 AM PDT SHAH ALAM - Blog Datuk Seri Anwar Ibrahim digodam dan dimuatkan dengan 'perutusan Aidilfitri', antara lain 'meminta maaf' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Laman itu, http://anwaribrahimblog.com, digodam kira-kira 20 minit selepas Ketua Pembangkang selesai muncul dalam sesi Borak Bersama Anwar Ibrahim malam tadi. Sesi yang bermula 10.30 malam berakhir sejam kemudian.Dalam mesej Twitter pagi ini, Anwar menulis: "Blog: Percubaan Menggodam Blog Dato' Seri Anwar Ibrahim. "Dalam kenyataan dikeluarkan, Pasukan Pentadbir Blog Anwar berkata, "untuk makluman pembaca, blog ini telah digodam sekitar jam 11.50 malam tadi dan sebuah posting palsu kononnya 'perutusan khas' oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimuat naik di blog ini.""Pihak pentadbir blog mengesahkan bahawa 'perutusan' tersebut adalah palsu dan bukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, justeru telah mengeluarkan 'posting' tersebut serta-merta," kata kenyataan itu.Kenyataan itu menambah, pihaknya difahamkan keratan skrin posting tersebut telah berjaya dirakam dan kini giat disebarkan oleh 'cybertroopers' Umno bertujuan memburuk dan memfitnah Anwar. Ia serangan siber kedua selepas dua minggu lalu akaun palsu Twitter diwujudkan dan siri mesej dikeluarkan seolah-olah untuk Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).Mesej yang diposkan oleh penggodam di laman blog Anwar antara lain berbunyi, "saya sebenarnya merasa sugul dan berdosa dengan keterlampauan beberapa pihak dalam pasukan kita, di mana dalam usaha kita mengejar kedudukan dan jawatan Perdana Menteri, kita telah jauh pergi hingga memfitnah Datuk Seri Najib dan keluarganya." "Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi. Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain."Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidakmampu untuk menghalang kehadiran mereka dalam hidup saya, maka dalam keterpaksaan saya perlu mengikuti kemahuan, desakan dan asakan bertubi-tubi mereka." |
Gadis Melayu Sanggup Hina Allah Kerana Teman Lelaki Posted: 17 Aug 2012 10:45 PM PDT Astagfirullahaladzim. Penulis sangat terkejut apabila membaca satu komen di facebook yang seolah-olah menghina Allah SWT. Seorang gadis yang dikatakan berumur 14 tahun seolah-0lah tiada pegangan agama apabila membalas komen dari rakannya. Ramai orang yang bersetuju jika penulis mengatakan "cinta itu buta", tetapi kita sebagai Umat Islam seharusnya ingat jangan sesekali kita buta hati kita kepada Allah kerana cinta kita kepada manusia. Sesungguhnya cinta paling agung adalah cinta kita kepada Allah dan Rasul. Cinta itu yang akan kekal abadi dan sebagai bekalan kita di hari akhirat. Sumber ~fb |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan