Muslimeen United |
- XPRESI RAYA PEMUDA PUCHONG
- Video : Menarik !!! Iklan Raya Rakyat Kelantan 2012
- Bangunan Dicatkan Dengan Lambang PAS Di Mesir
- MCA S'gor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam
- Biodata Lengkap Dan Siapakah Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Pendakwah
- Takut pada PAS, situasi sudah kelam-kabut
- Antara tapis internet dan tapis pilihanraya
- Berita Bergambar : Rombongan Dari Yaman Ziarah Tuan Guru Nik Aziz di pejabatnya
- Gambar Kemusnahan Bandar Alepo Akibat Serangan Jet-Jet Kerajaan Syria
Posted: 18 Aug 2012 08:28 AM PDT |
Video : Menarik !!! Iklan Raya Rakyat Kelantan 2012 Posted: 18 Aug 2012 08:10 AM PDT Qabil yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung dan teringatkan kisah silam beliau ketika masih kecil dahulu. Iklan Raya Khas mewakili rakyat Kelantan, membawakan mesej tuntutan royalti rakyat Kelantan & pembinaan lebuhraya rakyat KB-KK Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.TV Wau |
Bangunan Dicatkan Dengan Lambang PAS Di Mesir Posted: 18 Aug 2012 08:04 AM PDT Semangat PAS Bukan Sahaja Di Malaysia Tapi Di Timur Tengah. Misti korang ingat foto ini diambil di Malaysia bukan, korang silap sebab foto ini bukan diambil di Malaysia, tapi nun jauh di Mansurah, Mesir...Allahhuakbar!! -fb Busman Dulu para pelajar kita berpakaian kuning, Menteri Luar, Anifah Aman sibuk mengulas kononnya Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra, melahirkan rasa dengan memakai baju kuning serta memegang kain rentang 'duduk bantah', malah siap berbohong menyatakan "kuota haji yang dikeluarkan Arab Saudi kepada Malaysia akan dikurangkan, malah tidak mustahil tidak diberi langsung". Sementara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula, berkata kerajaan Arab Saudi amat sensitif terhadap sebarang bentuk demonstrasi. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak ketinggalan bersuara mengharamkan umat Islam menyertai BERSIH. Sekarang nah, ketiga-tiga bolehlah buat kenyataan lagi, menyatakan Presiden Morsi hantar "nota diplomatik" supaya bangunan-bangunan di Mesir jangan dicatkan dengan lambang bulan .... Hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya, lagi kamu tekan PAS, ia akan lagi bersemarak, bukan sahaja di Malaysia malah di seantero dunia! -GB |
MCA S'gor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam Posted: 18 Aug 2012 08:03 AM PDT "MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim. "Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina. Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud. -M'kini |
Biodata Lengkap Dan Siapakah Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Pendakwah Posted: 17 Aug 2012 03:34 PM PDT Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir. Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak "mempopularkan" Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus. Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu "band boy". Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor. Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal. Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan. Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua "Punk" menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog. # Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6. # Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985 # Mulai belajar agama sekitar tahun 1990. # Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun. # Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai Nama : Ustaz Azhar Bin Idrus Tarikh Lahir: 12 Februari 1964 Berasal: Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Hobi : Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan. Pendidikan : 1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah. 2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2) 3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6) 4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990. 5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun Pengalaman : 1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau. 2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai. 3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya Isteri : 1. Rogayah Binti sulong, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1978 (42 Tahun) 2. Wan Halimatun Nisa' Binti Wan Mohd Nor (26 Tahun) Anak : 1.Nur Madihah Asyiqin (20 tahun) 2.Nur Farhah (19 tahun) 3.Mohd Faqihuddin (18 Tahun) 4.Mohd Zuhaili (16 tahun) 5.Ikhwan Najmi (14 tahun) 6.Khairul Mukmin (7 tahun) 7.Rasydan (6 tahun) Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT. Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar Idrus (Original) Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang. Sering sahaja kata-kata UAI disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai seorang yang sesat.Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah. Ianya jelas tidak akan mendatangkan kebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman anda. P/S: Ambe mengenali Ustaz Azhar sejak tahun 2004, semasa tu dia x terkenal lagi..dulu ceramah keras sikit sekarang nie slow sikit..hehe..Org pernah tanya dia..kenapa Ustaz orang mencari jalan untuk memburukkan Ustaz..Ustaz jawab kalau orang x marah maknanya perjuangan kite x betullah, Nabi Muhammad pun kena maki nie kan pulop aku..hehe |
Takut pada PAS, situasi sudah kelam-kabut Posted: 17 Aug 2012 03:32 PM PDT Sekarang Umno kuat melancarkan serangan keatas DAP dan KeADILan. Mungkin ini berlaku kerana Umno sudah berasa gerun disebabkan oleh ramai orang ternama sedang menyertai PAS. Oleh itu strategi yang mudah untuk Umno ialah untuk menyerang DAP dan KeADILan untuk melemahkan PAS. Serangan ke atas DAP berbentuk memburuk-burukkan DAP dengan mengeluarkan kenyataan melalui media dibawah kawalan mereka bahawa adalah haram untuk menyokong DAP. Tetapi bagaimana pula dengan MCA yang sering memperlekehkan Islam? Presiden MCA iaitu Chua Soi Lek pernah mengeluarkan kenyataan bahawa negara-negara Islam adalah mundur. Selain dari itu, MCA juga telah mengugut akan keluar dari BN jika Umno melaksanakan Hukum Hudud. Malah semasa berdebat dengan Setiausaha-Agung DAP iaitu Lim Guan Eng pada bulan Februari yang lalu, Presiden MCA itu telah dengan terang-terangan sebut bahawa MCA berani menentang Umno dalam bab Hudud manakala DAP telah tunduk kepada PAS dengan mendiamkan diri. Ini jelas menunjukkan bahawa MCA seribu kali lebih teruk lagi dari DAP yang hanya menolak perlaksanaan Hudud dengan hujahan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan sahaja. DAP juga sentiasa menghormati ugama Islam sepertimana yang telah tertera dalam Perlembagaan Persekutuan. Agenda Umno disini ialah tidak lain dan tidak bukan satu cubaan melaga-lagakan PAS dengan DAP dengan tujuan untuk menumbangkan Pakatan Rakyat sebab jika Pakatan tumbang maka PAS akan gagal ke Putrajaya. Serangan keatas KEADILAN pula dilancarkan keatas Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim dari parti KeADILan. BN telah cuba menakut-nakutkan rakyat negeri Selangor bahawa bekalan letrik mungkin terjejas disebabkan oleh kepimpinan Khalid yang tidak efisyen. Ini selepas cubaan menakut-nakutkan rakyat negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bahawa bekalan air mungkin akan terjejas juga dengan menggunakan alasan yang sama. Nampaknya BN gemar main dengan api dan air demi meraih sokongan rakyat sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal menjelang ini. Namun demikian jika PRU13 diadakan pada bulan Oktober hingga Disember selepas Belanjawan dibentangkan oleh BN pada 28hb September, Belanjawan yang baru akan dibentangkan oleh Pakatan selepas PRU13 jika Pakatan menang dan Pakatan Rakyat akan dapat melancarkan serangan yang lebih kuat terhadap BN dengan membentangkan idea-idea Pakatan yang lebih mesra rakyat pada masa kempen pilihanraya nanti. "Walaupun Belanjawan BN penuh dengan gula-gula untuk mengumpan rakyat, berbagai alasan boleh diberikan untuk menidakkan gula-gula tersebut selepas BN menang. Justeru itu, semoga rakyat janganlah mudah diperdayakan," kata Dr. Dzulkefly Ahmad, Anggota Parlimen Kuala Selangor dari PAS. Jika PRU13 diadakan sebelum Belanjawan, contohnya pada 16hb September, BN tidak dapat mengumpan rakyat. Ini bermakna BN kini sudah mengalami kesukaran untuk mengadakan pilihanraya - sebelum Belanjawan pun sukar dan selepas Belanjawan pun sukar sebab masa sudah suntuk - dari pertengahan bulan September hingga hujung bulan Oktober ialah musim Haji, lepas itu dalam bulan November pula ialah masa peperiksaan SPM dan STPM dimana dewan sekolah digunakan dan pada bulan Disember pula, ibubapa sibuk membuat persiapan untuk anak-anak mereka balik ke sekolah dan banyak lagi urusan peribadi perlu diselaraskan sebelum tahun baru bermula. "Jelaslah BN sudah terlambat dan berada dalam keadaan yang amat terdesak sekarang," sambung Dr. Dzulkefly. |
Antara tapis internet dan tapis pilihanraya Posted: 17 Aug 2012 03:29 PM PDT Sebelum ia digazetkan pada 31 Julai 2011 , pindaan akta 114A ditransformasikan dari ilham Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dengan cadangan "internet perlu penapisan". Antara alasan Rais ialah untuk mengekang akses pornografi yang menganggap ianya boleh merosakkan akhlak dan kesantunan masyarakat apalagi Malaysia merupakan negara Melayu Islam terbesar di dunia. Walhal, semada beliau sedar atau tidak mengetahui sedikitpun, industri pornografi telah lama mengeluarkan produk majalah, video tape, vcd dan terkini dalam bentuk DVD yang mudah didapati di kaki lima sebelum era Mahathir melancarkan MSC lagi. Apapun, ilham Rais terhadap "penapisan internet" mendapat protes meluas dan hebat melibatkan segenap lapisan umur masyarakat seperti pelajar universiti, pekerja ladang, kakitangan kerajaan sendiri termasuklah dikalangan pelajar-pelajar sekolah. Najib lembut hati? Pemimpin-pemimpin UMNO telah lama sedar, selain mampu menikmati laman pornografi dengan mudah, rakyat negara ini mempunyai akses yang lebih cepat, mudah dan privasi dalam apa sahaja informasi negara dan dunia. Lihatlah bagaimana Sidi Bouzid menempa sejarah hebat di Tunisia dengan tersebarnya berita kematian Bouazizi yang protes sampai mati terhadap ketidakadilan dan kezaliman penguatkuasa yang telah mencetuskan Arab Spring di Timur Tengah. Bermulalah era baru revolusi hujung jari dunia IT melalui facebook dan twitter. Tetapi, cetusan rasa Rais tetap tidak dihampakan sehinggalah pindaan dibuat terhadap seksyen 114A Akta Keterangan anjuran Pusat Kewartawanana bebas (CIJ). Dan apabila ia berkuatkuasa, sekali lagi ia mendapat protes dan kemuncaknya adalah pada 14 Ogos 2012 kelmarin. Sebanyak puluhan laman web telah melancarkan protes "internet blackout" selama 24 jam. Memperlihatkan protes "internet blackout" yang mendapat sambutan hangat tersebut, maka berkicaulah memanda Najib dalam tweeternya @najibrazak: I have asked Cabinet to discuss section 114A of the Evidence Act 1950. Whatever we do we must put people first . "Saya telah meminta Kabinet untuk membincangkan seksyen 114A Akta Keterangan 1950. Walauapapun, rakyat mesti didahulukan"-tweet Najib Razak. Wah. Nampaknya Najib telah lembut hati, prihatin kepada suara rakyat. Salah satu modal politik oposisi tak boleh dipakai lagi… Tapis pilihanraya barulah janji ditepati Jika pindaan akta ini diumumkan untuk dimansuhkan. Ia tetap bermakna kemenangan kepada rakyat terutamanya kepada makhluk dunia maya seperti kita. Walau bagaimanapun, seperti pemansuhan ISA yang digantikan dengan akta Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) ia tidak memberi makna apa-apa selain risiko salah guna kuasa pemerintah yang semakin terbuka luas. Sekarang, marilah bersangka baik. Najib memansuhkan pindaan tersebut demi mewujudkan ruang maya yang bebas seperti fitrahnya. Noktah. Maka kita boleh bebas memberi komen dan kritik terhadap ceramah bersiri Umi Hafilda, Ibrahim Ali, Hasan Ali dan sebagainya,kita boleh bertukar pandangan dan kritik terhadap rencana dan isu yang berbangkit dalam blog, facebook dan forum-forum dan lama kelamaan, berlakulah proses pematangan minda rakyat dengan lebih berkesan. Protes "internet blackout" ini telah berjaya menghimpunkan hampir 60 laman web dan blog untuk menyuarakan bantahan ini. Kalaulah menteri-menteri, pimpinan UMNO boleh terfikir untuk menapis rangkain internet, sangat wajarlah kiranya mereka juga berfikir untuk menapis sistem pilihanraya kita yang telah terbukti kotor. Apakah slogan dan 'kicau' Najib yang mahu "rakyat perlu didahulukan" ini benar-benar jujur dan bagaimana pula dengan tiga kali himpunan Bersih yang dianjurkan. Biarpun ratusan ribu rakyat pelbagai bangsa dan agama turun ke jalan-jalan yang menguningkan Kota Kuala Lumpur, malang sekali apabila kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib menyantuni kita dengan canister, cota dan semburan air asid. Tuntutan Bersih yang kita laungkan ini bukanlah perkara baru, bukan juga perkara remeh. Sebesar manapun isu kafir harbi yang baru-baru ini dimainkan, rakyat tidak akan lupa. Kalau najib benar-benar mendahulukan rakyat. Apalah salah kiranya kesemua lapan tuntutan Bersih ini dilaksanakan segera. Lagipun, pilihanraya sudah semakin hampir. Najib perlu menepati segala janji-janji transformasi politik, ekonomi dan undang-undang yang telah dilaungkannya. Tak salah kan?-Roketkini.com |
Berita Bergambar : Rombongan Dari Yaman Ziarah Tuan Guru Nik Aziz di pejabatnya Posted: 17 Aug 2012 03:28 PM PDT |
Gambar Kemusnahan Bandar Alepo Akibat Serangan Jet-Jet Kerajaan Syria Posted: 17 Aug 2012 03:27 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan