shalehudin |
- Perangai lagu ni yang Anwar nak? Alahai Sabah woii, haha...
- BOLEH percaya ka kat MANGKOK neh...
- Doa Buat ROHINGYA
- Mati serentak menjelang Aidifitri
- Masa terbaek Anwar beraksi...
- Besar sungguh perut MP Be End neh...
- Penjelasan MB Perlis isu PhD miliknya
- Perghh... Klasik betoi lagu raya neh [Tengok]
- Ustaz Nasha buat-buat tak faham
Perangai lagu ni yang Anwar nak? Alahai Sabah woii, haha... Posted: 17 Aug 2012 11:09 AM PDT Defector returns to Upko (The Star) - A senior Upko division leader who followed Tuaran MP Datuk Wilfred Bumburing out of the party has returned to the fold after the announcement of the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants in Sabah. Tuaran Upko division treasurer Daukim Gilu said he is now convinced that the RCI announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on Aug 11 was a positive step towards resolving the illegal immigrant problem. "I have no more motivation to continue promoting the so-called Sabah Reform Movement (led by Bumburing)," he said, adding that he had joined the movement because of delays in the setting up of the RCI. "I am happy with the composition of the RCI panel in terms of calibre and integrity. I am confident the RCI will meet its objectives to resolve the illegal immigrants issue in Sabah," he said.Daukim said he was happy that Upko together with other Barisan components would be submitting their views on the issue of illegal immigrants and the extraordinary rise in Sabah's population blamed on the issuance of identity cards. "I have therefore decided to continue my political struggle through Upko and Barisan and fully support the party leadership of Tan Sri Bernard Dompok and Tuaran division chief Datuk Wilfred Tangau," he said.Bumburing quit Upko to launch a self-styled Sabah Reform Movement on July 29, a day after Umno's Beaufort MP Datuk Lajim Ukin also launched a similar but different movement called Sabah Alliance for Change. Bumburing and Lajim are aligned with the opposition Pakatan Rakyat. |
BOLEH percaya ka kat MANGKOK neh... Posted: 17 Aug 2012 08:30 AM PDT Bekas Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Masuk PAS Dedah Konspirasi Rampasan Kuasa SHAH ALAM 16 OGOS : Bekas Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong mendedahkan konspirasi berhubung rampasan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada tahun 2009 lalu dalam wawancaranya yang dipetik melalui PerakDaily. Wawancara dikendalikan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Misbahul Munir, Abdullah berkata beliau dipaksa mengeluarkan kenyataan atas arahan pihak 'atasan' mengatakan Speaker yang sah ketika itu, V Sivakumar sebagai tidak sah. Katanya, tindakan itu adalah disebabkan tekanan dari pihak atasan dan tidak berupaya untuk mengelak. "Ketika kemelut politik yang memuncak, saya menjadi serba salah antara amanah dengan kepentingan pekerjaan. "Semua kenyataan berkaitan sidang dewan dan sebagainya saya perlu keluarkan dan perlu ditandatangan atas kapasiti saya sebagai setiausaha DUN sehinggalah saya mengeluarkan satu kenyataan yang kontroversi itu. "Daripada kenyataan itu juga, sidang DUN terpaksa diadakan di bawah pokok kerana Adun Pakatan dihalang memasuki dewan," katanya dalam wawancara itu. Tambahnya, Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tidak pernah dijatuhkan undi tidak percaya oleh ahli dewan. "Dan sebab itu saya tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan beliau tidak terlucut jawatannnya sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan sebaliknya," katanya.Jelasnya, jika mengikut Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, jawatan Menteri Besar gugur dengan tiga perkara iaitu disabitkan dengan salah laku tatatertib atau hilang kelayakan sebagai Adun, perletakan jawatan dan apabila berlakunya pembubaran DUN. "Ahli Dewan juga boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar dan sekiranya majoritinya mengundi tidak percaya, Menteri Besar ketika itu mempunyai dua pilihan iaitu meletak jawatan ataupun memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN bagi pilihan raya semula diadakan," katanya.Ketika mengulas insiden Sivakumar diusung keluar ketika sedang menjalankan tugas sebagai Speaker, Abdullah berkata Umno-BN ketika itu sebenarnya tidak mempunyai kuasa sepenuhnya di dewan. Bagaimanapun, Umno-BN tidak menghiraukannya malah mereka tidak 'nampak' ada satu lagi institusi ataupun jawatan Speaker yang ketika itu masih lagi dari kalangan Pakatan Rakyat. "Tidak lengkap mendapat jawatan Menteri Besar jika belum menukar Speaker DUN kerana Speaker berkuasa penuh di dalam dewan ketika itu masih Pakatan Rakyat jadi bermakna Pakatan Rakyat masih berkuasa di Dewan Negeri. "Malah semasa sidang DUN pada 7 mei 2009 yang berlaku dalam keadaan tegang itu, saya tidak nampak dan dengar speaker mengarahkan timbalannya mempengerusikan sidang DUN. "Tetapi secara tiba-tiba Timbalan Speaker, Hee Yit Fong mengadakan satu sidang di hujung dewan untuk melantik Speaker baru dan saya sebagai Setiausaha DUN berasa pelik," katanya.Abdullah menjelaskan mengikut Peraturan Tetap Dewan, tiada satu pasal pun yang membenarkan keadaan itu berlaku dan itu menunjukkan Peraturan Tetap Dewan dilanggar. "Saya tidak pasti siapa yang mengusung Sivakumar ke luar dewan dan sudah pasti ia bukan kakitangan dewan kerana saya mengenali semua staff-staff tambahan yang dilantik bagi membantu Bentara Dewan. "Kejadian tersebut telah menjadi sejarah dunia kerana ianya tidak pernah berlaku di mana-mana Negara Komanwel mahupun negara lain," katanya.- Selangorku |
Posted: 17 Aug 2012 05:26 AM PDT Doa ini Khas untuk saudara Islam kita di Myanmar... kami di TV Al Hijrah sentiasa berusaha menyedarkan dunia tentang mereka... Sila share video clip ini jika anda menyokong usaha kami.. Sama-sama kita berdoa.... |
Mati serentak menjelang Aidifitri Posted: 17 Aug 2012 05:15 AM PDT Keterangan gambar - ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Sundar-Terusan, Lawas kelmarin. Hari Raya Aidifitri yang dijangka disambut pada Ahad ini memberi makna yang memilukan buat sebuah keluarga apabila lima ahlinya menemui ajal selepas van yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 5, Jalan Sundar-Terusan di sini kelmarin. Kejadian pukul 5.50 petang itu mengakibatkan Mohd. Tafia, 45; Nur Khairunisa Nazwa Omar, 17; Zaimah Mohd. Taib, 12; dan Nurul Husna Izzati Imbran, 17, maut di tempat kejadian manakala ibu Nur Khairunisa Nazwa, Mariah Awang, 37, meninggal dunia di Hospital Lawas. Sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Awat-Awat di sini selepas membeli kelengkapan raya di pekan Sipitang. Jarak antara dua tempat itu kira-kira 50 kilometer. Difahamkan, sebelum membeli-belah, Mariah bersama suami, Omar Abdul Rahman, 40-an, pergi ke pekan Sipitang untuk menjemput Nur Khairunisa Nazwa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Gadis itu menuntut di Politeknik Kuching, Sarawak. |
Posted: 17 Aug 2012 03:26 AM PDT Anwar akan berhadapan dengan 'soalan-soalan susah' di sesi Google Hangout kata PKR KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan muncul di sesi Google Hangout malam ini, memberi peluang untuk ketua pembangkang persekutuan itu untuk mempamerkan keupayaan bagi menjawab "soalan-soalan susah" daripada orang ramai, kata PKR hari ini. Anwar (gambar) akan menjadi rakyat Malaysia pertama dan ahli politik Asia Tenggara pertama muncul ke udara di acara Google Hangout, kata pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada pemberita hari ini. Pengarah strategi media sosial PKR, Praba Ganesan berkata bahawa pemimpin-pemimpin Asia Tenggara lain masih belum mempunyai forum dalam talian yang sama lagi "kerana ia adalah penglibatan secara langsung dan meletakkan pemimpin di kerusi panas". Beliau juga berkata "tidak ramai pemimpin yang mempunyai keupayaan berurusan dengan soalan secara langsung dan soalan-soalan yang tidak meyenangkan", sambil menambah bahawa Pakatan Rakyat (PR) sedang dalam keadaan untuk "mengubah budaya mendekati rakyat di negara ini." Nik Nazmi berkata: "lebih daripada 700 orang telah menandakan kehadiran mereka di halaman Facebook" dan menjangkakan lebih ramai yang akan melihat sesi yang dsiarkan secara langsung itu, sambil menambah bahawa iklan mereka di Google telah "mencatatkan 40,000 hits." Facebook dan halaman Google + yang ditubuhkan untuk acara yang diberi nama "Borak Bersama Anwar" sebagai sesi Google Hangout dengan pemimpin de facto PKR dan ketua pembangkang yang akan disiarkan secara langsung melalui YouTube. "Bilik Chat Borak Bersama Anwar" di YouTube ditetapkan pada 10:30 malam ini waktu tempatan, dua hari sebelum rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri. Parti itu juga telah menubuhkan # BorakAnwar sebagai hashtag rasmi untuk acara itu yang akan digunakan di laman microblogging, Twitter. Orang ramai boleh mengemukakan soalan-soalan mereka melalui Twitter, Google Plus dan Facebook. Sekumpulan ahli panel akan menurunkan 40 peratus soalan, manakala 40 peratus lagi akan datang dari soalan bertulis dalam talian dan yang lain adalah dari soalan-soalan terpilih yang dikemukakan pada majlis itu. Praba berkata itu membuat 60 peratus daripada soalan-soalan tidak dirancang. Nik Nazmi berkata topik pada malam ini merupakan gabungan soalan serius dan ringan untuk memastikan penonton bertahan untuk sesi sejam. Mereka berdua berkata, ahli panel dipilih secara berhati-hati untuk menjadi wakil penduduk Malaysia, dengan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara untuk menjadi tetamu malam ini. Walaupun Anwar menggunakan Internet untuk menyampaikan mesej selepas disekat daripada media arus perdana, kehadiran dalam internet masih kurang daripada lawannya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Satu semakan di tapak pemantauan media sosial socialbakers.com pada 8 Ogos, menunjukkan Najib mempunyai 1,135,529 "suka" di Facebook dan 801,833 pengikut di Twitter terhadap 379,612 "suka" Anwar di Facebook dan 179,830 mengikutinya di Twitter. Tetapi pengikut-pengikutnya berharap Google Hangout akan mengembangkan pengaruhnya kepada pengundi muda di internet, yang terdiri daripada tiga juta daripada 12 juta pengundi negara. Pakatan pembangkang PR sentiasa dilihat ke hadapan ruang siber berbanding BN akan tetapi dalam beberapa bulan kebelakangan ini, parti pemerintah telah meningkatkan kehadiran mereka dalam internet dengan mewujudkan beberapa portal berita pro-BN dan peningkatan bilangan penyokong yang mengambil bahagian dalam Twitter. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Perdana Menteri Australia Julia Gillard juga menggunakan Google Hangout untuk mendekati rakyat mereka, dengan Obama menggunakannya sebagai sebahagian daripada kempen pemilihan semula.- TMI |
Besar sungguh perut MP Be End neh... Posted: 17 Aug 2012 01:30 AM PDT MP yang tak berjenih camni, tak masuk PR pun tak pa... TERKINI!!! Lagi pemimpin BN hilang kelayakan jadi MP Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal, diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Labuan pada 7 Ogos lalu, sekali gus boleh menyebabkannya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Notis kebankrapannya diiklankan dalam sebuah akhbar tempatan, kelmarin dan rujukan boleh dibuat di laman web carian e-insolvensi www.insolvensi.gov.my. Notis dikemukakan Pengarah Insolvensi negeri, Leo Anak Saga, itu menyebut permohonan bagi mengistiharkan Yussof sebagai muflis dibuat di Mahkamah Tinggi Labuan pada 24 Mei lalu dan perintah penghukuman dibuat terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Labuan, Selasa lalu. Ia turut mengarahkan hutang harus dibayar Yusoff perlu dijelaskan kepada Pengarah Insolvensi negeri di alamat Cawangan Kinabalu, Aras Lima, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan Sulaman Ukas, 88450, Kota Kinabalu. Sementara itu, Yussof, 55, ketika dihubungi berkata, beliau belum boleh memberi ulasan berhubung perkara itu. "Saya akan berbincang dengan peguam mengenainya," katanya, semalam. Pada pilihan raya umum 2008, Yussof yang bertanding atas tiket BN menang kerusi Parlimen Labuan selepas menewaskan calon PAS, Matusin Abd Rahman dan calon Bebas, Lau Seng Kiat. |
Penjelasan MB Perlis isu PhD miliknya Posted: 16 Aug 2012 11:54 PM PDT Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata ijazah doktor falsafah (PhD) yang dimilikinya sejak 2002 mendapat pengiktirafan antarabangsa meskipun institusi pengajian tinggi yang mengeluarkan ijazah itu tidak disenaraikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Menurutnya, baru-baru ini ada pihak yang mempertikaikan pemilikan PhD daripada Newport University, California, Amerika Syarikat itu dan pemakaian gelaran "doktor" oleh beliau dengan alasan institusi itu tidak diiktiraf MQA. Bercakap kepada para pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama pengamal media massa Perlis di sini malam tadi, beliau hairan kerana isu itu dibangkitkan selepas 10 tahun beliau mendapat PhD. Pada Jun lalu, ada individu yang membuat laporan polis berhubung gelaran yang digunakannya dengan alasan institusi pengajian tinggi yang mengeluarkan ijazah itu tidak mendapat pengiktirafan. "Ada yang kata saya beli PhD sedangkan saya bertungkus lumus belajar untuk mendapatkannya. Ia bukan sesuatu yang mudah," kata Md Isa yang juga ADUN Bintong. Md Isa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis berkata, mungkin ada pihak yang tidak senang dengan jawatan Menteri Besar yang disandangnya menyebabkan mereka membangkitkan perkara itu selepas 10 tahun. "Sebelum ini saya tidak menjawab komen mengenai perkara ini kerana tidak ingin memanjangkannya namun ada pihak menasihati supaya memberi penjelasan mengenainya," katanya. Md Isa berkata, Newport University yang mendapat pengiktiran ISO 9001:1994, EN ISO 9001:1994 dan ANSI/ASQC Q9001:1994 daripada Llyod's Register Quality Assurance Limited (LRQA) kini telah dijenamakan semula dengan nama baru sebagai Janus University mulai 2011. Mengenai pemakaian gelaran doktor, beliau berkata, terpulanglah kepada orang ramai untuk menggunakannya atau tidak. "Saya bukan doktor perubatan dan saya tak kisah jika ada yang tidak menggunakan gelaran itu. Yang penting saya telah mendapat ilmu daripada pengajian dan ijazah yang diiktiraf antarabangsa," katanya. Beliau berkata, untuk berjaya dalam kehidupan perlu mengejar ilmu dan soal pengiktirafan MQA adalah satu perkara lain. - Bernama |
Perghh... Klasik betoi lagu raya neh [Tengok] Posted: 16 Aug 2012 10:00 PM PDT |
Ustaz Nasha buat-buat tak faham Posted: 16 Aug 2012 04:42 PM PDT Dalam kenyataan media dikeluarkan Nasharudin dia marah sangat kepada Karpal Singh yang menolak hudud. Katanya kalau Karpal boleh lakukan apa saja termasuk minta langkah mayatnya dulu kalau hendak laksanakan hudud, beliau juga akan berbuat apa saja untuk mempertahankan hudud... mungkin termasuk tarik hidungnya. Saya tak faham... apakah Nasharudin seorang ahli politik atau agama yang ekstrem? Kalau dia ariff politik dia tidak perlu gaduh dan susah dengan kenyataan Karpal Singh itu apa lagi sampai desak Pas putuskan tahllalu syiasi dengan DAP kerana Karpal itu hanya individu dalam DAP. DAP adalah sebuah parti macam Pas juga di mana kalau sesuatu polisi atau dasar hendak dipinda perlu mendapat sokongan ahli. Begitu juga kalau DAP hendak membantah matlamat dan dasar Pas parti itu kena bincang dalam mesyuaratnya bukan valid hanya seorang ahli saja buat kenyataan. Melihat keadaan ini saya rasa Nasharudin tidak faham politik dan kaedahnya. Atau pun beliau sengaja mencari salah DAP melalui Karpal Singh dengan harapan Pas pula akan marah kepadanya agar senang dia keluar Pas. Adakah begitu? Bila lihat kepada apa yang cuba di spin dengan kenyataan medianya itu, nampaknya dia memang sengaja berbuat begitu kerana ada matlamat lain.- MSO |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan