Jumaat, 17 Ogos 2012

Addin

Addin


Biodata Dan Siapakah Ust. Azhar Idrus Sebelum Bergelar Pendakwah

Posted: 17 Aug 2012 09:18 AM PDT

Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir. Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak "mempopularkan" Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus.

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu "band boy". Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua "Punk" menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar Idrus (Original)Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang. Sering sahaja kata-kata UAI disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai seorang yang sesat. Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah. Ianya jelas tidak akan mendatangkan kebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman anda.

(Gambar) Mampukah Najib Melakukan Seperti Ini?

Posted: 17 Aug 2012 07:55 AM PDT


Gambar-gambar ini tak mungkin diterbitkan disemua media arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN.Rakyat tertunggu-tunggu, bila lagi Datuk Seri Najib Tun Razak mau lakukan perkara yang serupa seperti apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Pemimpin yang mengaku perjuangkan Islam bukan saja mampu memimpin negara tetapi mampu memimpin solat. Perkara asas yang wajib ada pada setiap pemimpin Islam.KALAU MEMIMPIN SOLAT DAN KELUARGA PUN TAK MAMPU NAK DILAKUKAN.. JANGAN BERBICARA MENGENAI PERJUANGAN ISLAM ~mae



Remaja Perempuan Di Bakar Kekasih Masih Kritikal Selepas Pembedahan

Posted: 17 Aug 2012 03:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Nurul Firzanah Mat Zaki, gadis berusia 16 tahun yang dipercayai dibakar kekasihnya masih dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur, semalam.Bapanya, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata Nurul Firzanah dibedah di bahagian leher bagi membolehkan saluran pernafasannya kembali berfungsi seperti biasa.Beliau berkata dengan keadaan Nurul Firzanah, yang 25 peratus terbakar dan masih kritikal, sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lagi membawa sebarang erti kepada keluarganya.

"Isteri saya, Norliyati Abdul Hamid masih tidak dapat menerima tragedi yang menimpa anak kedua daripada tiga adik beradik dan setiap kali masuk ke bilik Nurul, dia akan menangis kerana terbayangkan keletah manja satu-satunya anak perempuan kami itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital itu, di sini hari ini. 

Nurul Firzanah sebelum itu dilaporkan koma selepas disimbah petrol dan dibakar, dipercayai dilakukan oleh teman lelakinya di kawasan semak berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Sari, Seksyen 1, Wangsa Maju, selepas keluar bersahur bersama Selasa lepas.Ekoran kejadian itu mangsa dikatakan mengalami kecederaan di muka, dada dan tangan.

Mat Zaki berkata selepas kejadian, keluarga kenalan anaknya datang bertemu keluarganya bagi memohon maaf atas tindakan anak lelaki mereka yang berumur 19 tahun itu, namun sebagai bapa, katanya beliau tidak dapat menerima perbuatan yang dilakukan ke atas anaknya itu."Sebagai bapa, saya tidak dapat memaafkan perbuatan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan itu," katanya.

Beliau berkata mereka sekeluarga tahu mengenai persahabatan di antara Nurul Firzanah dengan pemuda itu dan tidak menghalang perhubungan itu, namun tidak menyangka perkenalan tersebut membawa derita kepada anaknya.Susulan kejadian itu, polis Kuala Lumpur memulakan gerakan memburu pemuda itu.

Terdahulu, Nurul Firzanah menerima sumbangan RM2,000 daripada Yayasan Kebajikan Negara yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah yayasan itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. ~bernama


Panas!! PhD MB Perlis Tidak Di Iktiraf Agensi Kelayakan Malaysia

Posted: 17 Aug 2012 12:36 AM PDT

KANGAR - Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata ijazah doktor falsafah (PhD) yang dimilikinya sejak 2002 mendapat pengiktirafan antarabangsa meskipun institusi pengajian tinggi yang mengeluarkan ijazah itu tidak disenaraikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Menurutnya baru-baru ini ada pihak yang mempertikaikan pemilikan PhD daripada Newport University, California, Amerika Syarikat itu dan pemakaian gelaran "doktor" oleh beliau dengan alasan institusi itu tidak diiktiraf MQA. 

Bercakap kepada para pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama pengamal media massa Perlis di sini malam tadi, beliau hairan kerana isu itu dibangkitkan selepas 10 tahun beliau mendapat PhD.   Pada Jun lalu, ada individu yang membuat laporan polis berhubung gelaran yang digunakannya dengan alasan institusi pengajian tinggi yang mengeluarkan ijazah itu tidak mendapat pengiktirafan.

"Ada yang kata saya beli PhD sedangkan saya bertungkus lumus belajar untuk mendapatkannya.  Ia bukan sesuatu yang mudah," kata Md Isa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bintong. Md Isa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis berkata, mungkin ada pihak yang tidak senang dengan jawatan Menteri Besar yang disandangnya menyebabkan mereka membangkitkan perkara itu selepas 10 tahun.

"Sebelum ini saya tidak menjawab komen mengenai perkara ini kerana tidak ingin memanjangkannya namun ada pihak menasihati supaya memberi penjelasan mengenainya," katanya.   Md Isa berkata, Newport University yang mendapat pengiktiran ISO 9001:1994, EN ISO 9001:1994 dan ANSI/ASQC Q9001:1994 daripada Llyod's Register Quality Assurance Limited (LRQA) kini telah dijenamakan semula dengan nama baru sebagai Janus University mulai 2011.

Mengenai pemakaian gelaran doktor, beliau berkata, terpulanglah kepada orang ramai untuk menggunakannya atau tidak.   "Saya bukan doktor perubatan dan saya tak kisah jika ada yang tidak menggunakan gelaran itu.  Yang penting saya telah mendapat ilmu daripada pengajian dan ijazah yang diiktiraf antarabangsa," katanya.   Beliau berkata, untuk berjaya dalam kehidupan perlu mengejar ilmu dan soal pengiktirafan MQA adalah satu perkara lain. ~bernama


Umno Terdesak, Ugut Pegawai Kerajaan

Posted: 16 Aug 2012 07:58 PM PDT

Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan blogger-blogger Umno yang menyerang dan memfitnah Dato' Fauziah Yaacob, seorang pegawai tinggi Kementerian Kewangan yang berjawatan Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementerian Kewangan atas dakwaan beliau membocorkan dokumen sulit berhubung pendedahan skandal anugerah kontrak LRT Ampang kepada George Kent.Penulisan salah seorang blogger tersebut ada disertakan bersama.




Rujuk: (ini) dan (ini)Tindakan blogger-blogger Umno yang umumnya diketahui mendapat dokongan penuh pimpinan Umno membuktikan Umno tidak ada rasa hormat langsung kepada penjawat awam yang hanya menjalankan tugas mereka.Saya boleh mengesahkan bahawa Dato' Fauziah Yaacob bukanlah individu yang bertanggungjawab menyerahkan dokumen-dokumen terbabit kepada KEADILAN.Oleh yang demikian, tindakan blogger Umno memfitnah beliau adalah bertujuan untuk menakut-nakutkan pegawai-pegawai kerajaan agar tidak membantah sebarang keputusan melibatkan kerajaan yang diambil oleh ahli politik Umno.Mereka berharap dengan tekanan yang diberikan bertujuan mengaib dan mengasingkan Dato' Fauziah Yaacob, ia menghantar amaran yang keras kepada semua kakitangan awam supaya hanya menurut telunjuk Umno/Barisan Nasional.Saya merasa terpanggil untuk mengutarakan perkara ini kerana tindakan blogger Umno itu menghina kaum wanita di negara ini, apabila serangan ditujukan terhadap seorang penjawat awam wanita yang dihormati dan dikenali ramai seperti Dato' Fauziah Yaacob.Serangan terhadap beliau samalah juga dengan serangan kepada pimpinan wanita lain di dalam perkhidmatan awam yang kini semakin ramai diketuai oleh pegawai-pegawai wanita.Oleh itulah, saya mencabar pimpinan-pimpinan wanita di dalam Umno, termasuklah Menteri Wanita Dato' Seri Najib Tun Razak dan Ketua Wanita Dato' Seri Shahrizat Jalil untuk tampil membela Dato' Fauziah Yaacob dengan mengambil tindakan keras terhadap blogger Umno dan dalang yang menggunakan taktik "character assasination" seperti ini terhadap pimpinan kanan perkhidmatan awam, terutamanya dari kalangan wanita seperti yang menimpa Dato' Fauziah Yaacob.Sewajarnya pimpinan kanan perkhidmatan awam diberi kebebasan supaya bertindak mengikut undang-undang demi menjaga kepentingan negara.Jika benar Dato' Fauziah Yaacob telah bertegas mempertahankan keputusan awal Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang menganugerahkan kontrak LRT Ampang kepada sebuah konsortium yang mendahului keputusan penilaian, maka sepatutnya beliau dinaikkan pangkat dan diberikan penghormatan kerana keberanian menentang campur tangan Perdana Menteri sendiri.Inilah jenis kepimpinan dan integriti yang sewajarnya dipamerkan oleh pimpinan wanita di negara ini, bukanlah seperti seorang bekas Menteri Keluarga yang tidak tahu pekerjaan anaknya sendiri.

HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN
15 OGOS 2012

Tiada ulasan: