Jumaat, 17 Ogos 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Dituduh Anti Islam, Karpal akan saman Nasharuddin

Posted: 17 Aug 2012 02:35 AM PDT


Pepatah ada mengatakan 'Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya'kata pepatah lain pula, Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Gunanya..


Kerana kenyataannya "Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam" Nasharuddin Mat Isa bakal disaman oleh Karpal Singh.

Tak ada pasal cari pasal.. sekarang .. untuk menyelamatkan dirinya dan menjadikan dirinya kebal dari tindakan undang-undang yang akan diambil oleh Karpal Singh itu.. hanya UMNO mampu menawarkannya..

Karpal akan saman Nasharuddin

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Karpal Singh hari ini berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Nasharuddin Mat Isa selepas bekas Timbalan Presiden PAS itu yang dilihat rapat kepada Umno mendesak PAS segera meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan menuduh pemimpin DAP itu sebagai anti Islam.

Pengerusi DAP Nasional itu  berkata kepada The Malaysian Insider hari ini, kenyataan Nasharudin terhadapnya semalam "adalah sangat tidak bertanggungjawab", dan "saya tidak pernah menyatakan saya anti Islam."

Bagaimanpun, peguam itu menegaskan hudud tidak boleh diimplementasikan di negara ini kerana "hudud hanya boleh dilaksanakan dalam negara Islam" sedangkan Malaysia masih lagi merupakan negara sekular.

"Sejak dulu lagi saya menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Apa yang DAP katakan adalah kita bukan negara Islam. Ia hanya konsep politik," tambahnya lagi.
Pemimpin Umno dan lidah rasminya, Utusan Malaysia sejak minggu lalu menuduh DAP dengan panggilan "kafir harbi" dan mengelarkan haram menyokong DAP.

Karpal menjadi serangan Umno kerana tentangan kerasnya terhadap hudud.

Pemimpin veteran DAP itu juga berkata, beliau berharap Nasharuddin akan "memahami perbezaan Islam sebagai agama dan negara Islam."

Perlembagaan kita membekalkan negara sekular, dan di Malaysia ia adalah negara sekular. Kita perlu ada negara Islam jika mahu melaksanakan hudud," katanya lagi.

"Saya tidak mengatakan PAS salah, tapi kita tidak boleh melaksanakan hudud kerana kita sekular ... dan undang-undang kita tidak membenarkan itu berlaku," tambahnya lagi.

Karpal percaya Nasharuddin hanya menyuarakan pendapat peribadi beliau berhubung perkara itu dan tidak bercakap bagi pihak parti.

"Atas memandang serius kenyataannya itu, saya akan memfailkan saman terhadapnya."

Nasharuddin sebelum ini berkata "saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam."

"Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law.

"Pelaksanaan hudud memerlukan standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf 'beyond any shadow of doubt' iaitu tahap pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam," kata Nasharuddin.

Kenyataan Nasharuddin yang mendesak PAS agar segera keluar dari PR di TV3 juga menarik perhatian banyak pihak.

Kemudian ia ditambah lagi apabila gambar beliau di Mekah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ulama Mekah disebarkan, dan timbul spekulasi yang mengatakan beliau telah meninggalkan PAS dan menyertai Umno.

Bagaimanapun, Nasharuddin menepis dakwaan tersebut dengan menjelaskan beliau tidak berniat untuk menyertai Umno.

"Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.

"Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah," katanya lagi - The Malaysian Insider

Pengasas NGO mesra UMNO suspek kes bunuh di Seri Kembangan?

Posted: 16 Aug 2012 07:57 PM PDT


Rentetan dari insiden seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki hanya kerana mengambil sebuah meja usang dalam kejadian di sebuah tapak perniagaan di Seri Kembangan awal pagi Isnin lalu polis kini sedang mengesan 2 orang lelaki.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas mangsa, Azhari Sidek, 44, mengambil sebuah meja usang ditinggalkan di kaki lima tempat kejadian sebelum diletakkan berhampiran gerai miliknya.

Bagaimanapun, tindakan mangsa itu tidak disenangi seorang lelaki yang mendakwa meja berkenaan miliknya hingga berlaku pergaduhan kira-kira jam 2 pagi - laporan penuh sila baca di ( MyMetro )

Ini dari Facebook Polis Selangor


SHAH ALAM, 16 Ogos- Keratan Akhbar Harian Metro pada 14 Ogos 2012 mengenai kes pergaduhan yang menyebabkan kematian seorang peniaga Downtown The Mines di Seri Kembangan, Serdang, Selangor menjadi tajuk utama sidang media Ketua Polis Selangor pada pagi ini.

Dalam pada itu pihak polis telah mengenal pasti dan sedang mencari 2 lagi suspek yang merupakan anak-beranak untuk membantu siasatan.

Dalam sidang media yang sama Ketua Polis Selangor berkata pihak polis berjaya menahan seorang suspek lelaki di Kajang berikut kes yang dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan pada 15 Ogos 2012.


Kedua dua lelaki itu ialah Jaafar b. Shaari @ Ayah Pak alamat terakhir dikesan di no. 3, Jalan P11 K/12, Presint 11, Putrajaya dan Ahmad Jiwari Jaafar @ Wari beralamat di Lot 141 Kampung Batu 4, Pedas Hilir, Jalan Kundur, Pedas, Negeri Sembilan.

Mereka dikehendaki bagi membantu siasatan polis bersabit satu kes bersabit Serdang Report : 5714/2012.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Sesiapa yang mengenali individu tersebut atau mempunyai maklumat mengenainya, sila menghubungi pengawai penyiasat kes ASP Nazir Max di talian 013-3007705 atau Jabatan Siasatan Jenayah IPD Serdang ditalian 03-80742222 atau mana- mana Balai Polis yang berhampiran.

Hmmm.. aku yakin ahli-ahli UMNO ramai yang mengenali  Jaafar b. Shaari @ Ayah Pak ini.. jadi bantulah pihak Polis untuk membantu diri kita..

Siapa Ayah Pak ini?


Datuk Seri Jaafar b Shaari @ Ayah Pak merupakan Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)yang mesra-UMNO.

Beliau sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan menggesa TG Nik Abdul Aziz sewajarnya meletakkan semua jawatan sama ada dalam parti atau sebagai Menteri Besar Kelantan memandangkan TG Nik Abdul Aziz sudah terlalu tua untuk terus berpolitik.

"Sudah tua-tua ini, berundurlah. Bagi peluang kepada muka baru, calon yang lebih muda, Pas banyak calon muda berkaliber, biarlah mereka buktikan kemampuan." katanya..


Adakah kerana beliau merupakan seorang pengasas NGO yang mesra UMNO beliau akan kebal dari undang-undang? sama-samalah kita nantikan hasil siasatan Polis..

Berapa ramai sebenarnya penjenayah yang berlindung disebalik nama UMNO ini?

Jawapannya pasti akan kita temui jika UMNO/BN tersungkur pada PRU13 ini.. oleh itu bersamalah kita menolak UMNO/BN pada PRU ini..

Undi apa saja.. Asal Bukan UMNO!!

Tiada ulasan: