Jumaat, 31 Ogos 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Anwar: Teruskan Jelajah, jangan gentar ancaman puak Jahilliyah

Posted: 31 Aug 2012 08:54 PM PDT


Bas PKR KOTA BHARU - Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua yang terlibat dalam menguruskan siri Jelajah Merdeka Rakyat PKR agar tidak gentar dengan ancaman yang diterima termasuk insiden merosakkan bas digunakan mereka awal pagi tadi.

Ketua Umum PKR itu berkata, kejadian berbaur provokasi seperti menyimbah cat dan memecahkan cermin kenderaan sudah biasa dialami beliau dan parti itu.

Namun perkara itu tidak mendapat perhatian pihak berkuasa, kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

"Baiki dan teruskan perjalanan," kata beliau yang terdahulu menyampaikan ceramah di sekitar bandar Kota Bharu pagi ini.

Three questions for Najib.!!!

Posted: 31 Aug 2012 08:51 PM PDT

The PM is known to avoid answering difficult questions.

There are three questions pertaining to the 13th general election which Prime Minister Najib Tun Razak must answer immediately.

These three questions are:

1. Will the movie 'Tanda Putera' be shown in the cinemas while the election campaign is going on?

2. Will the voter rolls be cleaned up before the election is held?

3. If Pakatan Rakyat were to win the 13th GE, will PM Najib hand over power graciously in a smooth transition of power?

"If the PM fails to answer the above three questions immediately, then his credibility and sincerity as a leader who strives for the good of the nation is seriously in doubt," opined PAS strategist and Kuala Selangor MP, Dzulkefly Ahmad.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud dan perlaksanaan: realiti semasa

Posted: 31 Aug 2012 08:49 PM PDT

Atitud PAS terhadap isu ketelusan dan korupsi pasti akan membuatkan kepimpinan Umno merasa tidak selesa.

By Pak Sako
Umno telah mempelawa PAS untuk melaksanaan hukum hudud di bawah payung Barisan Nasional (BN). Usaha tersebut tidak realistik dan ditakdirkan gagal.
Ini disebabkan oleh tiga faktor yang fundamental.
Faktor pertama, kemunculan PAS sebagai pemain politik baru bersama Umno akan menggoyahkan formula perkongsian kuasa Barisan Nasional yang berpandukan kaum. PAS dengan 23 kerusi parlimennya mempunyai mandat kuasa yang lebih signifikan berbanding parti Cina MCA (15 kerusi parlimen), parti India MIC (3 kerusi), Gerakan (2) atau ketiga-tiganya sekali.
Ini menimbulkan dilema politik kerana MCA, MIC dan Gerakan perlu dikebelakangkan untuk memberi ruang kepada PAS.
Hasil ini tidak akan diterima oleh penyokong BN terutamanya yang bukan Melayu. Apatah lagi niat PAS dan Umno untuk berhudud semasa MCA menolak hudud. Sebaliknya jika pengagihan kuasa mengikut kepentingan kaum dikekalkan, amanah para pengundi PAS dan prinsip demokrasi pula dikebelakangkan.
Kemungkinan PAS dan Umno bertelingkah mengenai hal perkongsian kuasa dan penentuan polisi sesama mereka juga tidak boleh ditolak.
Read More / Baca Lagi >>

Keadaan bas jelajah merdeka rakyat yang jadi mangsa puak Jahilliyah yang haram jadah

Posted: 31 Aug 2012 08:46 PM PDT



Susulan daripada kejadian bas yang digunakan sempena Jelajah Merdeka Rakyat yang diserang awal pagi tadi, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri memeriksa keadaan bas berkenaan setelah selesai bersarapan pagi dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di kediamannya di Pulau Melaka, sebentar tadi.

Tuan Guru Nik Aziz berpesan kepada Anwar semasa bersarapan pagi tadi dalam ucapan ringkas di atas bas berkenaan bahawa Rasulullah SAW pernah mengalami insiden hampir serupa apabila rombongan Rasulullah SAW menggunakan unta menuju Taif, diserang puak Jahiliyah menggunakan batu dan najis manusia.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Zina : Datuk gersang dicekup bersama janda

Posted: 31 Aug 2012 08:35 PM PDT


Nasir (kiri) ketika menahan pasangan yang sudah bertunang dan bakal melangsung perkahwinan akhir bul
Nasir (kiri) ketika menahan pasangan yang sudah bertunang dan bakal melangsung perkahwinan akhir bulan ini.
 
PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 54 tahun dan pasangannya berusia 41 tahun antara lapan pasangan yang ditahan dalam Ops Cegah Maksiat, Biro Amal Maaruf Nahi Mungkar Masjid Al-Muhtadin di sebuah hotel bajet di Damansara Damai, awal pagi semalam.

Hasil soal siasat mendapati, lelaki yang sudah mempunyai tiga cucu itu menyewa bilik dengan alasan mahu bertemu dengan kekasihnya yang merupakan seorang janda.

Manakala sepasang kekasih berusia 22 tahun yang menuntut di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tidak mahu membuka pintu dan mempertikaikan tindakan pegawai masjid namun akur selepas penerangan diberikan.

Read More / Baca Lagi >>

Mana rakyat Johor yang dok maki NIZAR tuu tak rasa nak mintak maaf kepada dia semula..?? Puak Setan jerk tak reti minta maaf....!!!!!

Posted: 31 Aug 2012 08:32 PM PDT

Untuk Rakyat Johor yg terlalu Marah hingga turun berdemo,membuat laporan polis serta mengeluarkan kenyataan bahawa Mantan MB Perak Dato Sri Nizar tidak dibenarkan untuk menjejak kaki ke negeri Johor kerana menghina Sultan Kamu....Mungkin Allah nak tunjukkan kebenarannya......
Nah!!!!! Baru2 ini Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Mohammad Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.
Mengenai pampasan yang akan diterima Nizar pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.
Adakah anda setuju dengan saya jika saya katakan Utusan sudah tidak layak untuk menjadi media informasi rakyat tapi layak menjadi media fitnah rakyat ?Adakah demo yang dianjurkan di Negeri Johor oleh sekutu2 UMNO BN UNTUK MEMBANTAH perhinaan terhadap Sultan mereka adalah mereka yang termakan dengan fitnah ini?Alangkah ruginya hasil dari fitnah ini penduduk difelda2 dan orang asal diangkut dengan bas kononnya membantah kebiadapan Nizar? Apa kata anda tentang isu ini?

Persenda ‘Jalur Gemilang’ tindakan biadap..!!! Siapakah dalangnya.....???

Posted: 31 Aug 2012 08:28 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 September — Tindakan sesetengah individu yang membawa bendera baru untuk menggantikan Jalur Gemilang sewaktu Himpunan Gabungan Janji di Dataran Merdeka padfa malam ambang Kemerdekaan telah menerima kecaman daripada pelbagai pihak dan tindakan itu juga turut disifatkan sebagai biadap.
Dipetik laporan Sinar Harian hari ini, beberapa individu dan organisasi menyuarakan rasa kecewa dan marah dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab membawa bendera seakan-akan bendera Singapura dan Indonesia itu ketika perhimpunan tersebut.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyelar tindakan individu terbabit dan mempersoalkannya sebagai tidak menghormati kedaulatan negara.
"Apa perlu kita ubah bendera? Apa niat yang cuba disampaikan? Kita selesa dengan apa yang kita ada dan membuat bendera bukanlah perkara mudah kerana ada rasional disebaliknya.
"Apakah kita ingin mentafsir semula negara? Itu tidak betul. Mereka tidak menghormati Jalur Gemilang. Ini gambaran sikap pembangkang yang ingin ubah semuanya? soalnya.
Read More / Baca Lagi >>

Air Percuma : Exco akui hadapi kekangan dan syarat ketat SYABAS serta JMB

Posted: 31 Aug 2012 08:24 PM PDT

Iskandar ketika ditemui Sinar Harian, di pejabatnya. SHAH ALAM – Kerajaan Negeri terpaksa berhadapan beberapa kekangan sehingga menjejaskan usaha mereka bagi memastikan semua rakyat Selangor menikmati air percuma seperti yang disebut dalam manifesto pada pilihan raya umum 2008.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Ir Iskandar Abdul Samad menegaskan, ini kerana, Kerajaan Negeri tidak boleh mengawal keseluruhan pengurusan pemberian subsidi berkenaan kerana mereka tiada kuasa berbuat demikian.

"Memang kita sudah beri air percuma, tetapi sekarang ada kekangan seperti syarat ketat ditetapkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam menukar meter pukal kepada meter individu.

"Begitu juga dengan kerenah sesetengah badan pengurusan bersama (JMB) yang lebih suka mengawal air sebab kalau penghuni tak bayar kos penyelenggaraan, mereka boleh potong air. Jadi, kita (Kerajaan Negeri) sekarang sedang mengatasi kekangan tersebut," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan manifesto pemberian air percuma di negeri ini yang dikatakan masih tidak dilaksanakan secara menyeluruh.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Amar: Pas tangguh laksana hudud bimbang darurat akibat ancaman surat Mahathir.

Posted: 31 Aug 2012 08:19 PM PDT


nik-amar KOTA BHARU - Tindakan Kerajaan Kelantan menangguhkan pelaksanaan hudud di negeri itu, yang dirancang pada awal 1990an, kerana khuatir sejarah diisytiharkan darurat 1978 akan berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, atas pengalaman itu Kelantan mengambil langkah yang berhati-hati dalam melaksanakan sebarang undang-undang.

"Berdasarkan pengalaman (Pas Kelantan), Kita bimbang kalau teruskan usaha ini (laksana hudud) mungkin tindakan-tindakan yang tidak baik akan berlaku yang akan menjejaskan keseluruhan usaha kita untuk memperjuangkan Islam," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Akibat krisis politik yang berlaku pada 1977 darurat diisytiharkan oleh Kerajaan Pusat.
Read More / Baca Lagi >>

Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus: Kisah Perang Ahzab (Part 7)

Posted: 31 Aug 2012 08:10 PM PDT

Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus: Kisah Perang Ahzab (Part 6)

Posted: 31 Aug 2012 08:09 PM PDT

Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus: Kisah Perang Ahzab (Part 5)

Posted: 31 Aug 2012 08:09 PM PDT

Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus: Kisah Perang Ahzab (Part 4)

Posted: 31 Aug 2012 08:08 PM PDT

Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus: Kisah Perang Ahzab (Part 3)

Posted: 31 Aug 2012 08:08 PM PDT

Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus: Kisah Perang Ahzab (Part 2)

Posted: 31 Aug 2012 08:07 PM PDT

Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus: Kisah Perang Ahzab (Part 1)

Posted: 31 Aug 2012 08:06 PM PDT

Iklan Merdeka 2012 Yang pedas!

Posted: 31 Aug 2012 08:06 PM PDT

Kantoi!!! Rais jangan duk menipu.. Bagi UMNO, nilai merdeka tu sama macam sehelai t-shirt

Posted: 31 Aug 2012 07:47 PM PDT



UMNO GAGAL MENCAPAI TARGET 200 RIBU SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-55 DI STADIUM BUKIT JALIL WALAUPUN SELEPAS SEMUA PIHAK DIPAKSA HADIR DAN SEGALA KEMUDAHAN DISEDIAKAN (BAS, DUIT POKET, T-SHIRT PERCUMA, MAKAN/MINUM DAN SEBAGAINYA). JELAS KELIHATAN BANYAK RUANG KOSONG DIDALAM STADIUM.
Udah2 lah, jgn duk menipu ..

BENARKAH JANJI DITEPATI DI STADIUM BUKIT JALIL MELEBIHI 100,000 ORANG
BIAR GAMBAR SEBAGAI BUKTI BERBICARA.. 
Sila lihat dengan mata kepala sendiri. Sumber Gambar

Stadium Nasional Bukit Jalil hanya mampu mengisi setiap tempat duduk sekitar 80,000 - 100,000 saja. 

Jika diukur dari panduan tersebut sudah pasti kehadiran jauh meleset.. NST boleh berkata rakaman gambar ini adalah yang terkini disekitar 100,000 yang hadir. Kerusi pun banyak yang kosong. 

Lihat betapa media milik UMNO cuba nak putarkan kisah kononnya sambutan diluar jangkaan. 

Hakikatnya ialah walaupun diumpan dengan cabutan bertuah kereta, motosikal, Black Berry, barang-barang elektrik dll serta dipaksa dan ugut kakitangan awam, namun sambutan sebenarnya adalah dikira tidak berbaloi dan pulang modal. 

Para pemimpin dan strategis UMNO/BN lupa yang kini maklumat boleh diperolehi dihujung jari. Rakyat, terutamanya dari golongan anak-anak muda tidak mudah ditipu dan dipesong dengan auta. 

Kalau UMNO ingat depa cerdik, rakyat pun bukannya bodoh.

Nak penuhkan stadium, duit dan paksa jadi strategi 
Umno nak tunjuk program najib dapat sokongan, jutaan manusia hadir di stadium bukit jalil... 

Terdesak sangat nak penuhkan stadium, "tukanglawan" tengok umno kene buat benda bawah nei, kalau tak nanti kene ejek sebab stadium kosong. 

Umpan Hadiah....

Umpan T-Shirt dan duit. 
Paksa Staff DBKL datang... 

Paksa Staff Kementerian Pengajian Tinggi termasuk PENSYARAH datang... 

Adoi, kalau macam ni takde la merdeka namanya, kata merdeka tapi kehadiran wajib dan kedatangan akan direkodkan, dikira pulak sebagai tugas rasmi, kalau takmo pegi macam mana... 

ohhhh ini rupanya stail merdeka umno.... tak datang kene hukum. kah..kah..kah.. 

Satu lagi yang bagusnya umno nei mereka sedang ajar budak-budak baru abis belajar erti kemerdekaan dengan ganjaran, kalau rajin meriahkan tweetup merdeka dapat la T-shirt dan duit...la.. nilai merdeka tu sama macam sehelai t-shirt rupanya. 

Terdesak sangat la nampaknya, sampai tarik orang datang himpunan dengan hadiah lumayan... rupanya yang datang tu berebut-rebut nak hadiah je rupanya.. umno sedang ajar rakyat jadi patriotik pada hadiah lumayan. kah..kah..kah. 
Pelik -pelik, Peserta himpunan bersih dan himpunan "janji Bersih" tak pun diumpan dengan T-shirt.. tak wajib datang pun, tapi kenapa ramai?.. Sebab diorang bijak... tak macam penyokongs setia umno.. datang sebab hadiah lumayan. kah..kah..kah

Sambutan Kemerdekaan Di Stadium Nasional GAGAL!

Biarpun sudah berusaha sedaya-upaya memperalatkan kakitangan agensi kerajaan dan badan berkanun sejak kira-kira seminggu lalu, sambutan kemerdekaan ke-55 yang diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi sebenarnya gagal mencapai sasaran. 

Penganjur yang mensasarkan sekitar 200,000 orang akan membanjiri stadium tersebut hampa apabila hanya cuma mampu mengumpul kira-kira 30,000 orang sahaja menurut saksi yang hadir di majlis yang bermula jam 8 malam tadi. 

Seorang kakitangan kerajaan tetapi enggan namanya disiarkan yang dipaksa hadir ke sambutan tersebut mendakwa masih banyak ruang yang kosong tidak dipenuhi walaupun perdana menteri Najib Altantuya sudah memulakan ucapannya kira-kira jam 9 malam. 

Ada di antaranya, katanya, hanya mundar mandir di sekeliling kawasan stadium selepas diarahkan sebelum itu kerana mereka dipaksa untuk duduk di kerusi penonton dengan tujuan untuk meramaikan bilangan penonton. 

Sedangkan katanya sebaik sahaja Najib Altantuya memulakan ucapan, sudah ramai yang bangun dari tempat duduk masing-masing dan keluar ke anjung belakang walaupun majlis baru sahaja berlangsung. 

Menurut gambar yang diambil, jelas tidak ramai penonton yang hadir sebaliknya mereka keluar dan melakukan perkara sendiri kerana kebanyakkannya dikerah atas arahan pegawai atasan mereka yang merekodkan kehadiran mereka seperti yang tersiar di kebanyakkan blog sebelum itu. 

Peserta yang ditemui mendakwa menerima RM30 sebagai upah memakai baju yang disediakan, RM50 untuk yang memakai baju dan mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan RM80 bagi mereka yang memakai baju-T dan menari di tengah-tengah stadium yang diubah suai menjadi sebuah pentas raksasa. 

Najib Altantuya yang tidak berpuas hati dengan jumlah kehadiran tersebut seakan terpekik-pekik setiap kali mengulangi skrip yang sama kunun pencapaiannya sejak mengambil alih tampuk kekuasan dari bekas perdana menteri, Abdullah Badawi pada April 2009. 

Walaupun Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim mengumumkan bahawa sasaran Twtup menggunakan hashtag #merdeka55 berjaya melepasi sasaran sejuta dalama tempoh sejam di Twitter, penonton seakan tidak mengendahkan pengumuman tersebut. 

Apalah maknanya jika Rais yang menyatakan bahawa sebanyak 3.6 juta tweet dicatat tetapi kehadiran penonton yang dipaksa sebenarnya mengecewakan Umno-APCO yang bertungkus lumus mahu mengambil hati Najib Altantuya yang semakin tidak popular di mata rakyat Malaysia. 

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin juga dikhabarkan tidak gembira dengan kehadiran penonton yang majoritinya kakitangan kerajaan yang dipaksa hadir semata-mata mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa Umno-APCO masih relevan menerajui kerajaan. 

Beberapa menteri kabinet juga dikatakan tidak berpuas hati dengan sambutan tersebut setelah banyak pengumuman dan hebahan disiarkan menerusi media cetak dan elektronik yang dikuasai mereka. Pada sebelah paginya, sambutan kemerdekaan yang diadakan di Dataran Merdeka juga suram dengan kehadiran rakyat Malaysia apabila hanya 13,000 orang dilihat berada di dataran bersejarah tersebut walaupun dihadiri Yang di-Pertan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Faja Permaisuri Agong Tuanku Haminah.

Kucing 2 wajah...Kat M'sia manusia bermacam wajah...!!!!

Posted: 31 Aug 2012 07:31 PM PDT

Kantoi Lagi : Komik propaganda diedar pada sambutan merdeka Najib di Bukit Jalil

Posted: 31 Aug 2012 07:23 PM PDT

Pengedaran komik misteri tanpa nama pelukis dan penerbit pada himpunan Hari Merdeka semalam menimbulkan tanda tanya memandangkan sambutan itu sebelum ini diuar-uarkan sebagai program yang bukan bersifat politik.

Komik setebal 20 halaman bertajuk "Janji Ditepati Daripada PM Untuk Rakyat" itu sarat dengan komik yang memuji inisiatif kerajaan dan juga kandungan yang menyindir pembangkang secara tidak langsung.
Ia dikesan diedarkan di luar Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum acara utama yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermula pada sebelah malam.

Satu daripadanya komik berkenaan menggambarkan seorang isteri memarahi suaminya kerana mahu menggunakan duit RM100 daripada bantuan persekolahan anak mereka untuk "belanja pasar".
Dalam komik propaganda tersebut, suami wanita itu digambarkan ingin berbuat demikian kerana tiada duit kerana terlalu "asyik melangut depan pentas ceramah".

Satu lagi komik menunjukkan seorang lelaki marah-marah kerana tidak boleh lagi 'buat demo dan hasut orang' selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

Kedua-dua watak lelaki itu digambarkan berkopiah putih dan berbaju Melayu hijau serta sentiasa buruk sangka terhadap inisiatif kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Karikatur yang digambarkan dengan watak sama turut dipaparkan lebih daripada lima kali dalam komik itu yang diedarkan secara percuma.

Reka huruf "Janji Ditepati" dengan latar belakang tompokan cat air warna-warni yang biasa digunakan dalam bahan kempen BN pula digunakan untuk menghiasi muka hadapan komik itu.

Pada muka surat 12 komik itu pula seorang bapa digambarkan menadah tangan ke langit seperti berdoa tetapi mengucapkan terima kasih kepada PM dan bersyukur kerana keluarganya mempunyai langsir baru untuk hari raya yang dibeli daripada Kedai Kain Rakyat 1Malaysia.

Di halaman sembilan pula, komik tersebut memaparkan seorang lelaki bersongkok menyifatkan seorang lelaki lain sebagai 'berotak Yahudi" kerana mahu memfitnah BN menggunakan sihir dan ilmu hitam pada peti undi pilihan raya.

Kantoi : Sambutan Kemerdekaan Di Stadium Nasional GAGAL!

Posted: 31 Aug 2012 07:20 PM PDT


Biarpun sudah berusaha sedaya-upaya memperalatkan kakitangan agensi kerajaan dan badan berkanun sejak kira-kira seminggu lalu, sambutan kemerdekaan ke-55 yang diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi sebenarnya gagal mencapai sasaran.

Penganjur yang mensasarkan sekitar 200,000 orang akan membanjiri stadium tersebut hampa apabila hanya cuma mampu mengumpul kira-kira 30,000 orang sahaja menurut saksi yang hadir di majlis yang bermula jam 8 malam tadi.

Seorang kakitangan kerajaan tetapi enggan namanya disiarkan yang dipaksa hadir ke sambutan tersebut mendakwa masih banyak ruang yang kosong tidak dipenuhi walaupun perdana menteri Najib Altantuya sudah memulakan ucapannya kira-kira jam 9 malam.Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim: Baling Batu Kerja Puak Jahiliyah

Posted: 31 Aug 2012 07:14 PM PDT

Ganu Kite : 'Butler tak profesional'

Posted: 31 Aug 2012 07:10 PM PDT


CHE MAT (kiri) mahu Butler (kanan) mengemukakan laporan rasmi kepada PBSNT.


"SEPATUTNYA dia (Butler) harus bertemu dengan saya terlebih dahulu bagi menjelaskan keadaan sebenar sebelum memberikan kenyataan kepada media."
Demikian reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh bagi mengulas tindakan pengendali Terengganu, Peter James Butler yang memberikan laporan kepada media berhubung insiden dua pemainnya didakwa melanggar peraturan pasukan.
Kosmo! semalam melaporkan dua pemain Terengganu iaitu Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad digugurkan oleh bekas pengendali Kelantan itu selepas mendakwa mereka didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Mereka juga didakwa atas kesalahan pulang ke bilik penginapan kira-kira pukul 3 pagi dan membawa wanita ke hotel selepas perlawanan menentang Kedah pada aksi Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Selasa lalu.
Mengulas lanjut, Che Mat berkata, beliau kesal dengan tindakan Butler yang disifatkan tidak memiliki 'semangat kekeluargaan' apabila mendedahkan perkara ini kepada umum.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Merempat rumah dilelong ..ekonomi bertambah baik zaman Bik...!!!

Posted: 31 Aug 2012 07:07 PM PDT

Merempat rumah dilelong
RAWAT...Rosmazura menjaga suaminya  yang sakit akibat penyakit paru-paru berair di  tempat cuci kereta yang didiami mereka.
RAWAT...Rosmazura menjaga suaminya yang sakit akibat penyakit paru-paru berair di tempat cuci kereta yang didiami mereka.
SIMPAN...kereta dijadikan tempat simpan baju.
SIMPAN...kereta dijadikan tempat simpan baju. 
 
SEREMBAN: Sepasang suami isteri di Taman Seri Telawi, Paroi, di sini, buntu menghitung nasib diri apabila terpaksa merempat di tempat cucian kereta kerana rumah mereka dilelong tiga minggu lalu.
Rosmazura Abd Samad, 42, bersama suaminya yang uzur, Dahalan Ahmad, 65, diarah keluar dari rumah mereka selepas tidak mampu membayar ansuran bulanan RM700 kepada bank.

"Memang sudah berbulan-bulan kami tidak mampu membayar sewa menyebabkan bank menghalau kami keluar untuk melelong rumah teres itu.
"Kami diberitahu rumah itu sudah dibeli dan terpaksa mengangkut semua barang serta pakaian ke tempat cuci kereta ini yang sudah dianggap seperti rumah," katanya ditemui di sini, semalam.

Dia yang berkahwin dengan suaminya hampir enam tahun lalu, tidak menyangka nasib mereka sebegitu sehingga terpaksa merempat dan tidur dalam keadaan atap bocor.
Read More / Baca Lagi >>

Bas Jelajah Merdeka diserang di Kota Bharu

Posted: 31 Aug 2012 07:03 PM PDT

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail meminta pasukan kerja Jelajah Merdeka Rakyat tidak patah semangat dengan kejadian bas mereka diserang di Kota Bharu pagi ini.


"Ini berupa siri serangan ganas ke atas pimpinan dan prog pkr," ujarnya melalui twitter.

Sehubungan itu, beliau meminta Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi mengadakan sidang media di ibu pejabat parti itu pagi ini.

Rafizi memaklumkan bahawa satu sidang media tergempar bagi menerangkan dan mengecam serangan ke atas bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat akan diadakan pada jam 11 pagi ini di ibu pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula melalui twitternya pula menyatakan 'Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB jam 5pagi -cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela. Staf ke IPD buat lapuran'.

Tiada ulasan: